Selamat Menyambut Tahun Baru 2013

Saudara/Saudari tuanhamba,
 
Selamat Menyambut Tahun Baru 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.
 
Sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersyukur kerana kita akan menyambut tahun baru ini dengan  berlatarbelakangkan pelbagai kejayaan dan pencapaian yang telah kita tempa dengan berkat usaha bersama di sepanjang Tahun 2012.
 
Tahun 2012 telah menyaksikan tamatnya fasa pertama Prakarsa Transformasi yang melibatkan lapangan Kerajaan, Ekonomi dan Politik.  Kesan inisiatif ini amat positif. Di peringkat antarabangsa misalnya, angka tunjuk negara dalam pelbagai bidang telah meningkat secara yang membanggakan. Laporan Bank Dunia, “Doing Business 2013” misalnya, telah meletakkan Malaysia sebagai negara ke-12 paling mudah berurus niaga di dunia manakala laporan “World Competitiveness Yearbook 2012” telah menempatkan Malaysia sebagai negara ke-14 paling berdaya saing di dunia.
 
Dalam menangani cabaran yang bakal mendatang untuk Tahun 2013,  serta dalam rangka membina kejayaan  yang berterusan, kita perlu mengambil iktibar dan pengajaran dari pengalaman yang lalu. Apa yang baik dan telah terbukti berjaya perlulah kita teruskan dan tambahbaik dengan segala kelemahan yang ada dibaiki. Sementara apa yang terbukti gagal patut ditamatkan dan diambil teladan daripadanya. Untuk meneruskan usaha bagi memastikan wawasan nasional Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi akan tercapai, kita perlu membina di atas asas yang telahpun diletakkan melalui lembayung Dasar Transformasi Nasional.

Bagi Tahun 2013, kita perlu meneruskan agenda nasional bagi mengukuhkan perpaduan Kebangsaan yang merupakan teras kelangsungan negara dengan  berpandukan Falsafah 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Saya yakin dan percaya bahawa fajar kejayaan akan sentiasa menyinari Malaysia dan kehidupan rakyatnya. InsyaAllah, dengan perancangan yang rapi serta teliti, dan pelaksanaan yang berkesan, hari ini akan lebih baik dari hari semalam dan hari esok akan menjanjikan kemungkinan yang berterusan.
Akhir kata, saya mendoakan agar Tahun 2013 ini menjanjikan kerahmatan kepada semua rakyat Malaysia.
 
Selamat Tahun Baru 2013.
 
Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 
 
Anda boleh baca perutusan saya sempena Tahun Baru 2013 di sini.

Untuk mengikuti segala pekembangan terkini mengenai isu semasa negara, ikuti saya di Facebook dan Twitter serta lawati laman web saya, 1Malaysia.com.my. Kongsikan maklumat ini kepada ahli keluarga serta sahabat handai anda dan ajak mereka untuk melanggan maklumat terkini menerusi laman web saya. Diharapkan anda semua dapat meneruskan sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri agar kita dapat bersama-sama membawa negara ini ke peringkat yang lebih tinggi.
 
 
Najib Razak
Copyright © 2013 1Malaysia.com.my, All rights reserved.





-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...