Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Penjenayah Pecah Muka Kena Tembak dengan Polis!!

Posted: 07 Dec 2012 07:16 AM PST







Saksikan satu kejadian jenayah di Colombia bila seorang perompak bank yang terdesak, menjadikan seorang wanita mengandung sebagai tebusan.



Lihat bagaimana cekapnya anggota sniper polis yang berjaya menembak tepat ke arah perompak berkenaan.



Perhatikan bagaimana mata penjenayah tersebut hancur berkecai akibat tembakan yang tepat ke sasaran itu, dahsyat! - Mynewshub.my

PANASS!! Mat Sabu Kutuk DS Najib Pakai Kopiah!!

Posted: 07 Dec 2012 04:37 AM PST


Tak sudah-sudah Mat Sabu cuba mencari isu nak buat modal kutuk Umno. Hinggakan ahli Umno pakai kopiah pun dia nak kutuk. Apa masalah dengan Mat Sabu ni?

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan tindakan ahli-ahli Umno yang memakai kopiah pada Perhimpunan Agung Umno yang lalu menyebabkan mereka menjadi bahan ketawa orang ramai.

"Dengan perubahan sebegitu, mereka ingin menonjolkan kepada orang ramai kononnya mereka lebih Islamik dan lebih bertanggungjawab dalam membela agama berbanding PAS. Pada hal, itu semua bergantung kepada soal attitude mereka.

"Malah seperti yang dikatakan oleh bekas pemimpin Umno sendiri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, perjuangan Umno sekarang untuk keluarga dan kroni-kroni mereka, bukan untuk orang Melayu apatah lagi untuk Islam," katanya.

Mat Sabu juga berkata, meskipun mengubah identiti, orang ramai tetap sedar dan faham Umno bukanlah parti yang memperjuangkan Islam.

Dengan perubahan itu, tambah beliau, Umno yang sudah semakin hilang sokongannya tetap tidak akan menjadi kuat lagi, malah kelihatan amat gelabah dan semakin bercelaru sehingga sanggup menukar identitinya sendiri yang sudah begitu sinonim dengan bersongkok hitam tinggi sejak dulu.

"Pada hal kekuatan sesebuah parti itu bukanlah kerana berkopiah atau pakaiannya, tetapi kerana perjuangannya. Begitulah juga dengan PAS yang menjadi kuat bukanlah kerana pakaian, tetapi kerana dasar perjuangan PAS sendiri yang berjuang untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di tanah air kita ini sejak dulu hingga selama-lamanya," tegas beliau.

Mengulas lanjut, Mohamad Sabu berkata, pemakaian kopiah dulunya hanya dikaitkan dengan PAS, malah ia menjadi bahan ejekan para pemimpin dan ahli-ahli Umno terhadap para pemimpin dan ahli-ahli PAS.

"Kini, kerana terlalu mengelabah, para pemimpin Umno sampaikan sanggup meniru orang PAS dengan turut memakai kopiah pula, walaupun mereka begitu tebal dengan penyalahgunaan kuasa, pelbagai penyelewengan dan rasuah," katanya.

Beliau mengingatkan seluruh rakyat negara ini agar jangan sekali-kali terpengaruh dengan sandiwara para pemimpin Umno itu kerana mereka hanya ingin menonjolkan imej Islamik secara kosmetik sahaja.

"Sebaliknya, Islam bukanlah dilihat kepada pemakaian kopiah, tetapi lebih kepada pelaksanaan dan cara hidup harian serta dasar perjuangannya," tegas beliau.

Apa ada dengan kopiah? Tak guna kalau pakai kopiah besar tayar, tapi masih 'berzina' dengan isteri orang lain betul tak?

Tak guna kalau pakai kopiah, tapi bersekedudukan dengan isteri orang pukul 3 pagi dalam bilik hotel?

Betul tak? ada apa dengan kopiah?

Yang penting imej dan akhlak diri, dari kopiah palsu modal untuk menipu!!


McTheory:
Perogol bersiri pun dah ramai pakai kopiah!!

PANASS!! Ustaz Fathul Bari, Chef Wan dan Sheikh Muszaphar, Bercakap Soal Wanita!!

