UMNO Online - “Bukit Mertajam UMNO Provides Free Hair Cuts” plus 5 more

UMNO Online - “Bukit Mertajam UMNO Provides Free Hair Cuts” plus 5 more

Link to UMNO Online

Bukit Mertajam UMNO Provides Free Hair Cuts

Posted: 31 Dec 2012 11:42 PM PST

BUKIT MERTAJAM, Jan 1 – The free hair cut service provided by the Bukit Mertajam UMNO division was a big hit with residents here today.

The annual programme which was started in 2010, is aimed at helping underprivileged families with kindergarten and primary school going children.

“The free hair cuts are mainly for needy children from kindergarten to Primary Six levels, but we also include secondary students,” said Bukit Mertajam UMNO deputy chief Ramlan Ishak.

“The programme gets a very encouraging response, especially from children, who are willing to wait for their turn. Every year almost 200 pupils receive this free service,” he told reporters when met at Sekolah Kebangsaan Machang Bubok II, here today.

Ramlan added that 14 barbers, comprising 12 from Giat Mara and two from the area, would be providing the hair cuts from 9 am to 4 pm today.

CAP Wants To MACC To Investigate On ‘Dropped Calls’

Posted: 31 Dec 2012 11:38 PM PST

GEORGE TOWN, Jan 1 – The Consumers Association of Penang (CAP) wants the Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) to investigate as soon as possible the dropped calls often experienced by users of mobile telephones.

Its president, SM Mohamed Idris, said the problem also occurred during peak hour period and at dawn, resulting in the telephone users to suffer losses.

“When a call from a handphone is cut off suddenly  due to technical problems, it is considered a dropped call, but the telephone user has been charged for the airtime, which may be for 30 or 60 seconds,” he said in a statement here today.

He hoped the problem could be addressed as soon as possible to protect consumers’ interests.

There should be an explanation for this, especially from telecommunication companies which are making profit out of it, he added.

Perhimpunan Anti Lynas Gagal Tarik Penyertaan Ramai

Posted: 31 Dec 2012 11:33 PM PST

KUANTAN, 1 Jan –  Himpunan Anti-Lynas yang diadakan di kawasan Perindustrian Gebeng di sini gagal menarik penyertaan ramai apabila hanya 500 peserta hadir, malam Isnin.

Perhimpunan itu dilakukan sempena menyambut tahun baharu 2013 dan berlangsung secara aman.

Tinjauan Bernama mendapati, kebanyakan peserta membawa bersama payung akibat hujan renyai-renyai sejak petang Isnin.

Mereka kemudiannya mula melaungkan slogan anti-Lynas dan menyalakan lilin serta membawa sepanduk ketika acara mengira detik 12 malam dimulakan.

Antara yang dilihat hadir pada perhimpunan itu, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, aktivis politik, Hishamuddin Rais.

Para peserta kemudian bersurai dengan dikawal anggota polis.

UMNO Pokok Sena Sumbang Kelengkapan Sekolah Kepada 316 Murid Miskin

Posted: 31 Dec 2012 11:29 PM PST

ALOR SETAR, 1 Jan – Seramai 316 pelajar miskin sekolah rendah di kawasan Parlimen Pokok Sena hari ini menerima sumbangan kelengkapan sekolah dari UMNO bahagian itu.

Sumbangan berupa beg, pakaian sekolah, kasut dan kapur kasut yang bernilai RM125 itu disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena Datuk Ahmad Lebai Sudin, pada majlis ringkas di Sekolah Menengah Hutan Kampung di sini.

Menurut Ahmad sebanyak RM40,000 diperuntukan UMNO Bahagian untuk melaksanakan program itu setiap tahun, sejak 2008.

Katanya pelajar dipilih oleh Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu Ahmad berkata UMNO bahagian memberi perhatian serius terhadap isu pendidikan dan akan membantu keluarga miskin tanpa mengira fahaman politik mereka.

Seorang murid darjah enam Sekolah Kebangsaan (SK) Nawa, Pokok Sena, NurSyazana Mohd Harunizam, 12, berkata ini merupakan kali kedua beliau menerima sumbangan dan bersyukur kerana ia dapat meringankan beban kedua ibu bapanya dalam menyediakan keperluan sekolah tiga lagi adiknya.

Bagi anak seorang buruh dari Kampung Kuala Lanjut, Anas Sakini Rahman, 9, murid darjah tiga SK Kuala Lanjut, Pokok Sena pula berkata beliau teruja untuk hadir menerima sumbangan tersebut buat pertama kali.

Empat Tahun Terpedaya, Rakyat Selangor Perlu Pilih BN – TPM

Posted: 31 Dec 2012 07:22 PM PST

SHAH ALAM, 1 Dis - Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa rakyat Selangor yang selama ini terpedaya dengan dakyah dan janji kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat, supaya memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Perdana Menteri berkata selepas empat tahun, mereka kini sedar tembelang kerajaan negeri.

