PAPA GOMO

PAPA GOMO


PUNDEK - Pemimpin Pakatan Arahkan Rumah Ibadat Hindu Seluruh Selangor Dimusnahkan

Posted: 09 Dec 2012 06:00 PM PST

 Kekejaman Rejim Kerajaan Pakatan PKR,PAS,DAP Selangor
"Kasi Pecah"



 Kekejaman Rejim Kerajaan Pakatan PKR,PAS,DAP Selangor
"Kasi Pecah"

 

 Kekejaman Rejim Kerajaan Pakatan PKR,PAS,DAP Selangor
"Kasi Pecah"

 

Kekejaman Rejim Kerajaan Pakatan PKR,PAS,DAP Selangor
"Kasi Pecah"

 

Kekejaman Rejim Kerajaan Pakatan PKR,PAS,DAP Selangor
"Kasi Pecah"

 

 Kekejaman Rejim Kerajaan Pakatan PKR,PAS,DAP Selangor
"Kasi Pecah"

 

 Kekejaman Rejim Kerajaan Pakatan PKR,PAS,DAP Selangor
"Kasi Pecah"

 

Kekejaman Rejim Kerajaan Pakatan PKR,PAS,DAP Selangor
"Kasi Pecah"


Lokasi Rumah Ibadat Kaum Hindu yang dipecahkan
oleh Kerajaan Pakatan PAS,DAP,PKR Selangor ini terletak di
Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.


Pada tahun 2007 sebuah kuil hindu di Padang Jawa, Shah Alam telah dirobohkan selaras dengan perintah mahkamah. Ini kerana kuil pemilik tanah dimana kuil itu dibina mahu memajukan kawasan berkenaan. Bukan sahaja kuil yang dirobohkan, ia melibatkan rumah penduduk dan juga surau.

Kerajaan negeri pimpinan BN ketika itu telah mengarahkan pemaju agar menyediakan rumah ganti kepada penduduk yang rumah mereka dirobohkan. Begitu juga dengan kuil yang tersebut. Bukan setakat diberi tapak sebagai ganti untuk membina kuil baru, malah pihak kuil juga turut diberi pampasan RM 40'000. 00.

Pada ketika itu PKR , PAS dan DAP masih lagi pembangkang di negeri Selangor. Mereka bersama-sama HINDRAF telah mengeksploitasi kes perobohan kuil itu semaksimum mungkin hingga mengundang perasaan marah orang-orang india yang beragama hindu, dan seterusnya mereka bangkit dalam satu perhimpunan besar di Kuala Lumpur pada pada 25.11.2007 hingga mencetuskan rusuhan.

Tidak berhenti di situ, PKR, PAS ,DAP dan HINDRAF  terus mencanang kes berkenaan hingga menjadi semakin kronik yang akhirnya kita semua dapat menyaksikan hampir 100 peratus orang-orang india menolak BN dalam PRU 2008 hingga menyebabkan BN hilang tampuk kuasa di negeri Selangor.

Setelah membentuk kerajaan pada Mac 2008 dan sebaik sahaja pentadbiran pimpinan Khalid Ibrahim memasuki Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mereka telah mengeluarkan arahan supaya sebarang kuil atau rumah ibadat lain yang wujud sebelum 2008 agar tidak dirobohkan.

Bagaimanapun itu hanya janji sewaktu mereka baru mendapat kuasa. Itu hanya janji sebelum mereka nampak wang ringgit. Apabila sudah nampak wang ringgit, segalanya boleh berubah.

Semenjak mereka memerintah banyak kuil yang telah dirobohkan. Antaranya di Kajang dan Shah Alam. Salah sebuah kuil di Subang Jaya yang berusia 124 tahun (kuil Seafield Sri Maha Mariamman) juga sedang menunggu masa untuk dirobohkan. Perkara berkenaan boleh dibaca di www.sinarharian.com.my. Read More...
Xavier Jayakumar Exco Kerajaan Negeri
Pakatan Selangor Tidor!!!

Gua malas nak cakap pasal kejadian ni sebab Gua dan ramai lagi yang sememangnya dah tahu bahawa Pakatan PAS,DAP dan PKR ni memang kejam lagi Zalim. Tragedi Kg Buah Pala yang mana dirobohkan oleh kerajaan Rejim Zionis DAP keatas masyarakat India dulu sudah menjadi bukti bahawa mereka Pakatan PAS,DAP dan PKR hanya pandai menabur janji tetapi tidak menunaikan janji sebaliknya bertindak lebih kejam dan buas berbanding Barisan Nasional.


