Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Ustaz Kazim Kata Pas Sokong Robohkan Sekolah Agama Rakyat!!

Posted: 17 Dec 2012 07:16 AM PST



Awat la makin lama makin teruk Pas ni. Walaupun video ni dah lama, tapi Mc percaya masih ramai yang belum tengok. Betul kata Ustaz Kazim, yang dok kata orang lain kafir tu, depa yang tak buat apa pun.

GEMPAR!! Lim Kit Siang Mengesahkan Pluralisme Adalah Agenda DAP-PAS-Pakatan!! - Ustaz Fathul Bari!

Posted: 17 Dec 2012 04:38 AM PST



Video keterangan yang bagus dari Ustaz Fathul Bari, tak payah naik taip panjang-panjang, semuanya akan diulas oleh Ustaz Fathul Bari.

PANASS!! Video Ni Patut Semua Rakyat Malaysia Tengok!!

Posted: 17 Dec 2012 01:17 AM PST


Video ni wajib dilihat oleh semua rakyat Malaysia dan menjiwainya!! Kenal diri kita dari kecil hingga dewasa.

TUDIAA!! Mat Sabu Kata Kaum Melayu dan India Bodoh Sebab Tak Sokong Pakatan!!

Posted: 16 Dec 2012 10:16 PM PST



Dalam ceramah Mat Sabu kat Taman Ria, Sungai Petani baru-baru ini. Mat Sabu telah menghina kaum Melayu dan India, katanya Melayu dan India ni satu adat. Kiranya lekeh la berbanding dengan kaum cina. Sebab tu la Melayu dan India ni masih menyokong BN.

Apa yang Mat Sabu nak sampaikan disini adalah, kaum cina ni cerdik sebab undi Pakatan, tetapi kaum Melayu dan india ni tak cerdik, sebab tu masih memberi undi kepada BN.

Setahu Mc, melayu yang tak cerdik ni, melayu Pas dan Pkr, sebab masih lagi menyokong Pakatan yang terang-terang menafikan hak Islam dan Melayu. Jadi hanya melayu yang kurang cerdik saja nak sokong Pakatan.

Bagi Kaum India pula, dah berapa kali kena tipu dengan Anwar, kalau masih menyokong Pakatan juga, Mc taktau la nak cakap. Kes Kampung Buah Pala pun belum selesai lagi, kampung tu pun dah jadi sejarah. Takkan nak la nak percaya lagi??

McTheory:
Senang cakap, yang bodoh dan kurang cerdik ni dalam Pakatan saja..

GEMPAR!! Harun Din Sedang Cadang Keluar Dari Pas!!

Posted: 16 Dec 2012 07:17 PM PST


Cerita ni bawa dari sahabat blogger Keris7Lok, Mc pun teruja dengar cerita ni. Kalau benar bagai dikata, tentu lepas ni Pas akan tersungkur! Baca apa yang Keris kata,

Berita ini Keris dengar daripada seorang sahabat yang sangat baik dengan kepimpinan PAS. Katanya kemungkinan besar akan ada satu pemimpin PAS akan keluar parti tidak lama lagi. Samada beliau akan menyertai UMNO atau tidak itu tidak dapat dipastikan.

Cuba juga Keris risik-risik siapa orangnya tetapi sahabat Keris tidak mahu dedahkan. Namun dalam kepala Keris hanya 3 orang sahaja dan yang paling nampak menentang Anwar adalah Harun Din.

Ini berikutan tekanan DAP yang meminta kerusi lebih. PAS dilihat seakan tunduk kepada permintaan mereka. Hallo! Nak bagi DAP kuasa lebih? Mana yang bijak berpolitik tidak akan bersetuju dengan pendirian tersebut.

Mungkin mereka keluar beramai-ramai bersama Ustaz Nasha? Apapun kita tunggu dan lihat.

P/s: Keluar Pas, berjuang kejalan yang diredhai, jangan masuk UMNO pun takpa, janji tak sesat!


McTheory:
Betul ke Keris? auta saja kot?

PANASS!! Anggota Polis Kutuk Kerajaan, Reka Fitnah Harakahdaily!!

Posted: 16 Dec 2012 04:37 PM PST


Semalam Polis DiRaja Malaysia telah dihina oleh seorang anggotanya yang tidak berpuas hati kerana ditukarkan ke Sarawak atas sebab menyokong Pakatan Rakyat...

Penghinaan tersebut telah dipost oleh seorang wanita yang kononnya adalah anggota PDRM di akaun Facebook yang menggunakan nama Norhashimah Mohammad [SINI]

Petikan ayat yang dipostkan oleh Norhasimah Mohammad adalah seperti berikut :
jangan saudara saudara semua ingat kami makan gaji dengan PDRM,,dan kami takut untuk bersuara,,kami juga ada hak kami,,kami juga ada hak kami sebagai rakyat malaysia,,dan kami berhak memilih parti mana yang kami suka,,cukup lah kami semua sudah tak mahu dijadikan anjing barisan nasional.

RAKYAT MALAYSIA SEMUA PERLU MENOLAK PARTI KOMPENEN BARISAN NASIONAL PADA PILIHANRAYA UMUM KE 13 NANTI

SEHINGGA ARTIKEL INI DITULIS SAYA MASIH LAGI BERKHIDMAT DENGAN POLIS DIRAJA MALAYSIA,,DAN AKAN DITUKARKAN KE SARAWAK JANUARI NANTI.




Seperti biasa, akhbar penjilat PAS, Harakah mengambil kesempatan ini untuk menabur serbuk perencah dengan menyebarkan berita memang benar ada anggota PDRM sudah jelak dengan Barisan Nasional.

Berita yang dikeluarkan Harakah seperti yang kita tahu banyak yang tidak benar tetapi dibesar-besarkan seolah-olah ianya memang terjadi..


SUMBER - Klik Untuk Besarkan

Selepas diselidiki, akaun yang menggunakan nama Norhashimah Mohammad adalah rekayasa..Selepas mengetahui tembelangnya sudah pecah..Admin Norhashimah Mohammad telah mematikan akaun tersebut dan membuat Fan Page Norhashimah Mohammad bagi meneruskan agenda meracun minda anggota Polis dan kakitangan Awam.

Persoalannya, siapakah individu yang gambarnya digunakan dalam Facebook Norhashimah Mohammad?




Gambar yang digunakan dalam FB Norhashimah Mohammad untuk menjalankan agenda merosakkan pemikiran anggota Polis sebenarnya telah dicuri dari akaun FB Zakiah Musa [SINI]...

Zakiah Musa bekerja di Rumah Kebajikan Seri Kenangan Kangar...

Ini bermakna, individu yang mengutuk PDRM dan BN sememangnya tidak wujud...

Pendedahan ini telah membuktikan pembohongan Harakah dalam menyampaikan berita...Ternyata Harakah langsung tidak menyemak dan selidik maklumat sebelum mengeluarkan artikel...

Syabas kepada Harapan Esok yang mendedahkan tembelang busuk Haramkahdaily. Memang jahanam haramkah ni tak sudah-sudah nak memfitnah. Nampak sangat ia sebuah portal online yang tak boleh pakai dan kerjanya menyebar fitnah. puihh!!

McTheory:
Kitab rasmi Pas kaki fitnah, mengajar semua orang pas turut memfitnah!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...