PISAU.NET

PISAU.NET


Kebijaksanaan PAS menangani Rasuah - Nik Aziz

Posted: 27 Dec 2012 12:09 PM PST

Hutan Simpan Sungai Relai kini gondol, Licin dikerjakan oleh Nga dan Ngeh

Pisau kata " oh..rupanya hadiah yer.. korang yang berjuang puluh tahun berguling atas jalan ada dapat tanah? "

Hutan Simpan Sungai Relai kini gondol, Licin dikerjakan oleh Nga dan Ngeh

Posted: 27 Dec 2012 06:30 AM PST





Sebahagian besar daripada kira-kira 4,000 hektar(10,526 ekar) kawasan Hutan Simpan Sungai Relai dekat sini, gondol dipercayai ditebang syarikat perladangan dikuasai Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming. 

Kawasan balak berkenaan yang ditebang sejak Mac lalu, dikatakan akan ditanam dengan sawit, tetapi sehingga kini belum diusahakan. 

Kegiatan balak aktif pada tahun lepas dan terhenti sejak april. Nilai hasil kayu balak mencecah RM30juta sudah habis ditebang bersih sehingga menimbulkan pencemaran dan hakisan kepada tanah.



Kegiatan pembalakan itu didakwa menyebabkan pencemaran termasuk Sungai Relai yang kotor. Air Sungai Relai juga dikatakan mengalir hingga ke Tasik Kenyir.

Keadaan Sungai Relai
Kegiatan ini tidak diketahui oleh kebanyakan rakyat Kelantan kerana berlaku di kawasan yang kurang dikunjungi oleh orang ramai. Hanya beberapa pegawai yang terlibat sahaja yang tahu termasuk Nik Aziz yang meluluskan kawasan tersebut digadaikan kepada cina DAP selama 70 tahun.

Ada juga rakyat bertanya kepada pihak pemerintah tentang tanh ini, mereka menjawab untuk ladang ladang rakyat. Kononnya Ladang hanya untuk rakyat Kelantan sahaja.

Menariknya lagi tanah seluas 10,526 ekar ini juga dipercayai merupakan sebahagian kecil dari projek Ladang Rakyat yang meliputi keluasan melebihi 80,000 ekar tanah yang kesemuanya terletak di Hulu Kelantan.

Ladang Rakyat atau lebih tepat lagi digelar sebagai Ladang Air Mata Rakyat oleh penduduk Kelantan khususnya di Selatan negeri ini, diwujudkan konon untuk membangunkan ekonomi rakyat. Hakikatnya, hanya segelintir yang mendapat manfaat khususnya ahli dan penyokong PAS yang rapat dengan kepimpinan negeri.
Hasil bumi yang bernilai beratus juta ringgit lebih banyak mengalir kepada para kroni dan syarikat milik cina DAP dan Cina Singapura. Malang sekali rakyat negeri hanya mampu terlopong menangis mengenangkan nasib diri dikhianati Kerajaan Negeri yang hanya pandai menabur janji dicapati.

Rakyat marhaen yang berpuluh tanah meneroka tanah untuk mencari sesuap nasi sehingga sekarang gagal memiliki walau seekar tanah pun, namun pemimpin Cina DAP yang hanya menyokong perlantikan MB PAS bagi negeri Perak selepas PRU 2008 pula tersengih gembira menikmati laba keuntungan.

Jika langkah memberi tanah dan kawasan konsesi balak ini dilakukan oleh Kerajaan BN nescaya huru-haralah suara-suara bantahan dari pemimpin PAS dan sekutunya mempertikaikan kenapa tanah negeri yang diamanahkan oleh rakyat kini menjadi milik kroni BN.

Mungkin ada yang sanggup bergelimpangan membuat demonstrasi sehingga berhar-hari selagi kerajaan tidak menjawab isu tanah. Tidak habis dengan itu mereka membuat hari kebangkitan rakyat yang kononnya telah ditindas dengan zalim. 

