House PK |
Posted: 03 Dec 2012 11:03 PM PST |
DULU SUPER KINTA KINI UTC IPOH! Posted: 03 Dec 2012 10:19 PM PST Kewujudan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di bandar raya Ipoh bakal memberi impak positif kepada pertumbuhan sosial dan ekonomi di kawasan sekitarnya. Ketika ini, kerja menaiktaraf bangunan yang dahulunya dikenali sebagai pasar raya Super Kinta sedang giat dilaksanakan oleh kontraktor dilantik dan sudah 70 peratus siap. Pusat sehenti yang menempatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta itu dijangka beroperasi sepenuhnya pada Disember depan, sekaligus menjadi UTC ketiga di negara ini selepas di Kuala Lumpur dan Melaka. Baru-baru ini, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dilaporkan berkata, kerajaan negeri berpuas hati dengan kerja menaiktaraf bangunan menempatkan pasar raya Super Kinta yang suatu ketika dahulu pernah menjadi tumpuan wargakota Ipoh. Katanya, kewujudkan pusat sehenti itu pastinya akan menggembirakan rakyat khususnya wargakita Ipoh. "UTC bakal berfungsi sebagai pusat khidmat setempat akan menempatkan pelbagai jabatan kerajaan bagi memudahkan orang ramai menyelesaikan pelbagai urusan di bawah satu bumbung," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Zambry menegaskan, UTC Ipoh itu boleh dikategorikan sebagai pusat transformasi yang menarik, strategik dan terbesar dan apabila siap sepenuhnya, ia juga dijangka bakal mengubah landskap di kawasan berkenaan. Beliau tambahnya, turut mengemukakan beberapa cadangan untuk kemudahan pengunjung kelak termasuklah menyediakan laluan bersesuaian, tempat solat, bilik mesyuarat dan kawasan khas untuk ibu menempatkan anak mereka buat sementara ketika berurusan di pusat berkenaan. "Di bahagian bawah UTC ini pula, kita sarankan agar disediakan gelanggang futsal atau kawasan-kawasan permainan untuk golongan muda. Secara keseluruhannya, kita harap UTC ini akan mampu menjadi satu pusat untuk semua," katanya lagi. Sementara itu, peniaga yang ditemui Peraktoday.com menyahut baik usaha kerajaan Pusat menaiktaraf pasar raya Super Kinta menjadi UTC ketiga di negara ini. Salah seorang daripada mereka, Normah Idris, berkata projek itu mampu melonjakkan semula pendapatan peniaga di Pasar Besar Ipoh yang terjejas teruk apabila pasar raya Super Kinta ditutup kira-kira sembilan tahun lalu. Read more... |
You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment