BADUT RAKYAT |
- BONGKAR !!! MUKTAMAR PAS KE 58 PALING MEMBOSANKAN PARA WAKIL YANG HADIR ??? APA CERITA NI ???
- HOT NEWS !!! NASRUDDIN TANTAWI KENA HENTAM KAW-KAW DI MUKTAMAR PAS KE 58 !!! WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! KENYATAAN NURUL IZZAH DI GEREJA MENDAHULUI BIBLE ??? WAJIB BACA !!!
- MUKTAMAR PAS KE 58 !!! SEMAKIN DEKAT KE PUTRAJAYA !!! SEMAKIN JAUH PAS MENINGGALKAN ISLAM !!! APA CERITA NI ???
- MUKTAMAR PAS KE 58 !!! MAT SABU SUDAH SEDIA MENJADI PRESIDEN DAN SINGKIRKAN MUSTAPHA ALI KERANA VIDEO SEKS ???
- KISAH BENAR !!! PERANGAI BRUTUS DAN TROJAN SENYAP DALAM KERAJAAN YANG TIDAK TAHU BERSYUKUR !!! WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF !!! TITAH KHAS SULTAN SELANGOR SEMPENA MENYAMBUT TAHUN BARU 1434 HIJRAH !!!
| BONGKAR !!! MUKTAMAR PAS KE 58 PALING MEMBOSANKAN PARA WAKIL YANG HADIR ??? APA CERITA NI ??? Posted: 16 Nov 2012 03:00 PM PST Muktamar PAS ke 58 yang bermula semalam berlangsung dalam keadaan selesa dan tenang.Bagaimanapun,ianya kelihatan agak terlalu tenang bagi sebuah parti yang kononnya sedang bersiap sedia untuk 'berperang' dalam PRU yang akan datang.Semua wakil-wakil Pemuda,Muslimah dan Ulama bagaikan terlalu berhati-hati dalam membentangkan usul.Ini tidak menghairankan memandangkan PAS berada dalam keadaan sukar atau serba tak kena akhir-akhir ini.Dilema PAS yang paling besar ialah untuk menjaga hati sekutu dan juga penyokong akar umbi mereka sekali gus,sedangkan kehendak kedua-dua pihak ini adalah bertentangan sama sekali.Beberapa isu yang mampu merobek kepercayaan penyokong dan menghancurkan kerjasama PR ialah Hudud,Kebebasan memilih agama bagi Umat Islam,Halatuju kerjasama PAS-DAP-PKR,pembahagian kerusi Pilihanraya dan jawatan Perdana Menteri.Dua perkara yang paling menggerunkan PAS jika dibangkitkan oleh perwakilan pula ialah soal keikhlasan DAP dan soal 'kesucian' Anwar Ibrahim.Sedangkan,perkara inilah yang menjadi masalah besar di peringkat akar umbi kerana ia memperlihatkan bagaimana PAS tersasar jauh dari landasan asal. Rata-rata mereka berharap yang Muktamar kali ini akan menjelaskan segala keraguan dan kembali membawa keyakinan kepada perjuangan PAS.Menyedari hati budi akar umbi yang bimbang melihat PAS tersasar dari landasan asal,maka Muktamar kali ini telah menegaskan bahawa hukum hudud akan tetap dilaksana sekiranya PR menang dan parti itu mendapat majoriti di parlimen dan diluluskan.Untuk itu,Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib berkata, "Dalam pakatan kita sudah bersetuju secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud,tetapi syariat Islam itu akan dilaksanakan bila kita berjaya untuk mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia,tapi syariat Islam itu akan dilaksanakan mengikut lunas-lunas demokrasi.".Bagi akar umbi PAS yang masih kabur,penegasan ini samalah dengan berkata bahawa perlaksanaan hukum hudud dalam pemerintahan PR adalah bergantung kepada rakyat,DAP dan PKR dan bukannya PAS.Dalam ertikata lain,tiada jaminan yang ianya akan dilaksanakan atau lebih tepat tidak mungkin akan dapat dilaksanakan berdasarkan sifat rakyat negara ini yang majmuk, serta sifat PAS yang akur kepada sistem demokrasi.Justeru,jika penyokong PAS mengharapkan perubahan drastik atau ketara ke arah Islam jika PR memerintah,maka mereka wajar berhenti berharap. Dalam memperkatakan hukum hudud,Harun Taib juga mengingatkan penyokong akan 'kemungkinan mendapat majoriti di parlimen' yang mana kemungkinan ini adalah tertakluk kepada