House PK

House PK


ISU SELANGOR! EXCO TUDUH BN DALANG DISEBALIK TUNTUTAN AIR PERCUMA!?

Posted: 01 Dec 2012 08:44 PM PST

Setelah bertahun-tahun menipu rakyat dalam isu pemberian air percuma, hari ini kerajaan Selangor sekali lagi cuba mengaburi mata rakyat dengan mengatakan bahawa peserta yang menyertai demonstrasi menuntut apa yang dijanjikan parti itu telah diperdaya oleh Barisan Nasional.

Menerusi Sidang Dun Selangor Ke-12 Penggal Kelima, kebangkitan rakyat negeri itu dalam menuntut hak mereka untuk mendapatkan air percuma dibangkitkan.

Salah seorang Exco Kerajaan Selangor yang menjawab persoalan itu kemudiannya dengan yakin menegaskan bahawa kesemua rakyat yang turut serta dalam siri demonstrasi menuntut air percuma di negeri terbabit telah ditipu oleh sesetengah pihak yang dipercayai dikalangan penyokong BN.

Beliau mendakwa tuntutan tunggakan air percuma itu sebenarnya bukan bermula daripada penghuni di kawasan tertentu sebaliknya pemimpin Pakatan Rakyat itu mendakwa sebahagian daripada peserta tidak dimaklumkan tujuan sebenar bantahan itu.

Nampaknya, rakyat Selangor mengalami masalah besar kerana mempunyai pemimpin iaitu daripada Adun-Adun biasa sehinggalah ke barisan Exco dan Menteri Besar hampir kesemuanya masih cuba berdolak dalik dalam menunaikan janji.

Kalau sudah berjanji pada Pilihanraya Umum lalu, maka tidak ada alasan untuk mereka menunaikan segala tuntutan yang dibuat oleh rakyat.

Namun lain pula yang terjadi di Selangor, dimana apabila rakyat menuntut haknya, mereka pula dituduh telah diperdaya oleh pihak lain.

Begitu sukar untuk pemimpin Selangor ini mengakui kesalahan diri sebaliknya masih menggunakan cara lama iaitu dengan meletakkan kesalahan itu di atas bahu pihak lain.

Kononnya, kerajaan Selangor sedang merancang untuk mencari jalan penyelesaian dengan mencadangkan Kerajaan Negeri melangsaikan tunggakan bil air ialah secara ansuran berjadual.

Persoalannya, mengapa baru sekarang kepimpinan Selangor baru tergerak untuk melaksanakan usaha bagi tangani masalah ini. Itu setelah rakyat membuat demonstrasi tuntutan yang kemudiannya dituduh telah dihasut oleh kroni BN.

Read more...

AMANAT PENGARAH PRU 13 - TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

Posted: 01 Dec 2012 10:49 AM PST

Sebagai jeneral atau pengarah pilihanraya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pastinya cukup masak helah musuh selepas 17 kali ke gelanggang pilihanraya kecil dalam tempoh tiga tahun.

Malah, ketika ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2012, di PWTC, petang Sabtu, Timbalan Presiden UMNO memberi arahan macam seorang jeneral bagi memastikan angota parti mencapai kejayaan dalam PRU 13.

Kukuhkan infantri...bergerak sederap dan patuhi tujuh rukun – itu intipati pesanan Muhyiddin kerapa pilihanraya akan datang lebih besar cabarannya..

"Semua infantri kita iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri pimpinan di peringkat bahagian dan negeri perlu bergerak secara sederap dalam setiap langkah yang kita ambil untuk menentukan jangan ada perbalahan," tegasnya.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, tujuh rukun itu akan di sebarkan supaya dapat diteliti di semua peringkat pemimpin dan anggota parti di seluruh negara untuk menentukan kejayaan.

"Kita mahu menentukan kubu-kubu kuat kita dipertahankan agar kawasan yang kalah dapat kita tebus kembali," katanya.

Tujuh rukun yang digariskan beliau adalah patuh kepada pemimpin, mengatur strategi tepat, fahami peranan serta tanggungjawab, kenali musuh, kejapkan perpaduan, siapsiaga dan berjuang habis-habisan.

