PISAU.NET |
- Hot! Esok Najib Berlaku Kejam Siksa Binatang Di Pulau Pinang
- DAP Pening...Ah Jib Gor Buat Hal Lagi
- Kubu Kuat Anwar Di Robek Najib, Kaum Cina Laungkan Nama Najib!.
- Azhar Idrus Label Al-Dajjal Kepada Dr Asri Bekas Mufti Perlis
- “Agenda Kristian Untuk Malaysia Terbongkar Di Jerusalem..”
- Bila KPKK Dan SKMM Nak Ambil Tindakan Terhadap Telco Malaysia Yang Menipu dan Perbodohkan Pelanggannya?
- Budaya Samseng Sinonim Dengan Pembangkang
Hot! Esok Najib Berlaku Kejam Siksa Binatang Di Pulau Pinang Posted: 07 Dec 2012 09:56 AM PST Esok rakyat Pulau Pinang menantikan kehadiran Perdana Menteri ke pelancaran PR1MA di Tanjong Tokong dan juga di program Janji Di Tepati di Padang USM. 2 program ini adalah menifestasi kelangsungan janji dikota dalam membantu rakyat.Daripada membina rumah murah hinggalah kepada melaksanakan pelbagai janji janji pilihanraya.Kesemuanya di kotakan. Kali ini kehadiran Najib mengundang resah buat Guan Eng dan regim DAP,ini semua dek kerena janji janji bohong regim DAP terutamanya Lim Guan Eng yang sering kali cakap pembelit dan perbodohkan rakyat. Sejak regim DAP memerintah Pulau Pinang,semua orang tahu regim rasis chauvanis ultrakiasu ini gagal sama sekali untuk membina rumah murah.Mereka berbohong kepada rakyat kononnya mereka ada membina beberapa ribu unit rumah malangnya pembohongan ini gagal.Kerana rumah yang dimaksudkan tidak ada malah lokasinya entah dimana. Hanya jeliran lidah bercabang biawak kapur menyusun kata mengharapkan sokongan rakyat. Ketakutan haprak pakatan apabila melihat janji BN dilaksana menyebabkan mereka sanggup melakukan apa saja. Pelbagai sabotaj oleh haprak pakatan dilakukan untuk mengagalkan program yang dianjurkan ,Rakan blogger Penang ada mendedahkan surat palsu dari pihak UDA kononnya PM membatalkan kehadiran beliau ke program PR1MA di Tanjong Tokong.
Maklumat terkini anjing pakatan khawarij PAS diarahkan DAP untuk menyalak dan berkumpul di depan pintu masuk USM. Anjing khawarij DAP ini menamakan kumpulan mereka HAPUS yang diketuai oleh Zolkifli Lazim ketua PAS di cawangan mahkamah di Bayan Baru,kumpulan anjing ini menurut sumber Pisau diarahkan oleh DAP untuk berdemo mendesak agar tol Jambatan Pulau Pinang dihapuskan. Menurut sumber khabarnya mereka akan menganggu program PM di USM nanti sepertimana yang dirancang sebentar tadi dalam mesyuarat . Kita semua tahu tindakan mendesak agar tol dihapuskan sebenarnya satu lagi kerja bodoh oleh anjing khawarij ini.Bukankah yang berjanji untuk menghapuskan tol adalah pihak haprak pakatan sendiri ketika kempen PRU12. Semua orang tahu bagaimana Lim Guan Eng dalam siri ceramahnya berjanji untuk menghapuskan tol jika mereka berjaya mengambil alih kerajaan Pulau Pinang. Nah hari ini kita sudah menghampiri sepenggal regim DAP memerintah,mereka tidak menghapuskan tol Sg Nyior malah kerajaan negeri sendiri gagal untuk menghapuskan tol Jambatan Pulau Pinang. Regim DAP ultrakiasu ini hanya tahu janji dicapati,bohong dan tipu kepada rakyat,apabila mengelabah melihat perkara baik yang dilakukan oleh pihak BN mereka akan sabotaj dan membuat fitnah. Malah setiap tindakan mereka akan kelihatan bodoh bodoh belaka.. Semua orang tahu Guan Eng lidah bercabang ini hanya mengkayakan kroni dan membangunkan projek rumah rumah mewah,betullah kata regim DAP mereka berjaya menghapuskan miskin tegar di Pulau Pinang sebab golongan miskin rumah mereka diroboh,kampung mereka dihancurkan dan dihalau..maka tiadalah orang miskin di Pulau Pinang...tak gitu? Biawak lidah bercabang seperti Guan Eng terseksa dikerana aura Najib mendapat sokongan rakyat,buat haprak pakatan mereka bagaikan kepanasan melihat pelbagai janji dilaksana demi kepentingan rakyat Pisau kata " petang tadi Guan Eng gelabah,tak semena-mena dia pi buat walkabout di sekitar pasar Bayan Baru lokasi berhampiran tempat PM akan berwalkabout esok.." | ||||||
