UMNO Online - “Bawa Semangat Membara Ke Kawasan Juang Masing-masing – Ahmad Maslan” plus 9 more

UMNO Online - “Bawa Semangat Membara Ke Kawasan Juang Masing-masing – Ahmad Maslan” plus 9 more

Link to UMNO Online

Bawa Semangat Membara Ke Kawasan Juang Masing-masing – Ahmad Maslan

Posted: 01 Dec 2012 07:35 AM PST

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berharap dengan semangat yang membara, hasil suntikan Himpunan Dewan Merdeka maka wajarlah ia terus dinyalakan dan dibawa pulang ke kawasan juang masing-masing.

Oleh itu, tegasnya terus temuilah rakyat, aturkan program sentuhan masyarakat, buka bilik gerakan, mantapkan jentera, kibarkan panji-panji UMNO dan Barisan Nasional (BN) agar merah membiru sejauh mata memandang.

"Kita amat sedar tentang pembohongan pembangkang, ketidakupayaan mereka memerintah dan menjadi punca perpecahan umah.

"Hanya UMNO dan BN yang telah terbukti selama 66 tahun dan 55 tahun berjaya memimpin dan mentadbir negara dengan cemerlang", katanya di sini, hari ini.

Justeru beliau berharap seluruh pemimpin dan ahli UMNO tidak perjudikan agama suci, nasib anak bangsa dan masa depan negara kepada pembangkang. -MediaUMNO

Red Warrior Jelmaan UMNO

Posted: 01 Dec 2012 06:41 AM PST

Salam Pengarang… Baru-baru ini Kerajaan Pusat telah menyumbang sejumlah RM1 juta kepada pasukan bolasepak Kelantan, The Red Warrior (TRW) sebagai penghargaan di atas kejayaan pasukan itu menjuarai tiga kejohanan pada musim ini.

Sumbangan kewangan itu adalah kesinambungan dari tajaan dan sokongan yang pernah Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak lakukan sebelum ini untuk pasukan TRW.

Badan Perhubungan UMNO Kelantan pula turut sama menyerahkan sumbangan RM200,000.00 kepada TRW, kesinambungan dari pelbagai bantuan yang pernah dihulurkan sebelum ini.

Bagi KAFA yang menguruskan TRW sejak sekian lama, sumbangan tersebut amat besar maknanya memandangkan hasil jualan tiket tidak berupaya menampung keseluruhan kos pengurusan pasukan termasuklah untuk menyelesaikan pembayaran gaji pemain serta kakitangan.

Berikutan itu Timbalan Ketua Bahagian Ketereh, Datuk Md Alwi Che Ahmad semasa membahaskan usul ucapan Presiden menyifatkan UMNO sebagai antara faktor utama yang membawa kepada kebangkitan TRW sehingga kini dikenali sebagai pasukan yang digeruni dan disegani.

Kenyataan tersebut nyata mengundang rasa tidak puas hati penyokong Pas, bukan kepalang marahnya mereka apabila UMNO dikaitkan dengan kejayaan TRW.

Pada mereka segala usaha keprihatinan UMNO serta Kerajaan Pusat kepada TRW termasuklah membantu dari segi wang ringgit hanyalah jasa yang sekadar lekat dicelah gigi sahaja.

Hakikatnya, kebangkitan dan kejayaan besar TRW sejak lebih kurang 5 tahun tahun amat sukar sekali untuk dinafikan oleh Pas bahawa ia adalah jelmaan dari usaha dan kerja buat pemimpin UMNO.

Semenjak pengurusan KAFA diambil alih oleh pemimpin UMNO, Tan Sri Annuar Musa selaku Presidennya, kebenaran yang dapat disaksikan semua tampak jelas peningkatan demi peningkatan agak terasa sehinggalah telah dua kali menjuarai piala Malaysia.

Kejayaan-kejayaan ini tidak berlaku melalui retorik atau sekadar cukup dengan ceramah dipentas politik, sebaliknya disebabkan keberkesanan pengurusan yang dibantu dengan sumber kewangan yang kukuh.

Tanpa pengurusan yang bijak dan sumber kewangan yang mantap, sukar sekali untuk sesebuah pasukan bangkit menuju kejayaan lebih-lebih lagi jika masalah tunggakan gaji yang sering berlaku 5 tahun sebelum ini berterusan berlaku.