Muhyiddin berkata, Umno perlu mengatur strategi yang tepat untuk mempertahan kekuatan yang ada dengan menentukan kawasan dan negeri yang telah menang dalam pilihan raya lalu terus kekal di tangan BN.
Selain itu, BN kena merampas semula kawasan dan negeri yang kalah, supaya memperoleh kejayaan yang lebih besar pada PRU-13.

"Oleh itu adalah amat mustahak pimpinan negeri, bahagian dan cawangan, apa sahaja perkara yang diputuskan di peringkat pusat dan negeri diterjemah dan dilaksanakan dengan berkesan untuk meraih sokongan yangbesar daripada rakyat,"  katanya.

Beliau berkata, anggota parti perlu memahami peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksana dengan lebih bersungguh-sungguh untuk berhadapan dengan cabaran daripada parti pembangkang.

Menurut Muhyiddin, selain mengenali 'musuh' parti iaitu PAS, DAP dan PKR, anggota UMNO perlu mengetahui gerakan yang dilakukan pembangkang di peringkat nasional, bahagian dan cawangan.

Disamping itu katanya, setiap saat itu penting dan anggota parti perlu memastikan persediaan fizikal, mental dan rohani untuk menghadapi cabaran 'peperangan' yang amat hebat.

Beliau mengarahkan bilik gerakan yang dibentuk di peringkat negeri dan bahagian serta pihak yang dipertanggungjawabkan digerak sepenuhnya mulai hari ini sampai waktu hari pilihan raya diumumkan oleh presiden parti.

"Kita kena berjuang habis-habisan. Jangan panji-panji UMNO dan BN tersungkur," tegasnya.

Katanya, patah sayap, bertongkap paruh, patah paruh bertongkat siku, patah siku bertongkat dagu, patah dagu bertongkat kuku...biar putih tulang, jangan putih mata.

Perkara lain menarik dalam ucapannya, beliau meminta anggota UMNO bekerja kuat mencontohi Presiden parti yang kerap 'turun padang'.

Presiden telah membakar semangat kita untuk bekerja lebih gigih agar matlamat perjuangan kita untuk rakyat dan negara tercapai," katanya. -1/12/2012

OLEH ROSLAN BIAN - Agenda Daily


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

I AM BACK! ANTARA KEJAYAAN UMNO DAN MIMPI BASAH PAS!

Posted: 01 Dec 2012 07:21 AM PST

Rakyat kini sedar warna politik yang dipakai oleh Pas, sebuah parti yang mendabik dada memperjuangkan Islam dan penubuhan Negara Islam sebagai objektif utamanya.

Tetapi adakah ini sebenar parti itu atau adakah Pas mempunyai agenda terselindung yang lain?

Bolehkah rakyat mempercayai pengakuan Pas sebagai sebuah parti yang memakai nama Islam atau perlulah rakyat menilai parti itu melalui tindak tanduknya samada ia selari dengan hasrat dan cita-cita yang dilaungkan?

Persoalan ini rasanya perlu ditanya setiap rakyat sebelum mereka yang layak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti, tergerak untuk memangkah parti itu pada kertasnya.

Implikasinya besar kepada rakyat malah kepada negara jika tersilap undi parti yang ingin diamanahkan mengangkat martabat serta menjaga urusan pentadbiran negara.

Takut-takut nanti apabila dipilih parti tertentu umpamanya Pas, lebih khabar daripada rupa pula.

Jadi amat perlu dinilai perjuangan Pas kebelakangan ini samada ia berlandaskan apa yang tertera di dalam perlembagaan parti itu sejak penubuhan pada tahun 1951 atau ia telah berubah menjadi satu organisasi siyasah yang amat berbeza sekali dengan yang asli.

Berbeza dengan UMNO yang sebagai sebuah parti Melayu terbesar sejak terasas pada tahun 1946.

Perjuangannya amat jelas - Melayu dan Islam - agenda memartabatkan Melayu ingin diperjuangkan manakala syiar Islam diperkukuh dan dilindungi sejajar dengan peruntukan Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.

Hasil perjuangan UMNO daripada dua matlamat utama itu juga jelas dan bukan samar-samar seperti Parti Al Islam Semalaysia atau Pas.

Sejak merdeka, bangsa Melayu di bela dan kebajikan mereka dijaga.

Menyingkap sekelumit sahaja hasil perjuangan UMNO akan menyedarkan rakyat apa yang telah dilakukan oleh parti itu untuk memperkasa agenda Melayu.

Dalam bidang pendidikan umpamanya, tanyalah mana-mana ibu bapa Melayu atau saudara mara yang berkait dengan mereka, anak Melayu mana yang tidak pernah mendapat sentuhan perjuangan suci serta jihad UMNO?

Lihat sahaja statstik akan mengejutkan orang Melayu di mana berpuluh puluh ribu anak Melayu berjaya melanjutkan pendidikan di peringkat ijazah di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara.

Sementelahan itu berpuluh puluh ribu pula anak bangsa terutamanya dari kawasan luar bandar, kampung dan desa diberi peluang mendapat pendidikan di berpuluh puluh Maktab Rendah Sains MARA Sekolah Menengah Sains, Sekolah Sukan dan lain-lain.

Bagi anak-anak Melayu yang tercicir daripada sistem pendidikan pengajian tinggi pula, kerajaan yang ditunjangi UMNO masih membuka peluang dan diberi harapan kepada golongan ini dengan membina pusat-pusat Giat Mara, Institut Kemahiran MARA, Institut Kemahiran Belia Negara, serta Kolej Komuniti yang berselerak di seluruh negara.

Dalam aspek Islam pula, rakyat boleh lihat dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana UMNO menjaga memuliaan Islam sejak merdeka.

Jika diconggok, berbilion ringgit telah dicurahkan untuk memartabatkan Islam dan umat Islam oleh kerajaan berteraskan UMNO sejak dari zaman Perikatan kepada Barisan Negara kini.

Daripada pembinaan masjid, madrasah dan surau hinggalah kepada mewujudkan Bank Islam, universiti dan kolej Islam, sekolah agama berasama penuh, mahkamah syariah, sistem pajak gadai Islam, Baitul Mal, Perkim, antara lainnya.

Tidak sedikit pula anak-anak Melayu dihantar ke universiti-universiti teragung Islam di luar negara seperti Al-Azhar untuk menceduk ilmu agama serta mengembangkan syiar Islam.

Jika dibuat perbandingan ringkas ini di mana letaknya kedudukan UMNO sebagai sebuah parti Melayu-Islam dan Pas yang mendakwa seolah-olah mempunyai matlamat yang sama?

Bukti dan hasil UMNO sudah terbukti dan tidak perlu dipertikaikan lagi, bagaimana pula dengan Pas yang melaung siang dan malam bahawa ia parti Islam tersohor?

UMNO tidak secara spesifik menyatakan untuk menubuhkan Negara Islam berlandaskan syariah namun segala apa yang telah dan sedang dilakukan untuk Islam menjurus kepada pentadbiran yang sarat dengan nilai-nilai dan prinsip Islam.

Pas pula sudah 61 tahun wujud setelah berpisah daripada induk UMNO sebagai parti serpihan tetapi apakah bukti kejayaan yang boleh dikemukakan olehnya?

Ada satu masjid atau universiti atau bank yang telah berjaya diasaskan atau dibina oleh Pas.

Rakyat telah memberi peluang mebih 20 tahun kepada Pas untuk memerintah negeri Kelantan tetapi sehingga sekarang tanyalah penduduk luar bandar mahupun bandar negeri itu samada mereka mendapat bekalan air bersih yang berterusan.

Jika dibuka paip air di Kelantan, hanya air berwarna tanah liat akan keluar dan mungkin inilah sebenarnya menjadi kebanggaan Pas yang berjaya menyediakan air keladak dan selut kepada rakyatnya.

Kebanggaan Pas hanya berlandaskan kepada ciri-ciri julukan nama negeri Serambi Mekah di Kelantan, slogan Membangun Bersama Islam, jihad fisabilillah, bertakbir, kalimat Islam pada nama parti dan oh ya terbaru, Negara Berkebajikan!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...