BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


THE WORD OF ALLAH !!! PAS WOULD OBEY LIM GUAN ENG ???

Posted: 01 Jan 2013 03:00 PM PST


DAP once again played the issue of the usage on the word Allah for Bibles.The same issue which was raised back then during Sarawak's election where PAS agreed to allow Bibles to be published in Bahasa Melayu.This is seen as the same issue because both have the intention to spread Christianity towards Malay Muslim.Considering that PAS has agreed with Bahasa Melayu bible, we are not surprised if PAS would finally agree with DAP that the word Allah can be used not just by Christians, probably other religion as well just to make their master,Lim Guan Eng happy.However,as usual,PAS would first act as if they are against it.The drama with DAP is important so that they could buy some time before the election comes to cover the issue of Hadi's message, Land in Kelantan,Logging in Kedah, Water in Selangor and other issues which are pressing leaders if PR.Despite that,their predictable drama seemed very boring this time around,it is best for DAP and PAS to stop acting. This is because everyone is well aware that by the end of this drama, PAS would still obey DAP.Besides,why would PAS reject the motion when they released an official statement back in January 5, 2010, approving it.The statement can be seen here,


FOR MORE INFO 

However, today, when Lim dynasty raised this matter again, they were slammed by one of the members of PAS's Ulama Syura Council who is also the Chief of PAS Ulama Council for Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi, who says that this confuses Muslims around this country. He said, "PAS took the stand just like what was decided by the Syura Council of the party previously,not agreeing with anyone regarding this issue." What is going on ??? Why didn't PAS Syura Council agree with PAS President ??? If this is true,then PAS President might be standing alone supporting Lim because in one of the reports from Harakah


FOR MORE INFO

Nik Aziz also denied the claim which says that he supports the matter,just like what was reported by the mainstream media. However, in another report in January 21, 2010 in Harakah,Nik Aziz stated that kelantan government do not have any rejection for non-Muslim in the state to use the word Allah,either orally or their religious references.Nik Aziz then said that he only agrees with the use the word Allah for other religion just as long as it does not cause any harm to Islam. For Nik Aziz,Hadi Awang,PAS Syura Council and PAS supporters in general,I would like to urge them to stop making any contradictory statements because it does not mean a thing.This is because everyone knows that PAS would still listen to DAP.The only thing which is confusing here is that what is the motive or significance for DAP to fight on the usage of the word Allah for Christians. Everyone do not really know why are they bringing this up now.Would it bring chaos to Christians if they do not use the word Allah ??? Can Lim dynasty provide the answer ??? Or would Nik Aziz and Hadi Awang answer the question on behalf of Lim ???

GAZE-PONDER

HOT NEWS !!! LET HADI SPEAKS ON TV ALONE ON HIS EDICT !!! WHY I SAY LIKE THAT ??? MUST READ !!!

Posted: 01 Jan 2013 11:00 AM PST


PAS president Abdul Hadi Awang said he wanted an hour on air without any disturbances,meaning no interruptions or questions during his talk or whatever one calls it explanation.Hadi will explain everything about his edict that split Muslims right down the political divide as well as terming or calling Umno infidel.An edict that was aimed at demeaning Umno so that the Malays who are Muslims support the Islamic party,Hadi had taken the advantage of the Malays who were not well knowledgeable in Islam at that time to his side.20 years later,the Malays,very knowledgeable on Islam and laws,begin to question Hadi's edict and wanted him to explain clearly what it is all about.why Hadi termed Umno kafir just because the country's administration is based on the Western style which incorporates Islam.Hadi is actually not a debater nor a politician.he is just a religious teacher who preaches according to his own interpretation,repeat,his own interpretation and no one can question how.

That is why Hadi gave the condition that he,only he alone appears on TV,so that he can talk without anyone asking questions because he could not answer on-the-spot.Even if he does,only on superficial questions as deeper ones need references which Hadi would not want to commit himself,especially on matters that are out of his own knowledge.Hadi's knowledge is only limited to Islam and the Quran,that also nobody actually questioned him or debate with him on his interpretations.other than that Islamic economy and politics and others,he is zero or lack knowledge.Devoid of such knowledge as that of a true leader who knows at least most things,Hadi does not want the public to know he is not knowledgeable in economy and administration.