Sememangnya kebenaran agak sukar untuk diterima dan amat pahit untuk diakui, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah terbiasa lena dalam keasyikan retorik tanpa kerja buat bermanfaat sepertimana menjadi amalan pemimpin Kerajaan Pas Kelantan dan penyokongnya.

Antara Kejayaan UMNO Dan Mimpi Pas

Posted: 01 Dec 2012 06:30 AM PST

Rakyat kini sedar warna politik yang dipakai oleh Pas, sebuah parti yang mendabik dada memperjuangkan Islam dan penubuhan Negara Islam sebagai objektif utamanya.

Tetapi adakah ini sebenar parti itu atau adakah Pas mempunyai agenda terselindung yang lain?

Bolehkah rakyat mempercayai pengakuan Pas sebagai sebuah parti yang memakai nama Islam atau perlulah rakyat menilai parti itu melalui tindak tanduknya samada ia selari dengan hasrat dan cita-cita yang dilaungkan?

Persoalan ini rasanya perlu ditanya setiap rakyat sebelum mereka yang layak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti, tergerak untuk memangkah parti itu pada kertasnya.

Implikasinya besar kepada rakyat malah kepada negara jika tersilap undi parti yang ingin diamanahkan mengangkat martabat serta menjaga urusan pentadbiran negara.

Takut-takut nanti apabila dipilih parti tertentu umpamanya Pas, lebih khabar daripada rupa pula.

Takut-takut nanti apabila dipilih parti tertentu umpamanya Pas, lebih khabar daripada rupa pula.

Jadi amat perlu dinilai perjuangan Pas kebelakangan ini samada ia berlandaskan apa yang tertera di dalam perlembagaan parti itu sejak penubuhan pada tahun 1951 atau ia telah berubah menjadi satu organisasi siyasah yang amat berbeza sekali dengan yang asli.

Berbeza dengan UMNO yang sebagai sebuah parti Melayu terbesar sejak terasas pada tahun 1946.

Perjuangannya amat jelas – Melayu dan Islam – agenda memartabatkan Melayu ingin diperjuangkan manakala syiar Islam diperkukuh dan dilindungi sejajar dengan peruntukan Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.

Hasil perjuangan UMNO daripada dua matlamat utama itu juga jelas dan bukan samar-samar seperti Parti Al Islam Semalaysia atau Pas.

Sejak merdeka, bangsa Melayu di bela dan kebajikan mereka dijaga.

Menyingkap sekelumit sahaja hasil perjuangan UMNO akan menyedarkan rakyat apa yang telah dilakukan oleh parti itu untuk memperkasa agenda Melayu.

Dalam bidang pendidikan umpamanya, tanyalah mana-mana ibu bapa  Melayu atau saudara mara yang berkait dengan mereka, anak Melayu mana yang tidak pernah mendapat sentuhan perjuangan suci serta jihad UMNO?

Lihat sahaja statstik akan mengejutkan orang Melayu di mana berpuluh puluh ribu anak Melayu berjaya melanjutkan pendidikan di peringkat ijazah di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara.

Sementelahan itu berpuluh puluh ribu pula anak bangsa terutamanya dari kawasan luar bandar, kampung dan desa diberi peluang mendapat pendidikan di berpuluh puluh Maktab Rendah Sains MARA Sekolah Menengah Sains, Sekolah Sukan dan lain-lain.

Bagi anak-anak Melayu yang tercicir daripada sistem pendidikan pengajian tinggi pula, kerajaan yang ditunjangi UMNO masih membuka peluang dan diberi harapan kepada golongan ini dengan membina pusat-pusat Giat Mara, Institut Kemahiran MARA, Institut Kemahiran Belia Negara, serta Kolej Komuniti yang berselerak di seluruh negara.

Dalam aspek Islam pula, rakyat boleh lihat dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana UMNO menjaga memuliaan Islam sejak merdeka.

Dalam aspek Islam pula, rakyat boleh lihat dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana UMNO menjaga memuliaan Islam sejak merdeka.

Jika diconggok, berbilion ringgit telah dicurahkan untuk memartabatkan Islam dan umat Islam oleh kerajaan berteraskan UMNO sejak dari zaman Perikatan kepada Barisan Negara kini.

Daripada pembinaan masjid, madrasah dan surau hinggalah kepada mewujudkan Bank Islam, universiti dan kolej Islam, sekolah agama berasama penuh, mahkamah syariah, sistem pajak gadai Islam, Baitul Mal, Perkim, antara lainnya.

