BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! PAS ACTION AGAINST NASHARUDDIN ERODES ITS CREDIBILITY TO DIE-HARDS FUNDAMENTLISTS !!! WHAT ???

Posted: 31 Jan 2013 03:00 PM PST


PAS is now playing second fiddle in the opposition's alliance as the party heeded the call to have former deputy president and member of the Syura council Nasharudin Mat Isa expelled.Nasharuddin could not have been expelled at a better time since he was beside Prime Minister Najib Tun Razak during the premier's visit to Gaza and participation at WEF in Davos, so the excuse is there Nasharuddin has fallen out of line of the party leadership.However,the truth of the matter is everybody's knowledge the party Syura Council and Ulamak chief Nik Aziz Nik Mat had to tow the line of PR that Nasharuddin is a torn in the flesh as the three parties strategise to take over Putrajaya.Nasharuddin,whose aim is to see the Malays who are Muslims united although possessing different political ideologies,has been marked by PKR de facto chief Anwar Ibrahim since he was deputy president of PAS for being closely associated with Umno and BN.Nasharuddin and former PAS vice-president Dr Hassan Ali had been the obstacles to Anwar's dream of controlling the party from outside,the only Malay-based party he could put his hands on. Nasharuddin had survived expulsion when he lost to Anwar's man Mohamad Sabu or Mat Sabu in 2009 party election when Anwar managed to get most of his men in the party leadership line-up that included Husam Musa.

But at that time,Anwar could not do much to rid PAS of the fundamentalists hold as president Abdul Hadi Awang and secretary-general Mustapha Ali are still 'fundamentalists die-hards" and the Syura Council members especially Dr Harun Taib and Dr Harun Din were all fundamentalists, holding on to the party's mission since the 50s.However,this time around,they seem to be bending down to pressure from DAP and Anwar personally as the action they took against Nasharuddin,although expected,is so swift or fast.Despite Nasharuddin 'overstaying his welcome' in the party,the action is read as PAS allowing itself to be 'dictated' by DAP and PKR despite it (PAS) being the strongest party in the opposition pact. The party has been trying hard, that is the veteran fundamentalists,not to allow Anwar to control it but given the latest leadership's decision, the party seems to have mellowed or 'under threat'.In short,despite all the upheavals and issues that are against Islam and Muslims,PAS seems to have no choice but to tow the line of the opposition pact,which inevitably erodes its influence among die-hard fundamentalists members and supporters.Even now,die-hard fundamentalist are demonstrating against DAP and calling for the party to break away from the opposition pact on issues concerning the use of word ALLAH. PAS is now in a 'Catch 22' position if the party does not tow the line it will be left alone in the coming general election and if it follows every tune the opposition pact dance, it would lose its support. Given the situation,PAS is expected to play the balancing act as it does not want to lose the opportunity to have its president Abdul Hadi as Prime Minster,the post it will have to 'fight it out' with Anwar,if the opposition wins the general election.

GAZE-PONDERS 

HOT NEWS !!! PM @NAJIBRAZAK SUCCES IN GAZA AND DAVOS PUTS ANWAR AND OPPOSITIONS FURTHER IN A CORNER !!!

Posted: 31 Jan 2013 11:00 AM PST


Coming home to a hero's welcome with no less than 10,000 Malaysians at KLIA,Prime Minister Datuk Seri Najib has succeeded in putting Malaysia in the world's map as a moderate country that loves peace and a country with plentiful opportunities for businesses.Hitting two birds with one stone the visit to Gaza and the WEF in Davos Datuk Seri Najib has shown to the world that Malaysia is a country that is accommodating and tolerant while same time vibrant in its economic development.Datuk Seri Najib visit to Gaza was to see by himself the situation there where the Palestinians have been under 'inhuman onslaught' of the Israelis and living in fear every day and night.His success in his visit has created uneasiness among the oppositions back home particularly Anwar Ibrahim who is a 'buddy' to Israel and same time trying to curb or prevent investments to Malaysia.Anwar has been painting a 'black Malaysia' to every country in the world,hoping he could 'cruise' he way to Putrajaya,the position he has been dreaming and having nightmares.Datuk Seri Najib visit to Gaza to see with his own eyes the state of being of the besieged Palestinians,and had wanted to visit both Gaza and the West Bank but was unable to do so due to the volatile political situations there."The Israeli gave an indication that we have to recognise the state for a visit to the West Bank,but the price is too high and Abu Mazen understood this.