That is why he only wanted himself alone on TV,talk about his edict than walk away,no questions and debate or even discussions because Hadi is not that kind of man.He is not the kind of man who can discuss and take questions and answer them because he is not knowledgeable as thought off by many,he is just a preacher who speaks and then walk away.So when he asked to go on air alone, let it be,let Malaysian see his stupidity and lack of wisdom and intellectualism when explain his edict, after all the edict has backfired on his own party as Kelantan has yet to implement an Islamic government despite ruled by an Islamic party.Hadi knows his own party could not implement a total Islamic government in Kelantan and he knows, according to his edict Kelantan government is infidel for separating administration and Islam in its governance.

GAZE-PONDER

KANTOI !!! PEMIMPIN KANAN PR KECUT SERTAI HIMPUNAN OREN !!! MANA 30 RIBU PENEROKA FELDA ??? APA CERITA NI ???

Posted: 01 Jan 2013 07:30 AM PST


ketika ini kemarahan sebahagian rakyat Kelantan terhadap PAS sedang meluap-luap berikutan skandal tanah hutan balak seluas 10,526 ekar di Gua Musang yang kini telah menjadi hak milik pemimpin DAP dari Perak.Rupanya tak terdetik walau sezarah pun rasa bersalah dalam hati nurani pemimpin PAS sebaliknya dicubanya pula untuk mengalih perhatian ramai dengan mengadakan Himpunan Oren Selamatkan FELDA di Jalan Semarak,Kuala Lumpur.Kononnya usaha mengadakan himpunan ini salah satu tujuannya untuk menyelamatkan tanah peneroka FELDA yang didakwa akan tergadai berikutan penyenaraian FGVH di BSKL disamping menuntut pemecatan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA.Sibuk betul PAS dengan untung nasib peneroka FELDA walhal nasib peneroka Ladang Rakyat di Selatan Kelantan yang terumbang ambing dengan hanya mendapat dividen RM200 sebulan sahaja sampai sekarang tak terbela.Tanah berpuluh ribu ekar tergadai ke tangan pemimpin Cina DAP tak pula PAS sibuk ambil tahu untuk memperbetulkan kesilapan, sebaliknya lebih sibuk usung cerita lain untuk alih pandangan ramai. 

Maka beriya-iya PAS dan NGO ANAK yang diketuai AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman mempropagandakan himpunan anti FELDA itu kononnya akan dihadiri oleh lebih 30,000 orang peneroka FELDA dari seluruh negara. "Kita akan menghimpunkan 30 ribu orang,bukan sahaja warga Felda tapi gabungan NGO lain kerana isu Felda sudah menjadi isu nasional seperti juga skandal Scorpene dan projek Lynas," demikian kata Mazlan pada sidang media di Pejabat Agung PAS,Jalan Raja Laut sebelum ini.Tinggi melangit angan-angan yang dihajatinya.Itu standard lah,dalam bab bermain propaganda angka dan nombor sudah menjadi budaya PAS sejak azali lagi.Memanjang gebangnya besar mengalahkan bas.Namun bila tiba sahaja hari perhimpunan berlangsung,akhirnya hanya kurang dari 1,000 orang sahaja yang hadir di mana rata-ratanya adalah ahli dan penyokong PAS yang telah menerima arahan rasmi dari Setiausaha AGung PAS,Mustafa Ali supaya meramaikan program himpunan itu yang diadakan selepas Solat Jumaat.Mana peneroka FELDA yang dikatakan 30 ribu akan hadir sama ??? Tak wujud pun 30 ribu orang peneroka di himpunan tersebut,hanya beberapa puluh orang sahaja yang benar-benar berstatus peneroka,baki lebih 95% lagi adalah ahli dan penyokong PAS yang walau sesaat pun tidak pernah melalui kehidupan sebagai peneroka FELDA.Mana pula pemimpin-pemimpin kanan PR khususnya dari PAS dan PKR,misalnya Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim dan Presiden PAS,Abdul Hadi Awang ??? Langsung tak nampak muka,sebab mereka tahu dengan menyertai himpunan yang tidak popular seperti ini hanya akan menjatuhkan air muka sahaja.Itu yang masing-masing takut menyertainya. Takut malu beb !!!

