Kedah Ke KL - MctHeory |
- PANASS!! Tokey I-City Kaya Tipu Orang Kampung?
- PANASS!! Guan Eng Cuba Cetuskan KRISTIANOFOBIA' Di kalangan Umat Islam Malaysia!
- PANASS!! Balak Mengila di Kedah boleh jejaskan Tanaman Sawah Padi!! #TukarKedah
- HOT! #IsuAirSgor! Akibat Gangguan Air, Khalid Gagap Hantar Air Free Untuk Rakyat Selangor Mandi!!
- GEMPAR!! Hadi Awang Sakit Tenat Sebab Tipu 'Amanat
| PANASS!! Tokey I-City Kaya Tipu Orang Kampung? Posted: 27 Dec 2012 07:17 AM PST Seringkali kedengaran rungutan berkenaan harga tiket dibeberapa tempat hiburan keluarga. Ini antara komplen yang Mc kongsi kepada pembaca : I-City, bertukarlah kau jadi kebun kelapa sawit.... Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan aku pulang pukul 11.30 malam. Selama 2 jam setengah, adalah masa masa yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dam aku luka jiwa raga. Aku kena main dan aku kena tipu. Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka secara 'as per term and condition', juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja. Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana. Lagi pedih, bila kumpulan manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang, Gua Musang, Felda Chenor, Padang Melangit dan Mersing. Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota. Mereka ini, dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City. Sebelum aku teruskan, mungkin aku boleh katakan yang i-City ni dibuat untuk pelancongan domestik. I-City pada telahan awal aku adalah tempat rakyat jelata menikmati keseronokan, dengan maksud, kerajaan (samada pusat atau negeri) atau syarikat yang menyelenggara mengenakan caj yang berpatutan dan tidak misleading. Sebaliknya aku salah, pakcik makcik juga salah. i-City rupanya bercita cita besar untuk memebelikan kereta Ferrari spider untuk setiap ahli lembaga pengarahnya. Mari aku ceritakan celakanya. Yuran entry, selepas 7pm, RM10. Ini aku boleh terima. Normal dan tiada yang aneh. Ok sekarang, tempat paling attractive di I-City, namaya SNOWALK. Idea SNOWALK ni nak bagi rakyat Malaysia merasa hidup di Iceland. Nak masuk sorang kena bayar dalam RM35-40 dewasa. Aku masuk ber empat semua sekali RM120. Ini pun, aku boleh terima lagi masa bayar sebab aku syak mestila SNOWALK ni power betul, boleh imitate almost exactly Iceland, atau Alps setidaknya. So RM120, setel..ready to rock in!. Wooo..bila aku dah masuk, rupanya kena rilek dulu, kena ambil jaket (ini masuk pakej, mujur). Lagi, yang pakai selipar, kena sewa kasut, beli stoking, beli sarung tangan (sewa ke beli atau dah tak peduli sebab masa ni aku mula menyirap). Aku cakap pada fateem, faseeh dan cikgu, kita masuk je dengan kasut yang sedia ada. Walaupun subconscious mind aku tahu yang kasut si fateem dan faseeh ni tak boleh bertahan dalam cuaca Iceland, tapi hati aku yang memberontak ni menghalang dari pegi sewa atau beli. Bukan sebab aku berkira, atau aku kedekut, tapi aku fikir..kalau I-City tahu stoking, sarung tangan dengan kasut Pua Chu Kang ni adalah dresscode sewajarnya, kenapa kau tak caj aku RM200 awal awal tadi? lepastu kau bagi aku kasut, stoking dengan sarung tangan terus, nampak tak sekarang? kalau aku dah bayar sekali, lepastu aku kena bayar lagi dan lagi, itu pada aku adalah perangkap dan penipuan. Dengan berat hati, aku dan ahli keluarga melangkah masuk, elok gaya nak masuk, brader jaga pintu spund cikgu, "handbeg tak boleh bawak masuk". Aku balas balik dengan sabar,"handbeg