UMNO Online - “Kerajaan Yakin NGO Cina Tidak Sokong Fahaman Ekstrem- Najib” plus 9 more | |
- Kerajaan Yakin NGO Cina Tidak Sokong Fahaman Ekstrem- Najib
- Pas Nak Jaga Hati Anwar Walaupun Kenyataan Nurul Izzah Langgar Prinsip Akidah
- Karnival Kerjaya Pemuda BN 2012 Tawar 40,000 Peluang Pekerjaan
- Pas Anggap Isu Nurul Izzah Perkara Biasa Bukan Mengejutkan, Malah Sudah Dijangka
- Pas Diminta Berhenti Bohongi Ahli, Rakyat Tentang Perlaksanaan Hudud, Negara Islam
- Persidangan UMNO Rumusan Gerak Kerja Parti Menjelang PRU
- Nyatakan Sokongan Kepada BN Dalam Karnival Sayangi Selangor
- Konvensyen Pembangunan Besut Di Jertih, Esok
- Najib Unveils 11 ETP Projects With Investments Totalling RM6.68 Bln
- Anggota Islam PKR Digesa Kaji Keluar Parti
| Kerajaan Yakin NGO Cina Tidak Sokong Fahaman Ekstrem- Najib Posted: 16 Nov 2012 12:30 PM PST MELAKA, 17 Nov — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi berkata kerajaan sentiasa percaya bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina yang pelbagai bukanlah badan yang menyokong fahaman ekstrem atau melampau. Beliau berkata kepelbagaian NGO Cina yang ditubuhkan sama ada berasaskan nama keluarga, daerah, dialek atau perniagaan sebenarnya menolak fahaman itu namun mengamalkan kesederhanaan sebagai satu penghayatan. Katanya keyakinan itu berasaskan kepada kepercayaan dan kefahaman confusciusnism yang satu daripada intipati ajaran yang dipegang masyarakat Tiong Hua itu sejak 30,000 tahun lepas ialah kesederhanaan atau `Zhong Yong’ yang banyak mempengaruhi kehidupan dan pemikiran masyarakat Cina di negara ini. “Kesederhanaan bererti kita menolak kefahaman yang ekstrem dan kita maklum bahawa pertubuhan-pertubuhan Cina bukan pelampau, tetapi merupakan badan yang mengamalkan kesederhanaan sebagai satu penghayatan. “Walau apa pun NGO itu berasas, yang penting bahawa kita semua percaya kita boleh memainkan peranan untuk menentukan usaha untuk melakukan transformasi membawa Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi akan berjaya,” katanya ketika berucap merasmikan Pesta Kebudayaan Cina Malaysia (PKCM) ke-29, di Sekolah Menengah Pay Fong, Bandar Melaka di sini. Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Najib berkata di sebalik pelbagai tanggapan, beliau percaya pertubuhan atau NGO Cina tetap boleh memainkan peranan yang besar dalam membantu usaha kerajaan melakukan transformasi terhadap pembangunan negara. Perdana Menteri berkata dasar inklusif dan keadilan sosial yang diterapkan Untuk itu, beliau meminta badan atau pertubuhan Cina untuk memainkan peranan membangkitkan kesedaran rakyat berhubung kepentingan meneruskan kesinambungan dalam memilih kerajaan memerintah. “Rakyat Amerika telah membuat keputusan memilih Presiden Obama kerana mereka percaya bahawa kesinambungan lebih penting daripada keadaan yang tidak menentu. “… dan saya percaya rakyat Malaysia pun tahu sekiranya kita ingin melihat Mengenai kebudayaan Cina, Najib berkata kerajaan sentiasa mengiktiraf dan memelihara warisan kaum itu termasuk mengisytiharkan Gendang 24 Perayaan, Perarakan Tokong Kuni, Tarian Singa Bertiang Tinggi dan ‘Penang Char Kue Tiaw’ sebagai warisan kebangsaan. Beliau berkata kebijaksanaan pemimpin terdahulu telah menjadikan kepelbagaian agama, budaya dan kaum di Malaysia sebagai suatu yang istimewa, unik dan tidak menjadi penghalang, sebaliknya dijadikan asas untuk membina sebuah negara bangsa yang banyak membawa pembaharuan dan kejayaan kepada negara kini. “Kita telah memilih jalan integrasi dan bukan asimilasi sebab itulah kita boleh lihat bagaimana kepelbagaian merupakan satu keistimewaan pada negara yang mana setiap kaum dapat mengekalkan warisan tradisi masing-masing dan boleh menyumbang kepada kejayaan negara,” katanya. Sementara itu, Mohd Ali dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan Persekutuan kerana menyumbangkan RM330,000 bagi menjayakan PKCM, yang bermula sejak 10 Nov lepas dengan objektif untuk memartabat keunikan budaya masyarakat Cina di negara ini. PKCM merupakan acara tahunan yang dianjurkan secara bergilir di antara |
