PISAU.NET |
- ANTARA KEJAYAAN UMNO DAN MIMPI PAS
- Nabi Muhammad Jadi Mangsa Nik Aziz
- Air Mata Anak Muda Bakar Semangat Perjuangan Umno
ANTARA KEJAYAAN UMNO DAN MIMPI PAS Posted: 30 Nov 2012 06:30 PM PST Rakyat kini sedar warna politik yang dipakai oleh Pas, sebuah parti yang mendabik dada memperjuangkan Islam dan penubuhan Negara Islam sebagai objektif utamanya. Tetapi adakah ini sebenar parti itu atau adakah Pas mempunyai agenda terselindung yang lain? Bolehkah rakyat mempercayai pengakuan Pas sebagai sebuah parti yang memakai nama Islam atau perlulah rakyat menilai parti itu melalui tindak tanduknya samada ia selari dengan hasrat dan cita-cita yang dilaungkan? Persoalan ini rasanya perlu ditanya setiap rakyat sebelum mereka yang layak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti, tergerak untuk memangkah parti itu pada kertasnya. Implikasinya besar kepada rakyat malah kepada negara jika tersilap undi parti yang ingin diamanahkan mengangkat martabat serta menjaga urusan pentadbiran negara. Takut-takut nanti apabila dipilih parti tertentu umpamanya Pas, lebih khabar daripada rupa pula. Jadi amat perlu dinilai perjuangan Pas kebelakangan ini samada ia berlandaskan apa yang tertera di dalam perlembagaan parti itu sejak penubuhan pada tahun 1951 atau ia telah berubah menjadi satu organisasi siyasah yang amat berbeza sekali dengan yang asli. Berbeza dengan UMNO yang sebagai sebuah parti Melayu terbesar sejak terasas pada tahun 1946. Perjuangannya amat jelas - Melayu dan Islam - agenda memartabatkan Melayu ingin diperjuangkan manakala syiar Islam diperkukuh dan dilindungi sejajar dengan peruntukan Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan. Hasil perjuangan UMNO daripada dua matlamat utama itu juga jelas dan bukan samar-samar seperti Parti Al Islam Semalaysia atau Pas. Sejak merdeka, bangsa Melayu di bela dan kebajikan mereka dijaga. Menyingkap sekelumit sahaja hasil perjuangan UMNO akan menyedarkan rakyat apa yang telah dilakukan oleh parti itu untuk memperkasa agenda Melayu. Dalam bidang pendidikan umpamanya, tanyalah mana-mana ibu bapa Melayu atau saudara mara yang berkait dengan mereka, anak Melayu mana yang tidak pernah mendapat sentuhan perjuangan suci serta jihad UMNO? Lihat sahaja statstik akan mengejutkan orang Melayu di mana berpuluh puluh ribu anak Melayu berjaya melanjutkan pendidikan di peringkat ijazah di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara. Sementelahan itu berpuluh puluh ribu pula anak bangsa terutamanya dari kawasan luar bandar, kampung dan desa diberi peluang mendapat pendidikan di berpuluh puluh Maktab Rendah Sains MARA Sekolah Menengah Sains, Sekolah Sukan dan lain-lain. Bagi anak-anak Melayu yang tercicir daripada sistem pendidikan pengajian tinggi pula, kerajaan yang ditunjangi UMNO masih membuka peluang dan diberi harapan kepada golongan ini dengan membina pusat-pusat Giat Mara, Institut Kemahiran MARA, Institut Kemahiran Belia Negara, serta Kolej Komuniti yang berselerak di seluruh negara. Dalam aspek Islam pula, rakyat boleh lihat dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana UMNO menjaga memuliaan Islam sejak merdeka. Jika diconggok, berbilion ringgit telah dicurahkan untuk memartabatkan Islam dan umat Islam oleh kerajaan berteraskan UMNO sejak dari zaman Perikatan kepada Barisan Negara kini. Daripada pembinaan masjid, madrasah dan surau hinggalah kepada mewujudkan Bank Islam, universiti dan kolej Islam, sekolah agama berasama penuh, mahkamah syariah, sistem pajak gadai Islam, Baitul Mal, Perkim, antara lainnya. Tidak sedikit pula anak-anak Melayu dihantar ke universiti-universiti teragung Islam di luar negara seperti Al-Azhar untuk menceduk ilmu agama serta mengembangkan syiar Islam. Jika dibuat perbandingan ringkas ini di mana letaknya kedudukan UMNO sebagai sebuah parti Melayu-Islam dan Pas yang mendakwa seolah-olah mempunyai matlamat yang sama? Bukti dan hasil UMNO sudah terbukti dan tidak perlu dipertikaikan lagi, bagaimana pula dengan Pas yang melaung siang dan malam bahawa ia parti Islam tersohor? UMNO tidak secara spesifik menyatakan untuk menubuhkan Negara Islam berlandaskan syariah namun segala apa yang telah dan sedang dilakukan untuk Islam menjurus kepada pentadbiran yang sarat dengan nilai-nilai dan prinsip Islam. Pas pula sudah 61 tahun wujud setelah berpisah daripada induk UMNO sebagai parti serpihan tetapi apakah bukti kejayaan yang boleh dikemukakan olehnya? Ada satu masjid atau universiti atau bank yang telah berjaya diasaskan atau dibina oleh Pas. Rakyat telah memberi peluang mebih 20 tahun kepada Pas untuk memerintah negeri Kelantan tetapi sehingga sekarang tanyalah penduduk luar bandar mahupun bandar negeri itu samada mereka mendapat bekalan air bersih yang berterusan. Jika dibuka paip air di Kelantan, hanya air berwarna tanah liat akan keluar dan mungkin inilah sebenarnya menjadi kebanggaan Pas yang berjaya menyediakan air keladak dan selut kepada rakyatnya. Kebanggaan Pas hanya berlandaskan kepada ciri-ciri julukan nama negeri Serambi Mekah di Kelantan, slogan Membangun Bersama Islam, jihad fisabilillah, bertakbir, kalimat Islam pada nama parti dan oh ya terbaru, Negara Berkebajikan! |