DAP Pening...Ah Jib Gor Buat Hal Lagi Posted: 07 Dec 2012 07:00 AM PST | ||||||
Kubu Kuat Anwar Di Robek Najib, Kaum Cina Laungkan Nama Najib!. Posted: 07 Dec 2012 05:00 AM PST Ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak ketika perhimpunan Agung Umno benar benar memberi kesan besar apatah lagi beliau secara terbuka dengan rendah diri membuat permohonan maaf kepada rakyat .Pemimpin yang begini besar jiwanya berjaya menyentuh hati rakyat apatah lagi saat beliau difitnah siang dan malam oleh haprak pakatan. Kesannya cukup baik malah mendapat pelbagai reaksi yang baik dari semua kaum. Mereka melihat transformasi yang dibawa oleh Ds Najib benar benar ikhlas.Malah Ucapan beliau turut mendapat liputan media berbahasa cina. Hari ini mencatat sejarah apabila pengundi Cina di kubu kuat Anwar Ibrahim di Kubang Semang,Permatang Pauh secara terbuka memberi sokongan kepada Ds Najib.Apa yang menariknya kalangan mereka ini adalah ahli DAP dan ada juga ahli PKR. Esok Perdana Menteri Ds Najib akan turun ke Pulau Pinang untuk menghadiri majlis pecah tanah di Tanjong Tokong kemudian beliau akan mengadakan walkabout dan juga hadir di karnival janji ditepati di padang kawad USM. Jom turun beramai ramai.... Pisau kata "Ada yang bakal meletup dalam DAP Pulau Pinang tak lama lagi..." | ||||||
Azhar Idrus Label Al-Dajjal Kepada Dr Asri Bekas Mufti Perlis Posted: 07 Dec 2012 01:58 AM PST Azhar Idrus hina ulama tersohor dunia sebagai puak dajjal...Iman Bukhari,Iman Muslim,Yahya Ibnu Mait,Abu Hatem Ar Razi,Al Iman Ar Shaukani,Shiekh Ahmad Shakir. Di petik dari AbuAqif: Bila kita tak faham hadith atau tak belajar hadith, kita jangan pandai² kata orang lain dajjal. Inikah sikap seorang yang bernama ustaz..? Mulut tu kena jaga. Mulut ustaz tak sama macam mulut puaka. Apa yang keluar dari mulut ustaz mesti la baik², lemah lembut, ilmiah, mengajar ilmu yang bermanfaat. Pendek kata dia kena kawal diri dia dari sebut benda yang bukan². Apatah lagi jika ianya dirakam. Sungguh tak cerdik bila dia menunjukkan kebodohan diri sendiri sedang dia tahu yang dirinya dirakam ketika kuliah. Aku sangat berharap Azhar Idrus boleh ubah diri untuk jadi yang lebih baik. Kalau setakat nak cakap ikut sedap mulut, baik jadi bapak ayam. Pakai rantai, gelang, tatu satu badan, lepas tu nak cakap apa, cakap la.. Orang tengok pun faham akan keadaan orang tersebut. Tapi bila berstatus ustaz, dia kenalah jaga etika dia sebagai agamawan. Orang yang membawa agama mulut jangan macam puaka. Nauzubillah.. Pisau kata " UFB beri pencerahan yang mudah difahami" | ||||||
“Agenda Kristian Untuk Malaysia Terbongkar Di Jerusalem..” Posted: 06 Dec 2012 10:30 PM PST Pisau kongsikan artikel pendedahan Ustaz Amin yang dipetik dari blog beliau mengenai gejala murtad dan dakwah melayu kristian. Seperti biasa, hari pertama kami sampai ke Jerusalem, kami akan masuk ke dalam hotel, berehat sebentar dan kami akan terus ke masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Maghrib dan Isyak di al-Aqsa. Pulang waktu Isyak, kami akan makan malam di kafe hotel. Mahmood, pemandu pelancong yang biasa dengan saya mencuit bahu saya dan mengajak saya ke satu sudut. "Muhammad, mari sini" katanya. "Kenapa?" tanya saya agak kehairanan kenana wajahnya agak serius, nada suaranya, agak perlahan seolah-olah ada rahsia yang ingin dibisikan pada saya. "Tinggal bersama kamu di hotel