Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Video Apabila PSY GangNam Style Bergabung Dengan Lagenda MC Hammer!!

Posted: 11 Dec 2012 07:16 AM PST


Memang terbaik la gabungan dua penghibur. Asyik berpolitik, apa kata kita layan video gabungan dua otai ni. Memalam rilek, layannn saja..

TUDIAA!! Keajaiban yang Berlaku Terhadap Wakil Rakyat Pas Kedah! #TukarKedah

Posted: 11 Dec 2012 04:37 AM PST




Blogger Medan Tempur ada menulis mengenai keajaiban YB-YB Pas yang menjadi kaya sekelip mata setelah menjadi YB. Hebat bukan!! Patut la sekarang ni, puak Pas sanggup cantas mencantas untuk menjadi calon, rupanya ada peluang nak cepat kaya!


Cerita ni dah lama aku nak tulis, tapi memandangkan sibuk bekerja jadi aku terpaksa tangguh dulu cerita ni sebab nak beri laluan lintasan secara langsung PAU2012 baru baru ni..

Jadi bulan ni rasa ada masa sikit nak tulis cerita cerita sensasi pasal Adun Pas Kedah..

Beberapa bulan lepas aku dan beberapa orang dalam TMK ada buat satu Operasi Khas untuk melihat sendiri kemewahan beberapa orang ADUN Pas di Kedah seperti apa yang di emailkan kepada aku oleh sumber yang tidak dikenali yang mendakwa mereka sudah jemu dipermainkan oleh pemimpin mereka yang kini lebih suka mengumpul harta dan kekayaan dari mendengar rintihan penyokong sendiri..

Untuk nak pastikan berita yang aku dapat tu betul ke tak betul, kami TMK turun ke beberapa kawasan yang disebutkan..

Jadi dari seorang ke seorang Adun Pas kami jejaki, bertanya sumber sumber yang rapat dengan mereka..Akhirnya aku mendapat beberapa jawapan memberansangkan dan mampu menjawab segala
pertanyaan yang di emailkan kepada aku..

Cuba anda bayangkan baru sepenggal menjadi wakil rakyat, kereta mewah dah 3 buah..Rumah dari teres biasa dah ubah suai nampak macam nak jadi banglo.. Ada juga yang tengah menambah bilangan rumah dari sebuah menjadi beberapa buah.

Pelik jugakkan, wakil rakyat biasa yang tidak dilantik jadi exco hanya bergaji RM 4 ribu lebih mampu memiliki 2 hingga 3 buah rumah dengan 3 buah kereta mewah..Sedangkan latar belakang wakil rakyat Pas ni, kami kenal sangat sangat..

Hangpa tak pelik ka, dengan gaji RM 4 ribu tu lah nak bayar Rumah, kereta, anak bini, P.A, kerani..Agak agak cukup tak ?? RM 4112 cukup ka nak bayar semua tu ??

Jadi mana adun adun ni dapat duit ha ?? projek ke ? bisness kot tepi ke ? bawah meja ke ? Dalam duk jadi wakil rakyat pun, Adun Pas mampu buka restoran..Kira dasyat betul lah adun adun Pas ni..Baru sepengal jadi wakil rakyat dah mampu kumpul macam macam harta dan kemewahan..

Itu belum termasuk harta harta EXCO lagi..Agak agaknya berani ke EXCO EXCO dan Adun Adun Pas nak istihar harta sebelum bertanding PRU13 ni ?? Aku nak syorkan wakil rakyat Pas Kedah perlu istihar satu keluarga depa termasuk P.A sekali..Bukan apa, dengar cerita P.A wakil rakyat pun sama naik dengan bos depa..Masyukkk!!

Aku takmau tulis nama nama wakil rakyat Pas yang aku maksudkan kat atas tu..Cuma untuk penyokong Pas yang baca artikel ni aku harap hangpa tengok tengok la noo, pemimpin hampa tu macam mana..