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! ISU KALIMAH ALLAH !!! PAS AKUR DENGAN LIM GUAN ENG ??? APA CERITA NI ???

Posted: 01 Jan 2013 04:00 AM PST


DAP sekali lagi memainkan isu kalimah 'Allah' untuk digunakan di dalam kitab Injil Kristian.Isu hampir sama pernah menjadi hangat ketika Pilihanraya Sarawak di mana PAS bersetuju untuk membenarkan Injil dicetak dalam Bahasa Melayu.Isu ini dikatakan sama kerana kedua-duanya bertujuan untuk menyebar Kristian di kalangan orang-orang Melayu Islam.Memandangkan PAS telah pun bersetuju dengan Injil berbahasa Melayu,maka kita tidak hairan jika PAS juga akan akhirnya bersetuju dengan DAP agar kalimah Allah digunakan oleh Kristian mahupun agama lain bagi memastikan Tokong mereka iaitu Lim Guan Eng gembira.Walaubagaimanapun,seperti biasa,sebelum bersetuju,PAS akan terlebih dahulu bersandiwara dengan berpura-pura menentangnya. Sandiwara menentang cadangan DAP ini penting bagi membeli masa sebelum pilihanraya bagi melenyapkan isu Amanat Hadi, Tanah Kelantan,Balak Kedah,Air Selangor dan lain-lain lagi yang amat menyesakkan dada pemimpin-pemimpin PR.Namun,sandiwara yang pengakhirannya sudah dijangka amatlah membosankan dan seeloknya, PAS dan DAP hentikanlah saja lakonan mereka.Ini kerana semua orang sudah sedia maklum bahawa di akhir sandiwara ini, PAS tetap akan akur kepada kehendak Tokong Lim DAP.Lagipun,kenapa pula kali ini PAS ingin menentang penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Injil sedangkan Presiden PAS sendiri pernah mengeluarkan kenyataan rasmi pada 5 Januari 2010,yang membenarkannya.Kenyataan ini boleh dilayari di laman rasmi PAS seperti di bawah : 


UNTUK SELANJUTNYA 

Antara petikan kenyataan rasmi Presiden PAS tersebut ialah : Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.Tetapi,hari ini apabila Tokong Lim membangkitkan isu ini sekali lagi dalam perutusan Krismasnya, beliau ditempelak pula oleh Ahli Majlis Syura Ulama PAS yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan,Datuk Mohamed Daud Iraqi,sebagai mengelirukan umat Islam di negara ini. Katanya,"PAS mengambil pendirian seperti diputuskan Majlis Syura parti sebelum ini, tidak bersetuju dengan desakan mana-mana pihak berhubung isu berkenaan." Apa cerita ni ??  Apakah Majlis Syura PAS tidak sependapat dengan Presiden PAS ??? Jika benar,nampaknya Presiden PAS mungkin bersendirian dalam menyokong Tokong Lim kerana dalam satu laporan di Harakah 


UNTUK SELANJUTNYA 

Nik Aziz juga telah menafikan yang beliau menyokong penggunaan nama Allah oleh bukan Islam itu sepertimana yang dilaporkan oleh media perdana. Antara petikan kenyataan di Harakah yang dibuat oleh Setiausaha Politik beliau,Anual Bakri Harun adalah seperti berikut : "Wartawan silap memahami apa yang disebut Menteri Besar (Nik Aziz) kerana perkataan Allah hanya boleh digunakan bagi mereka yang telah menerima Islam.Bagi memahami konteks yang disebut Menteri Besar dengan lebih jelas kita kena memahami maksud surah Al Ikhlas iaitu Katakanlah (ya Muhammad),Dialah Allah yang Maha Esa, Allah yang dituju (meminta hajat). Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada satu pun yang menyerupaiNya.Oleh itu jelaslah nama Allah hanya wajar digunakan bagi mereka yang telah beriman dan tidak boleh menyalahi sifat 99 namaNya," kata beliau di sini." Namun, carian seterusnya menemui yang sebaliknya di mana pada 21 Januari 2010, Nik Aziz pernah membuat kenyataan seperti berikut yang disiarkan oleh Harakah juga : 