nak kena letak mana?". "Dalam locker kat sana", brader ni balas tenang. Aku suruh cikgu pergi setelkan handbeg dia, dan teruskan bersabar. Selang beberapa minit, cikgu datang balik pada aku, lalu dia tanyakan benda yang bikin aku lagi menyirap, "ada duit kecik? locker tu kena bayar". Dekat stage ni, aku geleng kepala. Aku dah tahu semua yang akan aku lalui lepas ni dalah mengkaya rayakan pemilik I-City, secara langsung membunuh jiwa aku dan pakcik makcik yang mengharapkan secebis gembira berjalan ke sini. Dalam kabin SNOWALK, boleh aku simpulkan, macam kau duduk dalam peti ais tempat beku. Ada igloo, ada lampu lampu, ada sedikit gelongsor ais. Aku tak nak komen apa yang dia sajikan sebab mungkin itu idea sebenar I-City, tapi aku fikir they can do much more better. Dan bila aku marah, aku akan jadi detail, "is this the best they can offer?". Aku mula nampak hal hal yang kacau fkiran aku, kenapa takde salji? kenapa takde paramedik standby kat luar kalau anak anak aku kena frostbite? kenapa kabin ni takde seni, kompressor aircond merata rata, beam beam dan structure bangunan obviously there, sebijik macam kau jalan kat carpark cuma bezanya kau sejuk. Kenapa jaket yang dia bagi ni zip rosak, butang rosak? kenapa tak banyak variety? kenapa tempat kecik? Nampak, benda ni patutnya senang, tapi bila aku dah mula kacau bilau dari awal, semua aku tengok salah. dan yess memang overall SNOWALK sucks big time. Aku keluar dari SNOWALK bila faseeh menangis sebab tak tahan sejuk ais banyak masuk dalam kasut dia. Bila aku sampai kat luar, aku tengok ramai yang menggigil sejuk, kasut yang sewa tadi semua bukak. kaki mereka aku tengok merah. Temperature terlebih sejuk ke aku tak tahu. Aku tak pernah pegi Iceland, Alps pun aku tak pernah pegi, aku tak tahu sejuknya macam mana. Lantaklah! Aku cuba bertenang, dan melepak dekat patung zirafah. fateem dengan faseeh nak main keretapi, kapal dan wheel apa benda entah. Aku tengok kawasan permainan ni semua berkumpul di satu port. Dalam kepala aku fikir macam ni, aku beli tiket sekali masuk, say RM20 sorang, atau berapa berapa lah, lepastu boleh main freeflow. Pergi matiii dengan fkiran aku, I-City lagi pandai korek duit dengan menggadai perasaan kesian mak ayah pada anak anak. Ada 6-8 jenis permainan, dia caj RM5/person untuk satu game. Ada 2-3 game yang RM10/person. Beli tiket pakai macam smartcard. Kiranya kalau baar RM50, pakaila kad tu sampai habis. Bodo anak aku 2 orang sekali naik keretapi yang pusing tak sampai 5 round, tak sampai 5 minit in fact, aku kena bayar RM10. (RM5/person). Itu yang RM5, yang game RM10 pulak, baraaii!. Setengah jam, RM50 gone. Come on what kind of pleasure the kids will have for half an hour? Dalam hal ni, kau orang kena clear standpoint aku. Aku tak bercakap untuk aku saja. Aku bercakap untuk orang lain, yang mungkin bajet mereka lagi kurang tapi dah terperangkap. Apa yang terperangkap? Kau bagitau anak anak kau nak datang I-City, mereka happy, bila dah sampai..pehh ambik beratus nak kena keluar. Takkan dah kat situ kau nak cakap kat anak anak kau "Janganlah..mahal lah". yang aku cerita keretapi 5 minit tak sampai tu apply pada semua game. Aku rakam fateem dan faseeh naik keretapi tu exactly less than 4 minit. Kau orang sabar. Aku belum habis lagi ni. Berbalik pada hal permainan. Masa di kaunter, dekat depan kaunter, clearly stated "RM5/person" untuk game game yang disenaraikan. Macam aku bgtau tadi, ada setengah game" RM10/person". Isu kedua