Dalam ceramah selalu duk belakon susah sebab nak bagi hampa bagi derma..Tapi kot belakang hangpa, orang yang belakon susah tu dah dapat macam macam habuan.

PANASS!! Pas Punca Melayu Islam Berpecah!!

Posted: 11 Dec 2012 01:16 AM PST


Sekali lagi Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat cuba mencuci tangan dengan memutar belitkan fakta apabila menuduh UMNO sebagai punca berlakunya perpecahan sesama orang Melayu Islam di negara ini.

Katanya, perpecahan orang Melayu Islam masa kini bukannya disebabkan oleh PAS sebaliknya berpunca dari UMNO yang didakwanya mengetepikan dasar Islam dan lebih selesa dengan semangat kebangsaan.

Hujah Menteri Besar Kelantan itu bukan sahaja menampakkan kedangkalan pemikirannya malah menunjukkan ketaksubannya yang melampau terhadap PAS.

Nik Aziz mungkin lupa, namun sejarah hakiki tidak mungkin dapat dipadamkan bahawasanya kewujudan PAS itu sendiri adalah hasil dari ketamakan kuasa. Dek kerana gagal merebut jawatan Yang Dipertua UMNO maka dari situlah wujudnya PAS hingga ke hari ini.

Kewujudannya pula bukan atas nama perjuangan Islam sebaliknya bertitik tolak dari dasar dendam kekalahan yang kemudian merebak kepada perpecahan orang Melayu Islam.

Sedar dengan kelemahan itu maka pemimpin PAS berbohong pula kepada rakyat konon penubuhannya adalah hasil dari protes terhadap judi loteri yang dikaitkan dengan UMNO.

Walhal jika itu alasannya kenapa tidak sekarang PAS menjauhkan diri dari PKR dan DAP yang memerintah Selangor dan Penang, yang mana di negeri-negeri itu lesen judi ekor dan lumba kuda masih diluluskan oleh Kerajaan Negeri.

Hatta lesen kedai arak, rumah urut yang tak berlesen pun tumbuh mengalahkan cendawan selepas hujan di negeri yang diperintah oleh rakan-rakan sekedudukan dengan PAS itu.

Atau mungkinkah semua senario di negeri-negeri yang diperintah PR itu menepati dasar Islam yang dituntut oleh PAS, maka kerana itulah PAS masih setia bersama PR?

Sudah menjadi lumrah mana-mana pemimpin PAS gemar memalitkan tuduhan semberono untuk memperlihatkan pada penyokongnya bahawa UMNO adalah parti yang tidak Islamik, manakala PAS pula didendangkan sebagai parti pejuang Islam.

Dengan berbuat demikian PAS percaya para penyokongnya akan terus setia dengan perjuangan PAS sekalipun sejarah membuktikan punca perpecahan ummah antara penyebab utamanya ialah PAS.

Sekitar tahun 1960 hingga 1980-an banyak perpecahan sesama penduduk sekampung dan sesama keluarga berlaku disebabkan perbezaan fahaman politik gara-gara taksub pada hasutan kepartian yang dibawa oleh pemimpin PAS.

Sembahyang dua imam dalam satu kariah, mendoakan kehancuran sesama Islam serta memboikot kenduri kendara orang Melayu Islam yang condong bersama UMNO, segalanya sudah sinonim dengan watak dan pembawaan PAS dan penyokongnya.

Namun disebalik semua itu, PAS tidak kekok untuk menerima dasar sekularisme dan pluralisme yang diamalkan oleh PKR, malah tidak canggung untuk berpeluk sakan dengan DAP yang akidahnya adalah sosialisme.

Islam bagi PAS hanya sekadar label dan jenama untuk mengabui mata khalayak semata-mata, namun gerak laku dan praktikal yang diamalkan oleh pimpinan PAS langsung tidak mencerminkan sikap Islamik.

PANASS!! DAP Perlu Kalahkan PAS Dahulu Sebelum Kalahkan BN!!

