Gelombang Rakyat |
- AMARAN NAJIB HARI INI BUAT PEMIMPIN & JENTERA BN YANG MASIH 'TIDUR'.
- KISAH SEORANG MENTERI KANAN SABAH OTAK MABUK PARABOLA.
- KAJIAN BIKIN ANWAR GILA - KHALID GAGAP BAKAL UMUM LETAK JAWATAN?
AMARAN NAJIB HARI INI BUAT PEMIMPIN & JENTERA BN YANG MASIH 'TIDUR'. Posted: 07 Dec 2012 12:23 AM PST PM memerlukan mandat yang kuat untuk menyempurnakan tugas beliau sebagi perdana menteri, dan memerlukan sokongan menjangkaui Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan sebelum akhir Jun depan. Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut mengingatkan kesemua Pemimpin dan Jentera Parti agar menekankan bahawa satu mandat besar yang amat diperlukan daripada rakyat jika mahu melakukan pembaharuan ke atas perikatan 13 parti komponen itu. "Jika saya mahu melakukan pembaharuan ke atas parti, saya memerlukan mandat daripada rakyat. "Tanpa mandat daripada rakyat, macam mana saya boleh melakukan pembaharuan ke atas parti?" kata beliau dalam temu bual eksklusif bersama The Malay Mail sempena edaran sejuta naskhah yang dikeluarkan hari ini. Akhbar paling lama di negara ini itu mengedarkan sejuta naskhah secara percuma hari ini, dengan membawa temu bual khas bersama Najib di muka depan. Najib yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam awal 2009 susulan pilihan raya umum 2008 berkata, "kami telah memulakan perubahan, tetapi proses perubahan perlu dipertingkatkan." "... ia seharusnya dalam bentuk yang disepadukan sebagai sebahagian imej politik kami Umno dan Barisan Nasional. "Bagi saya menyempurnakan kerja saya, tanggungjawab saya, saya mahukan satu mandat yang kuat daripada rakyat," kata beliau menjawab soalan "bagaimana beliau akan memujuk pengundi-pengundi khususnya di kawasan bandar BN adalah parti yang baru dan sudah berubah, selepas anda memperoleh mandat." Beliau seterusnya berkata, "dengan mandat yang kuat daripada rakyat, saya boleh kata, 'tengok, rakyat telah bercakap, mereka yakin dengan polisi-polisi yang saya laungkan, dan oleh itu, polisi-polisi itu perlu dilaksanakan, dan Umno dan BN harus menggambarkan polisi-polisi yang disokong oleh rakyat." "Bagi saya itu adalah bahagian terakhir perjalanan. "Dengan mandat ini, saya tahu rakyat percaya dengan polisi-polisi saya dan BN sendiri akan melalui pembaharuan secara total di peringkat akhir untuk mencerminkan kehendak dan aspirasi rakyat," kata Najib yang minggu lalu menyempurnakan Perhimpunan Agung Umno. Temu bual ini diadakan selepas berakhir perhimpunan tahunan itu. Dalam ucapan dasarnya, Najib berkata, pilihan raya umum empat tahun merupakan pengalaman yang "sungguh pahit, sungguh kelat, dalam episod politik Umno dan BN." Kata beliau, seharusnya Umno sebagai sebuah parti yang menunjang Kerajaan Persekutuan lebih separuh abad, episod hitam 2008 sepatutnya memahatkan iktibat kepada "kita semua." "Malah, ia merupakan isyarat jelas rakyat Malaysia kepada Umno dan rakan-rakan dalam BN untuk berubah, sesuai dengan selera, aspirasi dan jangkaan rakyat," katanya. Sinar Harian |
KISAH SEORANG MENTERI KANAN SABAH OTAK MABUK PARABOLA. Posted: 06 Dec 2012 07:16 PM PST Agak kecewa juga apabila ada salah seorang Pemimpin yang merupakan antara berjawatan Menteri di Negeri Sabah mengkritik isu yang 'merepek' terhadap Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan tatkala beliau sewajarnya memberi fokus dalam memperkukuhkan Kerajaan Negeri pada ketika ini. Pemimpin ini bukan sahaja membangkitkan isu secara terbuka tidak kena pada tempatnya, akan tetapi kenyataannya ini juga memperlihatkan kebodohan seorang Pemimpin terhadap fakta sebenar. Pelajar sekolah pun tahu membezakannya. Sedang Negeri Sabah diancam Pembangkang, beliau pula cuba dilihat mencari populariti murahan mengkritik Kerajaan Pusat berkaitan isu Parabola yang 'difikirkannya' berfungsi sebagai rangkaian mengakses internet. Hah? Apakah? Kaji dan pergilah bertemu Menteri berkenaan. Jangan bodoh sombong bercakap nun jauh di Sabah dengan penjelasan yang memperbodohkan diri sendiri. Apa sebenarnya isu yang dibangkitkan ini? Agak malu hendak bercerita. Tampak kurang cerdik bagi seorang bertaraf Menteri paling Kanan sebuah Kerajaan Negeri di bawah Bayu. KLIK DI SINI untuk penjelasan terperinci mengenai kenyataan kurang bijak seorang Pemimpin memegang status Menteri paling kanan di Sabah. Satu pesanan buat beliau, mengkritik tidak salah, akan tetapi kaji terlebih dahulu maklumat mengenai isu yang hendak dibangkitkan. Lebih baik lagi jumpa Menteri yang bertanggungjawab. Dan bukankah kamu kini berstatus Menteri Paling Kanan dalam sebuah Kerajaan Negeri yang sealiran dengan Kerajaan Pusat dalam melaksanakan Dasar kepimpinan Najib Tun Razak? Mengapa harus bertindak mempamerkan seolah2 ada jurang pengurusan dan pentadbiran di antara Kerajaan Negeri dan Pusat ini? Kamu juga Pemimpin BN bukan? Atau sudah ada niat nak lompat parti juga? |
KAJIAN BIKIN ANWAR GILA - KHALID GAGAP BAKAL UMUM LETAK JAWATAN? Posted: 06 Dec 2012 05:37 AM PST Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata hasil kajian majoriti penganalisis politik yang berkecuali telah melihat masalah utama rakyat Selangor adalah terpaksa berhadapan dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sering berdolak dalih untuk menyelamatkan diri. Katanya, tindakan kerajaan negeri yang seolah-olah menipu rakyat dengan menawarkan jaminan kebajikan dalam manifesto pilihan raya umum tanpa mengambilkira kemampuan untuk melaksana akan mengakibatkan rakyat berubah arah. "Dulu semasa berjanji tidak bagi tahu bahawa ada syarat-syarat kepada janji itu tetapi sekarang setelah berkuasa ada pula syarat-syaratnya. "Tidak betul jika tindakan memberikan manifesto hanya sekadar untuk berjanji untuk buat tetapi kita tidak buat," katanya ketika dihubungi Antarapos. Khalid pada Rabu memberitahu bahawa bukan semua rakyat di Selangor layak untuk mendapat manfaat daripada manifesto yang diisytiharkan pakatan pembangkang sebelum berjaya menjadi kerajaan negeri. Beliau berkata kerajaan negeri hanya bertanggungjawab menjaga kepentingan golongan yang kurang berkemampuan. Sehubungan dengan itu Agus menggesa agar kerajaan Pakatan Rakyat menilai terlebih dahulu kemampuan kewangan negeri sebelum berjanji kepada pengundi di Selangor terutamanya. "Lain kali dalam pilihan raya yang akan datang kalau tidak dapat buat sesuatu yang baru kepada rakyat jangan berjanji. "Begitu juga dengan isu PTPTN, penurunan harga kereta, jadi mereka perlu fikir baik-baik sebelum berjanji," beliau menjelas. Ketua Pembangkang negeri Selangor, Datuk Satim Diman sebelum ini mendakwa sumber kewangan yang tidak kukuh adalah faktor kerajaan PKR Selangor tidak mampu melaksanakan program-program rakyat sepertimana yang dijanjikan dalam manifestonya. Beliau berkata Khalid mencari pelbagai alasan untuk mengenepikan hak rakyat Selangor yang dianggarkan berjumlah RM2.4 bilion. LAPORAN TERBARU (KLIK PADA TAJUK DI BAWAH) : - TERKINI - NAJIB BAKAL ISYTIHAR BUBAR PARLIMEN DI PENANG SABTU INI? |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment