Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


PRESIDEN PALESTIN 'KECAM' ANWAR FITNAH KEPIMPINAN NAJIB.

Posted: 03 Dec 2012 09:22 PM PST


 "Tuan Perdana Menteri (Najib), benarkan saya secara terbuka menyampaikan jemputan Presiden kami, Mahmoud Abbas untuk anda melawat Palestin pada bila-bila masa yang anda suka, bagi mengeratkan lagi hubungan kukuh yang sedia terjalin yang telah membawa rakyat Palestin dan Malaysia seluruhnya ke arah keamanan dan kebebasan."

"Kami juga menyuarakan sokongan, terima kasih, penghargaan dan bersyukur terhadap semua individu, kumpulan dan kerajaan Malaysia yang menyokong kami".



Kenyataan di atas merupakan amanat dan pesanan penting dari Presiden Palestin Mahmoud Abbas terhadap Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al Fatah Palestin, Dr Abdullah M.I. Abdullah untuk disampaikan kepada PM Najib Tun Razak.

Ianya diceritakan sendiri Dr. Abdullah pada Majlis Memperingati Hari Perpaduan Antarabangsa Rakyat Palestin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Putrajaya semalam.

Kekaguman Kerajaan pimpinan Fatah ini juga adalah satu  bukti paling jelas penipuan yang dituduh Diktator Pakatan Anwar Ibrahim terhadap rakyat menerusi sesi ceramah jelajah ke seluruh Negara mendakwa Kerajaan kepimpinan Najib ditolak Negara2 Arab.

Malah  'kecaman berkias' menerusi kenyataan bercanggah Anwar dengan maklum balas Presiden Palestin terhadap Najib seolah2 isyarat terhadap Anwar agar menghentikan serangan Kerajaaan Malaysia di peringkat global.

Ianya merujuk dakwaan Anwar yang tidak putus2 menyamakan Kerajaan UMNO/BN mengamalkan pemerintah diktator dengan beberapa buah Kerajaan Timur Tengah yang berjaya ditumbangkan seperti di Mesir dan Syria.



 


Anwar sanggup menipu rakyat dengan menonjolkan sifat takbur diri sendiri kononnya seorang Pemimpin lebih hebat di persada Antarabangsa.

Yang lebih pasti, fitnah Anwar terhadap tuduhan mendakwa Malaysia telah bekerjasama dengan Kerajaan Zionis Israel dapat ditafsir menerusi maklum balas Presiden Palestin. 

Dan satu perkara lagi, adakah Anwar benar2 pasti akan tuduhan beliau bahawa Malaysia tidak pernah menyatakan sebarang kenyataan rasmi menyokong kepimpinan Kerajaan Palestin sejak Mahmoud Abbas diangkat selaku Presiden?

Tidak mungkin Mahmoud Abbas berminat untuk menjalinkan kerjasama akrab dengan sebuah Kerajaan yang bersekongkol dengan Israel. Siapa sebenarnya yang bertindak sedemikian?






Sebelum ini, seorang lagi Pemimpin yang dijaja Anwar sebagai sahabat paling akrab yang mengagumi beliau iaitu PM Turki Tayeb Erdogan bertindak menyanggah tuduhan Anwar setelah membuat kenyataan terbuka mengagumi perlaksanaan Dasar yang dibawa kepimpinan Najib. 

Anwar nyata mengelirukan rakyat dengan mengatakan Tayeb Erdogan menyokong usahanya menawan Putrajaya  malah turut menegaskan Erdogan tidak seteru dengan kepimpinan Presiden UMNO tersebut.






Lebih mengejutkan, pertemuan di antara  Rosmah Mansor dan Isteri PM Turki di Dubai baru2 ini dainggap luar biasa setelah melihat keakraban dan kemesraan yang terjalin kedua2 isteri Pemimpin No. 1 Negara masing2.

Malah Isteri PM Turki sendiri melahirkan rasa kagum dengan usaha murni Rosmah menekankan aspek pendidikan anak2 kecil menerusi Program PERMATA yang bakal melahirkan generasi lebih cemerlang.

Wan Azizah sendiri tidak mendapat layanan sedemikian seperti Rosmah.

Jangan kita benarkan kemenangan pimpinan Pembangkang menjadi realiti  atas faktor penipuan yang dijadikan senjata utama menambat hati rakyat.



VIDEO PANAS DOA NAJIB - DIN PUDU HINA TANGISAN AHLI UMNO TAK BERMARUAH.

Posted: 03 Dec 2012 06:37 PM PST



Kenyataan terbaru salah seorang Pemimpin PAS Salahuddin Ayub aka Din Pudu menerusi laporan KLPOS (KLIK DI SINI) dan Sinar Harian (KLIK DI SINI) kelmarin berkaitan doa yang bergema sepanjang berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2012 baru2 ini agak mengecewakan.

Beliau dilihat sanggup berhujah memperlekeh Doa yang memohon Perpaduan Ummah diperkukuhkan di Negara ini demi menjaga imej dan krelibiliti politik berkepentingan peribadi.

Din Pudu bukan sahaja mengaibkan maruah setiap Ahli UMNO menerusi DOA KO PAS, akan tetapi juga mengaibkan rakan seagama dalam Parti ini dengan memandang rendah doa yang jauh lebih mulia disampaikan dari pihak UMNO.

Tidak Teruja katanya. Jikalau benar Din Pudu tidak bercakap atas kepentingan politik, beliau akan turut menyambut baik doa tersebut.



 



Din Pudu turut mendakwa Doa UMNO tiada bezanya dengan Doa PAS. Usah putar belit. Kamu wajar mendengar semula Video di atas yang merakamkan doa yang telah disampaikan sendiri oleh Presiden UMNO Dato Seri Najib Razak.

Adakah Najib ada mendoakan agar PAS dan Pakatan dihancurkan? Tidak. Tak mengapalah. Rakyat akan membuat perbandingan doa kedua2 parti ini.


Doa ini mencerminkan nilai perjuangan sebenar tulen Pemimpin. Memang sebak doa Najib ini. Tonton dan hayati.



MAHATHIR DEDAH SIKAP KEMARUK ANWAR GUNA WANG KERAJAAN.

Posted: 03 Dec 2012 07:19 AM PST



Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mendakwa Perhimpunan Agung Umno 2012 minggu lalu hanya memfokus strategi mempertahankan kuasa pemimpin parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan menegaskan bahawa kerajaan telah menyumbang jasa kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk Ketua Pembangkang itu.

Menurut bekas Perdana Menteri, Anwar sebenarnya berpeluang mengkritik seperti sekarang disebabkan kebajikan Umno yang turut dinikmati beliau sendiri sekian lama.

Beliau berkata, Anwar tidak akan mendapat kedudukan seperti sekarang dan berpendidikan tinggi sekiranya Umno tidak memberi peluang kepadanya untuk melanjutkan pelajaran di institusi berprestij, yang dahulu dikhaskan untuk golongan kerabat diraja.

Anwar pernah belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Kata Dr Mahathir, Anwar sepatutnya perlu berterima kasih kepada kerajaan BN yang banyak membantunya untuk menjadi seorang pemimpin.

"Dia dapat bercakap seperti sebab kebajikan kita, kalau tidak, dia tak ada di situ," katanya.

"Dia (Anwar) sepatutnya berterima kasih, bersyukur sepanjang masa kerana kerajaan BN inilah, 'aku boleh bercakap banyak'," kata beliau pada sidang media selepas program santapan minda Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di bawah tajuk "Politik dan Perjuangan Ekonomi Melayu" anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu di sini hari ini.






Pada satu sidang media pagi tadi, Anwar mendakwa Perhimpunan Agung Umno yang berakhir kelmarin bertindak sebagai platform pemimpin Umno untuk mengekalkan kedudukan kuasanya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, bukannya menjaga kebajikan rakyat dengan membincangkan isu-isu rakyat.

Anwar juga berkata, pemimpin Umno yang takut kehilangan kuasa juga telah menggunakan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai isu untuk menjejaskan peluang PR.

Anwar dipecat dari kerajaan dan parti pada 1998. Ketika itu beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno berkata, sebelum ini Anwar tidak boleh bercakap dan mengkritik di hadapan rakyat sekiranya beliau tidak diberikan peluang pendidikan oleh kerajaan BN dengan memiliki jawatan seperti sekarang.






Dalam pada itu, Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003 memberitahu, kekayaan ekonomi adalah pencetus kepada kekuasaan politik.

Menurutnya, jika mempunyai kekayaan ekonomi seseorang individu boleh mengekalkan kuasanya termasuklah kuasa politik.

Bagaimanapun, beliau berkata, kuasa politik boleh dipisahkan dan tidak akan kekal seperti memiliki kekayaan ekonomi."Kuasa politik tidak akan kekal lama dan lebih mudah untuk dipisahkan berbanding kuasa ekonomi.

"Kekayaan ekonomi yang dimiliki oleh seseorang individu akan menjadikannya berkuasa selagi memiliki kekayaan tersebut," katanya.

Justeru kata beliau, orang Melayu boleh mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi dengan mengamalkan prinsip disiplin.

LAGI CERITA PANAS (KLIK PADA TAJUK DI BAWAH) :-
  
DEEPAK JAIKISHAN - DARI SKANDAL ROSMAH KINI JADI SKANDAL ANWAR?

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...