BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! USTAZ FATHUL BARI MEMBELASAH PAS KAW-KAW !!!

Posted: 01 Dec 2012 03:00 PM PST


Cara yang dipraktikkan PAS ketika mendoakan kehancuran Umno adalah tidak mengikut kaedah Islam seperti yang dilakukan Nabi Muhammad S.A.W kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahya.Beliau berkata dalam doa itu,PAS tidak menjelaskan secara spesifik bentuk kezaliman yang dimaksudkan, seolah-olah menuduh seluruh anggota Umno berlaku zalim.Ketika membahaskan usul agama dan pendidikan di Perhimpunan Agung Umno 2012 hari ini, beliau menceritakan kisah nabi Muhammad s.a.w yang mendoakan supaya Allah melaknat pihak yang menipu baginda semasa meminta nabi mengutuskan 70 pakar Al-Quran untuk memenuhi beberapa kabilah, namun dibunuh di pertengahan jalan. 

"Nabi doakan laknat ke atas mereka dalam setiap solat nabi selama sebulan, doa dalam qunut nazilah. Kemudian, Allah turunkan ayat menegur perbuatan nabi, dan nabi hentikan perbuatan itu. "Doa nabi khusus kepada orang yang melakukan kezaliman itu, nabi sebut nama satu persatu. Persoalan sekarang doa yang dibaca PAS disebut perkataan umum, iaitu Umno," katanya. 

"Adakah kita semua di sini menzalimi mereka? Adakah kita semua di sini menghancurkan mereka? Adakah kita semua di sini rasuah?," katanya disambut laungan "tidak!" oleh perwakilan Umno. 

Fathul Bari berkata doa oleh Nik Razi Nik Mat,adik kepada Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini menggunakan kaedah yang salah dan tidak memenuhi kriteria doa orang yang dizalimi. Mengikut kaedah Islam,doa itu perlu dirujuk kepada satu pihak secara spesifik bersama bukti, perlu diletak perkataan 'sekiranya' jika tidak pasti dan perlu ada pernyataan memaafkan kepada pihak yang dirujuk,katanya.Anak bekas mufti Perlis itu kemudiannya mengemukakan lima cadangan untuk berdepan dengan fitnah pembangkang,iaitu menyemarakkan budaya ilmu, mengamalkan politik kasih sayang,mengambil perkara baik yang diucapkan seseorang, mentaati pemimpin dan sepakat menolak budaya fitnah. 

Memetik ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang secara terbuka memohon maaf kepada rakyat, Fathul Bari berkata pernyataan ikhlas itu merupakan contoh terbaik seorang pemimpin kerana sikap mohon maaf dan memaafkan adalah satu daripada bukti politik kasih sayang. Menyentuh dakwaan Nik Abdul Aziz bahawa Umno murtad,beliau berkata kenyataan itu merupakan satu tuduhan yang sangat berat yang perlu difahami secara bijak kerana menteri besar Kelantan itu tidak membuat pernyataan secara langsung,sebaliknya menggunakan kaedah ilmu mantiq. "Kita kena hati-hati. Ini kenyataan bijak sebab beliau tidak menyebut secara langsung Umno itu murtad. Ini ilmu mantiq, ada mukadimah dan natijah. "Dia kata perlekeh Islam murtad dan dia kata Umno perlekeh Islam tanpa menyebut natijah sedangkan ia sangat jelas.Dia hukum Umno murtad," katanya yang turut menayangkan video doa PAS dan kenyataan Nik Abdul Aziz itu – Bernama

HOT NEWS !!! SKANDAL LEMBAH SIREH !!! APA CERITA NI PAS KELANTAN ???

Posted: 01 Dec 2012 07:30 AM PST


Sebagaimana yang dijanjikan oleh UMNO Kelantan,di kesempatan Perhimpunan Agung UMNO 2012 mereka telah pun melunaskan janji untuk menegur dan mengkritik kepincangan dan penyelewengan dalam pentadbiran Kerajaan PAS Kelantan.Isu yang agak menarik perhatian ramai ialah berkenaan skandal Lembah Sireh yang membabitkan pemindahan hak milik tanah negeri dan rakyat seluas 716.8 ekar bernilai sekitar RM300 juta tanpa mengikut prosedur kepada syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd. Liziz Standaco adalah syarikat pemaju swasta yang dilantik oleh Kerajaan PAS Kelantan bagi membangunkan projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh,Kota Bharu Kelantan.Bagaimanapun projek mega tersebut yang pernah dibangga-banggakan oleh para pimpinan PAS Kelantan suatu ketika dulu,kini dianggap seumpama hantu mak lampir yang sering menghantui dan menghuru harakan pula kehidupan ramai pimpinan PAS negeri. 