Rumah Ibadat dalam rumah pun dipecahkan
kerajaan Pakatan PAS,DAP, PKR Selangor.
"Dalam Rumah Sendiri Kena Pecah. Zalim"

Buat masyarakat India khusunya di Selangor anda semua boleh fikir dan nilai sendiri tragedi yang mana dipaparkan sepertimana gambar diatas. Renung renungkanlah wahai kaum India, fikir kan apa nasib anda akan datang dibawah kerajaan Zalim PKR,PAS dan DAP ini.

Hanya pemimpin India PKR sahaja yang kaya raya dan kenyang sepertimana Xavier jayakumar sampaikan dalam sidang dun pun tidor coz dan kenyang dengan limpahan wang dan nikmat projek hasil keringat rakyat!!!

Psssttt..... Kaum India kena bangkit, bangkit menentang Pakatan PAS,DAP dan PKR pada PRU 13 nanti.



Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.


Masyarakat India Serik Penipuan Pembangkang Kini Kembali Bersama MIC

Posted: 09 Dec 2012 08:00 AM PST




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu masyarakat India kembali menjadi 'simpanan tetap' kepada Barisan Nasional bagi menentukan BN mendapat kejayaan besar dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.
   
Beliau berkata ini penting kerana hanya BN merupakan satu-satunya parti yang boleh menjamin masa depan kaum ini menerusi pelbagai program yang sedang dan akan dijalankan termasuk dalam bidang pendidikan dan ekonomi.
Najib berkata kaum India yang terpedaya dengan janji-janji kosong pembangkang pada pilihan raya umum lepas harus kembali menyokong BN kerana terbukti pembangkang telah gagal melaksanakan semua janji mereka termasuk dalam soal Kampung Buah Pala di Pulau Pinang dan isu merobohkan kuil termasuk yang terbaru di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.
   
Beliau berkata 'simpanan tetap' BN itu berpindah kepada pembangkang pada pilihan raya umum Mac 2008 bukan kerana mereka mahukan pembangkang tetapi kerana ada perasaan di kalangan kaum India yang ingin melihat BN berubah dan lebih peka kepada hasrat dan aspirasi kaum itu, kata.
   
"Justeru sejak empat tahun lepas, BN sudah bayar 'faedah' yang tinggi menerusi pelbagai program bagi membantu masyarakat India dan kini ternyata ke mana-mana saya pergi sambutan yang saya terima dari kaum India sangat hebat.
"Ini membuktikan bahawa kaum India sudah bina kembali keyakinan atau 'nambikei' kepada kerajaan dan mereka ada keyakinan bahawa masa depan mereka lebih terbela dengan kita (BN)," Read More..


Gomo setuju dengan kenyataan Perdana Menteri D.S. Najib Tun Abdul Razak bahawa kaum India merupakan simpanan tetap kepada Barisan Nasional. Kita sememangnya tahu bahawa kaum India merupakan pengundi setia kepada Barisan Nasional sejak dulu lagi walaupun banyak hasutan dan dakyah yang cuba disampaikan oleh pihak pembangkang untuk kaum India menolak BN.

PRU 12 yang lalu tidak dinafikan bahawa ada pengundi India yang menolak BN yang pada Gomo adalah hasil dari hasutan pembangkang melalui HINDRAF yang mengapi apikan sentimen perkauman agar kaum India membenci UMNO dan setterusnya menolak BN.

Namun selepas pengambil alihan Najib Razak pada tahun 2009 selaku Perdana Menteri menggantikan Pak Lah masyarakat India dilihat kembali yakin kepada Barisan Nasional. Malah masyarakat India telah sedar bahawa mereka sebenarnya dijadikan alat oleh pembangkang sepertimana yang berlaku di Kg Buah Pala apabila Anwar Ibrahim menjanjikan langit dan bintang untuk tidak meroboh perkampungan masyarakat India namun akhirnya dirobohkan juga oleh Lim Guan Eng DAP.


Barisan Nasional memerlukan undi kaum India pada PRU 13 kelak, untuk mengharapkan sokongan pengundi Cina mungkin agak tipis namun undi dari kaum India dilihat baik dengan peningkatan mendadak sejak Samy Vellu melepaskan jawatan selaku Presiden Parti MIC.

Apa sekalipun MIC tetap membela kaum India walaupun segala kebajikan yang dilakukan MIC dinafikan pihak pihak pembangkang. Hasil yang ada pada kaum India hari ini terbentuk dari perjuangan pemimpin MIC terdahulu dan sudah pastinya kaum India tidak mungkin dapat melupakan jasa baik kerajaan Barisan Nasional terutamanya pemimpin MIC dalam membela kebajikan mereka.

Psssttt..... MIC parti kaum India,.


Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...