PISAU.NET |
- Orang DAP sendiri mula mengutuk Mansor/Anwar/PKR secara berdepan.
- Noh Omar Tak Iktiraf Usahawantani.
- Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim
- PAS Bertakbir Walau Umat Islam PP Lagi Sekali Di Tipu DAP. !
| Orang DAP sendiri mula mengutuk Mansor/Anwar/PKR secara berdepan. Posted: 11 Dec 2012 07:30 AM PST GelagatAnwar- Anwar cukup tak gembira dengan apa yang berlaku di Penang pada hujung minggu yang lepas. Selepas Najib mengadakan lawatan ke PP, Anwar mengharapkan akan ada kenyataan-kenyataan kasar dan ganas oleh Guan Eng bagi menidakkan momentum BN di PP. Setakat hari ini, lebih 36 jam selepas lawatan PM, nampaknya Ketua Menteri PP masih belum membuat sebarang kenyataan untuk memperkecilkan janji PM kepada rakyat. Anwar berhak rasa risau kerana kedudukan PKR di PP akan terjejas teruk sekiranya momentum Najib ini tidak dikawal. Selepas kebodohan Mansor Othman mengutuk Guan Eng di dalam mesyuarat strategik parti, kedudukan PKR di PP amat terjejas. Beberapa kali Mansor ditengking oleh pengundi Cina, kerana tidak setia membantu Guan Eng dalam mengurus politik di PP. Orang DAP sendiri mula mengutuk Mansor/Anwar/PKR secara berdepan. Trend ini meresahkan Anwar. Najib promised to present the people of Penang with 20,000 affordable housing units and a monorail service if Barisan Nasional wins the state in the next general election. He told the crowd gathered at the launch of the "Promises Fulfilled Tour" programme at Universiti Sains Malaysia (USM) on Saturday that 10,000 housing units would be built soon under the 1Malaysia People's Housing Programme (PR1MA). The other 10,000 units would be built by government agencies such as JKP Sdn Bhd, the Penang Regional Development Authority (Perda) and Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB). said Najib, who was on a day-long working visit to the state administered by the opposition Pakatan Rakyat coalition. Anwar nak Guan Eng sampahkan janji Najib ini. Kaitkan dengan kepimpinan Tsu Koon dulu yang tak membantu orang PP dapat rumah. Namunn, setakat ini Guan Eng hanya diam diri dan tidak menjawab apa-apa. Anwar patut faham, Guan Eng sibuk mengurus nasib diri sendiri dalam DAP – apabila SUPOLnya sendiri pun kalah dalam pemilihan Pemuda. Guan Eng mula terasa, sikap SOMBONGnya selama ini boleh jadi senjata makan tuan. Itu belum lagi janji MONOREL untuk PP. PKR tanding 16 kerusi sebelum ini. Menang 9. Kalau menurut angka baru yang dibuat secara dalaman oleh PKR – parti hanya mampu menang 4 sahaja. Kalau ini berlaku, terutamanya, apabila Guan Eng tidak bantu menjahanam momentum Najib, jumlah itu boleh menurun lebih banyak. Ini yang buat Anwar risau. Political base PKR di PP tidak boleh tergugat. Tapi kalau ikut apa yang berlaku sekarang, masalah besar. | ||
| Noh Omar Tak Iktiraf Usahawantani. Posted: 11 Dec 2012 05:08 AM PST Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) sekali lagi berjaya melakar nama dalam 'The Malaysia Book of Records' selepas berjaya menarik lebih 3 juta pengunjung sepanjang 10 hari diadakan. Namun dalam kemeriahan dan kehebatan MAHA terselit satu kisah duka,dalam masa kerajaan Umno BN banyak memberi pengiktirafan kepada usahawantani yang berjaya namun kisah seorang usahawan ini mencerminkan sikap sebenar kerajaan Umno BN yang kononnya memperjuangkan hak dan pengiktirafan terhadap usahawan bumiputra. Sayugia diingatkan kejayaan usahawan ini amat luar biasa daripada menjual buah hinggalah menjual minyak angin,kejayaan manis beliau sekarang ini pudar dan "masam",beliau berasakan terpinggir apabila kejayaan beliau tidak diberi pengiktirafan sebagai seorang usahawan bumiputra yang berjaya. Zuraida,satu nama besar dalam tempoh 4 tahun menjadi kaya raya kejayaan mengumpul beberapa buah kereta mewah menjadi bukti bahawa sesiapa pun mampu menjadi kaya raya dengan sekelip mata asalkan sanggup turun dijalan raya tanpa mengira panas atau hujan. Menurut sumber PKR,nama Zuraida sekarang ini menjadi buah mulut akibat kejayaan beliau mengumpul kekayaan sekelip mata.Sifat hasad dengki dan juga iri hati menyebabkan ketua wanita PKR ini khabarnya sudah disenarai hitam daripada menjadi calon pada PRU13 nanti. Apa salahnya Zuraida mengumpul kekayaan berkereta mewah..:klik sini