ini satu rombongan dari Malaysia" terang Mahmood. "Oh ye ke!" saya agak gembira mendengar berita itu. "Tapi mereka rombongan Kristian" kata Mahmood lagi. "Ye ke, ah, di sinikan banyak tempat penting buat Kristian, tentu mereka nak ziarah" kata saya. "Sepanjang perjalanan dari border Jordan-Israel, mereka memang mengutuk Islam dan sangat tidak puas hati dengan orang Islam di Malaysia, mereka memang anti Islam" Mahmood Menambah. "Mereka tak tahu aku Islam, mereka ingat aku Kristian" Mahmood semakin rancak berbual dengan saya di satu sudut di bahagian tangga. "Memang bukan Islam di mana-mana pun tak suka Islam" kata saya tenang. "Tak, mereka ini lain, mereka memang anti Islam di Malaysia" terang Mahmood bersungguh-sungguh. Perbualan malam pertama itu habis dengan rasa tidak puas hati Mahmood terhadap rombongan Kristian dari Malaysia ini. Selama berhari-hari kami di hotel yang sama, berselisih di dewan makan, memang rombongan ini tidak menegur kami sedangkan mereka dari Malaysia, duduk di Malaysia. Tidak ada sepatah pun bahasa Melayu yang keluar dari mulut mereka sedangkan kami saling mengetahui, sama-sama dari Malaysia. Ada juga kami ingin menegur siapa, tetapi tidak di jawab atau jawapan yang sangat dingin. Saya tidak tahu, apakah tujuan mereka datang, sama ada untuk lawatan atau ada apa-apa persidangan Kristian yang mereka hadiri. Saya tidak mengambil perhatian apa yang berlalu walaupun pada tiap-tiap malam, Mahmood akan menceritakan pada saya mengenai ketidak puasan hati mereka pada Islam di Malaysia. Mahmood memarahi saya… "Apa dah jadi pada kamu orang Islam di Malaysia hingga hilang sensitviti dalam mempertahankan hak kamu?" Apa yang mampu saya jawab hanyalah… "berpecah, dan ramai yang berpecah…" Jawapan yang sangat tidak bersemangat dan seolah-oleh maksudnya, "apa nak jadi, jadilah…" Ya, kurang rasa sensitiviti…. Allah ingin menunjukkan pada saya sesuatu terhadap jawapan di atas…… 1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin… Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock. Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya. Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini. Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu. Tulisan itu berbunyi.. Decree For Malaysia "We decree and declare that Malaysia will be a "Rainbow Nation" in seding missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here.." Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu. Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka. Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini. Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong. Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai ahli politik yang punyai kepentingan. Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka. Ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan:- 1. Bagi pendakyah Kristian, jangan pandang rendah kemampuan pendakwah Islam yang tidak berkepentingan di Malaysia. Kami para pendakwah dan orang-orang yang ikhlas akan tetap mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia sama ada menang atau kami mati di dalam usaha ini. 2. Malaysia bukan milik orang politik yang ada kepentingan yang menyokong tindakan kamu kerana harapkan sokongan, Malaysia di dokong oleh ramai pejuang agama Islam, bangsa muslim dan tanah air umat Islam. Kalau orang politik sibuk dengan perpecahan mereka, maka perjuangan itu tetap dibahu oleh umat Islam dari bidang lain. 3. Bagi umat Islam di Malaysia, ini bukan gimik popular, saya bukan ahli politik yang inginkan popular, Biarkan ahli politik bergaduh sesama mereka, yang boleh kita damaikan, kita damaikan atau sedarkan dengan apa cara sekalipun. Perpecahan ini satu yang sangat merugikan. Orang Kristian berbincang hingga ke luar negara merancang untuk mengkristiankan Malaysia, kita hanya menafikan dan hilang sensitiviti. 