Our visit was purely humanitarian,nothing more nothing less," he had said.But Anwar was quick to lie that Datuk Seri Najib visit had incurred the wrath of Abu Mazen,another name for the Fatah's leader Mahmoud Abas,an attempt to create anger among thinking Malaysians on Datuk Seri Najib visit.Anwar cannot do like what Datuk Seri Najib did because he is a 'buddy' of Israel and a word from him supporting Palestine will incur the wrath of his Israel master and condemning Malaysia in the eyes of the world has apparently backfired,if viewed at the success of Datuk Seri Najib performance in Davos where the world's business circle had shown much interest in Malaysia.Anwar's 'jealousy and hatred' got worse when American media played up Najib's visit to Gaza and the overwhelming reception Najib received in Davos,contrary to Anwar's expectation as he has all along thought Najib and Malaysia would get the 'cold shoulder treatment from the world community' following his (Anwar) campaign against the Prime Minister and Malaysia and with no less than 10,000 Malaysians welcomed Datuk Seri Najib return at the airport,Anwar's feeling went down,hopes for brighter days ahead dashed as he saw Najib surrounded and cheered by the crowd.Given the success of Datuk Seri Najib visit,Anwar and the oppositions are further pushed to the corner as the general election draws nearer as Malaysians, thinking Malaysians who are voters are fast abandoning the 'purported idealism' propagated by the oppositions

GAZE-PONDERS 

HOT NEWS !!! DAP BUAT HAL LAGI !!! KALI INI KEMATIAN WILLIAM DIPOLITIKKAN SELEPAS TBH !!! APA CERITA NI ???

Posted: 31 Jan 2013 07:30 AM PST


Sikap kebinatangan DAP makin terserlah.DAP sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa politik komunisme yang diperjuangkan mereka. Malahan kesengsaraan dan tragedi keluarga lain pun mereka sanggup politikkan. Dengan kepala mafia seperti Lim Kit Siang yang telah mencetuskan tragedi 13 Mei maka segala perkara merupakan bahan politik.Baru-baru ini Lim Kit Siang telah tweet "6yr William Yau's tragic death – apart from Umno/BN Ministers/leaders,Msia just not safe even 4children like William!"


Lim Kit Siang kerana mempolitikkan insiden tragis kematian kanak-kanak enam tahun,William Yau Zhen Zhong."Insiden tragis ini pun nak dikaitkan dengan politik ??? Pemimpin jenis apakah ini ??? Ini adalah bukti betapa tidak beretikanya Lim Kit Siang kerana tidak melepaskan peluang untuk berpolitik.Manusia jenis inilah yang akan sentiasa mengundang malapetaka dan kacau-bilau yang berterusan.William sebelum itu dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota,Putra Height,Subang Jaya,sejak 16 Januari lalu sebelum mayatnya ditemui di jeti Kampung Sungai Sireh,Pelabuhan Klang,kira-kira 30 kilometer dari lokasi kanak-kanak itu hilang.



Ketua Pemuda Gerakan Kedah,Tan Keng Liang juga menyatakan bahawa DAP merupakan parti yang tidak bertimbang-rasa dan berakal mulia. Sikap berat sebelah dan bermotif jahat juga dapat kita saksikan dalam kes mendiang Teoh Beng Hock.Kematian mendiang terus dituduh sebagai pembunuhan.Sebelum perbicaraan dijalankan DAP dibawah Guan Eng telah menjalankan provokasi secara ganas bahawa kematian Beng Hock merupakan satu pembunuhan seolah-olah mereka ini terlebih berusaha menutup jenayah DAP itu sendiri.Provokasi ini berjalan secara besar-besaran seperi semasa upacara sembahyang mayat dan pengkebumian Beng Hock.


Provokasi keganasan yang berterusan oleh Lim Kit Siang ini juga dilaksanakan juga oleh Lim Guan Eng didalam apa jua perayaan seperti Deepavali,Wesak,Hari Raya,Krismas atau Thaipusam.Dalam perutusan Thaipusam,Lim Guan Eng sekali lagi membelakangi bahasa kebangsaan kita.Hanya bahasa Inggeris dan Cina sahaja yang digunakan.Di antara kenyataan beliau :

NAK TAHU APA KENYATAAN BELIAU ???


UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! PEMECATAN USTAZ NASHA !!! DATUK ZULKIFLI NOORDIN MEMBELASAH PAS KAW-KAW !!!

Posted: 31 Jan 2013 04:00 AM PST


Salam 2 all. 

YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa,Ahli Parlimen Bachok (PAS) yang baru kembali daripada lawatan bersejarah YAB PM ke Gaza pasti terkejut mendengar berita melalui media bahawa beliau dipecat daripada kedudukan sebagai ahli Majlis Syura' PAS.Kebetulan beliau baru sahaja balik daripada mengiringi YAB Perdana Menteri dalam lawatan ke Gaza.Kata Perdana Menteri Palestin-Gaza Ismael Haniyeh,lawatan Dato' Sri Najib adalah satu lakaran sejarah tersendiri kerana Dato' Sri Najib adalah pemimpin bukan 'arab pertama menjejakkan kaki ke bumi Gaza ! Dan lebih bersejarah kerana PM mengumumkan peruntukkan pembinaan semula pejabat Perdana Menteri Palestin-Gaza yang musnah dibom oleh rejim zionis beberapa minggu lepas setelah lawatan Perdana Menteri Mesir Hisham Qandel ke bangunan tersebut.Orang yang terakhir melihat bangunan tersebut sebelum dimusnahkan ialah PM Mesir, orang yang membinanya semula ialah PM Malaysia! Begitu bersejarah lawatan Dato' Sri Najib,yang lawatannya mendapat liputan meluas media barat dan arab,malah Al-Jazeera memberikan lapuran hampir 20 minit didalam berita utamanya.Rakyat Gaza turun berduyun-duyun mahu melihat seorang wira Melayu yang berani datang menziarahi mereka walaupun mendapat tentangan dalam dan luarnegara. 

Mereka bertambah bangga apabila melihat betapa simplenya Dato' Sri Najib, sanggup turun ke padang menziarahi keluarga Assyahid Al-Ja'bari, Ketua Keselamatan Palestin-Gaza yang dibunuh kejam melalui pengeboman keatas kenderaannya.Dan mereka bertambah kagum kerana ini pertama kali seorang Perdana Menteri datang menziarahi mereka dengan membawa seluruh ahli keluarga.Datin Sri Rosmah Mansur berserta anak-anak Nooryana Najwa & Ashman turut sama dalam rombongan PM. Teman sempat bergurau dengan YAB PM,buatnya kalau rejim zionis mengebom rombongan PM,habis semua keturunan Dato' Sri Najib dan Datin Sri Rosmah.Jawapan PM cukup simple – kat mana pun kita akan mati! Dan dalam rombongan lawatan bersejarah itu,turut dijemput sebagai Ahli Parlimen (seperti teman juga) ialah YB Nasharuddin Mat Isa.Teman dok bayang tentu PAS akan tumpang bangga dan kagum yang ahli Majlis Syura' dan bekas Timb Presiden mereka turut serta dalam lawatan bersejarah itu.Dan sebenarnya memang ramai pemimpin PAS belum pun menjejakkan kaki ke bumi Gaza, walaupun mereka tekun melilit leher mereka dengan muffler Palestin ! Walaupun mereka sering bertakbir dan mengutip derma jihad, namun jangan kata membawa keluarga dan anak isteri,diri mereka sendiri pun belum berkemampuan dan tiada keberanian untuk pergi ke Gaza.

Al maklumlah sejak-sejak berkawan dengan Kitsiang dan Karpal Singh ni.Jadi didalam kelemahan dan kedhaifan pimpinan PAS untuk menjejakkan kaki ke bumi Gaza, maka perginya Ustaz Nasharuddin bersama didalam rombongan PM sudah tentu satu aset besar buat PAS! Dalam ramai-ramai orang, PM pilih pemimpin PAS sebagai pengiring ! Teman pada masa itu cukup yakin pimpinan dan ahli PAS akan bukak jubah dan serban dan menghamparkannya di KLIA untuk menyambut wira dan hero mereka pulang daripada bumi Gaza ! Sudah pasti semua muffler Palestin yang melilit leher mereka selama ini akan kalungkan dileher hero PAS yang baru pulang dari bumi anbiya' ini.Tetapi tidak! Rupanya para pasrasit berjaya melilit leher tengkok Ust Nasha sehingga dipecat daripada Majlis Syura'.Ramai ahli akar umbi PAS sendiri terkejut mendapat berita daripada media bahawa tokoh hebat mereka ini telah dipecat daripada Majlis Syura' ! Dan lebih terperanjat mereka apabila parti yang melabel diri sebagai Parti Islam langsung tidak mengikut kehendak syara dengan memecat Ustaz Nasha tanpa memberi sebarang notis dan tidak memberi beliau peluang membela diri! Semasa isu Amanat Hadi hangat dibincangkan,Datuk Seri Hadi Awang (DSHA) membuat kenyataan meminta hak membela diri di media utama selama sejam.Kenyataan DSHA disokong oleh Datuk Nik Aziz (DNA) yang memetik sumber syara dengan kenyataan Islam mewajibkan seseorang diberi peluang membela diri dan memperjelaskan diri sebelum boleh dihukum. 