Posted: 07 Dec 2012 01:16 AM PST


Apa agaknya ketiga-tiga tokoh dalam bidang masing-masing bualkan pasal wanita? Nak tau lebih lanjut, sila tengok video diatas..

PANASS!! Video Bekas Pemuda Pas Insaf Keluar Parti!!

Posted: 06 Dec 2012 10:36 PM PST


Hj. Wan Muhammad Bin Wan Ahmad bersama ahli yang lain seramai 320 orang telah mengambil keputusan untuk keluar dari parti itu kerana merasakan ianya telah jauh tersasar daripada perjuangan asal.

Beliau mendakwa PAS hanya menabur janji kosong serta membuat fatwa yang jauh bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

Segelintir bekas ahli PAS dalam Kursus Kepimpinan Prihatin Terengganu (APT) yang ditemui di Kuala Lumpur International Hotel baru-baru ini merasa lega apabila berjaya keluar daripada kepompong PAS yang penuh dengan fitnah serta dakyah yang tidak betul.

Beliau telah lama menjadi ahli PAS dan begitu taksub dengan PAS sehinggakan anak-anaknya tidak dihantar belajar di sekolah kerajaan dan hanya belajar di sekolah kelolaan parti PAS. Lebih buruk lagi, akibat terlalu taksub, daging sembelihan ahli UMNO juga didakwa haram dimakan.

Dalam majlis yang sama, Hj. Wan Muhammad Bin Wan Ahmad iaitu bekas Ketua Pemuda PAS Besut, yang ditemui menyifatkan pembohongan PAS ketika mentadbir negeri Terengganu pada tahun 1999 yang berjanji akan melaksanakan hukum Hudud tidak dilaksanakan sebaliknya pemerintahan kuku besi yang dilakukan.

Beliau turut menambah kerjasama antara PAS dan DAP menunjukkan bahawa PAS tidak berjuang atas dasar prinsip Islam yang selama ini dicanang dalam perjuangan mereka.

Beliau meninggalkan PAS setelah hampir 20 tahun kerana tidak lagi percaya kepimpinan PAS yang hanya tahu berjanji tetapi tidak menunaikannya. Sikap bermuka-muka PAS jelas terbongkar ketika memenangi pilihanraya pada tahun 1999. Kecewa dengan sikap PAS yang lebih suka menabur fitnah daripada berbudi.

Menurutnya lagi, dia akan sedaya upaya membantu UMNO bagi menyedarkan rakan-rakannya yang masih dalam PAS untuk menyokong perjuangan UMNO. - Malaysia Instinct


McTheory:
Alhamdullilah.. bagus la dah sedar..

PANASS!! Artis Jangan Jadi 'BARUA' Pada Parti Politik - Erma Fatima

Posted: 06 Dec 2012 07:16 PM PST


Pesanan ikhlas dari Erma Fatimah kepada artis yang sedang dipergunakan oleh parti politik untuk meraih sokongan dan undi kepada mereka.

Sebenarnya banyak, tapi yang paling menonjol dan memperbodohkan diri ialah seorang mak janda yang bangang ni. Kononnya semua hal dia terer, tapi hakikat yang sebenar, dia umpama badut sarkas yang cuba nak tarik perhatian orang ramai.

Sudah-sudahla Abby, makin menyampah pulak tengok muka ko tu..

TUDIAA!! Puluh Ribu Rakyat Baling Turun Sambut MB Kedah!! #TukarKedah

Posted: 06 Dec 2012 04:36 PM PST


Bukan senang nak tunggu MB Kedah ni turun padang. Baru-baru ni, Azizan Razak ada turun ke Baling untuk buat Zon Jeruk kawasan Baling kot. Mc tak kisah la apa dia nak buat, tapi sambutan terhadap MB Kedah ni amatlah menyedihkan, kalau tak percaya boleh tengok gambar.






Nampak tak? Banyak kerusi dari orang, he he.. kesian sungguh la kat Ustaz Azizan ni.. nama kata MB Kedah, tapi tak popular kat negeri sendiri.

Nak tau cerita sebenar, dan apa cerita disebalik gambar ni, boleh klik SINI

McTheory:
Dengar cerita geng satu lagi tak turun langsung, betul ka? heh..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...