KOTA BHARU : Kerajaan Kelantan tiada halangan bagi masyarakat bukan Islam negeri itu menggunakan kalimah 'Allah', baik dalam pertuturan maupun dalam buku-buku agama mereka. Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata,kerajaan negeri tidak bercadang mengikut jejak negeri-negeri lain melarang kalimah 'Allah' digunakan orang bukan Islam."Keputusan ini diambil memandangkan keadaan di negeri ini memperlihatkan keharmonian antara kaum yang terjalin erat". Nik Aziz kemudian menjelaskan bahawa beliau bermaksud yang beliau hanya bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain selagi tidak membawa kemudaratan kepada Islam, serta keadaan di Kelantan yang harmoni telah membolehkan ianya dibenarkan.Untuk Nik Aziz,Hadi Awang, Majlis Syura PAS dan orang-orang PAS keseluruhannya,saya ingin berpesan agar hentikanlah memberi alasan dan memutar-belit kenyataan sendiri kerana ia tidak membawa apa-apa makna selain menghabiskan air liur sahaja.Ini kerana semua orang sedia maklum yang PAS tetap akan akur kepada 'ajaran Tokong Lim' sahaja.Tidak perlu menafikan perkara ini kerana buktinya sudah terlalu banyak,iaitu kes pusat sembelihan di Kedah,kes arak di Selangor,kes judi di Kelantan,kes Injil dalam Bahasa Melayu,kes Kelab Malam Voyage di Selangor,kes penutupan pusat hiburan di bulan puasa di Kedah,kes Salon di Kelantan dan yang paling dahsyat ialah kes murtad di Selangor di mana kesemuanya menyaksikan PAS sujud kepada kemahuan dan arahan Tokong DAP.Justeru,apa bezanya dengan kes kalimah Allah ini ???

Presiden PAS sudah pun membuat kenyataan rasmi sejak awal lagi yang beliau tiada halangan bagi agama Kristian menggunakan nama Allah dalam bahan keagamaan mereka.Jika Presiden sendiri sudah membuat kenyataan rasmi,kenapa masih perlu bersandiwara ??? Tiada apa-apa yang perlu dikelirukan atau didebatkan lagi mengenai pendirian PAS dalam isu ini kerana pendirian PAS adalah tertakluk kepada pendirian DAP. Satu-satunya perkara yang mugnkin mengelirukan di sini ialah dalam memahami motif atau signifikannya bagi Tokong Lim atau DAP untuk memperjuangkan penggunaan kalimah Allah dalam bahan keagamaan Kristian.Ramai yang hairan tentang kenapa nama Allah perlu dijadikan isu ??? Kenapa nama Allah juga yang diinginkan mereka ??? Kenapa bukan nama lain ??? Kenapa sekarang ??? Kenapa ??? Apakah tanpa penggunaan nama Allah,maka ajaran Kristian akan terjejas ???   Selama ini apakah nama yang digunakan oleh orang-orang Kristian di Malaysia untuk merujuk kepada Tuhan yang berkenaan ??? Apakah Tokong Lim boleh memberi jawapannya ??? Atau apakah Nik Aziz dan Hadi Awang ingin menjawab bagi pihak Tokong Lim ???

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! SKANDAL TANAH 10,526 EKAR KELANTAN !!! BILA DAP NAK PECAT KOO HAM ???

