House PK

House PK


CILI KASI TARUK! ZUL NORDIN BONGKAR KISAH SEBENAR PEMBUNUHAN ALTANTUYA!

Posted: 08 Feb 2013 12:00 AM PST

EKSKLUSIF! KAN KE BAGUS KALAU KITA ADA CALON INDIA SEBEGINI UNTUK MENJADI WAKIL RAKYAT?

Posted: 07 Feb 2013 10:00 PM PST

Semalam ada member aku hantar keratan Twitter seorang lelaki India yang membuatkan aku dan kengkawan kau terfikir, rupanya ada juga rakyat Malaysia yang meghargai apa yang diterima oleh beliau di negara kita yang tercinta ini. Memang hebat dia ni, kalau la semua kaum berfikiran sebegini, pastinya negara kita ni langsung takde masalah.

Tak cukup dengan itu aku nak share dengan korang video temuramah beliau dengan BN Streams seperti dibawah ni:

Korang kena tengok video ini dan lihat bagaimana dia menjawab isu-isu tentang kaum India. Nama beliau adalah Ramesh Rao. Aku percaya ramai yang mengenali beliau. Korang boleh jumpa dia ni selalu memberi komen pedas kat Malaysiakini. Hinggakan ada komentar di Malaysiakini mengugut mahu membunuh dia.

Kalau dilihat dalam video tersebut, beliau juga ada timbulakn persoalan, kalau benar la BN dan UMNO ni zalim dan rasis. Mana mungkin kaum India dan Cina boleh bina kuil dan sekolah kebangsaan mereka sendiri? Orang macam ni la kita nak.

Untuk pengetahuan korang dia ni ahli MIC biasa saja. Aku dah check background dia ni. Dia ni anak jati Hutan Melintang. Mamat ni boleh berbahasa Cina beb. Kan ke bagus kalau MIC jadikan si Ramesh ni sebagai calon mereka di Hutan Melintang? After all MIC perlukan WINNABLE CANDIDATE kan?

Memang sesuai sangat la dia jadi calon! Ini pandangan aku la, bakinya terserah la pada pihak yang bertanggungjawab. Orang yang bagus kita mesti kena kedepankan. Aku bukan la nak promo dia tapi bagi sesiapa yang mengenali beliau memang tahu la dia memang jenis cukup bersemangat dalam membantu BN dan kerajaan dalam menangani banyak isu!

Beliau juga pernah membuat kenyataan di tentang Kaum India jangan mudah tertipu dengan dakyah Pembangkang. KLIK SINI

BN perlukan lebih ramai orang India yang bersemangat 1 Malaysia begini...fikri-fikirkanlah...

GEMPAR BERAPI! ADUN KOMUNIS KOTA DAMANSARA SUDAH JUAL UPTOWN D'KOTA?

Posted: 07 Feb 2013 08:00 PM PST

Berikut antara soalan mungkin boleh dijawab oleh Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Kota Damansara, YB Dr. Nasir Hashim.





1. Siapakah pemilik terkini Kompleks Muhibbah Petaling Jaya di Kota Damansara?


Klik di sini.

2. Apakah tindakan susulan YB untuk membantu peniaga Pasar Tani setiap Ahad agar berpeluang menggunakan surau dan tandas di kompleks terbabit?




Klik di sini.

3.  Adakah benar desas-desus mengatakan YB mempunyai kepentingan dalam syarikat swasta dilaporkan membeli kompleks itu?

4. Mengapakah selepas lebih setahun kompleks terbabit dijual oleh Perbadanan Kemajuan Negeri SELANGOR, masih tidak kelihatan papan tanda memaparkan nama syarikat pemilik?



5. Mengapakah surat rasmi dihantar oleh FAMA kepada pengurus Kompleks untuk mengelakkan peniaga bersembahyang di pinggir jalan masih tidak menerima jawaban secara bertulis? 



Mohon YB jawab.