| ||
| Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim Posted: 11 Dec 2012 02:00 AM PST Zainudin Maidin – PRESIDEN Indonesia ketiga, Bacharuddin Jusuf Habibie yang mencatatkan sejarah sebagai Presiden Indonesia paling tersingkat, tersingkir kerana mengkhianati negaranya, telah menjadi tetamu kehormat kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim baru-baru ini. Beliau diberikan penghormatan untuk memberi ceramah di Universiti Selangor (Unisel). Beliau disingkirkan setelah menjadi Presiden Indonesia hanya selama 1 tahun 5 bulan kerana bersetuju dengan desakan Barat supaya mengadakan pungutan suara ke atas penduduk Timor Timur dalam Wilayah Indonesia menyebabkan Timor Timur terkeluar daripada Negara Kesatuan Republik Indonesia pada 30 Ogos 1999. Beliau mengakhiri jawatan dalam kehinaan setelah menjadi Presiden sejak 20 Oktober 1999. Beliau juga telah menyebabkan berlakunya perpecahan rakyat Indonesia kepada 48 parti politik yang mengakibatkan keadaan politik negara itu dalam porak-peranda hingga kini. Adalah suatu hal yang agak menarik dan lucu bila Anwar Ibrahim dalam ucapan aluannya menimbulkan keupayaannya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan ketika Habibie menjadi Presiden Indonesia dapat menyelesaikan masalah Tenaga Kerja Indonesia (TKI). Ia memberikan gambaran bahawa sekiranya kuasa dikembalikan semula kepada mereka maka pastinya akan dapat menyelesaikan semua masalah antara kedua-dua negara. Barangkali ramai yang hadir di majlis pidato itu yang tidak tahu tentang sejarah Habibie telah terpesona dengan syarahan dan ceritanya, tetapi saya terpegun merenung persamaan watak, tugas dan nasib yang sama kedua-dua bekas pemimpin besar itu. Habibie menjadi gunting dalam lipatan terhadap Presiden Indonesia Suharto walaupun Suharto yang membawanya kembali dari Jerman untuk kemudiannya menjadi wakil Presiden dan demikian juga yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim terhadap Tun Dr. Mahahtir Mohamad ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri setelah 'dipungut' daripada ABIM. Bagaimana pun Habibie sempat menjadi Presiden dan mengkhianati bangsa dan negaranya setelah menjadi Presiden, tetapi Anwar mahu menyerahkan negara ini kepada IMF dan New Imperialis sebelum sempat menjadi Perdana Menteri. Allah telah menyelamatkan rakyat Malaysia. Apakah tujuan Anwar menjemput 'pengkhianat' bangsa Indonesia ini ke Malaysia. Dia tidak mempedulikan perasaan rakyat Indonesia kerana mungkin mereka telah sekata hendak menunjukkan kebesaran dan keagungan masa silam mereka untuk melindungi dosa besar mereka dan mungkin masing-masing berangan-angan bahawa zaman besar itu akan datang semula. Kepada saya yang menjadi kenangan besar tentang Habibie ialah dia telah membuat tetamu termasuk Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir terpaksa menunggu kedatangannya dari Jakarta lebih dari dua jam di IKIM Kuala Lumpur untuk mendengar ucapannya (ketika itu dia belum jadi Presiden). Barangkali Dr. Ismail Ibrahim, bekas Ketua Pengarah IKIM masih ingat peristiwa pahit ini. Beliau sengaja melakukan ini untuk menunjukkan ""aku lebih besar" dan ucapannya yang penuh dengan keegoan begitu panjang sehingga ke peringkat memualkan hadirin, tetapi Dr. Mahathir tetap menunggu dengan setia. Inilah jenis manusia yang dibawa oleh Anwar Ibrahim ke negara ini dari semasa ke semasa untuk membantunya dalam politik dan jemputannya kali ini pun untuk tujuan menunjukkan ""kami berdua masih besar." Saya tidak tahu bagaimana terseksanya para hadirin di Unisel mendengar ucapan manusia yang egonya amat tinggi, apatahlah lagi mendapat peluang berucap kepada orang yang dianggap bodoh sesudah sekian lama tidak mendapat kesempatan berucap kepada rakyat Indonesia yang tidak lagi mahu mendengarnya dan tidak lagi menghormatinya. Pada hakikatnya mereka berdua tidak lebih daripada "The Dog Of Imperialism. | ||