Lebih-lebih lagi selepas Pemuda UMNO Kelantan serta beberapa NGO baru-baru ini telahpun membawa isu ini kepada pengetahuan SPRM bagi membolehkan siasatan rapi dilaksanakan dan pihak yang bertanggungjawab dapat dicekup.Sementara itu,Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Datuk Alwi yang mengupas isu tersebut turut mempersoalkan kegagalan pimpinan Kerajaan Negeri untuk mendesak syarikat swasta itu segera menunaikan janji sumbangan balas berbentuk pembangunan fizikal dan wang ringgit yang nilai keseluruhannya hampir RM400 juta.Antara komponen fizikal tersebut termasuklah sebuah Jambatan Palekbang yang bernilai RM150 juta,sebuah Masjid,Stadium Tertutup Wanita dan beberapa komponen lain yang hingga kini telah gagal dibina walaupun telah melampau jadual pelaksanaan yang telah ditetapkan.Lebih menyakitkan hati apabila selepas pertukaran hak milik itu dilakukan secara rasmi,lebih menyakitkan hati lagi bila sebahagian dari tanah itu dicagar pula kepada institusi kewangan oleh syarikat pemaju untuk mendapatkan pinjaman tunai berjumlah RM75 juta. Sebenarnya jika segala perancangan dan proses pembangunan dipantau rapi oleh pihak Kerajaan Negeri sejak awal lagi, segala permasalahan ini dapat diatasi dan paling penting pelanggaran prosedur dalam urusan pindah milik tanah juga dapat dielak. 

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! ANTARA KEJAYAAN UMNO DAN MIMPI PAS TERSEBAR !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 01 Dec 2012 04:00 AM PST


Rakyat kini sedar warna politik yang dipakai oleh Pas,sebuah parti yang mendabik dada memperjuangkan Islam dan penubuhan Negara Islam sebagai objektif utamanya.Tetapi adakah ini sebenar parti itu atau adakah Pas mempunyai agenda terselindung yang lain ??? Bolehkah pembaca Badut Rakyat mempercayai pengakuan Pas sebagai sebuah parti yang memakai nama Islam atau perlulah anda menilai parti itu melalui tindak tanduknya samada ia selari dengan hasrat dan cita-cita yang dilaungkan ??? Persoalan ini rasanya perlu ditanya setiap rakyat malaysia sebelum mereka yang layak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti,tergerak untuk memangkah parti itu pada kertasnya.Implikasinya besar kepada rakyat malah kepada negara jika tersilap undi parti yang ingin diamanahkan mengangkat martabat serta menjaga urusan pentadbiran negara.Takut-takut nanti apabila dipilih parti tertentu umpamanya Pas,lebih khabar daripada rupa pula. Jadi amat perlu dinilai perjuangan Pas kebelakangan ini samada ia berlandaskan apa yang tertera di dalam perlembagaan parti itu sejak penubuhan pada tahun 1951 atau ia telah berubah menjadi satu organisasi siyasah yang amat berbeza sekali dengan yang asli. Berbeza dengan UMNO yang sebagai sebuah parti Melayu terbesar sejak terasas pada tahun 1946.Perjuangannya amat jelas,Melayu dan Islam serta agenda memartabatkan Melayu ingin diperjuangkan manakala syiar Islam diperkukuh dan dilindungi sejajar dengan peruntukan Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan. Hasil perjuangan UMNO daripada dua matlamat utama itu juga jelas dan bukan samar-samar seperti Parti Al Islam Semalaysia atau Pas. 