| Pas Nak Jaga Hati Anwar Walaupun Kenyataan Nurul Izzah Langgar Prinsip Akidah Posted: 16 Nov 2012 06:34 AM PST KOTA BAHARU, 16 Nov — Seorang bekas anggota Dewan Ulama PAS Kelantan berkata kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah berhubung kebebasan beragama baru-baru ini melanggar prinsip akidah. Bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad berkata bagaimanapun Dewan Ulama PAS Pusat menolak perbahasan mengenainya di Muktamar ke-51 semata-mata bagi menjaga hati Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Harun Taib menolak isu itu diperbahaskan pada muktamar ke-51 Dewan Ulama Pas Pusat di sini semalam atas alasan ia merupakan isu kecil yang tidak perlu diperbahaskan. Wan Ismail berkata agenda utama PAS kini adalah menawan Putrajaya dan parti itu memandang perkara lain yang menggugat matlamat itu, sebagai perkara remeh dan tidak perlu diperbesar-besarkan. “Kenyataan Datuk Harun Taib tak nak sentuh pasal Nurul Izzah takut Anwar Ibrahim kecil hati sebab orang PAS puja Anwar. Kalau menang (pilihan raya umum) Anwar boleh jadi perdana menteri,” katanya di sini. “Tetapi adakah (Datuk Seri) Nik Abdul Aziz akan ada dalam jemaah menteri pembangkang?” tanya beliau. Harun juga ketika mengulas nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria Ismail yang juga antara pengasas PAS berkata apa yang dituturkan oleh anggota parlimen Lembah Pantai itu ternyata melanggar prinsip-prinsip berkaitan akidah dalam Islam. “Ikut kaedah dalam Islam, akidah boleh rosak dengan tiga cara iaitu melalui perkataan, perbuatan dan iktikad (niat dalam hati)… majlis (forum) yang “Nampak macam PKR nak tarik undi bukan Islam,” katanya. Laporan portal berita pro-pembangkang pada 3 Nov lepas memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu. “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama…bagaimana |
| Karnival Kerjaya Pemuda BN 2012 Tawar 40,000 Peluang Pekerjaan Posted: 16 Nov 2012 04:44 AM PST KUALA LUMPUR, 16 Nov – Seramai 15,000 orang telah mengunjungi hari pertama Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2012 peringkat Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata sebanyak 40,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang ditawarkan oleh 240 majikan dari seluruh negara pada pesta kerjaya selama tiga hari itu. Selain kekosongan jawatan, katanya, sebanyak 5,000 peluang latihan termasuk keusahawanan dan latihan perindustrian ditawarkan kepada warganegara berusia bawah 40 tahun. Karnival kedua anjuran Pemuda BN dengan tema ‘Kerjaya, Pencapaian, Pengajian dan Rumah’ dijangka dikunjungi kira-kira 100,000 orang sehingga Ahad ini, kata Khairy, yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno, ketika ditemui pada karnival tersebut. Katanya karnival kerjaya yang sama akan dianjurkan di tiga buah negeri pada tahun depan. Karnival tiga hari di PWTC itu bermula pukul 10 pagi hingga 8 malam. Tinjauan mendapati banyak majikan mengadakan sesi temuduga terbuka atau mendaftar untuk dipanggil temuduga yang nyata menarik minat ramai pengunjung terutamanya graduan baru. Salah seorang pencari kerja, Mohd Saiful Lizam Ishak, 26, berkata beliau datang dari Kelantan untuk mencari peluang pekerjaan selepas tamat pengajian awal bulan ini. Graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik itu amat berharap untuk memperolehi pekerjaan daripada karnival itu. Eby Mura Sola, 26, seorang Orang Asli dari suku kaum Semelai, berkata karnival itu adalah platform baginya mencari pekerjaan tetap. Graduan Sarjana Muda Kaunseling, yang kini bertugas sebagai pekerja kontrak di sebuah syarikat swasta, mahukan pekerjaan tetap yang lebih menjamin masa depannya. Seorang pegawai sumber manusia di sebuah syarikat swasta, S. Bahwani, 26, berkata beliau ingin mencari peluang pekerjaan yang lebih baik dalam bidang pengurusan dan pentadbiran. Walaupun sudah dua tahun berkerja, saya datang ke sini untuk meninjau peluang pekerjaan yang lebih baik, katanya.
|
| Pas Anggap Isu Nurul Izzah Perkara Biasa Bukan Mengejutkan, Malah Sudah Dijangka Posted: 16 Nov 2012 02:15 AM PST KUALA LUMPUR, 16 Nov – Tindak tanduk dan sikap Pas khususnya Dewan Ulama yang memandang ringan isu kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar bukanlah sesuatu yang mengejutkan malah ianya sudah dijangka. Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof mempersoalkan apakah kerana 'Putrajaya' Pas sanggup mengambil langkah berkenaan dan jika berpaksikan kepada hakikat itu ianya jelas sesuatu yang cukup mendukacitakan. Menurut beliau sudah jelas di depan mata hari ini bagaimana Pas yang mewar-warkan mereka kononnya sebagai perjuangan yang berpaksikan kepada Islam sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik. "Hari ini bukan sahaja rakyat malah ada juga kalangan penyokong mereka di akar umbi tertanya-tanya kenapa Pas tidak berani untuk menegur perkara berkenaan dengan melihatnya secara menyeluruh. "Jika itulah pendirian mereka dan jika itulah pandangannya, sudah terang lagi bersuluh tidak ada apa lagi yang Pas boleh banggakan dan tidak ada apa lagi yang Pas boleh war-warkan. Hanya sekadar retorik," katanya. Ustaz Afandi yang juga Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang seterusnya mempersoalkan apakah kerana kuasa Pas telah melupakan segala-galanya walapun melibatkan soal agama. "Apa yang menyedihkan lagi Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria turut menerima tempias daripada kontroversi Nurul Izzah itu. Sepatutnya mufti kita bela. Mufti ini adalah mereka yang arif dalam bab-bab agama. "Dan Pas khususnya Dewan Ulama harus menghormati dan pada masa yang sama perlu membela mufti kerana itu adalah tanggungjawab bersama. Apakah sesetangah pihak terlajak kata hingga mufti pun turut terheret sama," katanya. -MediaUMNO |
| Pas Diminta Berhenti Bohongi Ahli, Rakyat Tentang Perlaksanaan Hudud, Negara Islam Posted: 16 Nov 2012 01:36 AM PST KUALA LUMPUR, 16 Nov - Pas dilihat sanggup mengorbankan prinsip perjuangan mereka untuk menegakkan negara Islam dan secara berterusan membohongi ahli dan rakyat tentang usaha mereka untuk menegakkan negara dan undang-undang Islam di negara ini semata-mata demi kepentingan kuasa dan politik mereka. Justeru itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin meminta agar kepimpinan Pas supaya berhenti dari berbohong kepada ahli-ahli parti mereka serta rakyat, tentang usaha mereka untuk mendirikan negara Islam dan melaksanakan undang-undang hudud di negara ini. "Pada 18 Disember 2009, secara sedar kepimpinan tertinggi PAS menandatangani perjanjian persefahaman pakatan antara DAP dan PKR di mana di dalam perjanjian tersebut, sekiranya Pakatan Pembangkang menguasai kerajaan, negara Islam, hudud, Qisas dan takzir tak ada dalam agenda. Mereka sedar tentang perkara itu tetapi kepimpinan PAS tetap menandatangi perjanjian tersebut. "Saya antara orang yang menyaksikan perjanjian tersebut. Saya tahulah tentang perkara itu. Bahkan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang berulang kali mengatakan bahawa persepakatan antara PAS, DAP dan PKR tidak termasuk agenda Islam dan perlaksanaan undang-undang jenayah Islam!," tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini. Sebab itu kata beliau lagi, ahli-ahli PAS perlu membuka mata bahawa segala agenda hudud dan perlaksanaan negara Islam yang diperkatakan saban hari oleh kepimpinan PAS, tidak akan menjadi realiti sekiranya ditakdirkan Pakatan Pembangkang berjaya menguasai pusat pentadbiran Putrajaya. "Pada saya, ahli-ahli PAS akar umbi dibohongi oleh kepimpinannya sendiri. Sebab itu saya pernah buat kenyataan supaya ahli PAS untuk mendesak