Tidak sedikit pula anak-anak Melayu dihantar ke universiti-universiti teragung Islam di luar negara seperti Al-Azhar untuk menceduk ilmu agama serta mengembangkan syiar Islam.

Jika dibuat perbandingan ringkas ini di mana letaknya kedudukan UMNO sebagai sebuah parti Melayu-Islam dan Pas yang mendakwa seolah-olah mempunyai matlamat yang sama?

Bukti dan hasil UMNO sudah terbukti dan tidak perlu dipertikaikan lagi, bagaimana pula dengan Pas yang melaung siang dan malam bahawa ia parti Islam tersohor?

UMNO tidak secara spesifik menyatakan untuk menubuhkan Negara Islam berlandaskan syariah namun segala apa yang telah dan sedang dilakukan untuk Islam menjurus kepada pentadbiran yang sarat dengan nilai-nilai dan prinsip Islam.

Pas pula sudah 61 tahun wujud setelah berpisah daripada induk UMNO sebagai parti serpihan tetapi apakah bukti kejayaan yang boleh dikemukakan olehnya?

Ada satu masjid atau universiti atau bank yang telah berjaya diasaskan atau dibina oleh Pas.

Rakyat telah memberi peluang mebih 20 tahun kepada Pas untuk memerintah negeri Kelantan tetapi sehingga sekarang tanyalah penduduk luar bandar mahupun bandar negeri itu samada mereka mendapat bekalan air bersih yang berterusan.

Jika dibuka paip air di Kelantan, hanya air berwarna tanah liat akan keluar dan mungkin inilah sebenarnya menjadi kebanggaan Pas yang berjaya menyediakan air keladak dan selut kepada rakyatnya.

Kebanggaan Pas hanya berlandaskan kepada ciri-ciri julukan nama negeri Serambi Mekah di Kelantan, slogan Membangun Bersama Islam, jihad fisabilillah, bertakbir, kalimat Islam pada nama parti dan oh ya terbaru, Negara Berkebajikan!

Mr Beruang Biru

Semangat Juang Harus Diterjemah Dalam Bentuk Kerja – Rais

Posted: 01 Dec 2012 06:11 AM PST

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan Perhimpunan Agung Umno 2012 sebagai ‘laungan perjuangan’  paling tinggi dan harus diterjemahkan dalam bentuk kerja yang paling keras.

Beliau berkata ucapan penggulungan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak adalah piagam terakhir untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).

"Terpenting ialah perpaduan yang beliau (Najib) tegaskan. Tidak syak lagi, kesemua unjuran dan juga nasihat serta gesaan beliau akan memperkukuh bukan sahaja UMNO dan anggotanya, tetapi orang Melayu amnya dan menyeluruh kepada masyarakat Malaysia.

"Juga dirasai pilihan raya umum tidak berapa lama lagi. Prinsip perpaduan yang beliau (Najib) tegaskan itu akan menjadi azam dan juga pegangan kepada semua pihak dan didapati dalam suasana sedemikian, kerancakannya dan juga keteguhan kumpulan-kumpulan tadi, mencerminkan azam yang boleh mencapai kejayaan," katanya selepas ucapan penggulungan presiden UMNO di di sini hari ini.

Rais yang juga Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berkata pandangan perdana menteri berhubung media baharu akan memberi ruang dan peluang kepada media sosial untuk menyebarkan maklumat yang betul ke peringkat akar umbi.

“Pandangan beliau (Najib) telah memberi kesempatan supaya kita lebih terbuka untuk mempertahan apa yang dijuarakan oleh kerajaan. Dengan itu, penulis blog dan pemilik Twitter akan lebih berani untuk menyebarkan maklumat yang akan membawa kebaikan kepada masyarakat," katanya.

BN Yakin Menang Majoriti Dua Pertiga – Najib

Posted: 01 Dec 2012 06:06 AM PST

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) yakin akan memperoleh majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang.

Perdana menteri, yang juga presiden UMNO berkata BN, gagasan yang memerintah  dengan UMNO sebagai tonggak utama, akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat itu.

“Inilah sasaran kami, untuk mencapai majoriti dua pertiga, dan kami akan berusaha sedaya upaya untuk melaksanakannya,” katanya pada sidang akhbar selepas menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2012 di sini hari ini.

Najib menyuarakan keyakinan bahawa momentum dan semangat parti yang terhasil daripada perhimpunan itu akan dapat dikekalkan sehingga pilihan raya umum.

“Momentum adalah baik dan saya pasti, saya amat yakin bahawa mereka (perwakilan Umno) akan membawa pulang semangat perhimpunan ini…mood perhimpunan keseluruhannya amat bertenaga,” katanya dan menambah UMNO sedia untuk ‘berperang’.

Ditanya bagaimana UMNO akan menangani sabotaj dalam parti, Najib yakin anggota UMNO akan bertindak rasional dan tidak akan merosakkan parti jika mereka benar-benar sayangkan UMNO.

“Kalau dalam hati dia sayangkan UMNO dan dalam minda dia tahu bahawa sesuatu perbuatan seperti itu boleh merosakkan parti, merosakkan dia juga, saya percaya dia akan bertindak secara rasional,” katanya.

Dalam ucapan penggulungannya, Najib melontarkan soalan ‘cepumas’ penuh bermakna bagi menguji tahap kesediaan anggota UMNO untuk menyokong parti sekiranya mereka tidak terpilih sebagai calon pilihan raya umum ke-13 nanti.

Lima kemungkinan ditawarkan beliau bagi menjawab soalan cepumas yang sarat dengan mesej itu — sokong sepenuhnya calon dipilih parti; sokong; tidak bekerja; sabotaj; atau lompat parti.

Dalam ucapannya itu, beliau menyebut terdapat kes menteri dan timbalan menteri yang mengkhianati parti kerana gilakan kuasa setelah tidak lagi diberi jawatan.

Najib Lontar Soalan Cepumas Penuh Makna

Posted: 01 Dec 2012 05:57 AM PST

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melontarkan soalan ‘cepumas’ penuh bermakna bagi menguji tahap kesediaan anggota UMNO untuk menyokong parti sekiranya mereka tidak terpilih sebagai calon pilihan raya umum ke-13 nanti.

Menyifatkannya sebagai soalan yang penting dan perlu dibuat kaji selidik, presiden UMNO itu mengajak para pejuang parti untuk memikirkan persoalan itu kerana ia bakal menentukan kalah menang parti pada pilihan raya umum itu.

Lima kemungkinan ditawarkan Najib bagi menjawab soalan cepumas yang sarat dengan mesej itu — sokong sepenuhnya calon dipilih parti; sokong; tidak bekerja; sabotaj; atau lompat parti.

“Ini survey penting…tanya diri sendiri. Kita tidak akan edar borang dalam dewan ini, jangan bimbang…tetapi saya nak tuan puan sekalian dalam dewan ini, dalam perjalanan balik nanti, dalam kereta nanti, dalam bas ekspres nanti, cuba tepuk dada, tanya selera,” katanya disambut tepukan gemuruh anggota perwakilan.

Menggulung perbahasan pada sesi penutup Perhimpunan Agung UMNO 2012 di sini, Najib menuntut warga UMNO menghayati dan membawa semangat yang bergema di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra itu, pulang ke tempat masing-masing.

“Kita hendak semangat seperti ini bertahan sampai masa pilihan raya. Bawa balik masa kita jumpa penyokong-penyokong kita, sebab dalam kalangan kita banyak batu ronsonnya (batu api), banyak tukang kipas, dia cong (tipu) kita, kalau tidak kuat iman, daripada sokong sepenuhnya turun pada sokong, ataupun dari sokong dia buat dek (tak tahu)…tidak bekerja (untuk parti) atau lebih parah dia sabotaj atau lompat parti,” katanya.

Beliau turut mencuit sinis golongan yang sanggup mengkhianati parti selepas puas merasai nikmat yang diperolehi semasa berada di dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Saya sebut ini sebagai segala kemungkinan. Dalam dewan ini hampir semua penyokong tegar, penyokong setia pada perjuangan parti. Tetapi jangan lupa ada juga bekas menteri, timbalan menteri yang sudah mengkhianati parti ini.

“Dia sudah rasa nikmat jadi menteri dan timbalan menteri dan banyak lagi nikmat lain, tetapi hari ini kerana gila jawatan, mungkin kerana dihasut orang tertentu, hari ini mereka jadi orang yang menentang UMNO dan BN,” katanya.

Sebab itu, kata Najib, pada perhimpunan terakhir sebelum pilihan raya umum ini, jawapan paling wajar kepada soalan cepumas yang diutarakan itu adalah perakuan untuk terus menyokong calon yang dipilih pucuk pimpinan.

“Seluruh pejuang UMNO harus menjawab dengan suara yang cukup yakin dan hebat. Jawapan yang kita hendak pada soalan cepumas itu tidak lain tidak bukan kalau saya tidak dipilih sebagai calon, saya tetap akan menyokong calon UMNO dan BN.

“Boleh kah tuan-tuan dan puan-puan…boleh kah?” soalnya dengan penuh bersemangat sebanyak tiga kali, dan disahut jeritan “boleh” tiga kali, oleh lebih 2,700 anggota perwakilan yang ada.

Kata Najib, jika jawapan yang diberi itu lahir ikhlas dari hati anggota UMNO, beliau yakin kemenangan dua pertiga akan menjadi milik BN pada pilihan raya umum akan datang.

Dewan Merdeka Bergema Megah Dengan Laungan Ikrar Taat Setia Pada Perjuangan UMNO

Posted: 01 Dec 2012 05:28 AM PST

KUALA LUMPUR, 1 Dis — Laungan ikrar taat setia pada perjuangan UMNO yang dilafazkan oleh 2,759 perwakilan bergema penuh semangat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2012 hari ini.

Bacaan ikrar yang diketuai oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi genggaman tangan kanan di dada sebelah kiri setiap perwakilan yang berjanji akan mempertahankan parti demi kesucian Islam dan nasib bangsa Melayu.

“Katakan pada hati dan jiwa kita demi Islam, demi Melayu, demi Malaysia, demi bumi bertuah ini, demi anak cucu kita, kita mesti setia pada perjuangan UMNO demi kedaulatan dan kesucian agama Islam kerana Umnolah pertahankan Islam.

“Kita mesti taat pada pemimpin UMNO, demi kemenangan parti kerana UMNO pembela rakyat, katakan tuan-tuan, kita mesti bersatu sesama ahli UMNO, jangan bersengketa kerana perpaduan ialah tiang seri kepada perjuangan kita.

“Yakin dan percayalah hanya UMNO yang mampu mempertahankan kesucian agama Islam, hanya UMNO yang mampu bela untung nasib bangsa Melayu dan kaum-kaum lain, katakan pada jiwa kita hidup dan matiku hanyalah untuk Islam, pertahankan UMNO kerana UMNOlah pertahankan Islam,” katanya dengan penuh bersemangat.

Pada awal ucapannya, Perdana Menteri kelihatan sebak dengan rayuan wakil Kelab UMNO Luar Negara, Ariff Yasir Zulkafli semalam yang mahu anggota UMNO melupakan segala sengketa dan memberi gambaran tentang masa depan anak Melayu jika UMNO dan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa.

“Saya tersentuh hati bila wakil Kelab UMNO Luar Negara dengan suara yang sayu merayu ‘tolonglah ayahanda, tolonglah bonda’ untuk UMNO terus bersuara, berkuasa untuk meneruskan perjuangan demi kepentingan bangsa dan akidah,” katanya.

Najib berkata permintaan itu mengingatkan bahawa perjuangan UMNO meliputi masa depan golongan muda dan parti berjanji melakukan yang terbaik untuk mereka.

Di akhir ucapan penggulungannya itu, Najib turut mengajak seluruh perwakilan dan semua anggota UMNO supaya menadah tangan memohon pertolongan Allah S.W.T agar UMNO terus kuat dan Islam terus terpelihara.

“Marilah kita bersama-sama bersumpah dan berikrar dengan nama Allah selagi darah masih mengalir, selagi hayat dikandung badan, agama suci Islam pasti kita daulatkan, bangsa Melayu pasti kita perjuangkan, rakyat Malaysia pasti kita makmurkan, negara tercinta pasti kita pertahankan,” katanya.

Beliau kemudian melaungkan ‘hidup UMNO, hidup Barisan, hidup Malaysia’.

Katakan “Tidak” Kepada Pembangkang – Najib

Posted: 01 Dec 2012 05:13 AM PST

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat menolak parti-parti pembangkang kerana undi kepada golongan itu membawa maksud kerosakan akidah, perpecahan kaum dan penindasan kaum tertentu.

Perdana Menteri berkata hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang berjuang untuk negara ini dan kemajuan bangsa Melayu serta bangsa lain.

“Yakin dan percayalah satu undi untuk PKR (Parti Keadilan Rakyat) bermaksud satu undi untuk kerosakan akidah dan kerosakan umat. Satu undi untuk Pas bermakna satu undi untuk perpecahan. Satu undi untuk DAP bermakna satu undi penindasan bangsa tercinta.