Nabi Muhammad Jadi Mangsa Nik Aziz Posted: 30 Nov 2012 05:00 PM PST Pemegang kunci syurga khawarij PAS apabila buka mulut pasti akan membuatkan para penyokongnya cukup teruja. Ramai dikalangan penyokong khawarij PAS pasti akan menitiskan air mata malah kata kata si tua kutuk ini dianggap sebagai mutiara kata. Islam dan Allah pun dilacurkan PAS nah sekarang Nabi Muhammad pula menjadi mangsa kehaprakan mulut busuk si tua kutuk ini. Kita sebagai umat Islam di Malaysia amat beruntung kerana dapat melihat contoh ulamak akhir zaman seperti mana yang terdapat didalam hadis nabi.. |
Air Mata Anak Muda Bakar Semangat Perjuangan Umno Posted: 30 Nov 2012 03:00 PM PST Biarpun masih muda, seorang wakil Kelab UMNO Luar Negara berjaya menyentuh emosi perwakilan untuk bersama menyanyikan lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Pelajar kejuruteraan kimia dan biologi di Universiti Gunma, Jepun itu, Ariff Yasir Zulkafli, 23, menyanyikan rangkap pertama lagu tersebut selepas 17 minit membahaskan usul ucapan dasar Presiden dan kemudian disambut oleh Pengerusi Tetap, Tan Sri Badruddin Amiruldin serta seluruh perwakilan untuk bangun bersama-sama menyanyikan lagu tersebut. Malah, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli-ahli Majlis Tertinggi parti itu yang turut tersentuh, bangun menyanyikan lagu tersebut. Lagu berkenaan berkaitan nasib orang Melayu yang hidup menumpang di bumi sendiri akibat sengketa sesama mereka. Semasa menyanyikan lagu tersebut, Ariff Yasir yang merupakan Presiden Kelab UMNO Tokyo kelihatan beberapa kali sebak dan berhenti seketika. Anak muda berasal dari Pokok Sena, Kedah itu terus menarik perhatian perwakilan apabila memberikan gambaran tentang masa depan anak Melayu jika UMNO dan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa dan tidak lagi memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). "Cuba bayangkan anak-anak macam kami yang mengaji di luar negara, kami akan dipanggil balik sebab polisi tidak lagi dipegang oleh UMNO dan BN yang menghantar kami dulunya. "Anak-anak ayahanda dan bonda ini tiba-tiba terkontang-kanting, sistem tidak lagi membantu kami untuk ke menara gading. Mana dahan untuk kami berpaut, mana pelantar untuk kami berdiri?" katanya sambil beberapa kali mengesat air mata. Ariff Yasir kemudian membuat seluruh perwakilan bertambah sebak apabila merayu supaya semua ahli UMNO melupakan sengketa sesama sendiri dan kembali kepada perjuangan asal untuk membela nasib orang Melayu. "Tolonglah ayahanda, tolonglah bonda untuk UMNO terus mara, untuk UMNO terus berkuasa, untuk UMNO terus memperjuangkan kepentingan kita. Saya merayu sangat ini, saya merayu sangat ayahanda, bonda dan kanda. "Kita lupakanlah segala sengketa. Janganlah ada sifat tamakkan jawatan dan kuasa. Biar hati kita bersih, kita buang dengki dan iri hati. Kita rapatkan saf, kita perbetulkan azam, kita bersatu, kita berpadu dan kita bersama-sama berjuang pastikan selepas PRU-13 Putrajaya masih menjadi milik kita," katanya disambut dengan tepukan gemuruh daripada seluruh perwakilan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pemimpin dan pejuang UMNO yang membolehkan anak- anak Melayu dari kampung melanjutkan pengajian di luar negara. "Kalau tanpa jasa anda semua, tidak mungkin kami anak-anak Melayu berada di mana kami berada sekarang. Ini menunjukkan UMNO sentiasa komited menjaga kebajikan orang Melayu dulu, kini dan selamanya," tegas beliau.-Utusan Lirik lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) Anak kecil main api Terbakar hatinya yang sepi Air mata darah bercampur keringat Bumi dipijak milik orang Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda Akibat sengketa di antara kita Cinta lenyap di arus zaman Indahnya bumi kita Warisan berkurun lamanya Hasil mengalir ke tangan yang lain Kita kan merintih sendiri Jangan buang waktu lagi Majulah raih sebuah mimpi Hapuskan sengketa Teruskan usaha Kita kan gagah di nusantara Kita kan gagah di nusantara Kita kan gagah di nusantara Kita kan gagah di pentas dunia Penulis Lirik: Tan Sri Dr. Nordin Kardi |
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment