UMNO Online - “Dr Mahathir Confident BN Will Remain In Power After 13TH G.E.” plus 9 more

UMNO Online - “Dr Mahathir Confident BN Will Remain In Power After 13TH G.E.” plus 9 more

Link to UMNO Online

Dr Mahathir Confident BN Will Remain In Power After 13TH G.E.

Posted: 31 Jan 2013 06:55 AM PST

KUALA LUMPUR, Jan 31 – Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad today expressed confidence that the Barisan Nasional (BN) government will remain in power after the upcoming general election.

The impending 13th general election, slated to be held this year, would be the most crucial political battle that BN had to face, he said.

The former premier also hoped that BN would win two-thirds majority in Parliament so that the government could implement its policies without resistance.

“The Pakatan Rakyat is merely a coalition for the sake of the upcoming elections. If they are elected to govern, I am sure each party will then battle for its own ideology.

“That is definitely not good for Malaysia and will disrupt all efforts to build the economy, undertaken by the present government,” he said at the 15th Malaysia Strategic Outlook Conference 2013, here, today.

Dr Mahathir said the infighting within the opposition group was the main reason for the confidence-comeback among Malaysian voters towards the ruling coalition.

He also said that the BN government, under the able leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, was knowledgeable on social and economic issues, which was very important for a developing nation.

He said the government had drawn up ambitious development plans for the future of Malaysia, and it was the responsibility of Malaysians to give the government a chance to prove the effectiveness of the plans.

“Change itself will be destructive and comes with uncertainties. Turmoil is not good for any country.

“A fresh government will also take a long time to adjust to its new role from the opposition to the government. This wasted period of time will jeopardise Malaysia’s growth,” he added.

Asked on the suitable time to dissolve Parliament to allow for the elections, Dr Mahathir said: “I think it should be after the Chinese New Year festive period.”

Najib Launches ‘Save Kedah’ Campaign Through Twitter

Posted: 31 Jan 2013 06:52 AM PST

ALOR SETAR, Jan 31 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today launched a ‘Save Kedah’ campaign via his Twitter, inviting the public, especially youths, to rescue the state which he said was getting ‘hotter’ due to rampant logging by the PAS-led state government.

The ‘Save Kedah’ rally coordinator, Anas Hafiz Mustafa, said the launch of the campaign via the prime minister’s Twitter was one of the approaches used to spread the campaign quickly.

“As we all know, the prime minister has a Twitter following of almost 1.2 million. So, via his Twitter, all those following his Twitter, will get the message and join the campaign to save Kedah.

“The campaign is being carried out in protest against the action of the state government of Kedah, which is getting greedier and stripping the forests in the Tasik Pedu area.

“The climax of the campaign is to bring the public once more to the Tasik Pedu area to survey the damage from logging,” he said when met in conjunction with the gathering of Kedah youths at the Sultan Abdul Halim Stadium, here, today.

He said the gathering, which would be held at Tasik Pedu on Feb 9, was aimed at bringing the youths to see for themselves the action of the state government which had damaged the environment.

“The logging, carried out by those irresponsible, will have a long-term effect which will be felt by the coming generations. That is why we are going to bring along the youths to see for themselves the havoc wreaked by the logging activities,” he said.

Anas Hafiz said the rally organisers targeted 5,000 youths, including from NGOs, Umno Youth and Puteri Umno, and those from all over Kedah to take part in the campaign.

Rakyat Diminta Terus Beri Kepercayaan Kepada BN Perintah Negara

Posted: 31 Jan 2013 06:49 AM PST

KANGAR, 31 Jan  - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan meminta rakyat di negara ini terus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk memerintah negara supaya lebih banyak sumbangan dan khidmat kebajikan dapat disalur kepada mereka.

Beliau berkata sejak menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan lima pemberian wang dan baucar kepada rakyat selain tujuh jenis subsidi bagi meringankan beban rakyat.

“Jika rakyat terus memberi mandat kepada BN untuk terus memerintah Negara dan negeri selepas pilihan raya umum akan datang, saya percaya lebih banyak pemberian dan sumbangan akan diperkenalkan oleh kerajaan yang faedahnya akan dikecapi oleh rakyat sendiri,” katanya pada Majlis Himpunan Barisan 1Malaysia Peringkat Negeri Perlis yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu di Dewan Warisan hari ini.

Ahmad berkata setiap rakyat harus mengekalkan semangat perpaduan untuk memperkukuh pembangunan negara dan sedia berdepan apa sahaja halangan yang cuba ditimbulkan pihak tertentu.

Sebelum itu, ketika merasmikan perhimpunan tersebut, Md Isa berkata usaha pembangkang untuk merampas pentadbiran negara tidak akan tercapai selagi rakyat terus menyokong BN dan penyokong parti komponen BN mengekalkan semangat setiakawan dalam parti.

“Kekuatan musuh tidak segagah mana, dan kita tidak akan kalah kerana kekuatan musuh, tetapi mungkin akan menghadapi masalah jika sesama dalam parti  sendiri tidak menunjukkan semangat kesetiaan,” katanya.

PM Lancar Program BL1M Untuk Golongan Belia

Posted: 31 Jan 2013 04:16 AM PST

ALOR SETAR, 31 Jan –  Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis melancarkan Program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) khusus untuk membantu memudahkan golongan belia mendapat lesen motosikal dengan kadar lebih murah.

Perdana Menteri berkata dengan bantuan berkenaan, semua golongan belia boleh memiliki lesen motosikal pada kadar harga terendah iaitu RM199 berbanding harga biasa yang lebih RM350.

“Ramai anak muda ada motosikal sebab ibu bapa belikan tapi tiada lesen. Dengan skim ini semua boleh ada lesen,” katanya ketika merasmikan program bantuan berkenaan pada Himpunan Anak Muda Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini Khamis.

Program BL1M adalah kelolaan Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda Barisan Nasional (BN) yang mensasarkan untuk membantu 500,000 pemohon di kalangan orang muda memiliki lesen pemanduan yanag sah.

Selain harga lebih rendah, program itu turut menawarkan beberapa keistimewaan lain antaranya ujian berkomputer akan ditanggung sepenuhnya (percuma) jika peserta gagal dan terpaksa mendudukinya semula.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sebelum ini dilaporkan berkata BL1M terbuka kepada warganegara berusia 17 hingga 40 tahun dan yuran dikenakan meliputi permohonan lesen, gambar, kelas latihan amali, ujian teori undang-undang berkomputer dan praktikal di institut memandu.

Orang awam yang berminat boleh mendaftar nama untuk menikmati insentif program itu melalui laman sesawang www.bl1m.my.

Kalau Masih Hidup Fadhil Noor Pun Mungkin Masuk UMNO…

Posted: 31 Jan 2013 03:22 AM PST

"Hebat" sungguh jangkaan Tamrin Ghafar apabila berkata bahawa arwah bapanya, Tun Ghafar Baba akan keluar parti dan menyertai PAS lebih awal darinya sekiranya pejuang UMNO itu masih hidup sehingga kini.

Dalam ceramah tersebut, dia memberitahu bahawa pernah aktif di dalam UMNO selama 40 tahun sebelum meninggalkan parti keramat Melayu itu pada tahun 1995 kerana kecewa, kononnya "UMNO telah lari dari perjuangan asal".

Dia turut memberikan contoh Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Hussein Onn yang keluar UMNO dan meninggal dunia bukan sebagai ahli parti itu.

Lancang sungguh mulut Tamrin memperkatakan tentang pejuang-pejuang bangsa Melayu yang sudah meninggal dunia. Biadap mulut Tamrin itu sehingga sanggup dia menghina prinsip perjuangan arwah bapanya sendiri seumur hidup.

Sebagaimana maklum, tidak ada seorang pun yang mampu menafikan betapa arwah Tun Ghafar begitu tebal menjiwai semangat dan perjuangan UMNO. Sejak mula dari zaman mudanya, hinggalah ke akhir nafas, arwah tetap setia bersama parti.

Saya masih ingat bagaimana hinanya Tun Ghafar diperlakukan oleh Anwar Ibrahim ketika "sesumpah" itu menyingkirkan bapa Tamrin yang menyandang jawatan Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri.

"Depan mata, pijak semut pun tak mati", tapi Anwar "tikam" arwah Tun Ghafar dari belakang dengan bersenjatakan wang ringgit yang dikatakan bersumber dari tauke-tauke balak di Sabah dan Sarawak yang diperas Anwar.