Tetapi kini berlaku kepada kerajaan Pas dibawah pimpinan Nik Aziz, kenapa semua diam membisu termasuk Nik Aziz sendiri. selama ini mereka sering menuduh UMNO zalim terhadap rakyat, bila kena pada batang hidung mereka, terus diam membisu.

Setelah tiada lagi isu yang hendak dijadikan sebagai peluru kepada Umno/BN mereka mencipta satu lagi isu iaitu 'Kalimah Allah'. Isu Kalimah Allah hanya dilihat mahu mengalih pandangan masyarakat dari isu tanah.

Mereka mempergunakan Guan Eng untuk mendesak kerajaan Persekutuan bagi memberi kebenaran Kristian menggunakan kalimah Allah. Pas terus berlakon kononnya mempertikaikan desakan Guan Eng atau 'Khalifah Umar Abdul Aziz' untuk Pas.
sumber:SgRapat

10 Nama Bakal Hancurkan Politik Anwar

Posted: 27 Dec 2012 04:32 AM PST



Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merangkap Ketua Umum PKR dengarnya setiap kali berkesempatan pulang ke rumah mewahnya yang berharga RM7 juta di Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur seringkali melabuhkan pandangannya jauh mengelamun ke luar tingkap jendela.

Entah apa yang dimenungkannya sejak akhir-akhir ini sehingga kerap sangat mengelamun sendirian. Barangkali banyak sangat permasalahan yang sedang berkecamuk mengganggu fikirannya dan sukar untuk dirungkaikan.

Disebalik aktivitinya ke sana ke mari berceramah siang dan malam sambil menabur janji dicapati untuk menawan hati pengundi, ingatkan hatinya makin senang, rupanya makin banyak janji ditaburi makin bertambah parah lamunannya.

Patutlah semenjak dua menjak kebelakangan ini wajahnya makin kusam dan kelihatan serabut, bak kata orang tua-tua langsung tak kelihatan nurnya.

Apapun harapnya laporan berita dari akhbar Utusan Malaysia di muka surat tiga bertarikh 27.12.2012 dengan tajuk "Sebahagian besar pembelaan Nalla dikekalkan" tidak akan menambah celaru fikirannya, harap begitulah.

Secara ringkas kandungan berita itu menyebut ada 10 nama individu telah disenaraikan oleh Datuk S. Nallakaruppan dalam pembelaannya untuk berdepan dengan saman yang dikemukakan oleh Anwar berikutan dakwaan aktiviti biseksual.

10 nama yang disebut oleh Nalla itu yang dikaitkan melakukan aktiviti seks dengan Anwar terdiri daripada tiga orang wanita dan bakinya adalah lelaki yang sebahagian besarnya dikenali rapat dan mempunyai hubungan istimewa dengan Ketua Umum PKR.

Antaranya ialah Shamsidar Tahrin, Norlaila Abdul Majid, Soma Rodrigo @ Anne, Mior Abdul Razak, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Dr Munawar Ahmad Anees, Azizan Abu Bakar, Ismail Mat Rabi @ Ismail Harun, Hairany Mat Nafees dan Rashid.

Kesemua 10 orang individu-individu yang namanya disebut itu tidak pun akan dipanggil saksi pembelaan bagi pihak Nalla apabila prosiding perbicaraan mahkamah bermula kelak, sebaliknya menjadi kewajipan Anwar untuk memanggil mereka sekiranya mahu membuktikan dakwaan Nalla adalah fitnah.

Tapi Anwar kekal sebagai Anwar, bijak membelit dan ada sahaja ideanya untuk melepaskan diri. Berikutan penyenaraian 10 nama ini, Anwar telah mengemukakan pula permohonan untuk menyingkirkan kesemua 10 individu itu daripada penyataan pembelaan Nalla.

Maksudnya, Anwar tidak mahu mana-mana individu itu kelak terpaksa dipanggil semasa prosiding dilakukan, jika itu berlaku Anwar bimbang ia akan membuktikan memang wujud aktiviti biseksual yang dilakukan olehnya.