Teman tidak menafikan Islam mewajibkan kita memberi peluang membela diri kepada mana-mana pihak dalam apa-apa perkara yang membabitkan dirinya, apatah lagi jika hukuman akan dikenakan.Malahan ini adalah nilai universal & hak asasi & fundamental kemanusiaan yang diterima oleh semua masyarakata bertamadun! Sebab itu teman mempersoalkan tindakan PAS memecat Ustaz Nasha daripada kedudukannya sebagai Ahli Majlis Syura,badan tertinggi didalam PAS.Bagaimana parti yang melabel diri mereka sebagai Islam tetapi mengambil tindakan yang langsung tidak Islamik.Tindakan memecat Ust Nasha dibuat tanpa beliau diberi notis tunjuk sebab dan peluang membela diri ! Ini disahkan sendiri oleh Ust Nasha yang menyatakan beliau hanya tahu berita pemecatan beliau melalui media ! Ini bukan kali pertama PAS bertindak sedemikian. Dalam kes pemecatan tokoh pimpinan PAS Datuk Dr Hasan Ali,beliau juga tidak diberi notis tunjuk sebab dan peluang membela diri. Teman melihat isu pemecatan Ust Nasha ini sekadar membuktikan betapa tidak Islamiknya PAS dalam amalan dan tindak-tanduknya.Apa yang lebih malang,ia memberi gambaran buruk kepada agama Islam itu sendiri kerana sudah tentu non-Muslim akan melihat tindakan PAS seolah-olah dibenarkan agama Islam kerana mereka melabelkan diri mereka sebagai parti Islam! Apakah ini akan mendekatkan lagi non-Muslim kepada Islam,apabila mereka melihat seseorang boleh dipecat dan dibuang tanpa notis & peluang bela diri? Berbeza sekali dengan UMNO yang walaupun tidak menjubahkan diri dengan label Islam, tetapi mengambil tindakan lebih Islamik.Contohnya semasa Anwar Ibrahim hendak dikenakan tindakan disiplin atas masalah liwat & moral yang rendah,UMNO memberi peluang kepada beliau membela diri didalam mesyuarat Majlis Tertinggi. Tun Mahathir memberi peluang seluas-luasnya kepada Anwar untuk memberi penjelasan & meyakinkan Majlis Tertinggi UMNO mengenai kedudukannya.Selepas mendengar penjelasan Anwar dan mengambil pendapat semua ahli MT yang hadir, UMNO akhirnya membuat keputusan memecat Anwar atas masalah moral beliau. 

Samada keputusan itu betul atau tidak bukan persoalannya.Isunya ialah Anwar diberi notis & peluang membela diri.Tetapi Datuk Dr Hasan Ali & Ust Nasha bukan sahaja tidak diberi notis,malah peluang membela diri dan membuat penjelasan juga tidak diberi. Malah sehingga hari ini, Datuk Dr Hasan Ali tidak tahu apa kesalahan beliau sehingga dipecat !  Teman berharap rakyat terutamanya umat Melayu-Islam akan membuka mata dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuka ALLAH mengenai pekung penyakit didalam PAS ini! Semakin hari semakin terserlah kurap-kurap politik didalam PAS ini. Daripada isu kalimah ALLAH, kepada isu sumpah bai'ah talaq tiga,kepada isu murtad,isu gereja,isu arak,isu kafir mengkafir,isu Tabung Memali,isu pemecatan Datuk Dr Hasan Ali,kepada yang mutakhir isu pemecatan Ust Nasha : semuanya membuktikan kepada kita satu perkara; iaitu PAS hanya memperalatkan Islam untuk kepentingan politik kepartian yang jumud dan sempit! Daripada semua ini, persoalan yang timbul ialah: betulkah PAS ni parti Islam? Dan satu persoalan yang perlu umat Islam-Melayu tanya ialah: apa dosa Ust Nasha sehingga dipecat? Adakah Ust Nasha meliwat sesiapa? Adakah Ust Nasha menyondol mana-mana amoi? Adakah Ust Nasha menoron bini kawan sendiri? Adakah Ust Nasha menderhaka kepada ibubapa dia? Adakah Ust Nasha beri kaunselling kepada bini orang jam 3pagi? Adakah Ust Nasha makan eskrim dalam jamban? Adakah Ust Nasha jual kalimah ALLAH? Adakah Ust Nasha mengkafirkan sesiapa? Tidak! Tidak! Tidak! Dosa Ust Nasha kerana bersama dengan YAB PM dalam pertemuan dengan Mufti Masjidil Haram dan para ulama' di Masjidil Haram bulan Ramadhan lepas! 