majoriti kerusi yang ditandingi dalam pilihanraya serta jumlah kemenangan.Apabila anda bercakap tentang 'kemungkinan' maka ia bermakna tidak mustahil keadaan akan menjadi sebaliknya.Maka,tidak boleh tidak,bagi memastikan PAS mampu menjadi peneraju kalaupun tidak pendesak kepada perubahan-perubahan ke arah pemerintahan yang lebih Islamik,PAS perlu terlebih dahulu memastikan parti mereka bertanding dan seterusnya memenangi lebih banyak kerusi dari PKR dan DAP.Inilah yang menjadi keraguan akar umbi PAS iaitu kemampuan PAS untuk bertanding dan menang lebih banyak kerusi dari sekutu mereka.Jika PAS gagal,maka senario pemerintahan PR pastinya membawa aspirasi Malaysian-Malaysia DAP dan juga liberal dan pluralis PKR di mana jangankan hudud mahupun Negara Islam PAS akan tinggal mimpi,tetapi Islam sebagai agama rasmi yang dijaga rapi oleh UMNO juga akan dikuburkan sekali. Malangnya, kebimbangan akar umbi ini telah ditolak ke tepi oleh para Ulama, kepimpinan Pemuda dan Muslimah PAS. Maka,semestinya, ia juga ditolak ke tepi oleh kepimpinan tertinggi PAS.Walaupun para pemimpin kecil dan besar PAS di dalam Muktamar ini masih terus teruja untuk menghadapi PRU,namun mereka pasti sedar bahawa keterujaan itu tidak dikongsi oleh akar umbi.Kerana itu,Muktamar ke 58 adalah muktamar yang membosankan kerana ia tidak membawa jiwa perjuangan seperti selalu,tetapi ia membawa jiwa kacau dan bercelaru.Segala keraguan terbuku di hati, tidak dapat diluahkan kerana bimbang menyinggung DAP. Kesimpulannya, para penyokong PAS perlu menerima hakikat bahawa kepimpinan anda sedang memaksa anda menerima dua kemungkinan sekiranya PR menang dalam PRU kali ini, iaitu : 1. Jika PAS berjaya menjadi majoriti di Parlimen,parti itu tetap tidak mampu menjamin yang hudud akan dilaksanakan. 2. Jika PAS menjadi minoriti di Parlimen,hudud pasti tidak akan dilaksanakan kerana negara ini akan diisytihar sebagai Negara Sekular dan Islam bukan lagi agama rasmi RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! NASRUDDIN TANTAWI KENA HENTAM KAW-KAW DI MUKTAMAR PAS KE 58 !!! WAJIB BACA !!! Posted: 16 Nov 2012 11:31 AM PST mana lagi lah agaknya Nasruddin Hassan Tantawi nak letak mukanya sebagai Ketua Dewan pemuda PAS Pusat setelah dihentam kaw-kaw dan tanpa berlapik oleh seorang perwakilan dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS berikutan kelesuan sayap parti itu.ketika ini saya berada di kelantan untuk mengikuti muktamar PAS ke 58.saya cerita sikit bagaimana semua ini berlaku.Teguran keras itu datangnya dari perwakilan Pemuda PAS Johor,Mohd Faizul Mohd Salleh yang mengkritik ucapan dasar Ketua Dewan Pemuda PAS yang disifatkannya tidak mempunyai idea baru dalam membantu menambah sokongan generasi muda kepada PAS.Perwakilan itu juga menemplak sikap berdiam diri Nasruddin yang membisu dengan kelemahan urus tadbir Kerajaan Negeri yang diperintah PR seolah-olah kesemua pemimpin PR di negeri-negeri itu maksum dan terkecuali dari melakukan kesilapan.Malu dan terkedu jadinya para pemimpin Pemuda PAS yang lain melihat ketua mereka dihentam sedemikian rupa sehingga menarik perhatian pelbagai media. Sebelumnya sudah beberapa kali pimpinan tertinggi PAS memberi arahan terbuka melarang para perwakilan daripada menyentuh isu-isu sensitif berkaitan kepimpinan parti. saya harap perwakilan PAS yang masih mempunyai telur ini tidak akan mengalami nasib buruk sama seperti bekas Naib Presiden PAS,Hasan Ali yang dipecat hanya kerana membuat teguran terbuka.mari kita imbas kembali satu peristiwa yang berlaku beberapa bulan lepas yang melibatkan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu,beliau juga pernah termalu sendiri apabila didapati menipu dan memesongkan fakta semasa berdebat dengan Ustaz Fathul Bari berhubung isu hudud PAS.Dalam perdebatan itu,Nasruddin telah menipu khalayak umum dengan mendakwa pemimpin utama DAP,Karpal Singh telah bersetuju untuk berkompromi dalam isu perlaksanaan hudud PAS.Karpal yang berang dengan pembohongan Ketua Dewan Pemuda PAS itu kemudiannya tampil menafikan dakwaan Nasruddin sebaliknya tetap tegas dengan pendiriannya menolak hudud PAS mahupun Negara Islam ala PAS.Akibatnya,PAS menanggung aib yang tidak sedikit disebabkan pembohongan yang dilakukan oleh pemimpin kanan partinya.Imej PAS makin merudum bukan sahaja dikalangan ramai pengundi Melayu Islam malah pengikut PAS sendiri pun semakin malu-malu kucing untuk mengaku Nasruddin itu adalah pemimpin mereka.Dari dua peristiwa di atas,mengukuhkan andaian ramai pemerhati politik yang melihat Nasruddin tidak memiliki kredibiliti untuk menjadi pemimpin masa depan untuk PAS.Beliau tidak berupaya untuk menerajui dan mengangkat martabat sayap pemuda PAS itu untuk pergi jauh ke hadapan.Tapi kalau setakat untuk meningkat imej ahli PAS sebagai pak turut merangkap balaci untuk tujuan demonstrasi jalanan serta penjaga parking di ceramah-ceramah PR,rasanya Nasruddin telah berjaya melakukannya melalui Unit Amal PAS.muahahaha... RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! KENYATAAN NURUL IZZAH DI GEREJA MENDAHULUI BIBLE ??? WAJIB BACA !!! Posted: 16 Nov 2012 11:28 AM PST Hari ini di pagi Jumaat yang mulia MR berkesempatan 'breakfast' dengan blogger Tok Senawi dan kami berbicara panjang lebar tentang gerakkan pluralism dan liberalism sehinggalah berlarutan isu kenyataan kontroversi Nurul Izzah tentang tiada sekatan beragama. MR kagum dengan Tok Senawi yang betul-betul memahami kandungan Bible berbagai-bagai versi kecuali versi lama Barnabas yang disorok oleh penganut Kristian kerana di dalamnya ada menyatakan kedatangan Nabi Muhammad SAW. Di bawah MR petik tulisan dari blog Tok Senawi www.toksenawi.blogspot.com response kepada kenyataan Nurul Izzah yang MR kira hujah Tok Senawi merupakan satu hujah yang jarang diketengahkan. Siapa yang tidak rasa tercabar apabila ada seorang yang kononnya IMAN beliau cukup hebat secara terbuka – membuka ruang agar orang Islam juga diberikan hak atau kebebasan memilih agama. Kenyataan yang jelas bertentangan dengan ISLAM!!. Kalau Nurul Izzah rasa beliau sudah muak atau mual dengan segala keindahan Islam,beliau seorang sudahlah yang sesat jangan pula nak diheret orang Islam yang lainnya.Kenyataan Nurul Izzah mendapat tepukkan gemuruh puak-puak kristian kerana kepada mereka,kini usaha-usaha gerakan Kristianiti lebih jelas dan terbuka luas jika ada pemimpin seperti Nurul Izzah dan idola de-facto PR,Brother Anwar Bin Ibrahim aka BABI. Kristian tidak pernah menyuruh penganutnya memilih mana-mana agama dan tidak juga membuat kenyataan seperti Nurul Izzah. Mereka tahu bahawa Bible melarang penganut mereka menukar agama sebagaimana yang tersebut dalam Book of Deutronomy (13:6-10)bahawa : (6)if your brother,the son of your mother, your son or your daughter, the wife of your bosom, or your friend who is as your own soul, secretly entices you, saying, Let us go and serve other gods,which you have not known, neither you nor your father,(7)"of the gods of the peoplewhich are all around you,near