Meskipun diaibkan Anwar di dalam pemilihan UMNO ketika itu, Tun Ghafar redha dengan ketentuan Allah SWT dan tidak pernah melatah untuk meninggalkan parti sebagaimana yang dilakukan oleh Tamrin.

Begitu tulen perjuangan bapanya sehingga tetap setia bersama UMNO walaupun pernah berada hampir di kemuncak karier politiknya, berbanding anaknya yang lebih rela menjadi pengkhianat parti pada tahun 1995.

Betulkah arwah Tun Ghafar akan keluar UMNO sekiranya beliau masih hidup sekarang? Atau itu merupakan satu kenyataan "syok sendiri" dari Tamrin mengenai arwah bapanya yang telah tiada?

Betulkah arwah Tun Ghafar akan keluar UMNO sekiranya beliau masih hidup sekarang? Atau itu merupakan satu kenyataan "syok sendiri" dari Tamrin mengenai arwah bapanya yang telah tiada?

Mentang-mentanglah Tun Ghafar telah tiada, maka anaknya sesedap rasa saja mendakwa ikut suka hatinya dan mencemar nama baik tokoh pejuang parti itu…

Kalau begitu, saya juga boleh sesedap hati menyatakan bahawa Allahyarham Ustaz Fadhil Noor akan keluar dari PAS dan menyertai UMNO sekiranya beliau masih hidup kerana kecewa melihat PAS yang kini semakin "sesat" dikemudikan Hadi dan Nik Aziz.

Arwah Ustaz Fadhil dulu begitu terkenal dengan ketegasan dan sifat konsistennya dalam prinsip perjuangan PAS yang sama sekali menolak DAP yang sejak dulu menunjukkan sifat anti-Islamnya.

Arwah tidak mungkin sanggup menggadai maruah PAS dengan "menjual" perjuangan menubuhkan negara Islam dan "membakul sampahkan" perlaksanaan hukum hudud, sebaliknya PAS sekarang telah melutut di depan DAP hanya kerana gilakan kuasa dengan memberikan alasan "tahaluf siyasi".

Lagipun, arwah sudah tentu kesal dan marah dengan tindakan PAS yang kini lebih mengutamakan kepimpinan Anwarinas berbanding tradisi parti itu sebelum ini yang mengutamakan ulama dalam mengetuai pucuk pimpinan mereka.

Lihatlah kini di peringkat akar umbi betapa ramainya golongan ulama dan pro-ulama lari meninggalkan parti itu serta enggan lagi aktif membantu perjuangan PAS setelah parti tersebut dirosakkan oleh "syaitan" yang bernama DAP dan PKR.

Jadi, saya punya asas yang kukuh untuk menjangka arwah Ustaz Fadhil Noor akan keluar PAS dan menyertai UMNO jika beliau masih hidup. Jangan fikir Tamrin saja yang boleh cakap sesedap hati sesedap rasa…

Janganlah bercakap mengenai mereka yang sudah meninggal dunia kerana kita sendiri tidak tahu apa yang mereka akan lakukan jika mereka masih bernyawa. Bukankah lebih baik kita bersedekah Al-Fatihah" kepada para pemimpin yang beragama Islam yang telah meninggal itu?

Sekurang-kurangnya, biarlah mereka aman "di sana" dan kita pula tidak mendapat "dosa percuma" dengan menjangkakan sesuatu yang kita sendiri tidak tahu dan tidak pasti, bukan?

dukeofmontecristo

Anak Muda Berdepan Masalah 4P Hasil Kegagalan Kerajaan Selangor Tunai Janji

Posted: 31 Jan 2013 03:07 AM PST

SHAH ALAM, 31 Jan  – Sekretariat Anak Muda Selangor (SERANG) hari ini mengakui anak muda di negeri Selangor berhadapan dengan masalah janji “manifesto” kerajaan pakatan Selangor di bawah pimpinan DAP, PKR dan Pas.

Pengerusinya, Budiman Mohd Zohdi berkata, masalah ini dikenali sebagai 4P iaitu perumahan, pekerjaan, pendidikan dan perniagaan.

“P yang pertama, ialah tiada perumahan disediakan untuk anak muda di Selangor terutamanya rumah kos rendah seperti yang dijanjikan manakala P berikutnya, kebanyakan anak muda di Selangor masih menganggur dan terpaksa pulang ke kampung kerana ketiadaan peluang pekerjaan di sini.

“P seterusnya ialah pendidikan di mana dua buah institusi pendidikan penting di Selangor iaitu Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Universiti Industri Selangor (Unisel) tidak ditadbir dengan sempurna dan kredibilitinya diragui.  Akhir sekali P keempat iaitu perniagaan, bantuan dan inisiatif perniagaan kepada belia dan wanita muda seperti yang dijanjikan seperti di dalam manifesti PRU12 yang lalu, tidak dilaksanakan," ujarnya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Tambahnya, anak muda di negeri Selangor merasa tertipu dan kecewa kerana kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa `manifesto' PRU12 yang lalu sebenarnya bukanlah satu janji.

“Tentunya bukan sedikit anak muda yang terpedaya dan tertipu dengan manifesto kosong yang bersifat janji manis ketika PRU yang lalu.

“Hari ini, anak muda di Selangor bangkit dan bertekad dengan mengambil inisiatif untuk turun bertemu rakyat bagi mendapatkan pandangan mereka dan berkongsi masalah yang dihadapi selain mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap masalah tersebut," katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar.

Sehubungan dengan itu, tegas beliau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Selangor juga akan bergerak ke seluruh negeri Selangor untuk tujuan tersebut.

“Kita akan bergerak bersama Majlis Belia Selangor yang mempunyai 28 badan gabungan serta 9 buah Majlis Belia Daerah dalam masa dua minggu mendekati orang muda di akar umbi dan hasil dari cadangan mereka akan dikumpulkan dan bakal dibentangkan kepada Barisan Nasional negeri Selangor sebagai cadangan manifesto pada PRU13 nanti," tambahnya lagi. -MediaUMNO

Borang Bantuan Lesen 1Malaysia Mula Diedar

Posted: 31 Jan 2013 02:53 AM PST

KUALA LUMPUR, 31 Jan –  Borang permohonan bagi program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) bagi memudahkan golongan muda mendapatkan lesen motosikal B2, mula diedar kepada orang ramai selama dua minggu mulai pada Khamis.

Pengerusi Eksekutif MYEG Services Berhad, Datuk Norraesah Mohamad berkata borang boleh didapati di kesemua pejabat komponen Barisan Nasional di 222 kawasan Parlimen seluruh negara dan secara talian di laman web www.bl1m.my atau www.myeg.com.my.

Manakala yuran sebanyak RM199 yang dikenakan hanya akan diterima dalam bentuk kiriman wang dan diperlukan semasa penyerahan borang lengkap di pusat yang diluluskan.

“Bayaran dalam bentuk tunai adalah tidak dibenarkan pada bila-bila masa dalam program BL1M ini,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Program BL1M di bawah kelolaan Sekretariat Hal Ehwal Bandar Pemuda Barisan Nasional dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini sempena program Himpunan Orang Muda di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah.

Dalam pada itu, Norraesah mengingatkan orang ramai bahawa BL1M, Pemuda BN dan MYEG tidak pernah melantik mana-mana ejen atau agensi untuk mendaftar dan memungut yuran bagi pihak BL1M, sama ada dari pintu ke pintu mahupun di tempat awam.

Menurutnya, MYEG merupakan satu-satunya agensi yang dilantik bagi mengurus dan mentadbir perjalanan program itu.

Yakin program itu akan meningkatkan tahap keselamatan jalan raya secara am, Norraesah berkata sambutan menggalakkan yang diterima secara talian oleh MYEG sejak ia diumumkan pertengahan bulan ini, menunjukkan bahawa orang ramai memandang positif terhadap manfaat program itu.

Program yang yang menawarkan harga mendapatkan lesen B2 sebanyak 50 peratus lebih rendah adalah terbuka kepada warganegara berusia antara 17 dan 40 tahun dan yuran RM199 adalah meliputi permohonan lesen, gambar, kelas latihan amali, ujian teori, undang-undang berkomputer dan praktikal di institut memandu.

Dalam pada itu, beliau berkata mana-mana institut memandu yang mahu menyertai program BL1M perlu mendapat kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan terlebih dahulu dan memenuhi kriteria tertentu serta menjalani sistem pembidaan terbuka.

Untuk maklumat lanjut, beliau berkata orang ramai boleh melayari laman web www.bl1m.my atau menghubungi talian bantuan di 03-7801 8888.