| PAS Bertakbir Walau Umat Islam PP Lagi Sekali Di Tipu DAP. ! Posted: 10 Dec 2012 05:00 PM PST Baru baru ini Pisau lihat banyak blog haprak pakatan dan juga Harakah Lidah Rasmi Lim Guan Eng memuji kononnya regim DAP begitu prihatin dengan memberi bajet yang tinggi kepada umat Islam. Bagaikan semboyan,tukang jilat,tukang kipas,tukang salak,tukang bodek bagaikan seiringan melaungkan puji pujian kepada tokong mereka. Blog ini beberapa kali mendedahkan betapa tokong DAP memerangkap khalifah PAS Lim Guan Eng ternyata berbohong mengenai bajet untuk umat Islam. Pendedahan Pisau ketika itu menyebabkan Harakah lidah bercabang rasmi Guan Eng berbohong lagi hingga kantoi.. Dek kerana kebebalan haprak pakatan, Pisau terpaksalah menerangkan apa itu maksud "bajet" dan juga apa itu maksud " yang dibelanjakan" . Di bawah adalah satu contoh pembohongan cara Guan Eng perbodohkan umat Islam Pulau Pinang. Keratan dari Buletin Mutiara,peruntukan kepada umat Islam adalah 24.30 juta.Pisau pertikaikan angka ini,namun haprak khawarij menggila mempertahankan Lim Guan Eng.klik sini ![]() Di bawah adalah laporan audit 2010 perbelanjaan yang sebenar untuk tujuan pembangunan. Jumlah hanya dibelanjakan 6.9juta daripada 7.2juta? ![]() Kemana perginya baki daripada 24juta setelah ditolak 6.9juta? Siapa lidah bercabang dan pembohong? Baca artikel ini satu lagi bukti besar pembohongan regim DAP dalam projek perbodohkan melayu haprak yang sedia bodoh:klik sini dan klik sini Laporan Harakah berkenaan Bajet Untuk SAR: Usaha Pujuk Ahli PAS atau Usaha Bodek DAP? PAS yang terhimpit dengan masalah dalaman PR dan ketandusan isu terus cuba memancing undi dengan cara mengelirukan rakyat serta menyemai keraguan dan kebencian terhadap BN. Fitnah konon BN menolak Islam, tidak Islam, kafir dan murtad telah menjadi wirid harian pemimpin-pemimpin mereka. Dalam pembentangan Bajet yang lepas, kerajaan BN telah ditohmah sebagai tidak menitikberatkan Islam kerana tidak memperincikan bajet untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR). Sedangkan ini bukanlah satu isu kerana Sekolah Agama Rakyat bukanlah di bawah tanggungan kerajaan tetapi milik persendirian. Justeru, adalah tidak munasabah meminta kerajaan menanggung kos operasi SAR yang ditubuhkan oleh orang atau pertubuhan persendirian. Logiknya, jika tidak mampu menubuhkan sekolah, kenapa mesti ditubuhkan juga sehingga menjejaskan masa depan murid-murid akibat pembelajaran tidak berkualiti dan keadaan sekolah yang tidak sesuai dan mampu menganggu proses perkembangan minda. Pun begitu, kerana prihatinnya kerajaan terhadap anak bangsa dan agama Islam, maka bantuan tetap diberikan di mana pada tahun 2011, sejumlah RM95 juta telah diperuntukkan kepada SAR. Malah, sebanyak 156 daripada 382 SAR di seluruh negara telah berdaftar dengan kementerian dan ditukar status kepada sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) yang mana mendapat peruntukan terus dibawah bajet pendidikan nasional. Oleh itu, momokan pembangkang kononnya kerajaan tidak prihatin adalah momokan ahli politik yang gila kuasa, bukannya hujah seorang muslim yang benar-benar memperjuangkan agama. Kedegilan kebanyakan SAR untuk berdaftar dengan kerajaan juga merupakan satu kemusykilan yang masih gagal