to you or far off from you, from one end of the earth to the other end of the earth, (8)"you shall not consent to him or listen to him, nor shall your eyes pity him, nor shall you spare him or conceal him; (9) "but you shall surely kill him, your hand shall be first against him to put him to death,and afterward the hand of all the people. (10)"And you shall stone him with stones until he dies…. Kerana MATI adalah hukuman kepada mereka yang menukar anutan.Kalau dah terang dan jelas begitulah penjelasan Bible tentang menukar anutan, kenapa kita – merujuk Nurul Izzah, yang "katanya" Islamnya atau imannya kukuh, pula setuju bahawa hak memilih agama terbuka kepada semua termasuk kepada umat Islam???. Kepada orang Kristian, ini merupakan bonus bagi mereka untuk mengkristiankan orang-orang Melayu yang mana lemah pegangan Islam mereka.Sudahlah pegangan agama sendiri lemah,dek kerana nak sokongan bukan Islam dalam PRU,agama sendiri nak digadaikan.TS semakin takut dengan perkembangan dalam PR ni, mereka memang tidak boleh diharap untuk membela Islam dan jauh sekali membela bangsa. Oleh Mummy Rokiah RENUNG-RENUNGKAN |
| Posted: 16 Nov 2012 04:00 AM PST Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat yang berlangsung di Dewan Duyung,Perdana Resort semalam berlangsung dalam keadaan tenang walaupun umum tahu bahawa parti tersebut sedang bergelora di peringkat akar umbi.Dalam ucaptamanya,Datuk Harun Taib,Ketua Dewan Ulamak PAS menyeru para Ulama PAS mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) termasuk mengarahkan semua ahli mengundi calon-calon bukan Islam di kalangan PR.Untuk itu,Datuk Harun juga mengingatkan mereka agar menggunakan dalil-dalil dalam Al-Quran dan hadith yang bersesuaian,untuk meyakinkan pengundi.Secara dasarnya,Ulamak PAS mengambil pendirian untuk menumpukan kepada perkara besar dan mengenepikan perkara kecil dalam membawa usul ke Muktamar Tahunan ke 58 yang akan bermula hari ini di Pusat Tarbiyah Pengkalan Chepa (Putik).Apa yang menarik ialah,Dewan Ulama PAS telah memutuskan 'menawan Putrajaya' sebagai satu-satunya agenda besar.Manakala soal lain,termasuk kebebasan umat Islam menukar agama yang berbangkit dari kenyataan Nurul Izzah,hala tuju dan prinsip PR dalam soal hudud,Malaysian-Malaysia,liberalisme dan pluralisme yang menjadi kontroversi dalam mendefinasikan jatidiri PAS,telah diremehkan.isu ini tidak akan dimasukkan dalam perbincangan.apa cerita ni ??? kata parti islam.isu tu kan lebih berat kerana melibatkan agama islam ??? mana lebih penting ??? agama islam atau negara ??? bagi saya yang lebih penting agama islam.betul tak pembaca Badut Rakyat ??? Malah,soal jawatan Perdana Menteri serta pembahagian kerusi yang merupakan isu asas dalam memperkatakan agenda besar untuk 'menawan Putrajaya' juga turut diketepikan.Dalam kata lain, penyokong PAS wajib menerima hakikat bahawa Anwar adalah bakal perdana menteri kerana Anwar saja yang mampu menyatukan jasad PAS dengan DAP yang mana tanpa penyatuan ini,PAS tidak mungkin mampu mengimpikan Putrajaya.Dalam kata lain,para penyokong yang mempunyai kemusykilan atau persoalan mengenai perkara-perkara di atas dan berniat untuk mengusulkannya untuk dibahaskan telah disarankan agar membatalkan niat mereka sebaik tiba di pintu Muktamar.Bagi menyimpulkan pendirian Dewan Ulama atau mungkin juga kepimpinan PAS keseluruhan,petikan tulisan seorang blogger pro-PR menyatakan segala-galanya,iaitu "Ahli perlu membincangkan bagaimana mahu melurus dan melebarkan jalan