“Satu undi untuk Umno dan BN adalah satu undi untuk keselamatan akidah orang Islam. Satu undi untuk BN, satu undi untuk perpaduan dan kekuatan umat. Satu undi untuk BN, satu undi pembelaan bangsa Malaysia,” katanya ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Berucap di hadapan lebih 2,700 anggota perwakilan, presiden UMNO berkata inilah masanya untuk rakyat negara ini termasuk anggota UMNO untuk berada dalam barisan yang bersatu bagi menentang fitnah daripada PAS, menentang pluralisme daripada PKR dan menentang perkauman daripada DAP.

“Adakah kita mahu anak-anak kita sesat akidahnya? Adakah kita mahu anak-anak kita sesat akidahnya? Adakah kita mahu anak-anak kita gelap masa depan? Adakah mahu negara ini porak peranda? Adakah kita sanggup memperjudi masa depan negara?

"Kalau semua jawapan tidak, katakan ‘Tidak’ pada PKR, katakan ‘Tidak’ kepada Pas dan katakan ‘Tidak’ kepada DAP,” katanya.

Perdana Menteri turut meminta para perwakilan dan mereka yang melihat dan mendengar ucapan beliau supaya membayangkan segala kesyukuran, kedamaian dan kebahagian yang dikecapi dan dinikmati serta yang akan terus dirasai hasil pemerintahan UMNO dan BN berbanding jika pembangkang yang memerintah.

“Bayangkan juga segala kehancuran, kemusnahan, kerosakan, porak peranda dan kebangsatan jika pilih pembangkang. Demi Islam, demi Melayu, demi Malaysia, demi bumi bertuah, demi anak cucu kita, mesti setia kepada perjuangan UMNO.

“Demi kedaulatan dan kesucian agama Islam, kerana UMNO mempertahan Islam, kita mesti taat kepada pemimpin Umno demi kemenangan parti, kerana UMNO pembela rakyat,” katanya.

Beliau turut meminta anggota UMNO supaya bersatu dan tidak bersengketa kerana perpaduan adalah tiang seri kepada kejayaan UMNO.

“Yakinlah hanya UMNO yang mampu mempertahan kesucian agama Islam. Hanya UMNO yang mampu membela nasib bangsa Melayu dan kaum-kaum lain. Katakan dalam jiwa kita, hidup dan mati hanya untuk Islam. Wajib pertahankan UMNO kerana UMNO pertahankan Islam,” katanya.

Katanya ada pihak melabelkan UMNO dan kerajaan BN yang menerajui Malaysia sebagai pihak yang zalim, tetapi hakikatnya kerajaan Malaysia mendapatkan pengiktirafan begitu tinggi di peringkat antarabangsa, terutama dari dunia Islam.

“Kitalah di pihak yang benar. Ini main labeling kononnya kita zalim. Kita jadikan Islam Addin, Syumul dan ketinggian Islam adalah perjuangan UMNO dari dulu sampai sekarang,” katanya.

Najib berkata BN adalah kerajaan yang adil kerana sebarang bantuan hanya diberikan kepada semua orang dan bukan kepada penyokong BN dan UMNO.

“Puak sana buat apa? Orang UMNO dia tak bagi. Ladang estet di Kelantan siapa dapat? Majlis daerah kontraktor-kontraktor kelas F di Selangor siapa dapat?” soal beliau.

Tujuh Rukun Jamin Kemenangan UMNO, BN Pada PRU-13

Posted: 01 Dec 2012 05:03 AM PST

KUALA LUMPUR, 1 Dis  – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggariskan tujuh rukun untuk dilaksanakan bagi menjamin UMNO dan Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Tujuh rukun berkenaan ialah patuh kepada pemimpin; mengatur strategi yang tepat; memahami peranan dan tanggungjawab yang hendak dilaksanakan secara bersungguh-sungguh; mengenali musuh dalam pilihan raya khususnya pembangkang; memperkukuhkan perpaduan di semua peringkat parti; memastikan berada dalam keadaan siapsiaga untuk ‘peperangan’ pilihan raya dan berjuang habis-habisan hingga ke saat akhir.

“Tujuh rukun yang saya sebutkan tadi…ini nanti akan kita sebarkan supaya dapat diteliti di semua peringkat pemimpin dan anggota parti di seluruh negara untuk menentukan agar kita beroleh kejayaan.

