Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


TANGISAN INSAF IRINGI GEMA DOA NAJIB & AURA 'ANAK KECIL MAIN API'.

Posted: 01 Dec 2012 06:14 PM PST

Lagu 'Anak kecil main api' cukup bermakna dalam perjuangan orang Melayu khususnya UMNO satu ketika dahulu. Lagu itu menghangatkan lagi hari kedua perhimpunan agung UMNO di Dewan Merdeka, PWTC lewat petang semalam apabila perwakilan Kelab UMNO Tokyo, Arif Yasir Zulkafli, yang berbahas tiba-tiba menyanyikan lagu warisan itu.

Selesai dua baris lirik pertama lagu itu, ianya disambut Pengerusi Tetap, Tan Sri Badruldin Amiruddin dan kemudian oleh pemimpin serta perwakilan UMNO yang berada di dewan termasuk Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kesemua mereka bangun dan terus menyanyikan lagu tersebut.

Ada antara perwakilan menitiskan air mata menghayati lirik lagu itu yang antaranya berbunyi " air mata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang".

Arif Yasir juga turut hiba dipentas dengan suaranya tenggelam timbul tidak dapat meneruskan nyanyian tetapi Badruldin meneruskan lagu bersama perwakilan.

Di luar dewan, orang ramai yang mengikuti persidangan melalui skrin besar turut bersama-sama menyanyikan lagu tersebut dengan pernah semangat.

 Selesai lagu itu, Badruldin yang membahasakan dirinya Pak Din, memohon maaf kerana terlalu teruja dan bersemangat mendengar lagu itu.
Beliau kemudian meminta Arif Yasir meneruskan ucapan.
Pelajar berasal dari Pokok Sena dan kini menuntut di Tokyo, beberapa kali mencuit hati perwakilan dengan ucapan spontan dan caranya bercakap.

Perwakilan kerap memberikan tepukan terhadapnya.

Beliau turut menunjukkan pasport serta membaca peraturan di lampiran pasport itu yang sah digunakan untuk mana-mana negara kecuali Israel.

"Bangganya saya jadi anak Malaysia kerana kita tegas tidak mengiktiraf Israel dan kekejaman mereka," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana ketegasan tersebut.

Beliau turut memuji tindakan Kelab Putera 1 Malaysia memberi bantuan kepada beberapa negara luar yang ditimpa musibah dan peperangan.

Ini termasuk usaha membawa pulang anak-anak Malaysia tanpa kira fahaman politik keluarga masing-masing ketika negara tempat mereka belajar bergolak.

"Tak kira depa anak sapa, sokong sapa, semua depa pakat bawak balik," katanya.

Satu ketika Arif Yasir mengeluh ….aduihh..dan disambut Pak Din, "   aik, baru sikit celah (berucap) dah aduh, Pak Long hang duduk atas ni dah berapa hari tak beraduh pun,". – disambut gelak semua perwakilan.

Dalam ucapannya, beliau mencadangkan golongan muda atau belia sepertinya yang berada di luar negara terus diberi ruang dalam perhimpunan UMNO akan datang.

"Bawalah orang muda supaya ada idea sempoi," katanya.
Beliau juga mahu ahli-ahli Kelab UMNO luar negara diserap masuk sama ada dalam Pemuda atau Puteri UMNO bagi membolehkan mereka meneruskan perjuangan parti.

Sambil berseloroh katanya, "Kami bukan nak jadi Ketua Bahagian atau CEO…kami sanggup bertatih asah bakat,".

Diakhirnya ucapannya beliau berharap UMNO terus kekal kerana dengan perjuangan parti itu anak-anak muda sepertinya dapat meneruskan peluang belajar terutama di luar negara. ROSLAN BIAN.


KONSPIRASI 1998 : NAJIB DEDAH ANWAR ARAH CWGN. KHAS TUTUP KES RASUAH.

Posted: 01 Dec 2012 07:22 AM PST




PWTC petang tadi gamat dengan pendedahan PM Najib Tun Razak dalam Ucapan Penggulungan AGM UMNO 2012 mendedahkan secara terbuka penyelewengan Sistem Perundangan yang diperlakukan Anwar ketika memegang jawatan TPM.

Najib yang menutup tirai Perhimpunan tersebut mendakwa Anwar pihak Cawangan Khas agar menutup kes melibatkan perbuatannya yang tidak bermoral termasuklah kes rasuah melibatkan Ketua Pembangkang itu.

Najib mendedahkan perkara tersebut ketika mempersoalkan kenyataan Anwar menerusi ceramahnya yang mengatakan "Hanya golongan baik sahaja dizalimi dan dimasukkan ke dalam penjara seperti saya".

"Betul ke hanya orang baik masuk penjara? Saya nak tanya baik ke manusia tu? Kena jaga baik2 je.

"Kita masih ingat lagi Anwar masuk penjara dahulu kerana menggunakan cawangan khas mengubah afidavit yang membawa perbuatan yang tidak bermoral. Menyalahgunakan kuasa. Ini bukan satu perkara yang direka. Ini fakta kenyataan," tegasnya.

Najib juga menempelak tuduhan Anwar yang mengatakan UMNO sebuah parti zalim.

"Zalim mana? Pengiktirafan dunia Islam terhadap Negara begitu tinggi sekali.

"Kejayaan Malaysia menjadi addin kesyumulan Negara adalah hasil usaha dan kerja keras UMNO," ujarnya lagi.

Anda boleh mendapatkan beberapa intipati Ucapan Presiden UMNO petang tadi dengan hanya KLIK DI SINI




-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...