Sejak merdeka,bangsa Melayu di bela dan kebajikan mereka dijaga.Menyingkap sekelumit sahaja hasil perjuangan UMNO akan menyedarkan rakyat apa yang telah dilakukan oleh parti itu untuk memperkasa agenda Melayu.Dalam bidang pendidikan umpamanya,tanyalah mana-mana ibu bapa Melayu atau saudara mara yang berkait dengan mereka,anak Melayu mana yang tidak pernah mendapat sentuhan perjuangan suci serta jihad UMNO ??? Lihat sahaja statstik akan mengejutkan orang Melayu di mana berpuluh puluh ribu anak Melayu berjaya melanjutkan pendidikan di peringkat ijazah di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara.berpuluh puluh ribu pula anak bangsa terutamanya dari kawasan luar bandar,kampung dan desa diberi peluang mendapat pendidikan di berpuluh puluh Maktab Rendah Sains MARA Sekolah Menengah Sains,Sekolah Sukan dan lain-lain.Bagi anak-anak Melayu yang tercicir daripada sistem pendidikan pengajian tinggi pula,kerajaan yang ditunjangi UMNO masih membuka peluang dan diberi harapan kepada golongan ini dengan membina pusat-pusat Giat Mara,Institut Kemahiran MARA,Institut Kemahiran Belia Negara, serta Kolej Komuniti yang berselerak di seluruh negara.Dalam aspek Islam pula,rakyat boleh lihat dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana UMNO menjaga memuliaan Islam sejak merdeka.Jika diconggak,berbilion ringgit telah dicurahkan untuk memartabatkan Islam dan umat Islam oleh kerajaan berteraskan UMNO sejak dari zaman Perikatan kepada Barisan Negara kini.Daripada pembinaan masjid,madrasah dan surau hinggalah kepada mewujudkan Bank Islam, universiti dan kolej Islam, sekolah agama berasama penuh,mahkamah syariah,sistem pajak gadai Islam,Baitul Mal,Perkim,antara lainnya.yang di balas oleh puak PR adalah rasuah.itulah senjata sebelum PRU.apa cerita ni ??? kalau nak kata rasuah,apa cerita tanah dan balak negeri yang ditunjangi oleh PR ??? cuba cerita sikit ???

saya sambung lagi,Tidak sedikit pula anak-anak Melayu dihantar ke universiti-universiti teragung Islam di luar negara seperti Al-Azhar untuk menceduk ilmu agama serta mengembangkan syiar Islam.Jika dibuat perbandingan ringkas ini di mana letaknya kedudukan UMNO sebagai sebuah parti Melayu-Islam dan Pas yang mendakwa seolah-olah mempunyai matlamat yang sama ??? Bukti dan hasil UMNO sudah terbukti dan tidak perlu dipertikaikan lagi, bagaimana pula dengan Pas yang melaung siang dan malam bahawa ia parti Islam tersohor ??? UMNO tidak secara spesifik menyatakan untuk menubuhkan Negara Islam berlandaskan syariah namun segala apa yang telah dan sedang dilakukan untuk Islam menjurus kepada pentadbiran yang sarat dengan nilai-nilai dan prinsip Islam. Pas pula sudah 61 tahun wujud setelah berpisah daripada induk UMNO sebagai parti serpihan tetapi apakah bukti kejayaan yang boleh dikemukakan olehnya ???  Ada satu masjid atau universiti atau bank yang telah berjaya diasaskan atau dibina oleh Pas.Rakyat telah memberi peluang mebih 20 tahun kepada Pas untuk memerintah negeri Kelantan tetapi sehingga sekarang tanyalah penduduk luar bandar mahupun bandar negeri itu samada mereka mendapat bekalan air bersih yang berterusan.Jika dibuka paip air di Kelantan,hanya air berwarna tanah liat akan keluar dan mungkin inilah sebenarnya menjadi kebanggaan Pas yang berjaya menyediakan air keladak dan selut kepada rakyatnya.Kebanggaan Pas hanya berlandaskan kepada ciri-ciri julukan nama negeri Serambi Mekah di Kelantan,slogan Membangun Bersama Islam, jihad fisabilillah,bertakbir,kalimat Islam pada nama parti dan oh ya terbaru,Negara Berkebajikan !!!semua tu UMNO dah buat punnnnnn...

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! ISU AIR !!! SAH !!! KERAJAAN PR GAGAL MEMBELA RAKYAT !!!

Posted: 30 Nov 2012 09:00 PM PST


Antara tanggungjawab utama sesebuah kerajaan ialah menyediakan keperluan asas kepada rakyat. Dan sebagai makhluk Allah SWT yang bernyawa,tiada apa yang lebih 'asas' daripada air iaitu elemen utama untuk memastikan kita terus hidup.Tanpa air,semua benda yang bernyawa akan mati.Rakyat Malaysia adalah bertuah kerana bumi kita dianugerahkan dengan cuaca yang 'seimbang' iaitu tidak ekstrem.saya tidak perlu risaukan kemarau berterusan mahupun ancaman sejuk yang keterlaluan.Hujan dan panas berselang-seli memastikan tanah subur sehinggakan mustahil bagi rakyat Malaysia yang paling miskin sekali pun untuk mati kebuluran.Mengambilkira hakikat ini,maka kegagalan kerajaan sesebuah kerajaan negeri di Malaysia untuk memastikan rakyat dapat menikmati sumber asas kehidupan ini dengan sempurna,membuktikan kelemahan mereka yang ketara.Bukan satu kebetulan apabila kesemua negeri-negeri di bawah pemerintahan PR berhadapan dengan masalah bekalan air: 

