PISAU.NET |
- Hot! TANAH 10,526 EKAR SEBAGAI SYARAT NIZAR JADI MENTERI BESAR PERAK ADALAH BENAR.
- Dinasti Lim Kekal,Ada Saksi Dakwa Calon CEC Rasuah Untuk Menang
- Guan Eng Merayu Agar Jangan Dedahkan Skandal Beliau - Saksi
| Hot! TANAH 10,526 EKAR SEBAGAI SYARAT NIZAR JADI MENTERI BESAR PERAK ADALAH BENAR. Posted: 17 Dec 2012 09:49 AM PST Masihkah anda ingat sebaik saja kemenangan pakatan di Perak mereka mempunyai masaalah untuk melantik menteri besar. DAP membantah pada waktu itu kerana wakil rakyat mereka tidak boleh menjadi calon Menteri Besar kerana undang undang tubuh negeri menetapkan Menteri Besar Perak harus seorang yang beragama Islam. Pada ketika itu Lim Kit Siang bermati matian tidak mahu menyerahkan jawatan itu kepada PAS.Malah jawatankuasa eksekutif pusat DAP membantah tidak akan menerima PAS sebagai menteri besar memandangkan DAP menang DUN melebihi daripada PAS atau PKR. Tak sampai 24jam,tiba tiba Lim Kit Siang,Ngah Khor Meng dan juga Ngeh Kor Ham bersama Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP menerima Nizar sebagai Menteri Besar Perak. Disinilah bermulanya episod PAS dan Nizar menjadi boneka DAP di Perak. Pada malam itu berlaku perbincangan peringkat tertinggi diantara PAS dan DAP. DAP berkeras pada mulanya untuk tidak menerima Nizar sebagai Menteri Besar Perak,setelah berlaku campur tangan Nik Aziz dan PAS bersetuju menerima syarat syarat yang ditetapkan oleh DAP maka Nizar secara rasmi menjadi Menteri Besar Boneka DAP Perak. Khabarnya sebahagian daripada rundingan tersebut yang mendapat reaksi serta merta oleh Ngeh dan Nga apabila Nik Aziz menawarkan sebidang tanah yang besar di Kelantan sebagai tukaran ganti membenarkan Nizar menjadi Menteri Besar. Dalam isu ini,bukan saja DAP dengan perlantikan Ngeh dan Nga sebagai exco kanan untuk mengawal sepenuhnya Menteri Besar Perak malah mereka turut mendapat habuan daripada PAS apabila Nik Aziz memberi imbuhan tanah bernilai jutaan ringgit. Ironinya selepas Kongres DAP di Pulau Pinang,Ngeh dan Nga dipilih sebagai anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat. Pisau menerima email daripada orang kuat DAP agar mendedahkan siapakah sebenarnya Ngeh dan Nga. Mereka terlibat dengan penyelewengan dan juga menerima rasuah daripada Nik Aziz Menteri Besar Kelantan untuk menerima Nizar sebagai Menteri Besar Perak pada ketika itu. Modus operandinya mudah, Sebuah syarikat RM2 ditubuhkan Upayapadu Plantation Sdn Bhd.Kemudian Kerajaan negeri Kelantan menganugerahkan tanah kepada syarikat ini keatas 3 penama seperti tertera didokumen dibawah. Kemudian hak milik syarikat diambil alih oleh Ngeh, Nga dan kroni DAP. ![]() Lokasi tanah tersebut di Relai,Daerah Chiku, Gua Musang.Kelantan.Bayangkan rakyat Kelantan sendiri tidak diberi tanah tetapi Nik Aziz dengan semudah itu merasuah 10,526 ekar bernilai lebih 30juta ringgit kepada DAP. Surat tuntutan yang dikeluarkan oleh Ngeh & Co adalah syarikat guaman milik Ngeh Koo Ham. Dibawah adalah dokumen selepas pertukaran nama yang telah selesai.Sekelip mata mereka memperolehi 10,526 ekar dengan nilai pasaran melebihi 30juta ringgit. ![]() Syarat untuk Nizar menjadi lembu kepada DAP cukup besar nilainya. Selain daripada menjadi lembu DAP ,Nizar turut memberikan pulangan yang lumayan kepada Ngeh dan Nga. 11 bulan memerintah kerajaan Perak inilah hasilnya.. PAS rasuah DAP,DAP perguna PAS.Yang kaya adalah pasangan bersaudara Ngeh dan Nga. Pisau kata " ada lagi yang nak meletup! Di Penang? Kedah? Selangor?" | ||
| Dinasti Lim Kekal,Ada Saksi Dakwa Calon CEC Rasuah Untuk Menang Posted: 16 Dec 2012 08:30 PM PST Syarikat DAP diuruskan dengan baik oleh Lim dan anak beliau.Malah keputusan undi Lim Kit Siang adalah tertinggi Lim Kit Siang - 1607 manakala Lim Guan Eng - 1576. Dua undi tertinggi in dakwa pasukan Rainbow dicemari dengan politik wang.Angpow ,makan malam dan pelbagai imbuhan ditabur demi kelangsungan kuasa Lim dan anak anak..
