Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Subhanallah! Kebesaran Allah Gambar Pemisah Antara Siang Dan Malam!

Posted: 01 Dec 2012 07:16 AM PST



Setelah pelbagai usaha dilakukan dengan menggunakan satelit dan komputer dua tahun yang lalu para saintis berjaya mendapatkan gambar yang menunjukkan kawasan antara siang dan malam di bumi. Perhatikan gambar di bawah yang mengkagumkan ini yang memperlihatkan malam dan siang sekaligus.

Gambar tersebut diambil ketika waktu fajar. Mereka menjumpai ada garis lembut yang memisahkan antara siang dan malam tersebut. Kenyataan ini telah disebutkan dalam Al Quran sejak 14 abad yang lalu. Allah Taala berfirman tentang garis pemisah ini:

(وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْر) [البقرة: 187].

"dan makan- minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar." [Al-Baqarah : 187]

Namun ada hadis yang mengatakan benang putih dan benang hitam dalam ayat di atas ialah:

Dari Adi bin Hatim Radhiyallahu'anhu berkata : Ketika turun ayat.
"Sehingga terang kepadamu benang putih dari benang hitam yaitu fajar". [Al-Baqarah : 187]. Aku mengambil iqal hitam digabungkan dengan iqal putih, aku letakkan di bawah bantalku, kalau malam aku terus melihatnya hingga jelas bagiku, pagi harinya aku pergi menemui Rasulullah صلی الله عليه وسلم dan kuceritakan padanya perbuatanku tersebut. Baliaupun bersabda. "Maksud ayat tersebut adalah hitamnya malam dan putihnya siang".)**

Dari Sahl bin Sa'ad Radhiyallahu 'anhu, ia berkata : Ketika turun ayat. "Makan dan minumlah hingga jelas bagi kalian benang putih dari benang hitam". Ada seorang pria jika ingin puasa, ia mengikatkan benang hitam dan putih di kakinya, dia terus makan dan minum hingga jelas dalam melihat kedua benang tersebut. Kemudian Allah menurunkan ayat: "(Kerana) terbitnya fajar", mereka akhirnya tahu yang dimaksud adalah hitam (gelapnya) malam dan terang (putihnya) siang.)

Maha Suci Allah…

Sumber

EKSKLUSIF!! Ucapan Penggulungan Oleh Presiden Parti Datuk Seri Najib Memang Gempak Habis!! #PAU2012

Posted: 01 Dec 2012 04:37 AM PST


Ucapan dari Presiden UMNO amat kita sayangi. Memang gempak habis, ini bahagian yang pertama, full version akan keluar sebentar nanti.

PANASS!! Ada Ahli UMNO Ugut Keluar Parti Jika Tak Jadi Calon? #PAU2012

Posted: 01 Dec 2012 01:18 AM PST


Sebenarnya bagus tindakan orang yang nak keluar parti ni. Sebelum apa-apa berlaku, kita dah nampak sifat dirinya yang sebenar. Tak guna ada orang macam tu dalam UMNO, buat mengabihkan beras saja!

HOT!! #IsuAirSgor: Hujan Lebat Tetapi Air Surut, Khalid dah gelabah!!

Posted: 30 Nov 2012 10:17 PM PST


Walaupun pada ketika ini hujung tahun musim tengkujuh. Namun air di beberapa kolam tadahan di Selangor terus merudum jatuh.

Contohnya, Daerah Petaling, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan Kod Hijau, petang Jumaat lepas, berikutan kejatuhan dalam paras air di Bukit Dengkil dan Lapangan Terbang Subang.

Disebabkan penurunan air secara mendadak, Ia telah menyebabkan gangguan air yang memberi kesan kepada 15,000 isi rumah dari SS12, SS19 dan di Jalan Lapangan Terbang Subang.

Tentu kita pelik kenapa boleh jadi begitu, hujan lebat takkanlah tak cukup lagi? Itu waktu hujan, cuba kita fikir kalau kemarau datang. Mc rasa ia akan jadi lebih teruk dari waktu sekarang.

Mengikut Priscilla Alfred, Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam, Syabas berkata penurunan itu dikesan dua hari lebih awal dan terus jatuh pada hari berikutnya.

Penurunan paras air kedua-dua kolam disebabkan oleh lonjakan mendadak permintaan dari kawasan yang bekalan airnya dari kolam Lapangan Terbang Subang.