Posted: 10 Dec 2012 10:16 PM PST


Kongres Wanita dan Belia Sosialis DAP (DAPSY) kini berlangsung sempena Konvensyen Kebangsaan Parti DAP yang dijadualkan berlangsung pada 15 dan 16 Disember ini. Konvensyen ini merupakan yang terakhir sebelum berlangsungnya pilihanraya umum ke-13. Justeru, kita menjangka satu konvensyen yang meriah, yang merupakan tiupan semangat 'perang' sepertimana Muktamar PAS dan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang baru saja berlalu. Muktamar PAS menyaksikan ahli-ahlinya beratur panjang untuk ke bilik air dan membeli makanan. PAU pula seperti biasa menyebabkan kesesakan bukan sahaja di jalanraya tetapi juga di dalam dewan di mana untuk berjalan sahaja amat payah sekali kerana terlalu ramainya ahli-ahli UMNO yang hadir, duduk dan 'berkampung' di lantai PWTC.

Namun, keadaan Kongres Wanita dan DAPSY DAP nampaknya berbeza sekali. Akhbar-akhbar Cina juga membangkitkan hal ini dan antaranya melaporkan Mesyuarat Agung Kebangsaan Wanita DAP hanya mencatatkan kehadiran sebanyak 33.8% walaupun ia adalah mesyuarat yang pertama bagi mereka. Manakala kehadiran ahli DAPSY pula hanya 53%.

Menafikan yang ianya merupakan petunjuk awal bahawa DAP menghadapi masalah, pemimpin mereka memberi alasan bahawa kehadiran yang sedikit adalah biasa bagi DAP dan ia bukan petanda kekuatan DAP berkurangan. Malah, menurut seorang pemerhati politik, Ng Whien Chin, keadaan itu tidak akan menjejaskan peluang DAP untuk mengekalkan kekuasaan mereka di Pulau Pinang berdasarkan hakikat bahawa ramai di kalangan rakyat Pulau Pinang yang membenci Barisan Nasional secara keterlaluan sehingga sanggup menutup mata atas apa saja kelemahan dan keburukan DAP.

Apa yang diperkatakan oleh Ng di atas membuktikan bahawa DAP sememangnya bergantung sepenuhnya kepada strategi menyemai dan menyebarkan kebencian terhadap BN untuk berkuasa. Atau secara lebih jelas lagi, DAP selama ini hanya bermain dengan emosi rakyat, menyalakan api perkauman dengan membangkitkan perasaan prejudis dan syak wasangka terhadap kerajaan yang diterajui Melayu.

DAP berharap rakyat yang telah dirasuk kebencian yang amat sangat tidak akan mampu berfikir dengan rasional lagi. Apabila ini berlaku, segala kebaikan orang atau parti yang dibenci mereka akan dinafikan, sekali gus terlepas pandang akan segala keburukan DAP.

Pemerhatian Ng ini adalah tepat jika dirakamkan pada beberapa bulan lepas atau tahun lepas. Tetapi, ia agak meleset jika dilihat dari keadaan semasa. Mungkin Ng harus bertanya dirinya sendiri, iaitu selama mana rakyat boleh membenci BN hanya berdasarkan hasutan DAP sedangkan di masa yang sama BN terus berkhidmat dan memelihara kebajikan mereka dengan baik dan sempurna?

Selama mana kata-kata dapat mengatasi apa yang dapat dilihat, dirasa, disentuh dan dinikmati setiap hari – dahulu, kini dan selamanya?

Keamanan, kemakmuran dan kemewahan kaum Cina, terutamanya, adalah hasil dari kecekapan BN memerintah. Tidak mungkin kaum Cina mampu mencapai apa yang mereka capai hari ini jika BN yang diterajui UMNO begitu lemah, korup, bodoh dan malas serta kejam dan tidak adil kepada mereka.