Walhal, jika Anwar benar-benar tidak melakukan sebarang aktiviti seksual sama ada secara normal atau luar tabie dengan mana-mana wanita dan lelaki seperti didakwa oleh Nalla, sepatutnya Anwar perlu berani memanfaatkan prosiding mahkamah dengan memanggil kesemua mereka sebagai saksi bagi dirinya.

Dengan keadaan sekarang yang mana semua 10 individu itu kekal dalam penyataan pembelaan Nalla, mahu tidak mahu Anwar terpaksa menerima hakikat kebenaran semakin hampir. Ini tentu sahaja menambah rumitkan lagi fikirannya yang sudah sedia berkecamuk.

Percaturan Anwar sudah menemui kegagalannya, 10 orang individu yang mempunyai hubungan rapat dan erat dengannya kini umpama duri dalam daging yang bakal menghancurkan nyawa politiknya.

PAS Akan Pertahankan Amanat Hadi Hingga Ke Titisan Darah Yang Terakhir

Posted: 27 Dec 2012 02:09 AM PST



Amanat Hadi terus menjadi isu hangat yang menggelegak walaupun Hadi Awang sengaja menghilangkan diri dengan harapan ia akan dilupakan dan basi begitu saja.   Walaubagaimanapun, kita percaya yang beliau sedia maklum bahawa mendiamkan diri tidak akan melepaskan dirinya dari akibat memecahbecahbelahkan ummah, termasuk suami isteri serta ibu bapa dan anak.  


Usaha pihak media, terutamanya Utusan Malaysia untuk menghangatkan dan membongkar pengakuan mereka-mereka yang telah mengkafirkan sanak saudara sendiri akibat berpegang kepada amanat tersebut patut dipuji.  Ini kerana amanat ini bukan perkara kecil yang boleh diselesaikan dengan mudah.  Ia merupakan soal rohaniah, soal kepercayaan, soal akidah, soal hidup mati dan perpaduan ummah.  Adalah tidak wajar bagi mana-mana umat Islam untuk meremeh atau memperkecilkan, apatah lagi melupakannya. 
 

Lagipun, ini adalah soal ëhutangí di mana Hadi Awang terhutang dengan mereka-mereka yang terlibat itu, satu bentuk penjelasan kalaupun tidak permohonan maaf atas apa yang berlaku.
 

Lebih-lebih lagi apabila Nik Aziz pula menyeru agar Hadi mempertahankan amanat tersebut dan tidak sekali-kali menariknya kembali seperti desakan para Ulama. 


Dalam ertikata lain, Nik Aziz meminta Hadi tampil mengesahkan secara jelas dan lantang bahawa orang UMNO itu kafir dan bahawa semua mereka yang terlibat mengkafirkan saudara seagama kerana berpegang kepada amanat tersebut adalah berada di jalan yang benar, serta tidak perlu meminta ampun kepada sesiapa. 


Pelik juga kita apabila Nik Aziz menuduh kita takut bersemuka dengan Hadi sedangkan bagaimana hendak bersemuka dengan Hadi jika Hadi menyembunyikan diri?  Sudah jenuh kita menjerit memanggil Hadi sehingga kering tekak.   Malah ada juga yang melaung-laung mencabar Hadi sehingga terdengar oleh Nik Aziz, tetapi malangnya, masih juga tidak didengar oleh Hadi sendiri.
   

Apapun, kita perlu bersangka baik terhadap ulama, dan kita percaya tidak mungkin Ulama besar seperti Hadi adalah pengecut.  Mungkin Hadi sekadar tidak sudi untuk melayan jeritan media, dan bukannya takut berhadapan dengan amanatnya.  Kita harus faham peel Ulama-celebrity seperti Hadi. 

Tetapi, kalaupun Hadi tidak sudi menyahut panggilan kita, sekurang-kurangnya sahutlah seruan Nik Aziz untuk berhadapan dengan amanatnya.   Kasihan Nik Aziz terpaksa berbelit-belit, berpusing-pusing membela Hadi.  Sudahlah orang tua itu nyanyuk, bertambah nyanyuklah dia jika terpaksa menipu diri sendiri. 