Posted: 01 Jan 2013 12:30 AM PST


Sudah menjadi kebiasaan bagi pemimpin pembangkang sama ada dari DAP,PAS ataupun PKR untuk bercakap soal ketelusan dan mendabik dada mendakwa diri mereka anti rasuah dan menentang salah guna kuasa serta penyelewengan.Namun sebagaimana biasa sudah menjadi amalan sebahagian ahli politik sebegini untuk menjadi politikus paling hipokrit,hanya nampak putih dari luar tapi bila dilihat isi dalamnya warna hitam pekat pula yang kelihatan. Inilah yang terjadi dalam isu penganugerahan tanah hutan balak seluas 10,526 ekar di Gua Musang,Kelantan kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd yang kini dimiliki secara bersama oleh Pengerusi DAP Perak,Ngeh Koo Ham dan sepupunya Ngah Kor Ming.Daripada keluasan tanah 10,526 ekar bersamaan 4,259 hektar itu dianggarkan 9,000 ekar daripanya masih lagi memiliki khazanah kayu balak yang bernilai puluhan juta ringgit.Bermakna selain berpeluang menjadi pemilik tanah itu selama lebih 50 tahun secara pajakan,Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Min juga bakal menambah lagi kekayaan mereka dengan hasil kekayaan bumi Kelantan melalui aktiviti pembalakan. 

Dulu dalam tahun 1960-an hingga pertengahan 1970-an tanah hutan balak yang luasnya melebihi 300,000 ekar dipindah milik secara pajakan kepada orang luar dari Singapura,kini tanah seluas 10,526 ekar berpindah milik pula kepada pemimpin Cina DAP.Agaknya PAS sememangnya lahir untuk hanya menghancurkan harta pusaka yang diamanahkan rakyat barangkali,balik-balik hanya pandai gadai,pajak dan jual tanah sambil menebang kayu balak.Memanjang saja terlibat dengan skandal tanah dan balak.Anak pribumi Kelantan serta Orang Asli yang bertahun-tahun meneroka tanah-tanah tersebut untuk mencari sesuap nasi pula dipinggirkan daripada mendapat peluang memiliki tanah.Entah apa jenis negeri kebajikan yang PAS sedang perjuangkan tak tahulah, yang pastinya ia menepati pepatah Melayu, "kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan".Selama ini para pemimpin DAP serta ramai pemimpin PAS dan PKR senantiasa sibuk menabur propaganda kononnya para pemimpin BN paling korup dan menyalahgunakan kuasa untuk mengkayakan kroni dan keluarga. Alih-alih apa yang sedang terbentang depan mata rakyat sekarang rupanya pemimpin PR sendiri yang terkehadapan dalam mempelahap harta kekayaan yang diamanahkan oleh rakyat. 

Deklarasi PR di Shah Alam yang ditegaskan oleh Naib Presiden PKR,Nurul Izzah kononnya pemimpin PR tidak akan mengambil kesempatan memperolehi tanah-tanah untuk kepentingan diri,kroni dan keluarga akhirnya terbukti hanya omong kosong sahaja.Paling penting tanah seluas 10,526 ekar yang kini telah menjadi milik Koo Ham dan Kor Ming berlaku selang beberapa jangka waktu selepas PAS terhutang budi dengan DAP berikutan sokongannya terhadap pemimpin PAS sebagai MB Perak. Skandal tanah ini merupakan antara yang terbesar dalam abad milenium ini dan tentu sahaja menuntut tindakan konkrit daripada pemimpin pakatan pembangkang khususnya DAP untuk segera bertindak sewajarnya.Persoalannya sekarang,beranikah DAP memecat pemimpinnya sendiri demi memulihkan semula air mukanya disamping mengembalikan kepercayaan penyokong PR bahawa DAP dan gabungan longgar parti-parti pembangkang itu serius untuk memperjuangkan ketelusan dan anti rasuah ??? Jenuhlah menantikan tindakan sedemikian,lagipun kalau DAP berani memecat Koh Ham serta sepupunya itu demi mengurangkan impak negatif terhadap parti tiada ruginya kepada kedua-dua pemimpin DAP yang bersaudara itu.Tanah beribu ekar sudah dapat,kayu balak pun dapat rembat.Pula tu selama lebih 50 tahun ke hadapan masih lagi boleh senyum lebar,tidur atas tilam wang berpuluh juta ringgit hasil dari kekayaan bumi Kelantan,tak gitu pembaca Badut Rakyat ???

RENUNG-RENUNGKAN 

FAKTA !!! PERLEMBAGAAN NEGARA !!! AMANAT HADI DAN BUKU JINGGA !!! MANA SATU PEGANGAN PAS ???

Posted: 31 Dec 2012 09:00 PM PST


Amanat Hadi yang diucapkan oleh Abdul Hadi Awang ketika beliau berceramah di Banggol Peradong,Kuala Terengganu pada 7 April 1981 merupakan antara punca utama yang menyemarakkan perpecahan sesama Islam apabila orang Islam yang menyokong UMNO menerima tempiasnya berikutan tuduhan UMNO adalah kafir.Para penyokong PAS meyakini sesiapa sahaja yang bukan dari puak mereka adalah terkeluar dari Islam dan kafir,lebih-lebih lagi bila mana UMNO dan BN berpegang teguh pada Perlembagaan Negara yang disytiharkan oleh Hadi sebagai perlembagaan jahiliah,sekular dan undang-undang kafir.Melalui amanat itu juga Hadi mengikrarkan bahawa penentangan PAS terhadap UMNO Dan BN yang mendaulatkan Perlembagaan Negara itu adalah satu jihad baik dari segi derma wang ringgit mahupun sekiranya seseorang penyokong PAS mati ketika menentang UMNO dan BN, maka kematiannya adalah jihad dan mati syahid.Atas keyakinan itulah mendorong para penyokong PAS melakukan pemulauan dan memboikot urusan jenazah orang UMNO serta memulaukan solat berjemaah yang diimamkan oleh tok imam yang mendapat tauliah dari Kerajaan BN sehingga akhirnya terjadilah solat dua imam dalam satu mukim. 

Baru-baru ini Abdul Hadi Awang yang kini adalah Presiden PAS telah memecahkan kebisuannya selepas berminggu-minggu berdiam diri dari menjawab kecaman masyarakat terhadap Amanat Hadi yang telah memudaratkan hubungan antara anggota masyarakat khususnya melibatkan sesama Islam. Barangkali Presiden PAS itu baru mendapat kekuatan setelah mendapat nasihat daripada para macainya mengenai kaedah terbaik untuk menjawab isu amanatnya.Dek kerana itu barulah Hadi berani tampil dengan syarat pelik untuk menjelaskan isu Amanah Hadi hanya jika siaran langsung penjelasannya dipancarkan melalui TV1 ataupun TV3.Kenapa syarat itu kelihatan pelik ??? Sebabnya,selama bertahun-tahun ini PAS dan parti pembangkang lain aktif berkempen meminta penyokongnya memboikot RTM dan TV3,alih-alih sekarang terhegeh-hegeh pula mahu muncul di kedua-dua siaran TV.Kini,Stesyen TV yang dipropagandakan oleh PAS kononnya pembohong,penipu dan dituduh sebagai alat kempen Kerajaan Barisan Nasional itu jugalah yang dikejar-kejar oleh pemimpin tertinggi PAS itu.Satu sikap hipokrit yang agak menonjol sekali,amat memalukan. 

Dalam pada itu, jika dulu melalui Amanat Hadi,Presiden PAS itu teguh menghasut penyokongnya menentang UMNO & BN atas sebab wujudnya Perlembagaan Negara yang dikatakan jahiliah,sekular,kafir dan sebagainya,persoalannya apa beza Perlembagaan 1981 dulu dan sekarang ??? Tiada perbezaan ketara,agama Islam masih agama persekutuan sama seperti dulu hatta pemberian wang peruntukan kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri termasuk yang kini dikuasai oleh PAS dan PR juga dilaksanakan sebagaimana kehendak perlembagaan Negara.Jika benar Perlembagaan Negara adalah perlembagaan jahiliah,kafir dan sekular,soalnya sekarang kenapa PAS melalui kerjasamanya dalam PR memperakui ikrar untuk mengekalkan Perlembagaan Negara sebagaimana termaktub dalam Buku Jingga yang ditandatangani oleh semua pemimpin tertinggi PR ??? Dalam Dasar Bersama Buku Jingga itu menyebut salah satu daripada tiga ikrar PR ialah : 

"Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153." (Buku Jingga PR) 

Manakala di dalam Amanat Hadi 1981 pula jelas bercanggah kandungannya apabila mengikrarkan perlembagaan Negara sebagai jahiliah,kafir dan sekular seterusnya menjadi dorongan utama untuk PAS menentang UMNO Dan BN. 

