PAPA GOMO

PAPA GOMO


'Itu Surat Palsu' - Hishammuddin

Posted: 31 Jan 2013 06:00 PM PST


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan surat arahan yang didakwa dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung kad pengenalan dan MyKid  merupakan surat palsu.

Menurut Hishammuddin, tuduhan yang dibuat terhadap JPN merupakan landskap politik hari ini dan meminta agar orang ramai tidak terpengaruh dengan tuduhan tersebut.

"Ia merupakan surat palsu, tuduhan yang dibuat oleh pihak tertentu. Itulah suasana landskap politik hari ini.

"Saya minta orang ramai yang tiada kepentingan politik supaya jangan terikut-ikut dengan tuduhan seperti itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Imigresen 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Pas yang menggesa JPN menjelaskan isi kandungan surat jabatan itu berhubung arahan mengembalikan semua kad pengenalan dan MyKid yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan ke Keningau sebelum dihantar ke agensi tersebut.

Semalam, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar berkata telah menerima sendiri surat tersebut daripada pihak-pihak tertentu.

Sehubungan dengan itu, satu laporan polis akan dibuat oleh Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said hari ini.


Sumber KLPOS

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam
 Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.

Rejim Pakatan - "Manifesto Itu Bukan Satu Perjanjian" Rakyat Selangor Pekak Ke? - Khalid Ibrahim

Posted: 30 Jan 2013 10:08 PM PST




Syukur lah jika benar Khalid Ibrahim selaku Menteri BONEKA Selangor akan mengambil alih SYABAS dalam tempoh masa 14 hari dari hari ini. Gomo sememangnya tidak sabar untuk melihat apa yang akan berlaku dalam tempoh 14 hari yang dikatakan oleh Khalid Ibrahim ini.

Mana yang baik untuk rakyat Selangor Gomo memang tidak membantah tetapi Gomo nak ingatkan rakyat Selangor akan pekara ini yang mana janji manis Kerajaan PR perlu diperhalusi dengan bijak agar tidak sekali lagi ditipu sepertimana PRU 12 yang lalu.




Jika dalam isu air Selangor Kerajaan Pakatan boleh memberikan tempoh 14 hari untuk mengambil alih SYABAS, bagaimana pula dengan janji janji yang belum ditunaikan lagi oleh kerajaan Pakatan Selangor? Jangan kata 14 hari untuk diselesaikan janji tersebut malah dah bertahun ianya diabaikan oleh kerajaan pakatan Selangor.

"Seramai 2,020 ibu tunggal di Negeri Selangor memfailkan saman ke atas Kerajaan Pakatan PAS,DAP dan PKR bagi menuntut RM10.9 juta kerana gagal memberi elaun ibu tunggal seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008"

Ibu tunggal tersebut menyaman kerana mereka ditipu hidup hidup oleh kerajaan Pakatan pada kempen PRU 12 yang lalu. Dan disini anda boleh lihat apa tindakan kerajaan Pakatan apabila disaman Ibu ibu tunggal ini.

"Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu yang menolak permohonan kerajaan Selangor untuk mengetepikan saman yang difailkan 2,020 ibu tunggal di negeri itu."

Kerajaan Pakatan Selangor bukannya mahu menyelesaikan janji yang mereka taburkan sewaktu berkempen dulu sebaliknya menidakkan hak hak Ibu tunggal di Selangor apabila menentang ibu ibu tunggal ini dengan mahu mengetepikan tuntutan yang sememangnya wajib kerajaan Pakatan Selangor tunaikan.




Gomo tidak mahu tunjuk contoh contoh lain akan janji kerajaan Pakatan Selangor tetapi minta anda sendiri terutama rakyat Selangor fikir apa yang dijanjikan dan apa yang telah ditunaikan kerajaan Pakatan Selangor dibawah kepimpinan Khalid Ibrahim ini.

Anwar Ibrahim yang merupakan Penasihat Keewangan Selangor yang dilantik secara kuasa VETO beliau selaku Ketua Umum Pakatan Pembangkang menyelar rakyat Selangor yang menuntut janji pada kempen PRU 2008 yang lalu. Menurut Anwar Ibrahim:

"Manifesto bukanlah Janji, jadi tidak ada sebab untuk setiap manifesto PR lalu dituntut oleh pihak pihak yang berkenaan."




Itulah kepimpinan Pakatan PAS,DAP dan PKR yang hanya pandai berjanji tetapi tidak menunaikkanya. Jadi dalam isu Khalid Ibrahim yang mahu mengambil alih SYABAS dalam masa 14 hari ini Gomo sekali lagi melihat ini satu lagi janji manis untuk mengaburi mata rakyat Selangor.

Jika benar SYABAS hendak diambil alih dalam masa 14 hari maka adalah perlu juga untuk kerajaan Selangor untuk menunaikan dulu janji janji yang mereka beri pada Ibu tunggal, kanak kanak tadika, Orang kurang upaya, Warga Emas dan lain lain janji sepertimana yang dicanang mereka pada PRU 12 yang lalu.

Psssttt... Takkan lah Pakatan boleh ambil alih Syabas yang berbilion ni tapi tak boleh nak selesai janji pada kanak kanak tadika RM 80 sebulan?

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.




-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...