Muhyiddin berkata BN sebaliknya telah membuktikan pengalaman dalam mentadbir negara, sekali gus memastikan ekonomi negara terus berkembang.

Beliau menarik perhatian BN sepakat dalam melaksanakan dasar dan agenda pembangunan negara, tidak seperti pakatan pembangkang dianggotai PAS-PKR-DAP.

“Yang sering kita dengar masalah dan isu yang banyak sekali, pertelingkahan politik berlarutan dalam kalangan pakatan pembangkang,” katanya semasa berucap pada penutup Karnival Sayangi Selangor anjuran BN Selangor di sini malam Isnin.

Antaranya ialah isu air yang belum diselesaikan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Muhyiddin berkata kerajaan negeri perlu bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku krisis air yang dijangka pada 2014.

Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Pengerusi MCA Selangor Datuk Donald Lim, Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel dan Timbalan Menteri Luar Datuk Kohilan Pillay dari Gerakan.

Malaysia Di Landasan Kukuh Jadi Negara Maju – Muhyiddin

Posted: 31 Dec 2012 07:19 PM PST

KUALA LUMPUR, 1 Jan - Malaysia kini berada di atas landasan kukuh untuk muncul sebagai sebuah negara maju hasil transformasi berterusan yang dilaksanakan kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berucap pada majlis sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka malam ini, beliau berkata selain transformasi yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kejayaan itu juga dicapai berkat perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Justeru, Muhyiddin meminta seluruh rakyat Malaysia mengekalkan perpaduan, keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi hari ini sebagai landasan untuk membina kejayaan lebih gemilang di hari esok.

“Sebaik sahaja fajar 2013 menyingsing, detik kiraan masa untuk kita mencapai status negara maju hanya tinggal tujuh tahun saja lagi.

“InsyaAllah, dengan sokongan dan dokongan seluruh rakyat, dengan doa dan keazaman kita untuk terus mencipta kejayaan demi kejayaan, kita akan melakar masa depan bersama yang lebih sejahtera di bumi Malaysia yang kita cintai ini,” tegas Muhyiddin.

Turut hadir isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri Datin Seri Masnah Rais, serta beberapa menteri Kabinet yang lain.

Di hadapan kira-kira 130,000 pengunjung yang membanjiri Dataran Merdeka, Muhyiddin mendoakan agar Malaysia kekal aman dengan rakyat yang bersatu-padu hidup dalam kemakmuran.

Beliau juga berharap Malaysia akan terus kekal menjadi negara yang boleh dibanggakan dan menjadi contoh kepada negara-negara lain.

“Kita berdoa supaya tahun 2013 akan melakar sejarah baru yang lebih cemerlang serta gemilang dan bersama kepimpinan Perdana Menteri, kita akan melayari bahtera negara maju menjelang tahun 2020.

“Saya doakan kita terus sejahtera tanpa mengira agama dan keturunan…mengikat perjanjian untuk sama-sama menegakkan kedaulatan dan kemerdekaan negara kita.

“Saya doakan kita semua menempuh masa depan yang terus gemilang,” katanya.

Mengenai sambutan malam ini, Muhyiddin berkata beliau gembira kerana seluruh lapisan rakyat Malaysia dapat menyambut tahun baru dalam suasana penuh ceria, dan dalam keadaan negara yang kekal aman, makmur dan sentosa.

Muhyiddin turut menampilkan kelainan dalam ucapannya malam ini apabila membacakan pantun yang antara lain menggambarkan harapannya untuk melihat rakyat Malaysia terus berganding bahu dengan kerajaan dalam membina sebuah negara yang sejahtera. Ia berbunyi:

Fajar 2013 bakal menyingsing,

Memancar sinar seribu impian;

Dengan tekad kita bersaing,

Negara maju dalam genggaman.

Memancar sinar seribu impian,

Cerlang cahaya menghias angkasa;

Berkat rakyat menjalin perpaduan,

Aman negara makmur sentosa.

Cerlang cahaya menghias angkasa,

Berkat doa jalinan muafakat;

Amatlah bertuah pemimpin berjasa,

Memajukan negara menyejahterakan rakyat.

Berkat doa jalinan muafakat,

Menyemai budi bersulam harapan;

Tanda kerajaan mendahulukan rakyat,

Janji ditepati pencapaian diutamakan.

Menyemai budi bersulam harapan,

Warisan zaman kita kekalkan;

Transformasi pasti mengukir kejayaan,

Masa depan gemilang kita lakarkan.

Warisan zaman kita kekalkan,

Hidup makmur aman bahagia;

Rakyat dan kerajaan berpisah jangan,

Bahu membahu negara sejahtera.

Hidup makmur aman bahagia,

Negara maju rakyat didahulukan;

Buat seluruh warga Malaysia,

Selamat tahun baru saya ucapkan.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...