 "Kita menentang UMNO,bukan kerana nama dia UMNO.Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah.Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka.Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka. Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad.Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini,mati kita adalah syahid.Mati kita adalah Islam.Kita tidak perlu masuk Buddha,Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian,Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'".(Amanat Hadi) 

Di antara kedua-dua ini,Amanat Hadi dan Buku Jingga saling bertentangan antara satu sama lain,walaupun mengucapkan manata tersebut dan yang menandatangani ikrar Buku Jingga adalah orang yang sama yakni Presiden PAS,Abdul Hadi Awang.Alang-alang Hadi sudah mendapat lampu hijau dari Menteri berkenaan untuk memberi penjelasan berhubung amanatnya itu,adalah molek sekali sekiranya Hadi dan pimpinan PAS yang lain mengumumkan pendirian mereka sama ada mahu berpegang pada Amanat Hadi atau Buku Jingga dalam hal melibatkan Perlembagaan Negara.

RENUNG-RENUNGKAN 

EKSKLUSIF !!! PERUTUSAN YAB PM @NAJIBRAZAK SEMPENA TAHUN BARU 2013 !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 31 Dec 2012 06:00 PM PST


Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Rakyat Malaysia Sekalian, 

1. Alhamdullilah, beberapa jam lagi kita akan menyambut tahun baru 2013.Sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersyukur kerana kita akan menyambut tahun baru ini dengan berlatarbelakangkan pelbagai kejayaan dan pencapaian yang telah kita tempa dengan berkat usaha bersama di sepanjang Tahun 2012.  

2. Tahun 2012 telah menyaksikan tamatnya fasa pertama Prakarsa Transformasi yang melibatkan lapangan Kerajaan, Ekonomi dan Politik. Kesan inisiatif ini amat positif. Di peringkat antarabangsa misalnya, angka tunjuk negara dalam pelbagai bidang telah meningkat secara yang membanggakan. Laporan Bank Dunia, "Doing Business 2013" misalnya, telah meletakkan Malaysia sebagai negara ke-12 paling mudah berurus niaga di dunia manakala laporan "World Competitiveness Yearbook 2012" telah menempatkan Malaysia sebagai negara ke-14 paling berdaya saing di dunia. 

Rakyat Malaysia Yang DiKasihi, 
3. Dalam menangani cabaran yang bakal mendatang untuk Tahun 2013,serta dalam rangka membina kejayaan yang berterusan, kita perlu mengambil iktibar dan pengajaran dari pengalaman yang lalu. Apa yang baik dan telah terbukti berjaya perlulah kita teruskan dan tambahbaik dengan segala kelemahan yang ada dibaiki. Sementara apa yang terbukti gagal patut ditamatkan dan diambil teladan daripadanya. Untuk meneruskan usaha bagi memastikan wawasan nasional Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi akan tercapai,kita perlu membina di atas asas yang telahpun diletakkan melalui lembayung Dasar Transformasi Nasional. 

4. Bagi Tahun 2013, kita perlu meneruskan agenda nasional bagi mengukuhkan perpaduan Kebangsaan yang merupakan teras kelangsungan negara dengan berpandukan Falsafah 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. 

5. Kedua,meneruskan usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan sistem jaringan keselamatan sosial di mana setiap rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan akan memperolehnya, di mana bantuan kebajikan dan subsidi adalah disasarkan kepada yang benar-benar memerlukan dan diperkukuhkan lagi dengan jaringan kebajikan institusi keluarga, korporat dan keagamaan. 