4. Bagi sahabat-sahabat dari Jabatan Agama Islam, anjurkanlah banyak program-program untuk menjaga dan mengawal umat Islam di Malaysia, bahagian zakat jangan berbangga dengan jumlah kutipan, tetapi usahakan untuk kepentingan umat Islam melalui lapan asnaf seperti yang disebut dalam al-Quran. 5. Bagi semua penguatkuasa agama. Jangan percaya dengan zon selesa yang dibisikkan dan penafian yang dicanangkan oleh orang berkepentingan. Jalankan pemantauan dan penguatkuasaan menurut enakmen yang telah diputuskan. 6. Bagi orang kaya, tolong infak harta untuk menganjurkan program-program keagamaan, semoga Allah sentiasa bersama anda sekelian. 7. Bagi sekelian yang membaca, kita umat Islam terlau beriya-iya ingin menjaga hati orang bukan Islam, adakah orang bukan Islam menghormati dan menjaga sensitiviti kita? Jalankanlah tugasan masing-masing di dalam ruang lingkup kemampuan anda semua, semoga Allah membantu usaha kita. Semoga pendedahan ini memberi inspirasi pada saya untuk terus membahu Islam, yang ingin bersama mari, yang mahu mencebek dan tidak percaya silakan, yang mahu berfikir, renungkan dan yang mahu mendokan, doakan semua umat Islam di Malaysia agar terpelihara dari agenda global orang kafir. "Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat" al-Faqir Ila Rabbihi Muhamad bin Abdullah Putra Heights 6 Disember 2012 jam 1.15 pagi Pisau kata " Khalid Samad kata umat Islam di Malaysia paranoid dengan gejala murtad,PAS dan DAP pula tuduh Umno berniat jahat perkauman dan rasis,Hassan Ali pula dipecat sebab dedahkan kes DUMC.Sultan Selangor dihina sebab pertahankan JAIS;Nurul Izzah pula kata melayu berhak untuk murtad.. " | ||||||
Posted: 06 Dec 2012 07:00 PM PST Kita semua tahu pengendali syarikat telefon dan internet mengiklankan pelbagai tawaran menarik yang membuatkan pelanggan melanggan perkhidmatan mereka.Masing masing mempromosi kononnya produk mereka murah,kawasan liputan yang banyak,internet berkelajuan tinggi . Ada yang menawarkan pelbagai pakej ,pelanggan diikat dengan perjanjian dari 12 bulan hinggalah kepada 24 bulan. Jika pelanggan tidak berpuas hati dan mahu menamatkan perkhidmatan, pelanggan akan didenda ratusan ringgit . Ada juga pelanggan yang tidak berpuas hati langsung tidak mahu membayar denda ,malangnya kontrak tetap berjalan dan charge bulanan dibillkan. Hukuman yang paling teruk nama pelanggan akan disenarai hitam di CTOS . Ini menyukarkan kepada pelanggan apabila nama mereka disenarai hitam seperti berhutang dengan pihak bank. Charge bulanan tetap dikenakan walaupun perkhidmatan tidak memuaskan,sungguh pun syarikat syarikat ini mendakwa mempunyai kawasan liputan yang banyak dan internet yang laju.Namun jutaan pengguna menghadapi kualiti perkhidmatan yang amat buruk,kelajuan internet yang sangat perlahan ...malang..bertambah malang charge bulanan tetap dikenakan..Syarikat telco seolah mesin mencetak wang.. mereka meraih keuntungan yang luar biasa sebaliknya tidak memberi perkhidmatan yang baik.. Pisau percaya korang diluar sana ramai yang tidak berpuas hati, Adakah KPKK dan SKMM mendengar rungutan dan laporan pelanggan yang teranaiya ditipu oleh syarikat syarikat telco ini? Pernah kita dengar KPKK atau SKMM mengambil tindakan terhadap syarikat telco tempatan? Pisau berharap KPKK dan SKMM ambil tindakan tegas terhadap syarikat telco yang tidak menepati syarat yang ditetapkan dan membela pelanggan yan teranaiya.