“Kita mahu menentukan kubu-kubu kuat kita dipertahankan agar kawasan yang kalah dapat kita tebus kembali,” katanya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Menjelas lanjut mengenai tujuh rukun itu, timbalan perdana menteri berkata ketaatan dan kesetiaan kepada pemimpin adalah satu perkara yang wajar malahan wajib untuk diikuti dan dilaksanakan seluruh anggota UMNO.

“Kita harus menerima segala bentuk keputusan yang akan dibuat oleh pemimpin parti kita mengenai hal yang berkaitan pilihan raya sama ada berkaitan tugas dan tanggungjawab yang harus kita lakukan, pemilihan calon dan kawasan pilihan raya yang ditempatkan untuk setiap parti komponen,” katanya.

Muhyiddin berkata UMNO perlu mengatur strategi yang tepat untuk mempertahan kekuatan yang ada dengan menentukan kawasan dan negeri yang telah menang dalam pilihan raya lepas terus kekal di tangan BN dan merampas semula kawasan dan negeri yang kalah, supaya memperoleh kejayaan yang lebih besar pada PRU-13.

“Oleh itu adalah amat mustahak pimpinan negeri, bahagian dan cawangan, apa sahaja perkara yang diputuskan di peringkat pusat dan negeri diterjemah dan dilaksanakan dengan berkesan untuk meraih sokongan yang besar daripada rakyat,” katanya.

Beliau berkata anggota parti perlu memahami peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksana dengan lebih bersungguh-sungguh untuk berhadapan dengan cabaran daripada parti pembangkang.

“Kerana kita tahu di hadapan kita itu adalah satu cabaran gerakan musuh parti pembangkang yang kita bincang panjang lebar di sini. Semua ideologi songsang yang mereka amalkan boleh membawa kesan buruk kepada generasi kita, tidak harus dibiarkan berleluasa,” katanya.

Beliau berkata benteng kukuh itu mengkehendaki semua anggota UMNO memainkan peranan masing-masing, dan jika dapat dilaksana secara rapi akan mencapai kemenangan.

Di samping mengenali ‘musuh’ parti iaitu Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Muhyiddin berkata anggota UMNO perlu mengetahui gerakan yang dilakukanpembangkang di peringkat nasional, bahagian dan cawangan.

Katanya, mereka perlu memastikan gerakan pembangkang tidak menembusi setiap kawasan UMNO.

Untuk tujuan itu, beliau berkata tiga sayap parti iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri perlu mengejatkan perpaduan serta menyelaras tindakan di semua peringkat.

“Semua infantri kita iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri pimpinan di peringkat bahagian dan negeri perlu bergerak secara sederap dalam setiap langkah yang kita ambil untuk menentukan jangan ada perbalahan,” tegas Muhyiddin.

Rakyat, katanya, sudah sedar UMNO dan BN telah membawa proses transformasi yang luar biasa dan mereka kini hanya mahu melihat perpaduan dalam UMNO kukuh.

Menyentuh kesiapsiagaan UMNO, Muhyiddin menegaskan setiap saat itu penting dan anggota parti perlu memastikan persediaan fizikal, mental dan rohani untuk menghadapi cabaran ‘peperangan’ yang amat hebat.

“Untuk kita memastikan kita berada dalam keadaan siapsiaga yang sebenarnya, kita nak tentukan bilik gerakan yang dibentuk di peringkat negeri dan bahagian serta pihak yang dipertanggungjawabkan digerak sepenuhnya mulai hari ini sampai waktu hari pilihan raya diumumkan oleh presiden parti.

“Jangan kita leka dan lalai dalam memastikan semua bentuk logistik dilengkapi di semua peringkat,” katanya.

Muhyiddin menarik perhatian gerakan pembangkang dilihat semakin tergugat dan mungkin bertindak secara ‘desperado’ berikutan perhimpunan agung UMNO yang memperkukuh tekad parti untuk berjuang habis-habisan.

Selain itu, beliau mengingatkan anggota UMNO supaya bekerja keras sebagaimana yang ditunjukkan oleh presiden parti.

“Ucapan presiden memberi keyakinan bahawa kita bukan sahaja berada di pihak yang benar tetapi juga pasukan pilihan, dan insya-Allah akan berjaya pada PRU. Presiden (parti) telah membakar semangat kita untuk bekerja lebih gigih agar matlamat perjuangan kita untuk rakyat dan negara tercapai,” katanya

Sokongan Rakyat Terhadap Kerajaan BN Dan Konsep 1Malaysia Semakin Kukuh – Zahid

Posted: 01 Dec 2012 04:37 AM PST

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Sokongan rakyat terhadap kerajaan pusat di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) dan konsep gagasan 1Malaysia adalah kukuh, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ini dibuktikan oleh kajian Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara, yang menunjukkan 74.2 peratus responden sangat berpuas hati dengan kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Pertahanan itu berkata 17 peratus pula berada di atas pagar manakala empat peratus lagi tidak berpuas hati.

Kajian terhadap sokongan konsep 1Malaysia pula menunjukkan 74.4 peratus sangat berpuas hati, 12 peratus berada di atas pagar dan lima peratus tidak berpuas hati.

“Survei yang dibuat secara empirikal yang diketuai oleh Prof Madya Dr Ismail Sualman adalah satu usaha yang mendapat pengiktirafan, dengan hasil responden 28,788 orang yang dibuat secara berstruktur,” katanya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2012, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata Presiden UMNO telah melakukan pelbagai hamparan perkhidmatan kepada setiap kumpulan sasar dan kajian yang dibuat itu menunjukkan kerajaan BN masih relevan di hati rakyat.

“Semalam perwakilan Negeri Sembilan marah saya kata kononnya saya tidak sayang Presiden kerana saya minta beliau naik motosikal bersama saya, kami naik motosikal dua tayar beliau naik motosikal tiga tayar sebab tidak mahu presiden jatuh, cedera…sebab itu bagi motosikal OKU (orang kurang upaya) kepada beliau.

“Ertinya saya jaga keselamatan beliau, kenapa, kerana beliau menjaga ibu tunggal, bapa tinggal, orang bujang, pelajar, anak sekolah dan ambil tahu ‘superbikers’ dan ‘junior bikers’, semua kumpulan beliau ambil keprihatinan,” katanya.

Beliau berkata selain perkhidmatan kepada rakyat Malaysia, kerajaan BN juga menyumbang kepada keamanan di peringkat antarabangsa apabila berjaya membantu Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) mencapai kata damai dan gencatan senjata di Palestin.

“Kita juga telah hantar bantuan ke seluruh dunia apabila berlaku tsunami di Aceh (Indonesia), Malaysia datang dahulu, gempa bumi di Padang (Indonesia), kita yang hantar bantuan dulu,” katanya.

Ahmad Zahid berkata beliau juga terpaksa berbahasa Jawa apabila kedatangannya ke Yogyakarta untuk menghantar bantuan dipersoal rakyat tempatan.

“Mendidih hati saya bila mereka kata adakah kedatangan bapak mahu membalas dosa orang Malaysia terhadap orang Indonesia, saya bagitahu saya menjadi utusan Presiden kerana anggota UMNO prihatin dengan masalah yang dihadapi orang di Yogyakarta.

“Rupa-rupanya ada hikmah saya jawab dalam bahasa mereka, saya harap Timbalan Pengerusi Tetap (Datuk Mohamad Aziz) akan buat terjemahan, (sambil berbahasa Jawa dan diterjemah ‘aku datang Yogyakarta bantu kamu’), kenapa kita dianggap begitu, seharusnya tidak ada masalah kerana kita adalah saudara serumpun,” katanya.

Mengenai Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang dikata akan dihapuskan jika pembangkang memerintah negara yang dibangkit ketika perbahasan, Ahmad Zahid berkata jika itu berlaku, RAMD akan bangkit kerana mereka merupakan kuasa tersembunyi untuk pertahankan wasiat Raja-raja Melayu.

Beliau juga mahu seluruh rakyat tidak menghina Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tetapi menghargai segala sumbangan yang dibuat oleh ATM dalam mengukuhkan pertahanan negara.

Ahmad Zahid berkata jentera UMNO di setiap peringkat harus memainkan peranan lebih luas melalui jentera di alam nyata serta bijak berkawan dengan jentera di alam maya iaitu bloggers yang bersedia untuk membantu pertahankan negara.

“Kini, nafiri perang untuk hadapi pilihan raya umum ditiupkan, kita harap media ‘troopers’ berada dalam satu payung yang sama bagi menepis serangan bertali arus dari parti lawan,” katanya.

Beliau turut mengajak seluruh anggota UMNO agar mendoakan kejayaan cemerlang parti dalam memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...