timbul bila faseeh dinafikan hak untuk bermain kapal apa benda entah sebab tinggi dia tak lepas benchmark. Ohhhh yang ini aku betul betul fak!. Aku tarik faseeh keluar, sambil kepala aku cuba rasionalkan situasi. Exactly belakang faseeh, ada sorang budak perempuan, tinggi dia siiikiiittt je lagi nak sampai benchmark, terus budak lepas SPM yang jaga entrance reject suruh keluar. WOW! for God sake faseeh dan budak perempuan dah beratur 15 minit semata mata nak main, when they turn come, kau just suruh keluar sebab tak lepas height? Ayah perempuan tu cuba slowtalk dengan budak jaga entrance, kesian aku tengok orang kampung sorang sini, kesian lagi aku tengok anak dia yang terkebil kebil tak dapat main. Sabar aku hilang bila budak yang jaga tadi jawab endah tak endah dengan ayah budak perempuan tu. Sabar aku diakhiri dengan makian orang putih ditengah khalayak orang ramai. Aku tak boleh kontrol sebab aku kesian betul dekat faseeh, lagi aku kesian dekat budak perempuan yang terkecil kebil kecewa tu. Aku ajak ayah budak tadi pergi kaunter. Sampai di kaunter aku bagitau yang "kenapa masa beli tiket you tak cakap budak budak ni ada height limit?" Pehhh makwe kaunter tu bagi jawapan bijak,"Kat atas kan ada beritahu" sambil dia tunjuk kat atas dinding (kau kena dongak kalau nak baca satu satu) ada A4 beberapa keping yang beritahu game game yang ada height limit, dan Yes, font dia aku tengok macam font 14 atau paling besar 16. Lalu aku khutbah pada dia, kenapa dekat depan kaunter ni tak tulis pulak? dan kenapa kau, sebagai penjual tiket yang tahu permainan ni semuanya untuk budak budak tak beritahu awal awal "encik, untuk game ni game game ni, budak bawah 120cm tak boleh main", kenapa kau tak buat? kau harap orang baca benda info yang berselerak, dalam keadaan orang ramai, nak cepat, nak bagi budak budak seronok. Ni sama la macam jual buah Strawberry kat petaling street letak sigboard besar RM5. Mindtrick, sebab by default orang ingat sekilo RM5, orang tak banyak tanya terus mintak sekilo. Hahh ambik kau rupanya RM5 ni untuk 100gram. Tulisan 100gram ni kecik halus je dia letak tepi RM5. Memang ada point yang ko salah sebab tak teliti, tapi dalam masa yang sama, kau rasa kena tipu tak? sebab dalam keadaan sibuk, orang ramai berpusu, berapa kerat manusia je boleh bagi attention to detail?. Ini nama dia manipulation. Dan akhir sekali, smartkad tu, kalau kau tak habis main, duit dalam tu banyak lagi, kau boleh refund RM5 sahaja. Maknanya, katala duit dalam tu ada lagi RM30, tapi anak kau dah mengamuk nak balik, atau tiba tiba dia sakit perut kena bawak ke hospital. Burnlah duit tu. Unless kalau kad tu boleh bawak balik dan esok kau datang lagi sambung pakai, itu aku tak tahu lah boleh ke tidak. Tapi berapa ramai pakcik makcik Kokdiang nak datang balik esoknya semata mata nak habiskan baki duit RM30? Nampak tak macam mana orang kampung kena main? Aku dah tak larat nak menulis. Lama dah aku tak menulis panja SEMBANG KENCANG...ng. Kesimpulan yang aku boleh bagi; Aku berharap, I-City ni, kau bertukarlah menjadi kebun kelapa sawit. Pesan aku: I-City memang mahal...kalau kaya tak pe..kalau korang gaji biasa-biasa je, better jangan masuk snowalk tu.. - Sumber dari facebook McTheory: Persatuan penguna perlu ambil perhatian dengan perkara ini.. jangan sampai ramai yang teraniaya! |
| PANASS!! Guan Eng Cuba Cetuskan KRISTIANOFOBIA' Di kalangan Umat Islam Malaysia! Posted: 27 Dec 2012 01:17 AM PST |