Selangor dengan masalah air tidak cukup kerana kerajaan negeri berdegil enggan menerima penyelesaian yang diputuskan oleh kerajaan pusat iaitu melalui projek Langat 2.Kedah dengan kenaikan tariff air secara mendadak dan melambung sejak diambil-alih PAS walaupun antara janji PR sebelum menang pilihanraya adalah menurunkan tariff air Dan mungkin kerana mendapati pendapatan dari kenaikan tariff tersebut masih belum cukup, kerajaan PAS Kedah kini memutuskan untuk mengenakan bayaran ke atas Pulau Pinang atas bekalan air yang disalurkan oleh Kedah ke negeri tersebut.Maka,melentinglah kerajaan Pulau Pinang apabila kerajaan PAS Kedah memasukkan jangkaan pendapatan dari penjualan air itu iaitu RM20 juta,ke dalam pembentangan bajet negeri itu baru-baru ini.Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng,kerajaan PAS Kedah langsung tidak berbincang dengan pihaknya mengenai perkara itu sekali gus menunjukkan yang tindakan kerajaan Kedah memasukkan angka tersebut ke dalam bajet bolehlah dianggap penipuan dalam pembentangan, kalau pun tidak percubaan memperdaya kerajaan Pulau Pinang.Semua masalah ini tidak pernah timbul ketika atau jika Barisan Nasional masih memerintah negeri-negeri itu.Hanya apabila PR mengambil-alih maka semuanya menjadi kelam kabut,keliru dan buntu. 

Begitulah halnya dengan Kelantan yang telah 22 tahun diperintah oleh PAS.Selama 22 tahun, kerajaan 'Islam' PAS terus-terusan gagal menguruskan keperluan paling asas ini sehingga menyebabkan rakyatnya menderita dan terpaksa mencari berbagai-bagai alternatif untuk mendapatkan jangankan air bersih,tetapi juga air itu sendiri.Jika sepenggal,mungkin kita boleh menerima alasan dari kerajaan negeri,tak kira apa jua alasannya.Tetapi jika sudah 22 tahun,iaitu lebih 4 penggal masih tiada perubahan,maka sahlah bahawa kerajaan PAS Kelantan tidak tahu atau tidak mahu menyelesaikan masalah tersebut.Menafikan,menepis atau menuding jari ke serata arah atas kegagalan selama 22 tahun hanya menguatkan lagi pengesahan tersebut. 

Air bukan sahaja elemen asas untuk hidup,tetapi juga ia adalah elemen penting dalam Islam kerana ia membawa bersamanya simbol kebersihan.Islam adalah agama suci,kerana itu Islam meletakkan kebersihan sebagai perkara paling utama.Tidak ada maknanya kita bersolat jika kita tidak berada dalam keadaan bersih.Hanya agama Islam yang mengkategorikan kotoran serta menetapkan cara pembersihan.Dalam beberapa hal,pembersihan untuk tujuan penyucian memerlukan lebih dari sekadar tindakan,tetapi juga lafaz niat yang betul.Ini kerana Islam bukan agama luaran atau sekadar di kulit, tetapi dalaman yang letaknya di dalam iman di hati dan pemikiran di minda yang membentuk roh yang tidak dapat dilihat.Dalam Islam,kita perlu bersih dahulu sebelum dapat mesucikan diri. Justeru, sebagaimana pentingnya air untuk hidup,begitulah juga pentingnya bersih dalam Islam. Mungkin bukan satu kebetulan apabila semua negeri PR mengalami masalah dalam isu air.Mungkin ia satu petunjuk kepada rakyat Malaysia tentang betapa kotornya pakatan mereka. Nampaknya, tidak mustahil PR akan tenggelam dalam isu air agar kita dapat membersihkan kembali negeri-negeri yang diperintah mereka. 

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! TUN MAHATHIR MEMBELASAH ANWAR IBRAHIM KAW-KAW !!!

Posted: 30 Nov 2012 06:00 PM PST


Anwar telah menyatakan dalam The Wall Street Journal yang berbunyi, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel" ("Saya sokong semua usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.") 