 Dosa Ust Nasha kerana mencabar Karpal Singh dalam isu perlaksanaan hudud! Dosa Ust Nasha kerana menyuruh Nurul Izzah bertaubat dalam isu Melayu murtad! Dosa Ust Nasha kerana menolak kepimpinan Anwar dan mahu Hadi menjadi PM! Dosa Ust Nasha kerana bersama YAB PM dalam lawatan menziarahi saudara seagama di Gaza! Itulah antara dosa Ust Nasha! Dan untuk dosa itu,Ust Nasha dipecat sebagai ahli Majlis Syura',tanpa diberi notis,tanpa diberi peluang membela diri! Teman berharap dan tidak menjangka ahli akar umbi PAS akan menjadi sebegitu rendah IQnya sehingga boleh menelan dan menerima bulat-bulat pengkhianatan demi pengkhianatan terhadap Islam yang dilakukan olah para pasrasit yang makin lama makin menghancurkan PAS! Takkanlah mike nak percaya Ust Nasha dipecat kerana tidak hadir mesyuarat! Kalau itu alasan mereka, cuba mike periksa kehadiran orang lain dalam mana-mana mesyuarat samada peringkat Perhubungan Negeri,Kawasan, Cawangan,MTD atau sayap-sayap.Ada yang datang mesyuarat setakat 5 minit je terus balik.Ada yang rajin hadir mesyuarat tetapi sekadar menjadi pemanas kerusi je! Ada yang datang sekadar buat syarat je! Kalau itulah alasan pemecatan Ust Nasha daripada Majlis Syura',rasanya ramai pemimpin dan ahli PAS yang boleh kena pecat yop! Sebab itu sudah tiba masanya ahli akar umbi PAS bangkit menebus semula maruah mereka.Janganlah terus diperkeldaikan oleh kaum pasrasit yang sudah buta hati dan jiwa mereka dengan kilauan kepalsuan Putrajaya.Bangkitlah! Hapuskanlah segala kemungkaran yang sedang berlaku didalam parti mike yop! Kembalikan PAS ke landasan sebenar untuk memperjuangkan Negara Islam dan melaksanakan hudud, qisas & ta'zir! Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.ALLAH telah berikan kita terlalu banyak bukti & keterangan.Janganlah kita membuat kesilapan seperti umat terdahulu yang ingkar dan enggan melihat & menggunakan aqal waras dengan bukti & keterangan yang telah ALLAH berikan sehingga mereka menjadi kaum Pekak,Bisu & Buta untuk menerima haq & kebenaran.Intan surullah hayan surkum,wayusabbit aqdaamakuum – bantulah agama ALLAH dan ALLAH akan membantu kamu kelak! Yang baik datangnya daripada ALLAH,yang tidak daripada kelemahan teman sendiri.Semoga ALLAH memberikan hidayah dan keampunan kepada kita semua! Ameen! 

Wallahua'lam & wassalam. 

Adios amoigos, grasias senor! 

Zulkifli Bin Noordin 
Selasa 17 Rabi'ul Awal 1434 29 Jan 2013

HOT NEWS !!! PECAT NASHA !!! RAKYAT MALAYSIA GEMBIRA USAHA PM @NAJIBRAZAK DI PALESTIN KECUALI PAS !!! APA CERITA NI ???

