Gelombang Rakyat |
| AFDLIN SHAUKI ANTARA PEJUANG NEGARA DI BUMI GAZA. Posted: 10 Dec 2012 09:37 PM PST Apa yang diusahakan oleh Pelakon dan Pengarah Afdlin Shauki adalah salah satu usaha murni seorang penggiat seni yang wajar dijadikan contoh. Beliau bukan sahaja tampil meneruskan agenda memperjuangkan Palestin, malah berani turun berjihad mempamerkan watak realiti seorang manusia yang lahir dari bumi Malaysia melangkah arus perjuangan menyumbang tenaga ke Negara Palestin. Ikuti kupasan beliau semasa menceritakan sedikit pengalaman ketika di bumi Palestin. Ketabahan dan semangat juang penduduk Palestin di Gaza memberi kesan mendalam kepada artis tanah air, Afdlin Shauki yang menyertai Misi Kemanusiaan Aqsa Syarif ke Gaza (A2G). Selebriti yang menyertai misi ke-11 Aqsa Syarif ke Gaza itu melihat sendiri penduduk Gaza tidak pernah meminta simpati, malah mereka tabah menghadapi kehidupan walaupun kehilangan anggota keluarga dalam serangan. "Apabila menceritakan pengalaman mengharungi detik-detik cemas dan kekejaman Israel, mereka tidak menangis sebaliknya saya dan peserta misi yang lain yang tidak dapat menahan air mata. "Selain itu, penduduk Gaza sentiasa bersyukur dengan setiap bantuan yang disalurkan oleh dunia antarabangsa," katanya ketika ditemui sejurus tiba dari Kaherah, Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. Misi Aqsa Syarif yang diketuai Norazmi Talib bermula pada 3 Dis lalu turut disertai dua lagi artis Bront Palarae dan Zain Saidin. Afdlin yang mengakui cuak sebelum ke Gaza, berkata jika diberi peluang, beliau ingin kembali ke Gaza untuk membantu penduduknya selain membangunkan infrastruktur yang musnah. Mengulas kritikan sesetengah pihak yang mempertikaikan penyertaan artis dalam misi kemanusiaan, Afdlin berkata beliau tidak mahu memperbesarkan isu remeh itu malah mahu memberi tumpuan ke arah pembangunan di Gaza. Mengenai ura-ura bahawa beliau bakal dilantik sebagai Duta Kehormat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Gaza, Afdlin mengesahkan bahawa beliau sudah bertemu dengan pihak berkenaan dan masih mengadakan perbincangan mengenai pelan pembangunan infrastruktur di sana. Sementara itu, Pengerusi Aqsa Syarif, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata pihaknya akan menghantar dua lagi misi bantuan ke Gaza yang bakal disertai artis dan selebriti terkenal tanah air yang dijangka bertolak pada 16 dan 24 Disember. "Kita telah berjaya menyalurkan bantuan berjumlah RM1.9 juta kepada penduduk Gaza," katanya. |
| BEKAS KETUA SIASATAN JENAYAH 'BELASAH' MUSA HASSAN. Posted: 10 Dec 2012 06:38 PM PST Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim menyifatkan Tan Sri Musa Hassan sebagai 'bersandiwara' apabila mendakwa pemimpin Umno dan kakitangan kerajaan campurtangan dalam urusan polis. Mat Zain berkata, beliau pada mulanya berpendapat bahawa bekas Ketua Polis Negara (KPN) itu ikhlas dalam membuat tuduhan-tuduhan, namun menyedari hanya bersikap pura-pura. "Baru-baru ini, Musa membuat beberapa serangan ke atas Menteri Kabinet dan pemimpin UMNO, namun beliau menegaskan bahawa tiada campur tangan dalam siasatan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. "Saya kemudiannnya sedar bahawa kemarahan Musa itu... hanya satu lagi sandiwara," katanya. Beliau mendakwa, Musa hanya berpura-pura menentang pemimpin tertinggi dalam kabinet dan dalam Umno, namun sebenarnya melindungi individu tertentu terutamanya peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail. "Musa perlu sedar bahawa kejujuran seseorang itu bukan perkara yang sukar untuk diuji," ujarnya lagi. Mat Zain menegaskan beliau bersedia bersemuka dengan Musa pada bila-bila masa untuk membuktikan dakwaan-dakwaannya terhadap bekas KPN itu. Beliau menegaskan rekod Musa dan Gani dalam peristiwa mata lebab Anwar, khususnya dalam memalsukan rekod perubatan Anwar pada tahun 1998 harus dijadikan peringatan untuk semua. Sejak dua minggu lalu, Musa mendapat perhatian umum apabila beliau menuduh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein campurtangan dalam urusan polis. |
| You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.





No comments:
Post a Comment