mengadakan satu muktamar agung khas untuk membentangkan betul-betul apa perjanjian dan isu-isu berkenaan hal hudud dan perlaksanaan negara Islam. "Kepimpinan PAS perlu dedahkan kepada ahli akar umbi bahawa di dalam Pakatan Pembangkang bahawa hudud dan negara Islam tidak ada dalam agenda sekiranya Pakatan Pembangkang memenangi PRU yang akan datang ini. Beritahu pada ahli, bahawa Anwar saebagai ketua pembangkang, berpendirian bahawa tidak akan perlaksanaan hudud dan negara Islam sekiranya mereka berkuasa," tegasnya lagi. Tambahnya lagi, sekiranya perkara itu sudah didedahkan kepada ahli akar umbi, maka terpulanglah kepada ahli akar umbi samada untuk menyokong atau tidak keputusan berkenaan isu hudud dan perlaksanaan Islam sepertimana yang diputuskan oleh kepimpinan tertinggi ke tiga-tiga parti di dalam Pakatan Pembangkang. "Kalau mereka dah tau tentang hal itu, tetapi mereka mahu menyokong juga terpulanglah pada mereka. Apa yang penting, kepimpinan PAS perlu memberitahu secara telus dan jujur tentang pendirian dan perjanjian di dalam Pakatan Pembangkang di dalam isu hudud dan perlaksanaan negara Islam, " jelasnya. Beliau juga meminta agar rakyat khususnya ahli PAS agar tidak membuat kesilapan seperti mana yang pernah dilakukan olehnya dan rakan-rakan yang mana secara sembrono dan membabi buta menyokong Anwar Ibrahim. "Kita kena periksa dululah, samada apa yang kita dengar itu betul atau tidak. Jangan ulang lagi kesilapan saya dan kawan yang menyokong tanpa usul periksa. Hari ini apabila saya mula meneliti dan memeriksa dengan lebih mendalam, semakin lama semakin jelas, begitu banyak benda-benda yang tidak betul berlaku," katanya. -MediaUMNO |
| Persidangan UMNO Rumusan Gerak Kerja Parti Menjelang PRU Posted: 16 Nov 2012 01:08 AM PST KUALA LUMPUR, 16 Nov. – Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang akan berlangsung hujung bulan ini amat penting sebagai satu rumusan kepada gerak kerja parti untuk penggal ini sebelum berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti, kata Setiausaha Agung Mubarak, Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim. "Persidangan Agung pada tahun ini amat penting bagi menghadapi PRU yang ke-13 untuk merumuskan segala usaha, pendekatan dan juga program bagi memastikan kemenangan "Saya pasti perwakilan akan membincangkan secara serius perkara-perkara yang bersangkut dengan kemajuan UMNO selama ini dan usaha-usaha menentukan kepada perancangan ke arah PRU," katanya kepada UMNO-Online. Ujarnya, sebagai parti yang besar dan memainkan peranan signifikan dalam kemajuan dan pembangunan negara sudah pastilah perwakilan akan menumpukan untuk melontarkan segala idea dan pandangan agar ia dirumuskan menjadi satu perancangan dan gerak kerja untuk menjamin kepada kemenangan pada PRU. – MediaUMNO |
| Nyatakan Sokongan Kepada BN Dalam Karnival Sayangi Selangor Posted: 16 Nov 2012 12:56 AM PST
Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, Karnival Sayangi Selangor ini akan turut memuatkan program-program untuk disertai oleh seluruh rakyat Selangor termasuk golongan belia dan aktiviti seisi keluarga seperti Marathon, konvoi treasure hunt, pameran Produk 1Malaysia, pameran kerjaya, pameran produk BN Selangor, permainan keluarga paintball, laser-tag, go-kart, futsal, gerai jualan dan persembahan-persembahan artis dan kebudayaan. "Selain itu, terdapat juga pameran dan pertunjukan automotif melibatkan kelab-kelab dan persatuan automotif. Rakyat Selangor boleh turut sama melibatkan diri dalam Karnival Sayangi Selangor ini. Acara kemuncak ialah pada 31 Disember dan kita menjangkakan Perdana Menteri akan turut hadir bagi sama-sama menyambut Tahun Baru 2013 bersama rakyat Selangor diikuti dengan Pertunjukan Bunga Api," ujarnya. Tambahnya, BN Selangor sangat optimis dan kami menjangkakan lebih 300,000 orang akan hadir dalam Karnival Sayangi Selangor ini bagi menyatakan sokongan mereka terhadap usaha Barisan Nasional merampas kembali negeri Selangor dari pihak Pakatan. – MediaUMNO |