Posted: 31 Jan 2013 12:30 AM PST


Kunjungan Perdana Menteri ke Palestine baru-baru ini mendapat reaksi positif rakyat Malaysia.Ia juga mengukuhkan lagi pandangan luar terhadap Malaysia sebagai negara yang benar-benar serius dan tidak hanya beretorik dalam memperjuangkan keamanan dunia.Biarpun kunjungan tersebut disambut sinis oleh pihak pembangkang,iaitu kononnya sebagai publisiti atau modal politik pilihanraya,tetapi yang penting,satu usaha ke arah keamanan telah pun berjaya dimulakan.Mengambilkira penderitaan penduduk Palestin dan hakikat keganasan Israel yang berlarutan sehingga berdekad-dekad,menuduh kunjungan Perdana Menteri sebagai mencari publisiti murah membuktikan yang pihak pembangkang langsung tidak prihatin,malah lemas dalam politiking merebut kuasa.Ini kerana kunjungan tersebut merupakan satu langkah berani di pihak Perdana Menteri dan isteri,yang nekad berkunjung ke 'medan perang',mengambil risiko ke atas keselamatan diri dan nyawa,demi menerima jemputan pihak Palestine yang bersungguh-sungguh meminta bantuan Malaysia untuk mencari titik kefahaman antara Hamas dan Fatah.Hanya dengan perdamaian kedua pihak ini maka kekuatan akan dapat dicapai bagi mempertahankan negara dan rakyat Palestine dari keganasan dan pencerobohan rejim Israel. 

Oleh itu, komitmen Datuk Seri Najib untuk membantu saudara seagama,tidak wajar dilihat dari sudut politik semata-mata.Ia seharusnya dilihat sebagai isu umat Islam sejagat,isu global dan isu agama oleh semua umat Islam tanpa mengira negara atau bangsa dan jauh sekali parti politik.Walaubagaimanapun,pandangan sinis pembangkang ke atas usaha menyatukan parti politik di Palestine sebenarnya tidaklah menghairankan.Ini kerana PAS,iaitu salah satu parti di dalam PR yang kononnya memperjuangkan Islam,cukup sinonim dengan perpecahan.Bukan kita tidak tahu bahawa antara 'kepantangan' di dalam PAS ialah penyatuan ummah.saya juga tahu ada penyokong PAS yang rela mati memerangi saudara seagama atas apa saja alasan demi untuk melihat partinya bertakhta di Putrajaya.Oleh yang demikian,saya tidak hairan apabila PAS langsung tidak berkongsi harapan dan kebanggaan yang dirasai oleh rakyat Malaysia yang lainnya,atas usaha Perdana Menteri untuk menyatukan umat Islam di Palestine.Sikap PAS yang amat memusuhi 'penyatuan ummah' ini terserlah dengan pemecatan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dari Majlis Syura Ulama yang diumumkan sejurus selepas beliau pulang dari Palestine mengiringi Perdana Menteri.Terbuktilah sudah buat kesekian kalinya,bahawa bagi PAS,segala-galanya adalah politik dan tiada yang lain selain politik dan politik semata-mata termasuk nasib umat Islam Palestine.

Justeru,tindakan Ustaz Nasha mengiringi Perdana Menteri ke Gaza,dianggap PAS sebagai tindakan membelot kepada parti.Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Hadi Awang dalam Amanatnya yang melarang memisahkan agama dan politik iaitu : menyuruh umat Islam agar merangkumkan agama ke dalam politik sehingga politiklah yang menjadi panduan kepada agama dan bukan sebaliknya.Atas pegangan inilah maka kita melihat ketika umat Islam di Palestine diserang dan umat Islam di seluruh dunia mendoakan keselamatan mereka,PAS pula berdoa agar UMNO K.O. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa bukan Perdana Menteri,tetapi PAS lah yang menjadikan Palestine sebagai alat politik untuk mencari publisiti semata-mata dengan menggembar-gemburkan kisah kononnya mereka turut membantu serta menyebarkan gambar-gambar bendera parti mereka yang berkibar di sana.Namun,tiada pemimpin PAS yang berani ataupun mampu berbuat apa-apa untuk membantu Palestine secara bersungguh-sungguh.Manakala,apabila ada pemimpin mereka yang berpeluang bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk berbuat demikian,seperti Ustaz Nasharuddin Mat Isa pula,dianggap sebagai membelot.Apapun,kita bangga menjadi umat Islam warga Malaysia yang mana kerajaannya cukup kukuh untuk bersuara lantang dan negaranya cukup makmur untuk menghulurkan bantuan bagi memperjuangkan keamanan,terutama di negara Islam.Lebih dari itu,saya juga bangga mempunyai pemimpin yang berani,bijak dan ikhlas yang tetap berjaya membawa Malaysia ke tahap ini walaupun masyarakat diancam perpecahan akibat ada di antara kita yang termakan hasutan syaitan.

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! RAHSIA DAP TERBONGKAR !!! DAP NAK GUNA ANAK RAJA UNTUK HAPUS INSTITUSI RAJA ???

Posted: 30 Jan 2013 08:55 PM PST


Dalam usaha DAP untuk kekal relevan dalam masyarakat dan politik Malaysia,parti itu tidak pernah menyatakan secara terus-terang akan prinsip mereka yang menentang Institusi Raja-raja Melayu.Namun,bagi mereka yang sedia maklum mengenai sejarah DAP akan sentiasa waspada mengenai prinsip utama perjuangan DAP yang menentang Artikel 153 di mana termaktub di dalamnya hak-hak Melayu dan Islam yang dilindungi Institusi Raja-raja.Walaupun ianya dikaburkan oleh pemimpin-pemimpinnya,tetapi prinsip DAP dapat dilihat di dalam komen-komen oleh penyokong tegar mereka di laman-laman sosial yang jelas membenci segala-galanya yang 'berbau' Melayu.Ia juga terserlah dalam tindakan DAP yang senantiasa mencuba untuk melemahkan atau melenyapkan terus apa-apa saja yang berkaitan dengan Melayu.Antaranya,bahasa dan juga budaya,yang mana membawa kepada kes wakil DAP enggan memakai pakaian adat di dalam Dewan atas alasan ia bercirikan Melayu-Islam.Dolak-dalih konon berpegang kepada perlembagaan dan enggan mengaku menentang Institusi Raja-raja,terkantoi apabila kepimpinan tertinggi parti itu menempelak Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim yang telah menerima anugerah Darjah Kebesaran oleh Raja-raja Melayu kerana tindakan itu dikira melanggar prinsip parti.Alasan kononnya atas faktor ketelusan.Namun,tidak semua rakyat begitu mudah terpedaya dan pembaca Badut Rakyat sedia maklum bahawa prinsip itu dibuat berasaskan penolakan DAP terhadap Raja-raja Melayu.Apabila terdedah bagaimana DAP pernah cuba memancing Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Mukhriz untuk menyertai DAP dengan dijanjikan jawatan Menteri Besar,maka ia menunjukkan betapa DAP tidak pernah menghormati Institusi Raja-raja.

Biarpun penyertaan seorang Putera Sultan ke arena politik bukan sesuatu yang salah walaupun ia jarang berlaku,namun perlakuan DAP yang memancing dan menjanjikan jawatan kepada baginda adalah perlakuan biadap.Apatah lagi dengan prinsip utama DAP yang tidak mengiktiraf Institusi Raja-raja,maka tindakan tersebut membawa makna bahawa DAP hanya ingin memperalatkan baginda untuk meraih undi Melayu semata-mata dengan keyakinan yang mereka dapat membonekakan baginda sekiranya strategi ini berjaya.Mungkin ramai yang masih ingin menepis hakikat ini dan menuduh penulis sebagai rasis dan paranoid.Namun,tidak salah kita mengambil sikap berhati-hati memandangkan sehingga ke saat ini, kita masih tidak mendapat jaminan yang DAP tidak akan meneruskan agenda menghapuskan Artikel 153,sekali gus Raja-raja Melayu sekiranya PR memenangi PRU.Dengan keadaan PAS yang begitu lemah dan PKR yang terlalu bergantung kepada rakan sekutunya untuk hidup,DAP akan mempunyai kuasa mutlak jika PR berkuasa.Malah,hari ini juga kita melihat DAP mempunyai kuasa mutlak,cumanya ia tidak ditunjukkan secara terang-terangan kerana perlu kekal relevan dalam suasana politik dan masyarakat Malaysia demi memenangi pilihanraya. 

Justeru,seperti yang disebut tadi,tawaran DAP kepada Tunku Zain adalah bertitik tolak kepada strategi untuk memenangi pilihanraya semata-mata.Kedudukan Tunku Zain dan seluruh kerabat diRaja selepas pilihanraya yang dimenangi PR pula, tentunya belum pasti.Umat Melayu tidak wajar memandang remeh akan prinsip utama DAP yang berslogankan Malaysian Malaysia.Ketahuilah bahawa prinsip tersebut tidak pernah berubah,malah kekal subur dan berkembang di dalam sanubari setiap seorang dari ahli dan pemimpin DAP.Kata orang,fahamilah asal usul dan hati budi seseorang sebelum kita bertindak membela atau bersahabat dengannya.Begitu juga dengan DAP yang pernah terakam dalam sejarah sebagai memusuhi Islam dan Melayu,yang bertekad menghapuskan hak-hak Melayu dan yang pernah dan masih menjunjung sistem sosialis dan kesamarataan total.Justeru,pembaca Badut Rakyat wajib memahami terlebih dahulu apa itu sosialis dan apa itu kesamarataan total serta kesan dan impaknya kepada umat,kepada agama dan kepada negara.Sebelum memahami semua ini,janganlah menjadi pipi yang tersorong-sorong membela DAP dalam hal ini.Raja-raja adalah benteng kita,jika Raja-raja juga sudah dihina sebegitu rupa dengan rasuah jawatan yang jauh lebih rendah dari kedudukan baginda,maka apakah kita masih ingin terus percaya kepada DAP ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! RAKYAT SELANGOR TUNTUT JANJI PRU 12 !!! AKHIRNYA PUSAT URUT YANG BERTABURAN !!! APA CERITA NI ???

Posted: 30 Jan 2013 06:00 PM PST


Kerajaan Selangor diminta untuk melunaskan dan menyempurnakan janji-janji yang dibuat pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, sehingga rakyat termakan janji,yang akhirnya menyaksikan kerajaan Barisan Nasional (BN) Selangor kalah dan hari ini menjadi pembangkang di negeri itu.Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor,Ungku Salleh Ungku Jamal berkata,apa yang terjadi hari ini di Selangor,bukan sahaja janji-janji PRU belum dilaksanakan, sebaliknya 'janji-janji' yang tidak dibuat seperti percambahan dan pertumbuhan pesat premis-premis seperti rumah urut, judi yang berleluasa tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan. 

"Akhirnya,rakyat yang rugi,kini sudah sampai masanya rakyat memilih parti yang tepat untuk mentadbir Selangor berikutan tindakan kerajaan negeri yang jelas memperdayakan rakyat Selangor dengan meraih undi melalui janji-janji palsu mereka yang lalu.BN tidak sewenang-wenangnya membuat janji,tidak mudah untuk melafazkan janji-janji yang sukar untuk ditunai ataupun dilaksanakan,tidak seperti kerajaan negeri hari ini di bawah kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yang hanya pandai berjanji,namun apa yang dijanjikan melalui manifesto, hakikatnya hari ini dilihat sebagai manifesto bukan satu perjanjian," katanya.Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Serdang berkata demikian kepada UMNO-Online ketika ditemui pada majlis Semarak Perjuangan NGO Selangor,malam tadi di Taman Medan.Tambahnya,hari ini rakyat khususnya rakyat Selangor perlu membuka mata apabila Pakatan Pembangkang sudah mula menunjukkan belang dan sifat mereka yang sebenar. 

"Dahulu sebelum Mac 2008 mereka menjanjikan rakyat dengan pelbagai janji – janji manis demi mendapat sokongan dan undi pengundi.Selepas Mac 2008 apabila mereka gagal untuk melaksanakan sebahagian besar janji mereka mula menyalahkan BN di atas segala kegagalan mereka untuk menepati janji mereka.Jangan terpengaruh dengan segala dasar,polisi,manifesto dan janji Pakatan Pembangkang dalam PRU 13 akan datang kerana kesemuanya hanyalah jualan politik semata–mata dan bukanlah satu perjanjian yang mesti dilaksanakan sebaliknya rakyat harus menyokong BN yang berpegang pada konsep Menepati Janji dan bukannya memungkiri janji.Apakah maknanya perubahan dan konsep ubah untuk mengubah sebuah kerajaan yang menepati janji dan digantikan dengan kerajaan yang tidak mampu untuk melaksanakan janji mereka ??? Rakyat sepatutnya mengutamakan kestabilan negara berbanding dengan konsep perubahan yang akan memudaratkan negara," tambahnya lagi.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...