6. Ketiga,meningkatkan kemakmuran negara dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan,kesihatan fiskal dan merangsang sistem pergerakan sosial yang bertunjangkan harapan,di mana pencapaian seseorang individu hanya dihadkan oleh daya imaginasi,daya keusahawanan dan sejauh mana kesanggupan individu berkenaan untuk bekerja keras,di mana kreativiti,inovasi dan kesanggupan mengambil risiko akan mendatangkan laba yang lumayan. 

7. Keempat,untuk memastikan Malaysia akan menjadi tempat terbaik untuk membina sebuah kehidupan.Tempat terbaik untuk berkeluarga dan membesarkan anak-anak,sebuah negara yang mempunyai masyarakat penyayang,sistem keluarga yang kukuh,kejiranan dan jalan yang selamat dari jenayah, alam sekitar yang lestari, sekolah dan institusi pendidikan yang berkualiti serta sistem perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan berkemampuan.

Rakyat Malaysia Yang DiHormati, 
8. Saya yakin dan percaya bahawa fajar kejayaan akan sentiasa menyinari Malaysia dan kehidupan rakyatnya. InsyaAllah,dengan perancangan yang rapi serta teliti dan pelaksanaan yang berkesan,hari ini akan lebih baik dari hari semalam dan hari esok akan menjanjikan kemungkinan yang berterusan. 

9. Marilah kita tanyakan diri kita apakah yang mampu kita lakukan untuk menentukan apa yang kita dambakan, apa yang kita impikan mampu tercapai.Tidak ada istilah sumbangan kecil atau besar, yang ada hanyalah kesanggupan melakukan sesuatu. Negara memerlukan tuan-tuan dan puan-puan.Marilah bersama-sama saya untuk menjadikan impian kita ini suatu realiti. Berdirilah di sisi saya untuk kita bersama-sama menentukan kejayaan,bergeraklah dan bekerjalah bersama-sama saya untuk melakar sebuah masa depan yang terbaik,untuk negara dan anak-anak kita. 

10. Saya dan Kerajaan hari ini tidak akan mampu mengkhidmati rakyat Malaysia dengan kadar yang terbaik tanpa sokongan dan dokongan padu tuan-tuan dan puan-puan sekelian. Berikanlah kami mandat yang jelas dan kami berjanji akan menggunakan kepercayaan tuan-tuan dan puan-puan itu dengan sebaik-baiknya bagi membina sebuah Malaysia untuk semua. Selama inipun, telah terbukti kami menepati segala janji dan komitmen yang diberi. 

Rakyat Malaysia Sekalian, 
11. Masa depan negara dan anak-anak kita adalah terlalu penting untuk dipertaruhkan mahupun untuk dijadikan bahan eksperimen.Membina sebuah negara yang berjaya memerlukan usaha yang berterusan dengan halatuju yang jelas. Meruntuhkan sebuah negara pula hanya memerlukan masa yang pendek namun kesannya berpanjangan. Di tangan kitalah terletak keputusan bagaimana masa depan negara hendak dicorakkan, ke mana Malaysia hendak di bawa.Bapa-bapa dan ibu-ibu pengasas negara telah mengemudi Malaysia ke mercu jaya dengan keringat, air mata dan darah.Hari ini tanggungjawab terletak pula di bahu kita.Sama ada Malaysia terus mara ke hadapan atau berundur.

12. Malaysia sesungguhnya ialah sebuah negara di mana peluang, tanggungjawab, kemakmuran dan nilai murni dikongsi bersama oleh warga yang majmuk,dipenuhi jutaan peluang di sebalik pelbagai kemungkinan yang terbentang.Kemungkinan itu suatu rahmat.Kemungkinan itu asas aspirasi.Saya menyeru untuk kita bersama-sama mencorakkan dalam merealisasikan destini Malaysia muncul sebagai sebuah kemungkinan yang terus menyinar. 

13. Akhir kata,saya mendoakan agar Tahun 2013 ini menjanjikan kerahmatan kepada semua rakyat Malaysia.Selamat Tahun Baru 2013. 

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...