| PANASS!! Balak Mengila di Kedah boleh jejaskan Tanaman Sawah Padi!! #TukarKedah Posted: 26 Dec 2012 10:16 PM PST ![]() Pembalakan melampau di Gunung Inas dan kawasan Tasik Pedu untuk dijadikan ladang rakyat oleh kerajaan negeri Kedah membimbangkan petani kerana aktiviti itu boleh mengakibatkan jumlah taburan hujan berkurangan. Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) F-IV Sungai Limau Dalam di Yan Datuk Ismail Arshad berkata hutan yang ditebang merupakan kawasan tadahan hujan yang airnya dialir ke kawasan pertanian. "Jika semua balak ditebang kemungkinan taburan hujan berkurangan dan sekaligus air di empangan juga akan kurang. Ini adalah kesan jangka panjang. "Jika aktiviti pembalakan diteruskan, tidak mustahil air dalam empangan akan kering pada masa depan dan akan menjejaskan hasil padi," katanya pada sidang akhbar berkaitan aktiviti pembalakan yang didedah akhbar baru-baru ini. Beliau berkata kawasan pembalakan itu telah digazet sebagai hutan simpan serta kawasan tadahan hujan yang tidak sepatutnya 'diusik' dan menyifatkan tindakan menggondolkannya sebagai pengkhianatan terhadap petani. - Medan Tempur McTheory: Azizan mana tau apa, makan dia tau la kot.. |
| HOT! #IsuAirSgor! Akibat Gangguan Air, Khalid Gagap Hantar Air Free Untuk Rakyat Selangor Mandi!! Posted: 26 Dec 2012 07:17 PM PST Akibat gangguan air di kawasan sekitar Pandan Perdana, Pandan Indah, Taman Taynton View dan Taman Bukit Segar di Cheras. Syabas akan membekalkan 5 lori tangki air ke kawasan terlibat. Itu lori dari Syabas, dari pihak Kerajaan Negeri Selangor pula, Khalid akan sediakan 4 lori tangki air secara PERCUMA untuk penguna yang mengunakan meter private. Bermakna, satu rumah, 4 lori tangki? Kenapa 4 lori? Sebab kalau isu air ini berlarutan, 4 lori tangki bersamaan dengan 20 meter padu air percuma yang sepatutnya setiap pengguna di Selangor dapat. Ya lah bukankah manifesto Pakatan cakap rakyat Selangor dapat air percuma. Memang kalau dah tahap air di kolam menjunam teruk, inilah kerja Kerajaan Khalid nanti, asyik menghantar lori-lori tangki air ke pengguna. Kalau tidak nanti saman masuk lagi... Kalau 200 biji rumah? dah berapa tangki air yang Khalid nak berikan? Itu bagi rumah teres, semi-d atau banglo. Bagi rumah pangsa atau flat kos rendah? Satu flat hanya mengunakan satu meter pukal, dan disalurkan ke setiap rumah, harga air dikawal oleh pentadbiran flat. Kalau guna satu meter, tentunya hanya 4 lori tangki yang akan tiba diperkarangan rumah flat yang didiami oleh beratus orang penghuninya. Apakah ini adil? Nampak sangat Kerajaan Negeri Selangor, hanya membela orang kaya, dan menindas lagi rakyat yang berpendapatan rendah. Kejadian yang sama berlaku pada air 'percuma' yang Khalid banggakan selama ini. Tapi sampai hari ni pun kerajaan Khalid tak hantar lori-lori tangki air ke kawasan bermasalah ni... Hari tu masa air empangan Sg Selangor turun hingga hampir setengah, Kerajaan Khalid tak turun padang. Sekarang ni berapa ramai rakyat yang menderita akibat ganggguan air ni, Kerajaan Khalid masih berdiam diri. Peliknya LUAS boleh keluar kenyataan cakap air mentah di Selangor cukup sehingga 2030. Memanglah lepas ni Syabas akan di kambing hitamkan. Khalid sudah tentunya orang yang mula-mula sudah tahu gangguan air ni sebab Kerajaan Selangor juga adalah empunya Syabas.. Mc diberitahu, kawasan yang mengalami gangguan air ni, sememangnya sering mengalami gangguan. Namun gangguan air yang dialami selama ini di diamkan saja oleh adun dan ahli parlimen masing-masing, meskipun terdapat banyak aduan. Kenapa mereka diam? Kenapa mereka tidak bersuara? Mari kita lihat siapa adun dikawasan berkenaan. Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai dari Dap. YB Iskandar Adun Cempaka ni dari Pas, YB Lee Ying Ha pula Adun Teratai juga dari Dap. Ohh.. faham la Mc, kenapa mereka ini berdiam diri selama ini. Mereka ini Ahli Parlimen dan Adun dari puak Pakatan Haram. Mereka tak berani bersuara mengenai gangguan air selama ini disebabkan takut kepada Khalid Gagap. Jika mereka bersuara seperti mana Hannah Yeoh yang 'komplain' pasal masalah air di Subang tempohari, tentunya ia akan memberi kesan kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang menafikan bahawa Selangor tidak pernah menghadapi masalah air. Sudah tentu, mereka ini tak berani nak lawan bos. Biar rakyat dikawasan mereka takdak air dan hidup susah, janji kepentingan politik bos dan Pakatan Haram perlu dijaga. Kalau tak jaga, nanti PRU ke 13, dah takdak harapan nak pilih jadi calon lagi kot? Mc amat bersimpati dengan rakyat Selangor yang duduk dibawah wakil rakyat seperti mana mereka ini. Mereka bukan berkhidmat untuk rakyat, tetapi berkhidmat untuk memperbodohkan rakyat seperti mana sekarang. Mc rasa, sampai masa khidmat adun dan ahli parlimen seperti ini tidak diperlukan lagi oleh rakyat. Paling senang, kalau ditukarkan sekali Kerajaan Negeri Selangor yang tak relevan ini. Orang nak sumber air tetap yang baik, tapi Khalid bagi air percuma dari lori pulak. Tak masuk akal langsung! Sampai bila rakyat Selangor nak melihat drama swasta bersiri permainan puak Pakatan ni, sampai bila? Selagi Langat 2 tak dibina dan Selangor tidak mempunyai tempat simpanan yang besar, selagi itu, gangguan air ini akan tetap bersambung sirinya, dan drama puak Pakatan mengenai hal air pula akan tetap dilakonkan semata-mata nak jaga periuk nasi masing-masing. Namun sampai bila anda semua boleh sabar? Nak tunggu hingga lori sampai, atau hujan turun baru boleh dapat air? aduh laa.. fikirlah semua. McTheory: Khalid dan Kerajaan Negeri Selangor dah tak layak memerintah, bab air pun fail, macam mana nak jaga bab lain? |
| GEMPAR!! Hadi Awang Sakit Tenat Sebab Tipu 'Amanat Posted: 26 Dec 2012 04:37 PM PST Isu Amanat Hadi terus menghantui PAS walaupun berbagai usaha menepis dan mengalihkan pandangan dilakukan mereka. Isu ini mungkin tenggelam timbul mengikut musim pilihanraya, namun ia tidak bermakna yang ia telah tidak relevan lagi. Seperti yang didedahkan, amanat tersebut telah menyebabkan begitu banyak kesesatan dan perpecahan sehinggalah kepada kehilangan nyawa. Berbagai cabaran dilakukan terhadap Hadi Awang untuk tampil menarik balik amanatnya tetapi sehingga kini beliau membisu seribu bahasa. Selain kenyataan Nik Aziz di Harakah yang cuba meyakinkan orang ramai bahawa Hadi Awang adalah orang yang berilmu dan tahu apa yang dilakukannya, hanya puak-puak pencacai bawahan sahaja yang meroyan di laman-laman sosial cuba membela amanat tersebut sebagai benar ataupun sebaliknya, basi. Sedangkan Hadi Awang langsung tidak merasa terpanggil memberi komen terhadap pendedahan bekas penyokongnya yang menceraikan isteri, menghancurkan hati ibubapa sendiri atau mengecilkan hati jiran tetangga semata-mata percaya bahawa mereka semua kafir, berdasarkan amanatnya. Hadi Awang juga nampaknya tega memalingkan muka dari anak-anak yatim Memali yang sehingga kini nampaknya ada yang masih percaya bahawa bapa mereka