Tak Perlu Lakonan Sandiwara, Tingkah Hodoh DAP Sukar Ditutup Lagi

Posted: 31 Jan 2013 02:37 AM PST

PULAU PINANG, 31 Jan – Wajah hodoh kepimpinan DAP semakin terserlah dan tidak dapat disembunyikan lagi selepas satu persatu isu yang melanda mereka gagal diperjelaskan kepada masyarakat.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria menganggap bahawa kepimpinan DAP tidak layak untuk menjadi wakil rakyat apatah lagi memasang angan-angan mentadbir negara bersama sekutunya dalam pakatan pembangkang.

"Masyarakat Pulau Pinang tahu apa yang berlaku sepanjang sepenggal pentadbiran mereka berkerajaan di negeri ini dengan pelbagai janji yang ditaburkan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 gagal dilaksana.

"Mereka ini hanya tahu berjanji agar orang ramai dapat memberikan sokongan kepada mereka dan kemudiannya memaparkan sandiwara dan lakonan untuk agenda peribadi mereka sendiri," katanya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau, kepimpinan DAP dengan Menteri Besarnya Lim Guan Eng yang menggunakan slogan CAT (Cekap, Akauntibiliti dan Telus) sedangkan apa yang dilaksanakan tidak menepati slogan tersebut.

"Kesalahan parti terbabit bukan hanya berkaitan rasuah tetapi lebih dari itu kerana mereka melakukan penipuan dan bersikap hipokrit terhadap pihak lain, tidak telus dan apabila dipersoal maka tiada penjelasan sehingga kini."

Sebelum ini, DAP telah ditempelak lantaran kegagalan mereka menterjemah slogan CAT sebaliknya banyak projek-projek kerajaan negeri yang diberikan secara terus dan tanpa tender selain siri pendedahan perlakuan rasuah kepimpinan DAP seperti isu rasuah Tunku Aziz dan juga isu rasuah tanah terhadap dua orang kepimpinan tertinggi DAP Perak.

"Pemimpin DAP bercakap soal pelaburan dan pelancongan sedangkan semua itu bukan datang dalam tempoh masa terdekat ini tetapi sebenarnya ia adalah hasil daripada pentadbiran kerajaan BN terdahulu yang menjadikan negeri tersebut makmur, aman dan mendamaikan sebaliknya hari ini ia bukan lagi begitu," katanya.

Tambahnya lagi, masyarakat bukannya bodoh untuk gagal membuat penilaian antara pentadbiran DAP dan Barisan Nasional (BN) kerana telah terbukti bahawa BN menepati apa yang dijanjikan dan tidak pernah meminggirkan mana-mana pihak sekalipun Pulau Pinang ditadbir oleh pembangkang.

"Cukuplah DAP diberikan ujian selama sepenggal sebagai pentadbir yang berkerajaan di Pulau Pinang kerana keputusannya jelas membuktikan bahawa mereka gagal jadi tak mungkin rakyat sanggup membuang masa untuk lima tahun akan datang kerana DAP tidak bawa kemajuan.

"Jika ada kemajuan atau projek pembangunan mega yang dilaksanakan di Pulau Pinang hari ini ia adalah hasil daripada pentadbiran BN atau saluran terus kerajaan Pusat sebagaimana pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang, pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, baik pulih kawasan pelancongan Bukit Bendera dan pelbagai kemudahan asas lain yang disalurkan melalui kementerian-kementerian di bawah pentadbiran BN." - MediaUMNO

Isu Air : Peter Chin Bidas Kerajaan Selangor

Posted: 31 Jan 2013 02:00 AM PST

PUTRAJAYA, 31 Jan – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air hari ini membidas kerajaan Selangor yang dilihat lebih berminat mempolitikkan isu bekalan air daripada membantu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menyelesaikan masalah berkaitan bekalan air.

Menterinya Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata tindakan Selangor membuat pengumuman mengenai punca gangguan bekalan air baru-baru ini adalah tidak wajar dan membelakangkan badan kawal selia perkhidmatan air negara, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Beliau berkata kerajaan negeri Selangor seharusnya menyerahkan tanggungjawab membuat siasatan mengenai punca sebenar kejadian kepada SPAN, dan menumpukan perhatian bagi membantu Syabas, yang 30 peratus dimiliki kerajaan negeri.