Kan dah cakap dari dulu lagi, air yang ada tak cukup. Ni maknanya penduduk kat kawasan tu dah bertambah tapi kolam tadahan airnya sama jer. LUAS tak nampak ke? Kalau banyak taman dah naik, mestilah populasinya pun bertambah!!

Sampai bila kejadian seperti ini harus berlaku? Baru kawasan Lapangan Terbang meningkatkan permintaannya, bekalan air dikawasan berkenaan terus terjejas. Belum lagi wujud kilang-kilang perindustrian lain yang memerlukan proses air yang banyak.

Macam ni Khalid kata cukup?

Dari kejadian ini pun kita dah nampak, air di Selangor memang bermasalah. Ada Langat 2 menjadi pilihan dan sumber tambahan, Khalid taknak buat, asyik berdalih saja. Nak tunggu apa lagi? Nak tunggu satu Selangor takdak air baru Khalid nak buat ke?

Khalid asyik salahkan Kerajaan Pusat kerana tak gunakan 'kuasa' untuk bantu dia mengambil alih syarikat konsesi, malah baru-baru ini Khalid mengeluarkan kenyataan bahawa, perkara ini tergendala disebabkan dulu Kerajaan Negeri bertukar. Kononnya Kerajaan Persekutuan tak nak bantu Khalid, atas kerana Selangor kini kerajaan Pakatan, sebab tu pengambil alihan syarikat konsesi tergendala.


Namun pada cerita yang sebenar, macam ni, walaupun kerajaan Pakatan, telah mengambil alih Selangor pada Mac 2008, Menteri KETTHA pada ketika itu YB Dato Shaziman Mansor telah menghantar surat bertarikh 19 June 2008 kepada Menteri Besar dan menyatakan sokongan untuk KDEB mengambil alih peranan 4 syarikat konsesi air di Selangor.

Kiranya perancangan penstrukturan air ini telah lama dirancang. Dari zaman BN memerintah Selangor lagi. Jadi bila sampai ke tangan Pakatan, perkara ini gagal diselesaikan sampailah sekarang. Walaupun sudah 4 tahun memerintah, penstrukturan air masih tergendala malah perbincangan dan tawaran tidak lagi diteruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Apabila Pakatan mengambil alih pentadbiran negeri, mereka pernah berjanji bahawa akan meneruskan projek bekalan air Pahang - Selangor.

Kalau dilihat perkembangan projek saluran air Pahang-Selangor dan loji rawatan air Langat 2, memang jelas Kerajaan Persekutuan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menangani krisis air di Selangor.

Semasa BN memerintah Selangor dahulu, memang telah wujud usaha untuk mengambil alih syarikat-syarikat konsesi ini, walaupun begitu, kerajaan negeri pada ketika itu tetap memberi kerjasama dalam meneruskan projek saluran air Pahang-Selangor dan loji rawatan air Langat 2.

Kiranya sambil berbincang untuk buat penstrukturan, mereka juga mahu membuat Langat 2 dibuat. Sudah jelas Kerajaan Negeri dulu, benar-benar serius untuk menjaga kebajikan rakyat, takut sumber air rakyat terjejas.

Tapi bila datang ke tangan Khalid, mereka politikan keadaan. Mereka tidak bersungguh-sungguh berbincang untuk lakukan penstrukturan, malah mereka yang mengatur syarat

Sebab Khalid dah gagal buat penstrukturan, jadi dia letak lah syarat untuk Langat 2. Penstrukturan semula sebelum kebenaran diberi untuk Langat 2.

Langkah yang penting dalam nak ambil alih syarikat konsesi air ni adalah untuk membeli bahagian mereka. Khalid dah putus asa, lepas buat 3 tawaran. Nak mintak kerjasama Kerajaan Pusat. Tak masuk akal lah nak suruh Kerajaan Pusat paksa syarikat-syarikat ni terima tawaran?

Khalid ada sebut dalam Kertas Putih yang akan merujuk kepada Badan Timbang Tara Bebas Antarabangsa, tapi sampai hari ni pun tak dibuat lagi. Ikut model Talam saja. Penilaian tanah Talam oleh badan kerajaan Khalid tolak ketepi malah Khalid guna penilaian pihak ketiga yang dilantik oleh Talam. Apa kata untuk 4 syarikat konsesi ni kita ikut model yang sama? Selesai isu nak ambil alih ni..

