tun faisal dot com

tun faisal dot com


[Video] Syahid di Memali hanya penipuan Pas? #PartiAjaranSesat

Posted: 29 Jan 2013 06:00 PM PST


Wangi sebab tabur minyak atar... Mat Sabu pun ada cilok itu wang ka? Ularmak...! Pemimpin Pas memperbodohkan, penyokong Pas diperbodohkan. 28 tahun balu tragedi Memali berdoa dan buat solat hajat, bila Allah swt tunjukkan kebenaran, maka terimalah hakikat tentang kepalsuan yang Allah swt telah bongkarkan. Takbir! Allahuakbar! Subhanallah....

#RCISabah : Malaysian Insider kantoi salah lapor inkuiri?

Posted: 29 Jan 2013 04:00 PM PST



#RCISabah : Boo Su Lyn The Malaysian Insider SPIN Keterangan Saksi

http://yuseriyusoff.blogspot.com/2013/01/rcsabah-boo-su-lyn-malaysian-insider.html

Inilah antara sebab kita jangan terlalu mudah percaya dengan setiap laporan yang dikeluarkan oleh media pembangkang. Terutama sekali laporan dari Malaysiakini dan The Malaysian Insider.

Selain banyak guna pengikat kata pada setiap perkataan laporan wartawan mereka kadangkala ditokok tambah supaya memberi kelebihan kepada pihak mereka.

Laporan pendengaran awam prosiding RCI untuk menyiasat pemberian kerakyatan kepada warga asing di Sabah yang ditulis oleh Boo Su-Lyn sebagaimana dipaparkan dalam gambar (atas) adalah antara laporan 'media spinning' untuk memburukkan kerajaan dan SPR.

Laporan Boo Su-Lyn berbunyi :
A then-Sabah National Registration Department (NRD) director sold 16,000 NRD receipts for more than RM1million that enabled immigrants in Sabah to vote, the Royal Commission of Inquiry (RCI) on illegal immigrants heard today.
Hahaha...

Mungkin Boo Su-Lyn pekak atau sengaja buat-buat pekak. Kerana sepanjang prosiding siang tadi keterangan saksi ke-34 (SP34) iaitu DSP Badaruddin Peg. Turus 1 Intelligent Technical IPK Kelantan tiada menyebut bahawa Ramli Kamaruddin yang ditahan di bawah ISA mengaku mengeluarkan 16,000 resit dokumen untuk tujuan UNDI!

Antara transkrip asal keterangan yang diberikan SP34 :

1. Tuan bertugas di mana sekarang dan sebagai apa? 
SP34 : Peg. Turut 1 Intelligent Technical di IPK Kelantan selama 17 tahun. 
2. Apakah tugas-tugas tuan? 
SP34  : Selain pentadbiran saya juga melakukan risikan keselamatan. 
3. Adakah tuan ingat ketika bertugas di Bukit Aman, tuan terlibat dengan ops khas? 
SP34 : Yang saya tahu mengenai pengeluaran IC secara salah di Sabah
4. Apa peranan tuan dalam ops tersebut? 
SP34 : Saya menjalankan temubual dengan tahanan. 
5. Tujuan untuk temubual? 
SP34 : Membuat risikan dan intelligence repot. 
6. Adakah tuan ingat berapa orang ditangkap? 
SP34 : Saya tidak tahu. 
7. Mereka ditangkap di bawah Akta apa? 
SP34 : Akta ISA. 
8. Siapa yang tuan temubual? 
SP34 : Ramli Kamaruddin adalah Ketua Pengarah JPN Sabah ketika itu. 
9. Berdasarkan keterangan adakah Ramli terlibat sama dengan pengeluaran IC secara tidak teratur? 
SP34 : Yang saya maklum Ramli terlibat dengan pengeluaran resit KP19 dan KP11. KP19 untuk renew IC dan KP11 untuk IC hilang. 
10. Berapa banyak resit dikeluarkan? 
SP34 : 16,000 resit dikeluarkan kepada individu-individu pendatang asing iaitu India, Indonesia, Pakistan dan lain-lain. 
11. Motif pengeluaran IC tidak teratur? 
SP34 : Untuk duit, keuntungan. 
12. Adakah bayaran dibuat kepada En.Ramli?
SP34 : Setiap resit dikenakan RM250. 
13. Motif keluarkan resit ini? 
SP34 : Untuk keuntungan saja. 
14. Berapa jumlah keuntungan diperolehi? 
SP34 : Lebih kurang RM1 juta. 
13. Adakah Ramli mendedahkan sesiapa ada beri arahan untuk berbuat demikian? 
SP34 : Ramli mendedahkan beliau buat atas keuntungan sahaja. 
14. Adakah nama-nama orang lain atau ahli politik disebut terlibat bersama Ramli? 
SP34 : Tiada. 
15. Adakah Ramli bekerjasama dengan SB ketika ditemubual? 
SP34 : Bekerjasama dengan baik dan ikhlas.