Kasihan juga pada kita semua iaitu rakyat yang memerhati kerana terpaksa tergelak-gelak hingga berguling-guling melihat gelagat pemimpin parti Islam meraban hanya kerana gila nak ke Putrajaya.  Takut juga kita akan dosa mengetawakan Ulama. 


Lebih dari itu, kita kasihan pada mereka yang terlibat secara langsung dengan Amanat Hadi.  Pastinya mereka tidak melihat semua ini sebagai lawak jenaka.  Mereka perlukan kepastian, apakah benar saudara mereka di dalam UMNO itu kafir kerana UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC.   Mereka juga perlu kepastian sekali lagi akan perbezaan kerjasama UMNO-MCA-MIC dengan kerjasama PAS-DAP yang ingin membentuk negara sekular.  


Hadi wajib menjawab semua kemusykilan mereka.  Tidak mungkin ia begitu sukar sekali bagi Hadi lebih-lebih lagi bila Nik Aziz sudah pun memberi ëtipsí jawapan iaitu Ya, UMNO itu kafir bagi PAS. 


Justeru, jika Hadi terus mendiamkan diri, tidak menarik balik dan tidak pula menafi, maka persoalan ini akan terjawab sendiri iaitu PAS mengambil pendirian untuk mempertahankan Amanat 1981 yang mengkafirkan orang UMNO, sehingga ke titisan darah yang terakhir dan seterusnya.iaitu sehingga ke akhirat.  Inilah hakikat yang perlu diterima dan ditelan serta dipegang oleh semua orang-orang PAS selagi mereka berdiri di belakang Hadi Awang dan Nik Aziz.

Lagi Kisah Lanjut Isu Bos DAP Perak Dan Tanah Kelantan

Posted: 26 Dec 2012 04:47 PM PST


AgendaDaily- Syarikat Upaya Padu Sdn Bhd (UPSB) yang merupakan pemilik pajakan tanah seluas 10,526 ekar di Hutan Simpan Relai, Mukim Chiku Gua Musang ditawarkan untuk dijual pada awal tahun ini dengan harga RM36.8 juta.

Perkara tersebut didedahkan oleh Presiden Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad kepada Agendadaily pada Isnin.

Sebelum ini, bos DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dan sepupunya Nga Kor Ming mengakui memiliki (membeli) syarikat Upaya Padu Sdn Bhd pada April tahun ini.

Ngeh menjelaskan beliau tidak menerima apa-apa daripada kerajaan negeri Kelantan sebaliknya mendakwa pelaburan tersebut dibuat atas pelaburan sebuah syarikat swasta.

"Saya jelaskan bahawa Nga Kor Ming  dan saya tidak dapat apa-apa daripada tanah itu, tetapi itu hanya melalui pelaburan swasta di mana sebahagian pelabur termasuk saya telah membeli syarikat tersebut pada April tahun ini," katanya.

relai513

Berdasarkan iklan yang mula tersiar di sebuah laman web pembelian hartanah terkenal, pada 12 Januari 2012, konsesi seluas 10,526 ekar tersebut adalah milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan dipajakkan kepada UPSB.

Menurut Wan Khairul, antara yang dinyatakan di dalam iklan tersebut adalah keluasan tanah 10,526 ekar atau 4,260 hektar, pajakan 70 tahun dari 3 Mei 2006 hingga 3 Mei 2092.

"Syarikat yang membeli tanah tersebut tidak memerlukan Bumiputera sebagai pemilik bersama, dan dari jumlah 10,526 ekar itu terdapat 9,500 ekar kawasan pembalakan dengan perjanjian 30 peratus keuntungan dari hasil pembalakan mesti diberikan kepada YIK," kata beliau.

Jelasnya lagi, antara syarat yang ditetapkan adalah UPSB mesti membayar YIK RM100 seekar selepas lapan tahun jika sekiranya ditanah dengan getah yang mana keseluruhan konsesi tersebut sesuai untuk tanaman getah.