menuju ke Putrajaya.Jangan pula ada yang primif dengan menyempitkan jalan ke Putrajaya dengan menzahirkan kebimbangan ataupun konfius.DAP akan menyekat pelaksanaan Islam ataupun masih konfius apakah suci ataupun tidak Anwar Ibrahim untuk jadi perdana menteri ??? Perkara itu tidak perlu ditimbulkan dan yang penting gapai dulu Putrajaya kemudian baru bahaskan." Malah,blogger tersebut juga berpesan agar penyokong PAS jangan tamak mendesak agar kerusi pilihanraya diberikan lebih kepada PAS berbanding PKR.Katanya, "Lebih baik Pas menang sedikit daripada menang besar kalau penyertaan itu memberi untung kepada Umno.Juga tidak ada gunanya Pas menang besar kalau kemenangan itu nanti digunakan untuk bergabung dengan Umno tanpa ada konsensus dari ahli." Alasan beliau ialah walaupun gabungan PAS-UMNO merupakan perkara spiritual iaitu hubungan agama dan bangsa tetapi "tidak elok kalau ditimbulkan dalam muktamar kerana ia boleh menyinggung rakan Pakatan yang lain." Seperti juga blogger tersebut,Dewan Ulama PAS telah memutuskan yang PAS tidak pernah terpesong dari landasan asal iaitu masih memperjuangkan penubuhan Negara Islam dan melaksanakan Hudud.Bagaimanapun,ahli-ahli dilarang bertanya bagaimana untuk memperjuangkannya sedangkan ia ditentang hebat oleh DAP.Nampaknya,kerana terlalu inginkan kuasa,Ulama dan kepimpinan PAS mula menunjukkan sikap kuku-besi.Ahli-ahli tidak dibenarkan bersuara atau bertanya.Jika ada yang berbuat demikian akan dituduh sebagai agen UMNO,pengkhianat dan kemungkinan besar dikenakan tindakan pecat.Ahli-ahli dipaksa untuk menerima hakikat bahawa jika mereka perlu menggadaikan agama, bangsa,negara,maruah,wang mahupun nyawa untuk mendekatkan mereka ke Putrajaya,maka mereka wajib melakukannya tanpa banyak soal. Nampaknya,Muktamar PAS kali ini tidak ada faedahnya jika ahli-ahli menerima saranan blogger PAS di atas.Jika isu-isu yang menjadi kemusykilan di peringkat akar umbi tidak dibenar disuarakan, maka apa lagi yang boleh dibincangkan ??? Apakah Muktamar hanya untuk ahli berjumpa untuk mengeratkan silaturrahim dan mendengar ucapan kepimpinan semata-mata ??? Sedangkan,akar umbi mendambakan satu gambaran yang jelas lagi terang berkenaan arah tuju parti sebelum dan juga selepas Pilihanraya.PAS tidak boleh mengharapkan semua ahli menerima arahan untuk tutup mulut dan memenangkan parti dahulu sebelum bertanya ke mana mereka akan dibawa.Tidak semua ahli-ahli PAS sebodoh pemimpinnya.Ramai yang berupaya membayangkan kekecohan selepas Pilihanraya sekiranya PAS tidak mampu menjelaskan di manakah kedudukan parti mereka dan ke manakah arah atau apakah gaya pemerintahan PR nanti. Muktamar ini sepatutnya digunakan sebaiknya untuk menjelaskan segala-gala kemusykilan akar umbi ini dan bukannya menggelapkan terus pandangan mereka.Jika PAS gagal memuaskan hati akar umbi melalui Muktamar ini,maka Putrajaya nampaknya akan semakin jauh lagi. RENUNG-RENUNGKAN |
| Posted: 16 Nov 2012 01:00 AM PST ketika ini,Muktamar Tahunan PAS ke 58 sudah bermula hingga 18 November 2012 di Pengkalan Chepa,Kelantan.Tumpuan utama muktamar PAS ini mungkin sahaja berlegar pada persediaan PAS sempena Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13) memandangkan sudah keluar arahan rasmi pimpinan tertinggi parti yang mahukan ahli dan pewakilan PAS dari seluruh negara hanya memfokuskan perkara tersebut.Ringkasnya muktamar PAS kali ini sememangnya agak dinantikan ramai,jika tidak kena gayanya ia akan menjadi yang terhangat dan paling panas.pemerhati politik menjangkakan peningkatan imej Timbalan Presiden PAS,Mohamad Sabu yang semakin membayangi ketokohan Hadi Awang sebagai Presiden juga akan menarik perhatian ahli dan perwakilan PAS.Suara-suara kebimbangan dari para pewakilan dan pemimpin PAS tentang kemungkinan muktamar PAS ke 58 ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Mat Sabu untuk melebarkan pengaruh Syiah dan memperkuatkan penguasaannya dalam parti juga sudah mula kedengaran. Kebimbangan mereka ada asasnya,cengkaman kuasa Hadi dalam PAS semakin longgar selepas beberapa pemimpin kanan PAS dari kumpulan Kerajaan Perpaduan (UG) yang rapat dengan Hadi tewas satu demi satu hasil permainan politik kumpulan Anwarinas.Dengan kerjasama dan dokongan sebahagian besar AJK PAS Pusat yang tika ini terdiri daripada geng Anwarinas,ada kemungkinan pada tahun depan pertembungan antara Hadi dengan Mat Sabu tidak dapat dielakkan lagi.Namun sebelum itu,orang kepercayaan Hadi iaitu Mustapha Ali yang sekarang diberi tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung PAS bakal diterajang terlebih dahulu oleh kumpulan Anwarinas dan penyokong Mat Sabu.Video seks Mustapha Ali yang berasmaradana dengan beberapa orang GRO khabarnya sudah berada dalam tangan kumpulan Anwarinas dan hanya menunggu masa yang sesuai sahaja untuk mendedahkannya kepada umum bagi membunuh imej politik orang kanan Presiden PAS itu.Selepas itu,ayam tambatan Anwar Ibrahim dalam PAS,yakni Kamaruddin Jaafar bakal dilantik sebagai Setiausaha Agung.Jika segalanya berjalan seperti dirancangkan,besar kemungkinan mudah untuk Hadi terpelanting dari jawatan Presiden dan nasibnya mungkin sama buruk seperti pernah dialami Allahyarham Asri Muda.Tidak dapat tidak,PRU 13 kelak bakal ternoktah sebagai pilihanraya terakhir untuk Hadi dan mungkin merintis kepada kejatuhan besar-besaran pengaruh PAS dalam arena politik tanahair. RENUNG-RENUNGKAN |
| Posted: 15 Nov 2012 10:00 PM PST masa bekerja dengan kerajaan Barisan Nasional (BN),itulah 'syurga' bagi diri mereka dan memuji tinggi melangit terhadap segala dasar dan pelaksanaan yang dibuat.Tetapi pelik,apabila keluar daripada perkhidmatan kerajaan dan bersara,rupanya segelintir manusia bertopeng ini hanya menunggu masa untuk menjadi wira kepada rakyat,kononnya apa yang dibuat oleh kerajaan yang memberikan rezeki kepada keluarga mereka dahulu,semuanya salah dan tidak betul.Maka dalam hal ini,benarlah kata negarawan,Tun Dr. Mahathir Mohamad,bahawa Melayu itu mudah lupa dan atas sebab itulah jugalah,kerajaan yang ada pada hari ini pun,harus mengenali hati budi kakitangan mereka sama ada tulen menyokong kerajaan atau hebat dalam lakonan dan sandiwara di pentas berbeza.Sebab itulah dalam banyak ulasan yang dibuat sebelum ini,memperakui bahawa wujud ideologi pembangkang yang menjadi agen termasuk dalam agensi dalamnya kerana ia bukan lagi satu rahsia,tetapi ada yang melakukannya secara terang-terangan. Golongan berperangai 'brutus' dan 'trojan senyap' ini ada yang tanpa segan silu lagi sudah berani berteriak mendokong prinsip dan perjuangan pembangkang walaupun mereka masih menerima gaji,elaun dan segala kemudahan disediakan oleh kerajaan yang memacu negara pada hari ini.Ini tidak termasuk lagi kepada mereka yang menerima pencen kerajaan,tetapi menyokong pembangkang.Memanglah untuk mencari mereka satu persatu yang sedang berkhidmat dalam kerajaan ini bukan perkara mudah dan memakan masa yang lama sedangkan tarikh pilihan raya umum ke-13 boleh diumumkan pada bila-bila masa.Adalah dipercayai manusia gunting dalam lipatan ini disedari secara total oleh kerajaan BN di negeri ini,di mana merupakan virus yang sedang memamah struktur kukuh sesebuah kerajaan seperti Negeri Sembilan ini,jika dibiarkan terus 'mengamuk' dalam senyap.Malanglah,segelintir kakitangan kerajaan dan mereka yang telah berpencen ini kalau tidak tahu menilai nikmat syukur yang dikurniakan oleh Allah SWT,di mana anak kita membesar,kehidupan selesa,mudah mengerjakan ibadat tanpa gangguan dipersia-siakan hanya kerana percaya kepada cerita hasutan dan mengadu domba.Apa yang menjadi masalah pada hari ini ialah 'trojan atau pahlawan senyap' yang pernah bekerja dengan kerajaan dan punyai pelbagai maklumat dalaman,membina 'kuasa' di luar dengan melihat kelemahan sesebuah agensi kerajaan itu sebagai medan untuk melancarkan peperangan baru. Dalam hal ini,kita amat bersimpati dengan mereka yang setia kepada kerajaan BN kerana perlu menangkis setiap serangan yang dibuat oleh manusia talam dua muka ini yang menyebabkan segala perkara yang dahulunya disimpan sebagai rahsia,kini dibuka pekung untuk menagih sokongan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.Jelas pada hari ini bahawa masalah kakitangan kerajaan yang menyokong dan bergiat aktif sama ada secara langsung atau pun tidak dengan parti politik pembangkang,sebenarnya ia memuncak ke tahap kronik,yang bukan sekadar pembedahan biasa tetapi mampu membubarkan kerajaan BN keseluruhannya,jika tidak dibendung segera.Percaya atau tidak,cubalah anda ke pejabat kerajaan,mahupun di kafetaria atau dewan menunggu,segelintir daripada mereka lebih gemar bercerita tentang politik negara sehingga berangan segalanya akan datang sujud di kaki sekiranya pentadbiran negara ini bertukar tangan berbanding menjalankan tanggungjawab yang dipikul untuk memajukan negara.Maka,perhatikanlah di sekeliling anda apa yang sedang mereka ceritakan dan dengarlah, tentu ada di antara mereka akan bercakap bila lagi ada ceramah politik,siapa yang datang,apa isu baru,kutuk mengutuk dan 'kalau aku jadi calon,aku akan buat itu dan ini.'Apa pun,kepada segelintir mereka telah meninggalkan perkhidmatan kerajaan,hentikanlah perbuatan memburuk-burukkan kerajaan BN ini kerana anak dan keluarga kita membesar dan makan hasil daripada wang gaji yang telah kita terima semasa berkhidmat dahulu.Mungkin negara ini terlalu berlembut sebelum ini kerana sangat menyimpan kakitangannya sekalipun mereka merupakan pekerja yang paling pemalas di dunia serta gemar bercerita tentang keburukan bersama rakannya tanpa mengira setiap sen pendapatannya itu adalah amanah yang Allah SWT berikan untuk kerja kebaikan. - Khabar dari Seremban APA JAWAPAN ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| EKSKLUSIF !!! TITAH KHAS SULTAN SELANGOR SEMPENA MENYAMBUT TAHUN BARU 1434 HIJRAH !!! Posted: 15 Nov 2012 06:00 PM PST Terlebih dahulu sukacita beta mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1434 Hijrah kepada seluruh umat Islam khususnya orang Melayu di negeri Selangor dan beta berharap kita dapat menyambut tahun baru Islam ini dengan penuh azam dan pemikiran yang bernas untuk membangunkan orang Melayu serta mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana telah mengurniakan kepada kita keamanan,kemakmuran dan kesejahteraan.Di kesempatan ini,beta berkenan untuk menyampaikan nasihat dan peringatan kepada umat Melayu berikutan isu berhubung kebebasan beragama yang telah ditimbulkan baru-baru ini.Sebagai ketua agama Islam dan