difahami. Jika benar SAR ikhlas ingin mengajar agama, kenapa perlu menolak untuk berdaftar dengan kerajaan dan mendapat bantuan secara langsung? Kenapa perlu terasing dari pendidikan nasional tetapi di masa yang sama melangut menunggu suapan kerajaan? Bukan rahsia bahawa kebanyakan SAR membawa fahaman PAS, iaitu fahaman pembangkang yang menentang kerajaan. SAR juga kerapkali dikaitkan dengan berbagai masalah moral sama ada di kalangan murid-murid mahupun guru. Ini mungkin antara sebab SAR tidak wajar diberi bantuan secara membuta tuli tetapi perlu dikaji dan disiasat dahulu agar tidak menjadi punca kepada kemusnahan ummah di masa depan. Berdasarkan hakikat ini, kita tidak hairan kenapa Lim Guan Eng tidak teragak-agak untuk memasukkan SAR di dalam peruntukan hal ehwal agama Islam dalam Bajet Pulau Pinang. Guan Eng pasti sedia maklum bahawa SAR akan membantu melahirkan lebih ramai Melayu yang tidak mampu bersaing dan akhirnya hanya menjadi pak turut kepada DAP. Namun, kenyataan Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan mengenai perkara ini dilihat sebagai satu tindakan mengampu Lim Guan Eng secara keterlaluan. Kata Hasbullah, Bajet tersebut membuktikan Guan Eng prihatin dengan SAR dan kerajaan pusat wajar merasa malu dengannya. Sedangkan, menurut laporan Bajet negeri, Kerajaan Pulau Pinang telah memperuntukkan RM13.84 juta untuk tahun 2013 meliputi pembangunan masjid, surau dan sekolah agama rakyat (SAR). Maknanya, tiada perincian khas mengenai bantuan untuk SAR. RM13.84 juta sebenarnya tidak banyak jika dilihat dari projek yang di dalam perancangan iaitu pembinaan masjid baru yang mengambilkira prasarana mesra OKU, iaitu di Masjid Jamek Sungai Gelugor, Daerah Timur Laut dan Masjid Jamek Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara. Lebih-lebih lagi, apabila bajet tersebut juga menyatakan bahawa keseluruhan peruntukan untuk tujuan keagamaan pada tahun hadapan adalah RM46.42 juta. Klausa ëtujuan keagamaaní ini adalah terlalu umum di mana kita tidak dapat pastikan sama ada agama yang dimaksudkan adalah Islam atau semua agama lain? Jika ia membawa maksud semua agama lain juga maka ini bermakna Islam mendapat peruntukan RM13.84 juta dan lebihan RM32.58 juta lagi adalah untuk semua agama lain. Angka ini jelas belum cukup untuk menobatkan Guan Eng sebagai seorang yang memartabatkan Islam. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa Ustaz Hasbullah ini tidak lebih dari sekadar tukang cuci kasut Guan Eng yang sanggup mereka-reka dan menokok tambah cerita semata-mata untuk mengampu DAP. Malah, tajuk Harakah mengenai perkara ini juga mempunyai unsur-unsur fitnah dan bodek yang keterlaluan iaitu kononnya Pulau Pinang meningkatkan bajet SAR sehingga 300%?? Laporan yang tidak disertakan dengan statistik, angka dan fakta itu dijadikan modal untuk menghentam kerajaan Pusat. Soalnya, berapa ramaikah ahli-ahli PAS yang terpedaya dengan laporan Harakah tersebut? Berapa ramaikah ahli-ahli PAS yang sanggup mencari fakta dan angka tepat bagi mengesahkan kenyaaan Ketua Pemuda PAS Selangor itu? DAP memperjuangkan Negara Sekular secara terang lagi jelas yang mana menghapuskan Islam sebagai agama rasmi sekali gus meletakkan agama Islam sama dengan agama lain. Jadi, di manakah prihatinnya DAP terhadap Islam? DAP langsung tidak berselindung dalam hal ini dan tidak pula memutar-belitkannya. Tetapi, PAS pula yang nampaknya begitu beria-ia membelitkannya untuk DAP sehinggakan seorang pemimpin Pemuda PAS sanggup menggambarkan seolah-olah Guan Eng lebih Islam dari Datoí Seri Najib. Justeru, salahkah lagi jika kita merujuk PAS sebagai anjing kepada DAP?-BB Pisau kata " bermodalkan tulang plastik..DAP dapat jinakkan khawarij PAS.." |
| You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.





No comments:
Post a Comment