Oleh itu, untuk mengatasi BN, DAP perlu buktikan yang parti mereka jauh lebih cekap, telus, bersih, demokratik dan lebih adil dari BN. Malang bagi DAP kerana rakyat melihat sendiri bagaimana DAP dikuasai oleh Dinasti Lim dan Singh dan bagaimana kebebasan akhbar juga sudah berkali-kali dicabuli hanya kerana mengkritik DAP. Juga bagaimana angkuhnya pewaris takhta Dinasti Lim memecat terus ahli dan pemimpin DAP hanya kerana mengkritik tindakan dan keputusannya.

DAP juga begitu tegar dan tidak tahu malu apabila mendedikasikan ruang di laman web rasmi parti itu untuk membela mendiang Teoh Beng Hock seolah-olah lupa bahawa kematian mendiang adalah bertitik tolak dari siasatan terhadap korupsi yang melibatkan pemimpin DAP. Sedangkan hakikatnya, DAP sebenarnya lega kerana mendiang yang merupakan saksi utama telah ditemui mati sehingga membantutkan siasatan. Oleh itu, bagi mana-mana rakyat yang melihat DAP sebagai pembela kematian Teoh pastinya merupakan rakyat yang telah benar-benar dirasuk kebencian terhadap BN sehingga tidak mampu lagi berfikir secara rasional.

Namun, kita percaya yang ahli-ahli DAP sedikit demi sedikit akan kembali rasional dan proses itu sudah pun berjalan secara perlahan-lahan di peringkat akar umbi dan juga rakyat biasa. Kongres wanita dan DAPSY yang 'sepi' kali ini, membuktikannya.

Bagi memulihkan semangat ahli, DAP tidak boleh membelakangkan soal pertentangan pendapat di kalangan sekutu PR dalam konvensyen kali ini. Mahu tidak mahu, mereka terpaksa menangani isu hudud dan isu Negara Islam serta isu siapa Perdana Menteri, untuk kesekian kalinya.

Perlu diingatkan bahawa PAS telah berikrar akan meneruskan agenda ini dalam Muktamar yang dihadiri beribu-ribu pengikutnya yang mana merupakan satu tamparan hebat terhadap sifat kiasu ahli-ahli DAP. Untuk itu, DAP wajib menunjukkan kekuatan dari segi jumlah ahli juga bagi 'mengajar' PAS siapakah boss dan siapakah kuli atau parti itu akan kehilangan undi dalam PRU kali ini. Ini kerana kaum Cina penyokong DAP tidak akan sanggup duduk di bawah atau sama tinggi dengan PAS, PKR atau mana-mana bangsa lain.

DAP wajar menerima hakikat bahawa strategi menyerap dan menyebarkan kebencian terhadap UMNO/BN yang tidak berasas serta keterlaluan mungkin masih belum cukup untuk mengekalkan Pulau Pinang.

Mungkin, Konvensyen DAP perlu menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk menundukkan PAS terlebih dahulu, sebelum bangun menentang BN dalam Pilihanraya.

TUDIAA!! Video Ini Khas Pada Keldai Bodoh PAS Abby Albody!! @Abby_Abadi112

Posted: 10 Dec 2012 07:17 PM PST


Ostazah Mee Segera PAS patut mendengar apa yang di perkatakan seorang bekas artis yang kini sudah menjadi seorang pendakwah.
Sebelum menjadi pendakwah, bekas artis terbabit mendalami ilmu agama supaya apa yang di dakwahnya tidak memesongkan akidah Umat Islam.

Apakah dengan hanya menjadi ahli PAS tanpa mendalami ilmu agama, Ostazah Mee Segera PAS layak mengeluarkan fatwa ?

Bodoh macam keldai punya Abby Albody!!

PANASS!! Menarik! Tun Dr Mahathir Bercerita Mengenai Anwar Ibrahim!!

Posted: 10 Dec 2012 04:37 PM PST


Anwar memang tak guna langsung. Tak membantu untuk majukan negara. Apa yang diperjuangkan selama ini hanyalah untuk dirinya sahaja.

Manusia seperti Anwar hanya wujud untuk memporak perandakan Malaysia. Anwar bukan anugerah tuhan, tetapi anugerah setan untuk menjahanamkan umat Islam Melayu di Malaysia!!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...