pelindung kepentingan serta hak-hak orang Melayu di Selangor,beta bertanggungjawab sepenuhnya pada setiap masa menentukan bahawa agama Islam yang suci dan kepentingan orang Melayu terpelihara dan dijaga dengan sempurna.Sudah sampai masanya umat Islam khususnya orang Melayu di negeri ini,berwaspada dan menilai semula kedudukan mereka,supaya tidak terpengaruh dengan hasutan dan dakyah oleh pemikiran bebas,liberalisme atau pluralisme yang boleh merosakkan akidah seseorang dan seterusnya boleh menjadi syirik terhadap Allah SWT. Pemimpin-pemimpin Melayu dahulu yang bijaksana telah menetapkan dengan jelas definisi orang Melayu sebagaimana dalam Perkara 160(2), Perlembagaan Persekutuan adalah :- Pertama : Mereka hendaklah mengamalkan budaya Melayu,Kedua : Bertutur bahasa Melayu dan Ketiga : Beragama Islam Jika salah satu daripada perkara di atas tidak diamalkan oleh seseorang,maka ia bukanlah lagi ditafsirkan atau dianggap sebagai orang Melayu.Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan.Ini menjelaskan bahawa agama Islam lebih tinggi kedudukannya berbanding agama-agama lain.Perlembagaan juga menetapkan kedudukan dan hak-hak keistimewaan orang Melayu yang perlu dilindungi.Sekiranya orang Melayu dengan sewenang-wenangnya menukarkan agama Islam yang maha suci ini (murtad),maka pepatah "Melayu lama "Tidak Melayu hilang di dunia" tidak boleh diguna pakai lagi kerana bangsa Melayu terhakis dan akan lenyap daripada muka bumi ini.Beta tidak rela orang Melayu meninggalkan agama Islam yang maha suci ini,sebaliknya beta mahukan orang Melayu mempertahankan kesucian agama Islam ini dengan kekuatan dan kebijaksanaan seperti yang telah di lakukan oleh Nabi Muhammad SAW,para sahabat,para mujahid dan pemimpin-pemimpin Islam yang terdahulu. Kebelakangan ini,beta dapati kesucian Islam telah dinodai apabila hukum hakam agama dan tafsiran al-Quran telah sewenang-wenangnya menjadi modal politik bagi meraih sokongan.Kekeliruan timbul apabila orang yang tidak berilmu atau orang tidak layak mentafsir ayat-ayat al-Quran atau perkara berkaitan hukum Allah melakukan tafsiran mengikut fahaman dan kehendak masing-masing yang tidak menepati makna yang sebenarnya.Ayat-ayat al-Quran bukanlah seperti sepotong sajak yang boleh ditafsirkan mengikut selera dan fahaman sendiri.Di sini beta mengingatkan supaya jangan dicampuradukkan agama dengan politik kerana ia boleh mengeliru dan memecah belahkan masyarakat.Sebaliknya beta menyeru supaya orang-orang Melayu bersatu padu, membantu antara satu sama lain dan mengeratkan silaturahim sesama Islam serta mempertahankan agama Islam yang suci ini.Akhir sekali sebagai orang Islam,yakinlah kemungkaran yang dilakukan oleh manusia akan dibalas oleh Allah SWT dengan balasan malapetaka yang dahsyat seperti yang berlaku di zaman silam.Surah Al-Anfal,ayat 25,Allah berfirman yang maksudnya : "Dan peliharalah diri kamu daripada berlakunya dosa yang membawa bala bencana yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus tetapi akan menimpa kamu secara umum dan ketahuilah bahawa Allah maha berat azab siksaNya".Marilah kita sama-sama berdoa semoga Selangor yang kita kasihi ini sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT serta dijauhkan dari malapetaka.Beta juga berdoa semoga rakyat yang berbilang kaum di negeri ini dapat hidup bersatu padu,aman damai dan negeri Selangor akan terus maju,makmur dan sejahtera. RENUNG-RENUNGKAN |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.







No comments:
Post a Comment