“Kerajaan persekutuan (sebaliknya), dan bukan Selangor; yang mengarahkan Syabas melaksanakan serta-merta, kerja-kerja pemasangan paip pintasan untuk menyelesaikan gangguan bekalan yang dihadapi penduduk beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini,” katanya semasa membacakan kenyataan media di sini.

Katanya kerajaan pusat juga mengarahkan Syabas melaksanakan kerja-kerja menaik taraf Rumah Pam Wangsa Maju bagi mengurangkan risiko gangguan bekalan air di masa hadapan, kerana kerja pembinaan rumah pam baru oleh kerajaan negeri menggunakan pinjaman kerajaan persekutuan hanya akan siap pada tahun 2015.

Peter Chin berkata kerajaan pusat menerusi SPAN juga sedang meneliti beberapa langkah mitigasi tambahan yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko gangguan bekalan air yang serius sementara menunggu pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 disiapkan.

Beliau berkata kerajaan negeri juga enggan memberi kebenaran bagi membaiki bumbung kolam air di Loji Rawatan Air Sungai Langat yang berada dalam keadaan kritikal, walaupun peruntukannya sudah disediakan Syabas.

“Sekiranya bumbung kolam air itu runtuh, sekurang-kurangnya 1.6 juta penduduk sekitar Ulu Langat dan sebahagian Kuala Lumpur akan mengalami ganguan bekalan air yang boleh berterusan mencecah berbulan lamanya,” katanya.

Menurutnya situasi ini merupakan sebahagian daripada halangan yang dihadapi kerajaan pusat ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor dalam memastikan rakyat mendapat bekalan air mencukupi tanpa ganguan.

“Oleh itu saya serahkan kepada rakyat utnuk menilai sama ada kerajaan negeri Selangor benar-benar serius untuk menyelesaikan masalah rakyat atau lebih berminat untuk mempolitikkan isu air ini dengan mengaitkan masalah ini dengan penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor,” katanya.

Pembangkang Boleh Terus Berangan Untuk Kuasai Sabah Selepas PRU 13

Posted: 31 Jan 2013 01:45 AM PST

SANDAKAN, 31 Jan – Pembangkang boleh terus bermain provokasi kononnya Barisan Nasional (BN) akan tumbang di Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Sandakan, Datuk Seri Panglima Ampong Puyon, walau sentimen apa sekalipun yang dimainkan oleh pakatan pembangkang untuk mengelirukan rakyat Sabah ianya tidak akan menggugat kenyataan bahawa Sabah akan terus menjadi kubu kuat BN.

"Kita telah lama bekerja keras untuk memastikan rakyat Sabah terus setia bersama BN malah kita sedar pakatan pembangkang memang berusaha keras untuk memastikan rakyat negeri ini berpaling tadah. Sebab itulah pelbagai isu dipergunakan untuk menarik perhatian pengundi negeri ini.

"Tapi saya yakin, rakyat Sabah tidak akan mudah terpengaruh. Pakatan pembangkang boleh terus memasang angan-angan untuk bermaharajalela di sini kerana ianya tidak mungkin menjadi kenyataan. Sabah tetap milik BN," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau, walaupun terdapat pemimpin UMNO Sabah yang keluar parti namun ianya adalah kes terpencil. Perkara seperti ini tidak memberi impak kepada keyakinan rakyat Sabah terhadap kepimpinan sedia ada.

Ujarnya, segala kemudahan dan keamanan yang diperolehi dan dinikmati oleh rakyat Sabah adalah hasil kerajaan pusat sedia ada. "Kami tidak akan mudah lupa diri. Kami tahu siapa yang sering membantu dan membela kami kala susah.

"Sebab itu, walau apapun usaha pembangkang untuk mengalih perhatian rakyat negeri ini, ianya tidak akan menjadi kenyataan kerana UMNO Sabah akan terus memastikan BN mendapat mandat dan seterusnya memperolehi 2/3 majoriti," terangnya lagi.

Selain itu tambah Ampong, beliau amat berharap parti komponen BN juga akan terus berusaha keras bersama-sama UMNO untuk memastikan hasrat ini tercapai ini kerana masa sudah terlalu suntuk sebelum semboyan disembunyikan memberi tanda pilihan raya bermula.

Apa yang pasti jelas beliau, UMNO dan BN Sabah hanya mengira detik untuk berjuang habis-habisan apabila pengumuman pembubaran parlimen dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. – MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...