Selaku orang biasa, saya tidak mampu memberikan penjelasan berhubung soalan dipaparkan sebab itu saya memohon WAKIL RAKYAT saya mengambil alih tugas terbabit. 

Ops! Hasil tinjauan saya sekitar jam 6.30 petang semalam, dua bendera koyak rabak masih terus berkibar layu ...



Jika sesiapa sudi untuk menggantikan bendera terbabit, sila maklumkan saya melalui emel mazidulakmal@yahoo.com.

Saya berhasrat benar untuk merekodkan detik bersejarah itu.

HOUSE PK: Ini aku petik dari blog Mazidul Akmal. Aku pun nak tahu la wahai Dr Nasir si pemuja KOMUNIS! Apa cerita ni brader? Dari komunis terus dah jadi kaki sebat projek ke? Penangan AL jubs ke? Jawab Dr Nasir jawab, jangan ingat pasal SPRM sudah sokong Pakatan sekarang ni maka lu orang boleh besar kepala beb. Rakyat sedang melihat..

PANAS! ANAK SYARIKAT KERAJAN NEGERI SELANGOR JERAT KHLAID GAGAP?

Posted: 07 Feb 2013 06:00 PM PST

Apabila Chua Tee Yong mendedahkan berhubung skandal Talam di Selangor, Khalid Ibrahim mula menggelupur dan mengugut untuk menyaman Chua. Namun sehingga kini telah lebih enam bulan berlalu tidak ada sepucuk surat peguam pun apatah lagi surat saman yang dihantar oleh Khalid Ibrahim kepada Chua.

Kemudian Khalid Ibrahim berkata beliau akan membentangkan kertas putih bagi menjelaskan isu Talam. Akhirnya kertas putih yang dibentangkan membongkar satu lagi episod baru.

Kertas putih yang dibentang Khalid memerangkap atau membuka pintu untuk siasatan lanjut dan meletakkan kedudukan Khalid dalam keadaan serius berikutan penyalahgunaan kuasa beliau sebagai MB dalam penyelesaian hutang Talam.

Penyalahgunaan kuasa dan penipuan fakta semasa membentangkan kertas putih berkenaan telah disahkan sendiri oleh Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) kepada Bursa Saham pada 20 November 2012.

Pengumuman kepada Bursa Saham oleh KHSB jelas memperlihatkan dengan nyata bahawa anak syarikat kerajaan negeri itu tidak dapat lagi bersekongkol dengan MB dan menanggung dosa dalam penyalahgunaan kuasa serta manipulasi harta rakyat Selangor.

Kesalahan dan penipuan yang dilakukan MB tidak dapat lagi dirahsiakan oleh KHSB dan mengumumkan penyiasatan awal kepada Bursa Malaysia untuk pengetahuan pemegang-pemegang saham KHSB.

KHSB telah melantik juruaudit bebas AKN ARIF yang merupakan sahabat kepada Raja Idris dan penyokong kuat Pas untuk mengaudit transaksi penyelesaian hutang Talam yang dilaksanakan oleh Khalid Ibrahim.

Daripada siasatan awal juruaudit ebbas tersebut dan seperti yang diumumkan oleh KHSB, terdaat banyak keraguan dan pelanggaran undnag-undang dalam transaksi tersebut. Lebih mengejutkan laporan juruaudit AKN ARIF bertentangan dengan pengesahan dan endosmen oleh KPMG yang dilantik oleh Khalid untuk menyediakan kertas putih berkenaan yang jelas untuk mengaburi mata rakyat Selangor untuk menutup salah guna kuasanya.

Hasil daripada laporan yang bertentangan oleh juruaudit bebas yang dilantik oleh KHSB, Khalid Ibrahim dan juruaudit KHSB (Ernest And Young) telah mengundang Suruhajaya Sekuriti dan SPRM membuka kertas siasatan bagi melindungi kepentingan pemegang saham KHSB serta harta rakyat Selangor yang hampir mencecah RM 1 bilion.

Penipuan fakta semasa membentangkan kertas putih tersebut adalah sesuatu yang dijangka banyak pihak bagi melindungi kesalahan penyalahgunaan kuasa Khalid sebagai MB dalam isu hutang Talam. Lebih mengejutkan apabila fakta siasatan awal juruaudit bebas yang dilantik KHSB,AKN ARIF yang mengesahkan penipuan Khalid Ibrahim diumumkan untuk pengetahuan rakyat Selangor oleh KHSB sendiri.

Baca seterusnya di SEL13.com

PANAS BERAPI! NIK AZIZ LEBIH SAYANGKAN ZIONIS ISRAEL DARI USTAZ NASHA?

Posted: 07 Feb 2013 04:00 PM PST

"Itu dia (Nasharudin) punya pasal. Ikut kata dialah. Bila orang kena cerai, dia akan menangis atau apa, itu dia punya pasal," – Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 4 Februari.

Begitulah kata-kata dan pandangan seorang Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang kononnya dikatakan memiliki akhlak yang sangat "molek" dan setaraf dengan "nabi" serta para "aulia".

Keangkuhannya tiada tolok bandingnya apabila dia tidak lagi mengambil kisah tentang bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, yang baru dipecat dari Majlis Syura PAS baru-baru ini.

Bila ditanya wartawan mengenai Ustaz Nasharuddin, dia menjawab seolah-olah bekas Timbalan Presiden PAS itu adalah musuh ketatnya dan tiada lagi sifat kasih sayang di dalam perkataan yang dirujuk kepada Ustaz Nasharuddin.

Saya tertanya-tanya di manakah sifat ukhuwwah Islamiyyah di dalam diri Nik Aziz terhadap Ustaz Nasharuddin? Bukankah Rasulullah SAW menganjurkan agar umat Islam itu hidup di dalam suasana berkasih sayang di antara satu sama lain?

"Cubit paha kiri, paha kanan terasa", begitulah sifat yang sepatutnya ada pada Nik Aziz sebagai seorang yang kononnya mirip "nabi", bukan?

Saya mendapat tahu bahawa Ustaz Nasharuddin sebenarnya sangat memuliakan Nik Aziz sebagai "Tok Guru" dan "ahlul kibar" (yang lebih tua dan berpengalaman), serta tidak pernah menyimpan dendam terhadap Mursyidul Am itu.

Baca seterusnya di Perak Today

MESTI NIZAR LAHANAT PANAS HATI BILA DIA TENGOK DR ZAMBRY RAMAI PENYOKONG!

Posted: 07 Feb 2013 01:19 PM PST


Seramai 1,500 penduduk DUN Pangkor menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 bernilai RM1.5 juta yang disampaikan oleh Menteri Besar Perak merangkap Adun Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Bertempat di Arena Square Pangkor, kegembiraan jelas terbayang di wajah setiap penerima yang membawa pulang wang tunai RM500.

Selain menyampaikan BR1M, Zambry turut mengagih-agihkan bantuan Tahun Baru Cina kepada 500 penduduk Pangkor yang bakal meraikan perayaan itu Ahad ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berkata, setiap kali musim perayaan tiba, sudah menjadi kelaziman buat kerajaan Barisan Nasional (BN) turun ke bawah dan menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

"Setiap kali ada sambutan perayaan, kita pasti akan menyampaikan bantuan tidak kira kepada orang Cina, Melayu atau India.

"Ini adalah usaha kerajaan sejak sekian lama yang dilaksanakan bagi membantu masyarakat yang berpendapatan rendah," kata beliau lagi.

Tambahnya, dengan kehadiran ramai masyarakat tempatan, ia sudah cukup membuktikan sokongan mereka kekal bersama BN.

Baca seterusnya di Perak Today...

PELIK TAPI BENAR! DIMANA ADA HADI DISITU ADA SALIB

Posted: 07 Feb 2013 05:55 AM PST

Benda ni sangat pelik. Kalau kita cakap pastinya anjing pakatan marah...tapi korang tengok la sendiri..nape ek?



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...