Dalam satu kenyataan, IDA berkata pihaknya mendenda pengendali mudah alih itu kerana gagal mematuhi piawaian QoS, sekurang-kurangnya 99 peratus liputan perkhidmatan bagi petunjuk Liputan Perkhidmatan Luaran seluruh negara bagi September 2012. - BERNAMA Pisau kata "kerajaan harus tegas dan ambil tindakan" | ||||||
Budaya Samseng Sinonim Dengan Pembangkang Posted: 06 Dec 2012 05:00 PM PST
Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas isu kekecohan yang berlaku di Gombak menyifatkan kejadian tersebut sebagai bukti adanya pihak yang akan menimbulkan kekecohan sekiranya PRU 13 dimenangi oleh Pakatan Rakyat(PR). Maksud Nik Aziz, sekiranya PR berjaya memenangi PRU 13 maka pihak lawan seperti UMNO dan BN akan menimbulkan huru hara. Nampak sangat Menteri Besar Kelantan itu tidak memahami hujung pangkal isu yang timbul di Gombak semasa siri Jelajah Merdeka Rakyat yang disertai Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim beberapa malam lepas. Jika Nik Aziz yang terkenal dengan gelaran Mulut Berus itu tahu bahawa punca kekalutan dimulakan oleh puak penyokong PR yang membaling batu, botol air dan lain-lain objek keras ke arah penyokong UMNO dan orang ramai, tentunya dia akan malu sendiri dengan kenyataan gopohnya itu. Seandainya Nik Aziz tahu kedatangan Anwar dibantah oleh ramai penduduk tempatan kerana majlis anjuran PKR itu diadakan berhampiran kediaman mereka pastinya Nik Aziz tidak berani buka mulut mempertahankan budaya samseng yang dirintis oleh gerombolan penyangak PR.
Namun kita faham, salah satu kelebihan utama Nik Aziz terletak pada keupayaan lidahnya yang pandai memutar belitkan cerita dan memusingkan fakta supaya yang jahat dari PR dapat ditukar supaya kelihatan baik manakala kebaikan dari UMNO pula digambarkan sebagai buruk dan jahat. Hakikatnya sejarah tidak boleh dibohongi, sudah terlampau banyak peristiwa genting dan kekecohan yang mengganggu ketenteraman awam seringkali dimulakan oleh penyangak-penyangkak dari pembangkang. Lihat sajalah kejadian di Memali, Baling yang pernah kecoh suatu ketika dulu. Disebabkan sikap taksub penyokong PAS berpegang pada hasutan pemimpinnya, mereka sanggup melancarkan kempen keganasan dengan menentang pihak berkuasa konon atas alasan untuk menegakkan negara Islam ala PAS.
Berbulan-bulan sebelum itu telah berlaku peristiwa tragis Lubuk Merbau yang menyaksikan keganasan penyokong-penyokong PAS yang datang dari luar kawasan atas nama Pemuda Jihad dengan bersenjatakan berpuluh bilah parang sengaja memulakan kekecohan sehingga akhirnya beberapa nyawa melayang. Sebetulnya, baik ketika UMNO dan BN menang mahupun ketika tewas di Kelantan, Kedah, Terengganu, Selangor ataupun Perak tidak timbul pun sebarang isu huru hara, keganasan atau kekecohan. Orang UMNO dan majoriti rakyat jarang sangat terjerut dengan emosi menggila, jauh berbeza dengan tingkah laku liar yang sudah sinonim dengan penyokong pembangkang. Yang meroyan sakan termasuklah baring atas jalan sewaktu kejatuhan Kerajaan DAP PAS di Perak bukannya orang UMNO, tapi orang PAS yang akalnya terencat. Yang sibuk menghasut penyokong berhimpun di tengah bandaraya KL bukannya penyokong BN tapi penyokong PKR, DAP dan PKR. Hatta yang memulakan kekecohan sehingga menimbulkan kemarahan penduduk setempat semasa pilihanraya kecil di Bagan Pinang kemudian berlakon cedera parah ditetak dengan pedang samurai pun bukan penyokong BN sebaliknya adalah penyokong PR. Namun seperti mana biasa, bila kekecohan berlaku dan ada yang cedera atau jiwa melayang, maka pihak PAS akan segera menuding jari mengatakan semua itu salah UMNO atau Kerajaan. Tak cukup dengan tipu daya itu, diusung pula penyokong atau ahlinya yang terlibat dalam sesuatu kejadian untuk berceramah sambil mengutip derma untuk poket parti dan pemimpin. Itu tabie semulajadi pembangkang khususnya PAS yang sudah sinonim dengan budaya samseng dan ganas. Lantaran itu Nik Aziz sewajarnya mencerminkan diri dahulu sebelum membuat andaian buruk pada pihak lain. Biasa-biasakan diri melihat kain kapan sendiri yang sudah sekian lama koyak sebelum sibuk nak mempertikaikan kain orang lain. |
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment