House PK

House PK


PANAS WEI! GANESAN SPEAKER PERAK SAMAN MALU RM25 JUTA TERHADAP 5 ADUN DAP!

Posted: 06 Feb 2013 12:06 AM PST

Padan muka hangpa wahai adun DAP! Selama ini korang dok saman orang lain kan? La ni turn korang pulak kena saman, kali ini dari manusia yang korang fitnah dia dengan video kosong tenmpohari. Mari kita baca kat bawah ni:

Speaker Perak, Datuk R Ganesan hari ini memfailkan saman malu terhadap lima wakil rakyat DAP berhubung penerbitan dan pengeluaran video cakera padat (DVD) salah laku seks yang didedahkan dalam satu sidang media ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung pada Disember lalu.

Ganesan memfailkan writ saman tesebut melalui peguam caranya, Azad Bashir di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh, kira-kira jam 1 petang tadi bagi membersihkan namanya yang tercemar akibat penerbitan dan penyebaran DVD berkenaan.

Lima wakil rakyat DAP yang berhadapan tuntutan saman itu ialah Adun Tronoh, V Sivakumar; Adun Buntong, A Subramaniam, Adun Menglembu, Lim Pek Har; Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham dan Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming.

Bercakap kepada pemberita, Ganesan menegaskan pada sidang akhbarnya pada 21 Disember, beliau telah memaklumkan akan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang telah menerbit dan menyebarkan video salah laku membabitkan dirinya.

"Pada 22 Disember lalu, saya telah membuat laporan polis agar siasatan dapat dijalankan dan saya juga melalui peguam cara pada 15 Januari lalu telah mengeluarkan surat tuntutan terhadap lima wakil rakyat terbabit untuk menarik balik perkataan dan meminta maaf atas terma-terma tertentu.

Baca seterusnya di Perak Today....

PENDEDAHAN PANAS! KHALID GAGAP KANTOI SAPU DUIT RAKYAT SELANGOR!

Posted: 05 Feb 2013 10:45 PM PST

GEMPAR BERAPI! TANDA SALIB KELIHATAN SELEPAS KEBAKARAN DI DARUL QURAN! APA MAKNANYA NI?

Posted: 05 Feb 2013 09:21 PM PST

Adakah ini satu kebetulan atau.....

PERINGATAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA TENTANG NIK AZIZ! WAJIB BACA

Posted: 05 Feb 2013 02:04 PM PST

SATU ketika dahulu, Nik Aziz ada melarang orang ramai khususnya rakyat Kelantan supaya tidak menggantungkan gambar Perdana Menteri (Mahathir) kerana perbuatan itu menjadikan kita mendewa-dewakan manusia.

Hari ini bagaimana? Di seluruh pelosok Kelantan sama ada di bulatan jalan atau di persimpangan, atau di mana-mana sahaja penuh dengan gambar Nik Aziz.

Ada gambar Nik Aziz menangis sedang berdoa, ada gambar Nik Aziz sedang bersolat dan berbagai-bagai lagi. Sakit mata melihat gambar- gambar itu, dan perbuatan itu sebenarnya adalah riak, perbuatan itu juga mengharapkan supaya orang jahil memuji atau mendewa-dewakan Nik Aziz.

Nik Aziz berkata UMNO tolak Islam. Saya ingin merujuk kepada kenyataan Nik Aziz seperti yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia Selasa 6 Disember di muka 7 bahawa pihak yang menolak Islam juga adalah kufur. Pihak mana yang sebenarnya menolak Islam? UMNO atau Pas? atau DAP (langkah mayat aku dulu kata Karpal Singh).

Rasulullah SAW ada bersabda bahawa al-Quran itu adalah menjadi hujah atau bukti yang kuat untuk menolong diri seseorang itu pada hari kiamat kelak, atau untuk menyusahkan dan menyulitkannya hingga ditimpakan azab ke atas seseorang itu pada hari tersebut.

Ini memang jelas. Dengan keterangan ini tiada sesiapa pun boleh atau dibenarkan berdusta dengan ajaran al-Quran iaitu wahyu Allah SWT. Sebenarnya kita tiada pilihan, suka atau tidak suka, kita kena ikut al-Quran, bukan al-Quran kena ikut cakap kita. Nik Aziz suruh al-Quran ikut cakap dia. Contoh, ringkas saja, dalam al-Quran banyak ayat yang Allah melarang kita daripada mendekati syaitan, contoh, di surah Faatir ayat 6 bermaksud:

Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadilah dia musuh yang mesti dijauhi tipu dayanya. Sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka.

Tetapi Nik Aziz kata, kita boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan itu mahu membantu kita menubuhkan negara Islam. Syaitan mana? Allah kata tak boleh, Nik Aziz kata boleh. Jadi, sekarang siapa kufur? Pernahkah pemimpin UMNO kata begitu? Jawapannya adalah tidak. Hanya Nik Aziz sahaja yang berani berkata begitu.

Pada tahun 1999 (PRU-10) apabila Pas menang di Terengganu, penceramah Pas kata, Nik Aziz berkata ramai malaikat turun dari langit ke bumi membantu pengundi untuk mengundi PAS.

Kata penceramah itu lagi, Nik Aziz berkata malaikat memegang dan menggerakkan tangan pengundi untuk mengundi Pas. Nik Aziz nampakkah malaikat turun dari langit? Siapa berbohong dan siapa kufur?

Pada tahun 2004 (PRU-11) apabila Pas tewas di Terengganu lain pula kata penceramah Pas, penceramah Pas kata, Nik Aziz berkata ramai pengundi hantu UMNO datang dari Kuala Lumpur dengan berpuluh-puluh bas untuk mengundi UMNO hingga Pas hilang kuasa.

Kata Nik Aziz lagi, ini pilihan raya tidak adil dan pilihan raya tidak bersih. Persoalannya, mana perginya para malaikat di tahun 1999 itu? Siapa berbohong dan siapa kufur?

Dengan hujah-hujah di atas, seolah-olah pada tahun 1999 Nik Aziz nampak para malaikat turun ke bumi, dan pada tahun 2004 Nik Aziz nampak hantu pula sebagai pengundi. Tidak logik langsung.

Nik Aziz ialah manusia biasa. Nik Aziz bukan manusia istimewa. Nik Aziz bukan manusia ajaib. Nik Aziz bukan antara 10 sahabat Nabi SAW yang dijanjikan syurga oleh baginda. Nik Aziz ialah Menteri Besar Kelantan sejak tahun 1990 (22 tahun lalu). Nik Aziz juga seperti manusia lain, Nik Aziz juga terikat kepada ibadat kepada Allah SWT, Nik Aziz juga tertakluk kepada syurga dan neraka.

Namun, Nik Aziz sentiasa bercakap besar seolah-olah dia adalah manusia paling hampir dengan Allah SWT.

Saya masih ingat, menjelang PRU pada tahun 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008 penceramah Pas menggunakan strategi yang sama iaitu mana-mana calon yang diputuskan oleh parti merupakan calon terbaik kerana Nik Aziz mendapat petunjuk setelah bermunajab kepada Allah SWT.

Penyokong tidak boleh menolak mana-mana calon yang diputuskan oleh parti kerana ia telah diputuskan terlebih dahulu oleh Mursyidul Am Pas setelah diperkenankan oleh Allah SWT kata penceramah Pas dengan sombong.

PANASNYA PENANG! TPM KASI TARUK CILI SAMA GUAN ENG!

Posted: 05 Feb 2013 06:41 AM PST

GEORGE TOWN 5 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan gesaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya rakyat negeri itu memakai baju berwarna tertentu semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Barisan Nasional (BN) negeri, adalah satu perbuatan "bodoh".

Katanya, Guan Eng seolah-olah seperti orang cerdik tetapi tidak cerdik malah ia adalah perbuatan yang bodoh.

Beliau berkata, sebagai pemimpin negeri, Lim seharusnya menghormati dan menghargai majlis orang lain, dan beliau sendiri boleh mengunjungi majlis rumah terbuka itu.

"Ini kerja yang bodoh. Kenapa nak menimbulkan kekacauan...mungkin niat dia (Guan Eng) tidak ikhlas," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama jentera BN Pulau Pinang di sini hari ini.

Semalam, Guan Eng menggesa rakyat Pulau Pinang yang mengunjungi majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran BN negeri pada 11 Februari nanti yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, agar memakai baju berwarna kuning, hijau dan merah.

Kata Guan Eng, kuning sebagai tanda sokongan kepada Bersih, hijau untuk alam sekitar dan merah untuk Pulau Pinang.

Muhyiddin berkata, majlis Tahun Baharu Cina adalah untuk menyambut semangat tahun baharu serta menekankan keriangan dan perpaduan, tetapi Ketua Menteri Pulau Pinang hanya berminat untuk berpolitik sahaja.

Katanya, begitu juga jika DAP menganjurkan majlis rumah terbuka, ia tidak akan diganggu oleh penyokong BN kerana mereka ada hak untuk menganjurkannya.

"Kalau itu tak boleh, ini tak boleh apa maknanya CAT (Cekap, Akauntabel dan Telus)...tak ada makna bagi kita," katanya.

Mengenai perbelanjaan membawa artis dari luar negara bagi memeriahkan majlis rumah terbuka itu, Muhyiddin berkata, beliau dimaklumkan ia adalah tajaan pihak swasta.

Majlis sambutan itu di padang Sekolah Han Chiang akan dimeriahkan dengan persembahan PSY, artis Korea Selatan yang popular dengan Gangnam Style. - BERNAMA

House PK: aku suka ngan statement TPM ni. Bodoh si anak Kit Siang ni memang melantun-lantun. Buat malu je CM berperangai gangster sekolah. Resign la Guan Eng!

PANAS WEI! DARI GILA MEROYAN NIZAR LAKNATULLAH DAH JADI BOMOH SIAM PULAK?

Posted: 05 Feb 2013 05:51 AM PST



5 tahun menjadi wakil rakyat inilah hasil kerja yang Nizar lulus, Nizar sudah lulus dan ditauliahkan sebagai Dokun Tenung Nasib.

Menurut tenung nasib Nizar Pak Ketam boleh menang 145 kerusi dan BN hanya 77 kerusi. Daripada 145 kerusi Pak Ketam, Pas mendapat 100 kerusi dan layak menjadi Perdana Menteri.

Anwar dan Lim Kit Siang pun menangis tak berlagu kena tipu oleh Pas.

Cuma bagaimana dengan Nizar?

Nizar masih berangan-angan nak jadi MB Perak, sedangkan Dap Perak sudah pun ada calon Melayu untuk dilantik sebagai MB

HOUSE PK: Ini adalah artikel yang aku ambil dari TM. Nizar ni dah memang tak boleh diselamatkan lagi, penyakit gila dia dah sampai tahap yang amat membimbangkan. Dari gila meroyan sekarang si Nizar dah jadi bomoh Siam la pulak....kah kah kah
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...