Jadi kenapa perlu dihentikan Langat 2? Nampak sangat Khalid ni dah pening. Dia cuba 'spin' untuk lepaskan diri, namun mungkin terlalu banyak berpusing. Akhir terbelit diri sendiri.

Allah SWT dah tunjuk, walaupun hujan lebat, air di Selangor masih bermasalah kerana kurang bekalan. Takkan itu pun Khalid tak sedar lagi? Nak tunggu Allah SWT tunjuk macam mana pula?

Lagi sekali Mc ulang, takkan nak tunggu satu Selangor takdak air, baru nak gelabah?

McTheory:
Kalau jadi macam tu, menangis air mata darah pun dah tak guna!

TUDIAA!! Wakil Pemuda Berjiwa rakyat, Usul Kerajaan Patut Kaji Balik Akta Bankrup!! #PAU2012

Posted: 30 Nov 2012 07:18 PM PST


Suhaimi Shahadan, Exco Pemuda UMNO Malaysia, dari bahagian Selayang, meneruskan perjuangan Pemuda UMNO yang berjiwa rakyat, kerana mahu kerajaan mengkaji balik akta bankrup!!

Ini kerana, ada orang yang bankrup akibat orang lain, bankrup disebabkan syarikat diseleweng, bankrup akibat nama digunakan oleh orang lain untuk buat pinjaman, tapi diri sendiri tak tahu. Namun apa yang Mc dengar, paling banyak bankrup semasa ekonomi kita jatuh teruk pada 1997-1998.

Banyak syarikat gulung tikar dan sejak daripada itu, ramai yang bankrup. Mc menyokong usul Pemuda UMNO ini.


McTheory:
Selami jiwa rakyat, nescaya kita menang besar!

TAHNIAH!! Hebat Perkahwinan Anak DS @HishammuddinH2O dan Datuk K!!

Posted: 30 Nov 2012 04:36 PM PST

Sama padan..

Tahniah Mc ucapkan kepada dua mempelai iaitu Anas Zawawi dan Nasha Allysa yang melangsungkan majlis kenduri perkahwinan mereka dengan meriah semalam di Dewan Tun Razak 1 , PWTC .

Anas Zawawi merupakan anak kepada Datuk Khalid dan bekas isteri Tengku Zawiyah manakala Allysa adalah anak kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. Kehadiran ramai ahli , perwakilan serta beberapa pemimpin UMNO cukup menyerikan majlis ini .

Ikuti gambar menarik majlis perkahwinan ini sempat dirakam dari lensa GPB , blogger UMB Penang : 
















Sumber asal dari Pejuang Bangsa


P/s: Sama cantik dan sama padan!

McTheory:
Didoakan semoga kekal hingga keakhir hayat!

HOT!! Pengakuan Panas dan Berani Bekas Lesbian!!

Posted: 30 Nov 2012 02:20 PM PST

hiasan..

SAYA bekas siswazah di sebuah institusi pengajian tinggi swasta. Ketika melanjutkan pengajian saya berkenalan dengan B yang belajar di institusi sama, tapi berlainan kursus. B rakan serumah saya dan kami menetap di asrama yang sama. Malah, kami menjadi kawan karib.

Kami berpisah apabila saya tamat belajar. Ketika persahabatan kami terjalin, boleh dikatakan semua aktiviti kami buat bersama seperti pergi ke kelas, belajar, memasak, keluar bersiar selain berkongsi masalah. Saya begitu mengambil berat perihal B begitu juga sebaliknya.

Dalam tempoh persahabatan itu, kami menyalahgunakan erti persahabatan. Kami melakukan aktiviti yang dilaknat Tuhan. Pada awalnya kami hanya melakukan aktiviti ringan saja seperti bercumbu, namun lama kelamaan semakin selesa dengannya selain tidak menganggap ia sebagai satu dosa. Akhirnya kami terlanjur dan menjadi pasangan lesbian.

Ada ketika saya rasa menyesal dan berdosa, tapi apabila bersama B di asrama, perasaan itu hilang entah ke mana. Disebabkan itu kami berterusan dan selesa melakukan perbuatan terkutuk itu.

Nak sambung cerita ni, baca kat blog sahabat Keris 7 Lok
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...