Cukup sampai situ sahaja, soalan saya buat Boo Su-Lyn, cuba beritahu di mana dalam keterangan saksi tadi mengatakan bahawa pengeluaran IC yang dilakukan oleh bekas kakitangan JPN adalah untuk MENGUNDI?

Boo Su-Lyn walaupun you seksi, cantik. Tapi sayang you bodoh!


Moron punya reporter!



#JelajahAnakMalaysia - sukarelawan mahasiswa bawa tranformasi @1M4Youth @JTransformasi #MyBeautifulMsia

Posted: 29 Jan 2013 05:07 AM PST


Besok, 30 Januari 2013, Jelajah Anak Malaysia - Transformasi rakyat akan dilancarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8(1) pada jam 730 pagi. JOM ramai-ramai semarakkan semangat kesukarelaan anak muda demi kemajuan dan agenda transformasi rakyat.

Beza mahasiswa beraqal dengan mahasiswa yang tiada beraqal dan hilang aqal adalah macam mahasiswa yang sukarela buat amal turun ke akar umbi bertemu dan bantu rakyat; dan mahasiswa yang turun demo buat kacau, panjat pagar jerit-jerit hantar memorandum pukul 2 pagi dan buat kacau di jalanan. ehh macam perbezaan antara mahasiswa pro-Aspirasi Mahasiswa dan mahasiswa pro-M (pro-pembangkang) la.. :)  



MEREKA INI BUKAN MAHASEWEL!!!



JELAJAH ANAK MALAYSIA bukan demonstrasi huru-hara yang boleh menggugat keamanan negara. Sebaliknya adalah sebuah program mulia hasil aspirasi oleh anak muda yang cintakan negara dan keamanan.

Mereka digelar sebagai Gabungan Generasi Muda (G2M) ini terdiri daripada 46 persatuan belia, Mahasiswa dan NGO akan menjelajah ke seluruh negara melalui program khidmat masyarakat.

Tujuannya adalah untuk mendekati dan mendampingi secara langsung di lapangan dalam usaha memastikan anak muda dapat merasai denyut nadi dan berkongsi pengalaman hidup di kalangan pelbagai lapisan masyarakat.

Program ini akan melalui tiga bentuk fasa iaitu bermula 30 Januari hingga 16 Februari di Semenanjung Malaysia, 25 Februari hingga 3 Mac (Sarawak) manakala 5 hingga 12 Mac di Sabah.

Menurut pengerusi G2M, Mohd Shahar Abdullah berkata program ini adalah kesinambungan idea daripada Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan pada tahun lalu.

"Ini semua adalah kesinambungan hasil gerak kerja daripada NGO dan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan pada tahun 2012.

"Kita bergerak dibawah G2M bagi memastikan anak-anak Malaysia mempunyai rasa tanggungjawab kepada masyarakat boleh berbakti kepada rakyat," katanya kepada pemberita ketika sidang media di Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...