Pisau kata " dengar cerita ada saksi akan tampil buat pengakuan rasuah politik wang dalam pemilihan undi DAP" | ||
| Guan Eng Merayu Agar Jangan Dedahkan Skandal Beliau - Saksi Posted: 16 Dec 2012 04:30 PM PST Tamatnya kongres DAP di Pulau Pinang mengesahkan lagi bahawa parti chauvanis ini mengamalkan rasis yang cukup tebal buktinya kesemua calon melayu yang bertanding kalah teruk. Kita semua tahu skandal Taman Manggis begitu menghantui Lim Guan Eng,beberapa bukti didedahkan oleh pemuda BN dan blog Pisau bakal mengugat sokongan rakyat kepada regim DAP Pulau Pinang.:klik sini Sebelum itu Dr Shaik Hussin beberapa kali mencabar satu dialog diadakan dihadapan pihak media agar seluruh rakyat Pulau Pinang tahu mengenai skandal tanah Taman Manggis.Melihat PRU13 semakin hampir Guan Eng mengambil tindakan agar satu saman dikeluarkan agar Shaik Hussin dihalang daripada bercakap dan mendedahkan skandal Taman Manggis kepada rakyat. Jika difikirkan kenapa ketua pemuda Umno PP begitu berani hingga menanti kedatangan Guan Eng dihadapan mahkamah untuk menerima saman. Jika Guan Eng tidak melakukan apa apa kesalahan kenapa beliau cukup takut ? Adakah beliau mengharapkan skandal Taman Manggis disenyapkan hingga berakhir PRU13? Seperti biasa dengan angkuh dan rasis Guan Eng mengarahkan peguamnya menyaman Ketua Pemuda Umno Dr Shaik Hussin. Apa yang menariknya Ketua Pemuda Umno menyambut baik saman yang dibuat oleh Guan Eng kerana bukti dan fakta bakal didedahkan lebih banyak lagi dimahkamah. Pisau perhatikan kenapa Guan Eng hanya menyaman Ketua Pemuda Umno seorang? Kenapa tidak menyaman barisan pemimpin pemuda BN ? Kenapa Guan Eng tidak menyaman Joceline wartawan TheStar ? Ini satu lagi bukti Guan Eng seorang chauvanis ultrakiasu rasis..
Skandal Taman Manggis bakal menamatkan karier politik Guan Eng.. saksi cukup ramai.. Tahukah anda pada 21 Oktober 2008 Guan Eng mengarahkan tanah Taman Manggis dijual dan pada hari dan tarikh yang sama Banglow Jalan Pinhorn dibeli dan diubah suai dan disewakan kepada Guan Eng dengan kos 2.5juta. Kenapa pemilik rumah tersebut sanggup mengubah suai rumah hingga mencecah 3.7 juta semata mata untuk mendapatkan sewa sebulan RM5ribu?:klik sini Banyak lagi akan didedahkan,kaitan Cik P,dokumen ,gambar bakal menghangatkan mahkamah nanti.. Jangan lupa skandal dan penyelewengan tanah Bayan Mutiara yang Guan Eng sendiri akui dijual dibawah harga pasaran:klik sini.Kerugian kerajaan negeri 10billion klik sini. Projek sPICE yang membabitkan kerugian kerajaan negeri hampir 1billion:klik sini kerana tahu akan penyelewengan skandal tersebut ketua cabang PKR terus meletak jawatan :klik sini Pisau kata " Ahli DAP sendiri akan jatuhkan Guan Eng" |
| You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.



.jpg)





No comments:
Post a Comment