| Konvensyen Pembangunan Besut Di Jertih, Esok Posted: 16 Nov 2012 12:55 AM PST BESUT, 16 Nov — Pembangunan di daerah Besut yang dikatakan masih ketinggalan berbanding daerah-daerah lain di Terengganu akan dibincangkan secara terperinci esok pada Konvesyen Pembangunan Daerah Besut di Dewan Gong Kemuntong di Jerteh. Pegawai Daerah Besut A Rahim Jusoh berkata enam tokoh pembangunan yang juga merupakan anak jati Besut akan membentangkan kertas kerja pada konvensyen sehari itu. Antara tokoh berkenaan ialah bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Katanya konvensyen anjuran Pejabat Daerah Besut dan Umno Bahagian Besut itu akan memfokuskan perbincangan kepada persoalan tentang tanggapan benarkah daerah Besut ketinggalan daripada segi pembangunan berbanding daerah lain di negeri ini. Beliau berkata konvensyen itu dijangka dihadiri 1,000 jemputan dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang juga Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh akan menyampaikan ucaptama. |
| Najib Unveils 11 ETP Projects With Investments Totalling RM6.68 Bln Posted: 16 Nov 2012 12:49 AM PST |
| Anggota Islam PKR Digesa Kaji Keluar Parti Posted: 16 Nov 2012 12:39 AM PST KUALA LUMPUR, 16 Nov – Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) hari ini menggesa ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang beragama Islam mengkaji semula keahlian mereka dalam parti itu berikutan kenyataan kontroversi Naib Presidennya Nurul Izzah Anwar berhubung dengan kebebasan beragama. Ketua Penerangan Mubarak Datuk Abdul Rahman Sulaiman berkata ahli-ahli PKR beragama Islam harus bertanya mengapakah sampai kini Nurul Izzah belum bertaubat atau menarik balik kenyataannya walaupun dinasihatkan Mufti Negeri Perak Tan Sri Harussani Zakaria supaya berbuat demikian. “Mengapa Nurul Izzah enggan menarik balik kenyataannya, adakah dia percaya dengan kenyataan yang dibuatnya,” kata beliau. Mufti berkenaan dilaporkan semalam menasihatkan Nurul Izzah bertaubat serta menarik balik kenyataan berhubung kebebasan beragama pada sebuah forum di Subang Jaya baru-baru ini kerana ia mengelirukan dan membawa implikasi kepada akidah. Laporan portal berita pro-pembangkang pada 3 Nov lepas memetik Nurul Izzah, yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu. “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama…bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata,” katanya pada forum bertajuk “Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?”. Sebelum ini, bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa juga menyifatkan kenyataan Nurul Izzah mengelirukan serta beliau meminta anak sulung Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu supaya bertaubat. Anwar mendakwa kenyataan anaknya telah diputarbelit oleh media pro kerajaan tetapi seorang peserta forum itu yang merupakan seorang peguam tampil menyatakan bahawa Nurul Izzah memang membuat kenyataan itu yang berbangkit daripada soalan beliau seperti dilaporkan dan dirakam. Abdul Rahman berkata semua orang Islam harus menjaga kemurnian akidah termasuk ahli-ahli PKR yang beragama Islam. “Kalau ahli-ahli PKR hendak menjaga akidah, mereka tiada pilihan lain kecuali memikirkan semula kedudukan mereka dalam parti tersebut,” kata beliau. |
| You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:
Post a Comment