Semakan ke atas laman web yang diberikan oleh Wan Khairul mendapati iklan tersebut sudah tamah tempoh yang membawa maksud berkumungkinan sudah dimiliki.

Berdasarkan iklan tanah di kawasan itu amat sesuai untuk tanaman getah dengan corak muka bumi yang rata tidak berbukit.
Harga ke atas tanah tersebut adalah RM3500 seekar atau RM36.8 juta keseluruhan dan pembeli ditawarkan pembelian penuh terhadap ekuiti syarikat UPSB.

wankhairul200Jelas, Wan Khairul (gambar), persoalannya jika Ngeh bersama sepupunya beli syarikat tersebut pada April lalu, berapakah jumlah sebenar yang mereka bayar.
"Kita menuntut penjelasan, dari manakah sumber kewangan dua pemimpin DAP tersebut membeli syarikat UPSB dan apakah perjanjian sebenar antara UPSB, YIK dan kerajaan negeri..." katanya.

Wan Khairul yang merupakan anak jati Kelantan turut meminta penjelasan dari kerajaan negeri apakah benar tidak diperlukan Bumiputera sebagai pemilik syarikat tersebut seperti yang diiklankan sebelum ini.

"Kami sebagai rakyat Kelantan berhak tahu semua maklumat berkaitan tanah ini dan saya cabar Nik Aziz supaya mengadakan sidang akhbar untuk berterus terang dalam kes ini," ujarnya.

Permintaan Wan Khairul untuk Nik Aziz berterus terang dalam isu ini wajar memandangkan Kelantan mempunyai undang-undang tanah yang ketat.

Sebelum ini, Setiausaha Akhbar Nik Aziz, Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan oleh Harakahdaily berkata tawaran kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd pada masa itu dipengerusikan oleh Datuk Seri Wong Yeon Chai, dibuat melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005.

"Manakala perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006, hampir dua tahun sebelum pilihan raya umum 2008. Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama 50 tahun dengan diberikan leasehold dan bukannya hak milik.

"Ia juga menjana pendapatan YIK melalui kadar sewaan RM100 seekar setahun untuk kawasan getah klon dan RM150 seekar setahun untuk kawasan kelapa sawit.

"Pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012, di mana ekoran pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta," katanya.

Manakala dalam sidang akhbar Sabtu lalu, Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh dilaporkan mahu semua pemimpin parti DAP agar tidak meletakkan diri mereka pada kedudukan yang boleh menimbulkan persepsi salahlaku.

"Saya masih belum lagi bertanya kepada Ngeh bagi mendapatkan penjelasan lanjut perkara itu,"kata Karpal.
relaipetakawasan
Sementara itu, Exco Kanan Perak Datuk Hamidah Osman Hamidah membuat satu lagi pendedahan berhubung pembabitan Ngeh dalam UPSB yang menjalankan projek pembalakan di Kelantan.

Beliau mendakwa Ngeh yang juga ADUN Sitiawan menguasai keseluruhan kepentingan syarikat berkenaan.

Katanya, Ngeh memiliki secara peribadi 49 peratus saham bernilai RM15.5 juta, manakala 51 peratus saham lagi bernilai lebih RM16 juta dimilikinya menerusi Efektif Kirana Sdn Bhd (Efektif Kirana), menjadikan pegangan keseluruhan RM31 juta.

Menurutnya, ini kerana Ngeh memiliki 99 peratus saham dalam Efektif Kirana, manakala satu peratus lagi oleh dua individu lain.

"Jadi, kalau dia kata anak guam dia pegang (saham terbesar) dan lain-lain lagi, saya tidak percaya. Tiada orang nak (mewakilkan kepada Ngeh) pegang saham sampai 99 peratus.

"Mereka sebenarnya cuba mengelirukan orang ramai (dengan mengatakan mereka diajak melabur).

"Saya yakin mereka kini semakin tertekan dengan pendedahan isu ini," katanya selepas membuat laporan polis berikutan diugut selepas mendedahkan kes tersebut di DUN Perak minggu lepas.- OLEH HELME HANAFI- 24/12/2012
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...