adalah syuhada kerana meninggal dunia dalam keadaan memerangi kerajaan kafir. Sikap berdiam diri Hadi menunjukkan betapa kerasnya hati manusia yang menganggap diri sendiri Ulama ini. Mungkin beliau hanya ingin menangani isu amanat ini di akhirat, dan bukan di dunia. Bagi Hadi, jika ada yang terus-terusan keliru, atau terus-terusan percaya bahawa isteri yang dicerainya, atau ibunya yang telah meninggal dunia adalah kafir, maka itu adalah masalah mereka, bukan masalahnya. Buat masa ini, Hadi hanya berminat untuk bercakap mengenai pilihanraya dan bukan agama. Inilah persepsi ramai terhadap sikap membisu Hadi Awang. Walaubagaimanapun, adalah tidak wajar bagi kita untuk menjadi se-angkuh dan se-takbur Hadi Awang dengan merasakan persepsi kita benar belaka. Kerana itu kita harus bersifat terbuka untuk menerima kemungkinan yang persepsi kita adalah salah. Oleh itu kita wajar mengambil kira bisikan yang sayup-sayup kedengaran dari kedai-kedai kopi, yang mengatakan bahawa Hadi Awang sedang sakit. Khabarnya, beliau bukan sengaja ingin membisu tetapi sebenarnya tidak mampu berhadapan dengan media dalam keadaan sekarang. Benar, hanya beberapa hari lalu, beliau kelihatan begitu sihat dan cukup kuat untuk memegang jawatan Perdana Menteri tetapi, entah kenapa hari ini beliau dikatakan tenat. Ada yang berkata beliau begitu tertekan dengan isu amanat ini kerana tidak tahu cara yang terbaik untuk menanganinya tanpa menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya. Jika beliau mempertahankan kepercayaan pengikutnya bahawa UMNO adalah kafir dan kematian penduduk Memali adalah syahid maka beliau pasti berhadapan dengan lebih banyak penceraian dan perpecahan di kalangan pengikutnya yang mana sudah pasti menimbulkan kegemparan dan membahayakan kedudukan PR. Jika beliau menafikan yang beliau pernah menyebar kepercayaan bahawa orang UMNO itu kafir maka beliau perlu berhadapan dengan bekas penyokongnya yang telah mengkafirkan adik beradik, saudara-mara serta jiran tetangga mereka kerana percayakan sebaliknya. Beliau juga perlu memberitahu anak-anak yatim Memali bahawa bapa mereka sebenarnya telah mati katak, dan bukannya mati syahid. Ini tentu menimbulkan masalah yang lebih berat lagi kepada PAS dan juga PR. Justeru, Hadi kini benar-benar tertekan kerana takut isu amanat ini akan menggagalkan cita-citanya untuk merasai kerusi empuk Putrajaya yang suatu masa dahulu ingin dilelongnya. Kini, hidup mati Hadi adalah untuk Putrajaya dan beliau tidak dapat membayangkan kehidupan tanpa sedikit pun peluang untuk ke sana. Tidak pasti sama ada khabar angin ini benar tetapi yang pasti ia tidak wajar diketepikan. Perlu diingatkan bahawa adik Nik Aziz yang terkenal dengan doa K.O BN juga telah disahkan K.O iaitu tenat, hanya selang beberapa hari selepas doa kontroversi itu dilafazkan dengan gagah dan bersemangat sekali. Menurut sumber orang-orang kampungnya, beliau begitu tertekan dengan 'publisiti' berlebihan terhadap isu tersebut. Nampaknya, tidak mustahil bahawa Hadi Awang mengalami tekanan yang sama iaitu akibat 'publisiti yang berlebihan'. Jika ini benar, maka sebagaimana kita mendoakan agar adik Nik Aziz cepat sembuh, kita juga mendoakan agar Hadi Awang cepat sembuh agar dapat bersemuka dengan media dan menjawab segala kemusykilan penyokong atau bekas penyokongnya mengenai kafir atau tidaknya mereka-mereka yang menyokong UMNO. |
| You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.






No comments:
Post a Comment