BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! LAPORAN PENUH PIALA AFF SUZUKI !!! MALAYSIA SERI 1 GOL DENGAN THAILAND !!!

Posted: 09 Dec 2012 08:00 AM PST


Malaysia gagal memanfaatkan peluang terbaik beraksi di halaman sendiri apabila seri 1-1 menentang Thailand pada separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil,di sini Ahad malam.Keputusan itu ternyata menyaksikan anak buah Datuk K. Rajagobal berdepan tugas sukar apabila kedua-dua pasukan bertemu pada separuh akhir kedua di Stadium Supachalasai di Bangkok pada Khamis ini. Malaysia, juara bertahan,bermula garang di awal babak permainan dengan asakan ke kubu pertahanan Thailand namun ketumpulan jentera serangan menafikan peluang yang terhidang.Sebaliknya,Thailand yang sekali-kala melancarkan serangan ke arah pintu gol tuan rumah hampir memecah kebuntuan pada minit ke-19 apabila sepakan kencang Phichitphong Choeichiu dari luar kotak penalti berjaya ditepis keluar Mohd Farizal Marlias. Tersentak dengan percubaan tersebut, pemain Harimau Malaya kembali mengatur serangan dan hasil hantaran silang Mohd Bunyamin Omar,gagal ditanduk kemas Azammuddin Mohd Akil pada minit ke-20. Malaysia berpeluang berada di hadapan pada minit ke-32 namun kuisan Baddrol Bakthiar menerusi sepakan sudut Safiq Rahim berjaya ditampan keluar penjaga gol Thailand,Kawin Thamsatchanan. 

Seminit kemudian giliran Safiq pula mengancam pintu gol lawan tetapi sepakan percumanya ditepis keluar penjaga gawang Thailand untuk kedudukan tanpa jaringan pada separuh masa pertama. Tiga minit selepas permainan bersambung,Norshahrul Idlan Talaha kembali menemui rentak pemusnah apabila menanduk masuk gol pertama Harimau Malaya hasil hantaran silang Mahali Jasuli.Ketinggalan satu gol,skuad Gajah Putih mengasak pintu gol tuan rumah namun benteng pertahanan Malaysia kebal daripada dibolosi. Norshahrul, pemain paling bernilai, hampir menggandakan jaringan pada minit ke-63 selepas berjaya mengelecek pertahanan Thailand namun sepakannya dalam kotak penalti sedikit tersasar. Thailand hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-66 apabila rembatan kencang pemain gantian Apipoo Suntornpanavej ditepis keluar oleh Mohd Farizal untuk sepakan sudut.Pasukan pelawat akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-79 menerusi penyerang berbisa mereka, Teerasil Dangda yang menanduk masuk bola hasil umpaman rakan sepasukan untuk menewaskan Mohd Farizal. Kelantangan jurulatih Thailand,Winfried Anton Schafer yang sering membantah keputusan pengadil akhirnya membawa padah padanya apabila beliau diarah meninggalkan padang pada minit ke-81.Kesempatan itu digunakan sepenuhnya pasukan Malaysia untuk merencanakan gerakan dan Safee Sali yang masuk menggantikan Amar Rohidan hampir meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-87 namun tandukannya ditepis keluar penjaga gol Thailand.Pada babak-babak akhir permainan,Malaysia mengatur serangan bertali arus ke kubu Thailand namun peluang yang ada disia-siakan untuk kedudukan tersebut kekal sehingga tamat permainan.- Bernama

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT !!! BERPULUH RIBU YANG HADIR UNTUK HANGATKAN SUASANA !!! BETUL KER ???

Posted: 09 Dec 2012 04:00 AM PST


sasaran PAS Kedah dalam penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat itu adalah 40 ribu orang. Ia diharapkan menjadi pemangkin kepada satu lagi Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada bulan hadapan dengan jumlah penyertaan disasarkan adalah 1 juta orang.Namun secara jelas,sambutan yang diberikan kepada program anjuran PAS itu agak hambar.Wacana Bicara Wanita PR yang diadakan beberapa jam lebih awal di Stadium Sultan Abdul Halim hanya berjaya menghimpunkan tidak lebih daripada 150 hadirin sedangkan PAS dan Pakatan Rakyat amat berharap kepada kaum Wanita yang akan menjadi penyokong serta tenaga kerja mereka pada PRU13 nanti. 

 Jam 6:19 petang, jumlah yang datang hanyalah lebih kurang 8 ribu orang,jauh tersasar dari jumlah 40 ribu orang yang diharapkan. Mengharapkan jumlah akan bertambah berkali-kali ganda selepas solat Maghrib, pihak penganjur jelas begitu resah dengan perkembangan yang dapat mereka saksikan dengan mata kepala sendiri.Majlis yang sepatutnya berlangsung pada pukul 9:00 malam,terpaksa ditunda setengah jam kemudian apabila jumlah kehadiran hanyalah sekitar 16 ribu orang sahaja. 

Jam 9:14 malam, antara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Suka Menanti adalah Mat Sabu, Kadir Sheikh Fadzir, Chegu Bard, Ghani Ahmad, Izzat Shauki, Amiruddin Hamzah, Tamrin Ghafar Baba dan Haji Salleh Muda. Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak tiba pada 

jam 9:24 malam dan disambut dengan laungan takbir yang kurang bersemangat. 

Jam 9:25 malam, Mat Sabu mula berucap dan seperti biasa, ucapan Mat Sabu sudah boleh diijangkakan apa isi kandungannya.

Hampir jam 10:00 malam, jumlah hadirin lebih kurang 18,000 orang dan jumlah tersebut masih jauh daripada sasaran yang ditetapkan iaitu 40,000 ribu....


UNTUK SELANJUTNYA 

ITU JER KER YANG ADA ???

ITU PUN CAMPUR ORANG LUAR KAN ???

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! KAMERA AES DITUTUP KAIN MERAH !!! APA CERITA NI ???

Posted: 08 Dec 2012 09:00 PM PST


Amat lucu dan pelik scenario yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini.Pakatan haram cuba menguji kesabaran dan keberanian kerajaan Barisan Nasional.Menurut Ronnie Liu Kerajaan pakatan haram Selangor buat masa ini tidak akan menanggal atau merobohkan dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang di negeri itu tetapi sebaliknya akan menutupnya dengan kain.Tutup dengan kain. "What a joke".Simboliknya kain bewarna merah digunakan untuk menutup kamera.Menurut Ronnie yang cukup kurang ajar ini dia berhajat mahu mencabut dan menanggalkan kamera tetapi Khalid hanya mahu menutupnya sahaja.Ronnie seolah-olah mencabar kerajaan Barisan Nasional bila dia mahu melihat siapa yang akan berani membuka kain merah yang menutupi kamera tersebut.Manakala kenyataan dari Majlis Perbandaran Sepang (MPS) pula tidak akan menutup kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di dua lokasi di Sepang kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang,Mohd.Sayuti Bakar.Ini kerana pihak MPS telah mengarahkan syarikat yang bertanggungjawab memasang kamera itu iaitu Beta Tegap Sdn. Bhd. dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menutupnya sendiri.

Langkah ini selaras dengan notis Seksyen 72(1) c di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan arahan itu telah dikeluarkan pada 6 Disember lalu kepada pihak terbabit. " Ronnie Liu akan menggunakan undang-undang samseng DAP manakala pihak majlis akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang sedia ada setelah tempoh matang notis dikeluarkan. Dua lokasi AES itu adalah di Kilometer 66 arah Kajang Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Kilometer 301.7 arah ke Kuala Lumpur Lebuh Raya Utara Selatan. Kelonggaran tempoh pembayaran saman telah diberi oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari 60 hari kepada enam bulan, Pakatan haram sebenarnya lebih mengutamakan undang-undang rimba dan samseng dalam menangani sebarang isu. Itulah sebab mereka memilih demonstrasi jalanan yang ganan berbanding pemuafakatan dan rundingan. Darah komunis mengalir terlalu pekat dalam jiwa mereka. Maka rakyat Malaysia diseru untuk menolak DAP dan pakatan dalam PRU13 yang akan datang demi menjamin kesejahteraan dan keamanan Malaysia. - Selangor Daily

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! ROBOH KUIL !!! KAUM INDIA MENGAMUK DEPAN SUK !!!

Posted: 08 Dec 2012 06:00 PM PST


Kerana marahkan tindakan berterusan kerajaan Selangor merobohkan kuil, 600 kaum India bangkit berdemonstrasi di hadapan Dataran Shah Alam dan bangunan SUK Selangor bermula 11.00 pagi.Mereka terdiri daripada Skuad Belia MIC,Nambikai,Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia,NGO Perinnbam,Indian Athma Sakti Association,Tamil Uthavum Karangkal dan beberapa NGO lain marah dengan kejadian terbaru merobohkan kuil di sebuah rumah kediaman di Sepang,lapor rakyatmerahkuning.blogspot.com.

"Mereka datang membawa kain rentang mengutuk tindakan kerajaan negeri yang tidak menghiraukan sensitiviti kaum beragama Hindu dengan tindakan merobohkan tempat sembahyang tersebut. "Ini merupakan kemuncak kebangkitan masyarakat India yang sudah lama memendam rasa tidak puas hati dengan kerajaan negeri terutamanya EXCO Xavier Jeyakumar yang disifatkan sebagai tidak menjaga kebajikan orang India Selangor,"lapor blog itu.

Blog mediashahalam turut menyiarkan satu memorandum berkaitan isu tersebut yang dihantar kepada Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim. "Kami menyifatkan pekara yang berlaku sebagai sesuatu yang serius dan menyentuh serta menghina sensitiviti agama Hindu.Insiden yang berlaku merupakan hadiah yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Negeri kepada masyarakat India di Selangor kerana mempercayai dan mengundi Pakatan Rakyat.Pakatan Rakyat menabur pelbagai janji antaranya tidak akan merobohkan sebarang tempat beribadat sekiranya pakatan rakyat mengambil alih kerajaan Negeri Selangor.Maka secara kesimpulanya Pakatan Rakyat dengan jelas dan sengaja telah memungkiri janji yang diberikan kepada masyarakat india sewaktu pilihanraya umum ke 12, "petikan daripada kandungan memorandum tersebut. 

Turut disenaraikan kuil-kuil Hindu yang telah diroboh,iaitu Kuil Seri Maha Kaliamman di Ampang Selangor (September 2008),Kuil Seri Muniswarar di Glenmarie,Shah Alam (November 2011),Kuil Sri Maha Mariamman di Kota Warisan,Dengkil (Februari 2012) dan tempat sembahyang di Taman Seroja Bandar Baru Salak Tinggi Sepang (November 2012).

ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...