Sejak Israel didirikan di atas wilayah milik orang Palestin,Israel menjelaskan dan mempertahankan segala tindakannya ke atas rakyat Palestin dan wilayah Palestin sebagai usaha untuk melindungi keselamatan Israel. Antara tindakan Israel yang didakwa olehnya sebagai melindungi, mempertahan dan menyelamatkan Israel ialah : 

* Membunuh beramai-ramai Arab Palestin seperti di Deir Yassin supaya Arab Palestin keluar dari wilayah yang dihadiah oleh British kepada Zionis untuk menjadi negara mereka. 

* Tidak membenar orang Palestin yang dihalau keluar ini kembali ke wilayah yang dikuasai Israel. 

* Menembak dan membunuh penyertaan intifada yang membaling batu, termasuk kanak-kanak. 

* Memperluaskan wilayah Israel melalui serangan ketenteraan. 

* Membina beratus settlement (penempatan) Yahudi di atas wilayah Palestin. 

* Membekal pemastautin Yahudi dalam settlement ini dengan senjata untuk mempertahan settlement. 


* Mengadakan beratus road block untuk menghalang perjalanan orang Palestin dalam kawasan orang Palestin. 

* Melambatkan proses membenar rakyat Palestin berjalan sehingga yang sakit tidak sempat ke hospital dan yang mengandung melahirkan anak di roadblock. Anak kerap mati dan ibu berdarah sehingga meninggal dunia. 

* Membedil kawasan Palestin tanpa sebab supaya Arab Palestin tinggalkan wilayah mereka dan Palestin, kemudian dimiliki sepenuhnya oleh Israel. 

 * Menembak roket untuk membunuh seorang pesakit di atas kerusi roda dan seorang pemimpin Hamas di Gaza. 

* Mengepung kem pelarian Shatilla di Lebanon dan mengarah tentera selatan Lebanon yang terdiri daripada orang Kristian untuk membunuh 2,500 pelarian Palestin. Satu daripada pelarian Palestin yang terselamat menceritakan kepada Suruhanjaya Pengadilan Palestin yang diadakan di Kuala Lumpur pada 21 November 2012 bagaimana askar memasukkan semua ahli keluarganya ke dalam rumah, kemudian mengarah orang lelaki keluar dan berdiri menghadap dinding rumah dan mereka ditembak mati, termasuk bapanya dan suaminya. 28 ahli keluarganya ditembak mati sebegini. 

 * Menghancurkan kampung Jenin dengan serangan bersenjata dan jentolak untuk robohkan rumah dengan penduduk masih berada di dalam. 

* Membedil dan menyerang Genting Gaza sehingga musnah hospital dan sekolah pada 2006. Seorang wanita Amerika yang menghalang jentolak daripada memusnahkan sebuah rumah, dilanggar dan digelek hingga mati wanita berkenaan. Mahkamah Israel mendapati askar yang memandu jentolak itu tidak bersalah. 

* Menyekat kapal-kapal yang membawa ubat, makanan dan bahan binaan daripada menghampiri Gaza.Dua kapal milik Perdana Global Peace Foundation dan sebuah kapal Turki diserang di perairan antarabangsa.Sembilan orang pekerja amal Turki yang berada di atas kapal Mavi Marmara ditembak mati. 

* Sekatan ke atas Gaza dikenakan sehingga sekarang walaupun ia haram dari segi undang-undang antarabangsa. 

* Baru-baru ini Israel melancar roket untuk membunuh seorang ketua Hamas.Apabila Gaza melancar serangan balas dengan roket,Israel membalas dengan melancar roket dan bom ke atas Gaza. Seramai 160 orang terbunuh kerana tindakan Israel. 

Semua ini dan keganasan lain lagi didakwa oleh kerajaan Israel adalah untuk keselamatan (sekuriti) Israel. Semua ini, mengikut Anwar Ibrahim disokong olehnya kerana semua ini adalah "efforts to protect the security of Israel" (usaha untuk melindungi keselamatan Israel).Apa lagi bukti yang dikehendaki oleh ahli Parti Keadilan Rakyat dan PAS untuk tidak mempercayai yang Anwar Ibrahim adalah penyokong Israel.Menyokong Anwar samalah dengan menyokong Israel. Orang ini berlagak sebagai pejuang Islam untuk sokongan penyokong PAS.Tetapi untuk menjadi Perdana Menteri,menyertai Umno dan mengutuk PAS.Kemudian apabila digugur oleh Umno,menyokong PAS semula.Orang yang mudah melompat dari parti ke parti,tidak sukar lompat dari Palestin ke Israel,dari Islam ke Yahudi.

Oleh Tun Mahathir 

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...