UMNO Online - “BN’s Struggle Continuous, Not Seasonal – Rais” plus 9 more | |
- BN’s Struggle Continuous, Not Seasonal – Rais
- Pahang Continuing To Receive Foreign Investments, Says Adnan
- Masyarakat Orang Asli Tetap Setia Dengan BN – Tengku Razaleigh
- Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman Diumum Tokoh Maal Hijrah
- Sultan Pahang Dukacita Dengan Kenyataan Nurul Izzah
- Asas Perjuangan BN Dahulukan Kebajikan Rakyat – Rais
- Elak Perpecahan, Cari Titik Persamaan Demi Perpaduan Ummah – Najib
- Kerajaan Malaysia Dukacita Dan Kesal Kes Rogol Warga Indonesia
- Malaysia Kutuk Serangan Israel Di Gaza, Gesa PBB Ambil Tindakan
- Isu Nurul Izzah – Pas Dijerat PKR
| BN’s Struggle Continuous, Not Seasonal – Rais Posted: 15 Nov 2012 07:16 AM PST JELEBU, Nov 15 – As the nation’s oldest political party, the Barisan Nasional (BN) continuously struggles for the welfare of the people and is not influenced by the general election, said Information, Communications and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim. “Most parties consider this struggle as seasonal but it’s not. Under the leadership of the Prime Minister (Datuk Seri Najib Tun Razak), the BN has a clear vision. “Our struggle is the same, whether it’s general election or not. And our capacity to help the people must be at the maximum level always,” he said during the ‘Kunjungan Kasih’ programme at the Kampung Ulu Lakai Orang Asli village, here, today. Rais, who is also the Jelebu member of parliament, said the government had channelled various forms of assistance to improve the Orang Asli’s quality of life and always respected the community’s culture and traditions. He then announced the free Astro ‘Njoi’ package for more than 60 Orang Asli families in the village, which would give them access to 18 television and 19 radio channels, to be installed at the end of this year. “We’ll collaborate with Astro under the special Astro Njoi scheme and provide access to the residents here first, followed by other areas later,” he said. |
| Pahang Continuing To Receive Foreign Investments, Says Adnan Posted: 15 Nov 2012 07:12 AM PST KUANTAN, Nov 15 – Pahang remains a destination for foreign investments with a new entrant from the United States keen to build a plant based on industrial waste from oil and gas here. Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob said he had just heard a briefing on the proposal from the investor, keen on developing a industry from “fiber material”, whose eventual product, is ten times stronger than steel. “The fiber material industry is seen as suitable to be developed in Pahang or Malaysia, as we have a petrochemical industry, which is the mainstay of this fiber material. “However, the cost of the investment is still in the discussion stage. The investor will return to Kuantan in the near future for further discussions,” he added. He was speaking after accompanying the Sultan of Pahang, Sultan Ahmad Shah, who attended the Maal Hijrah 1434 state-level celebration here today. Adnan said if the company agreed to invest in Pahang, it will be the first from the industry to do so in Malaysia and at the same time, boost the economy of the state. |
| Masyarakat Orang Asli Tetap Setia Dengan BN – Tengku Razaleigh Posted: 15 Nov 2012 07:06 AM PST GUA MUSANG, 15 Nov – Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah memuji sikap masyarakat Orang Asli yang terus setia menyokong Barisan Nasional (BN) pada setiap kali pilihan raya umum (PRU). Katanya, ini menunjukkan mereka bersatu dalam membuat keputusan yang berkaitan masa depan mereka dan yakin dengan kemampuan kerajaan BN melaksanakan segala kemudahan sebagaimana dinikmati mereka. “Kita berharap Orang Asli akan terus menyokong BN terutama bagi persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi,” katanya ketika berucap pada majlis Penyampaian Bantuan kepada penduduk Orang Asli di Pos Brooke, di sini hari ini. Hadir sama Anggota Dewan Undangan Negeri Galas, Ab Aziz Yusof, Pegawai Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) Daerah Gua Musang, Muhammad Shukri Abdul Aziz dan Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah, Azman Ngadiron. Tengku Razaleigh juga Ketua UMNO bahagian turut mengingatkan masyarakat Orang Asli supaya tidak mudah terpengaruh dengan kunjungan orang luar yang datang menabur janji kerana kunjungan mereka boleh membawa perpecahan. Beliau berkata mereka harus berpegang kepada kekuatan perpaduan yang sedia ada kerana kerajaan tidak pernah lupa jasa mereka yang menyokong perjuangan BN sehingga berupaya menang setiap kali PRU. “Orang luar yang datang mungkin ada membawa maksud lain, tetapi saya percaya Orang Asli mempunyai pendirian dengan menilai sebaik-baiknya sebelum menerima janji mereka,” katanya. Beliau mengulangi komitmen kerajaan untuk terus melaksanakan pelbagai kemudahan di kawasan penempatan Orang Asli selain menyalurkan lebih banyak peruntukan bagi meringankan beban mereka. “Tengoklah pemberian wang bantuan hari ini sebagai menunaikan janji saya dan penghargaan kepada Orang Asli yang terus bersama saya pada setiap kali pilihan raya,” katanya. |
| Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman Diumum Tokoh Maal Hijrah Posted: 15 Nov 2012 06:52 AM PST PUTRAJAYA, 15 Nov – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman pada Khamis diumum penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan pada sambutan yang berlangsung di sini. Hadiah wang tunai RM100,000; pingat; plak dan sijil penghargaan disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada balu Allahyarham, Puan Seri Jamilah Mohd Said. Dilahirkan pada 21 Julai 1939 di Kampung Kemelong, Sik, Kedah, Allahyarham terpilih menerima biasiswa kerajaan untuk , melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang perundangan Islam. Pada 1977, Allahyarham dilantik Pengetua Maktab Perguruan Islam yang pertama. Selain itu, Allahyarham juga pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan dari 1981 sehingga 1984 selain mengetuai Pusat Islam di Jabatan Perdana Menteri sebagai Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Islam. Allahyarham semasa hayatnya turut aktif dalam bidang politik dan pernah memenangi pilihan raya umum pada 1990 serta menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno. Allahyarham dilantik menjadi penasihat kepada Perdana Menteri pada 2001 hingga 2009 dan penasihat Hal Ehwal Islam di Kumpulan Maju Holdings Sdn Bhd, sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 23 Dis 2011 akibat serangan agin ahmar, ketika berusia 72 tahun. Sementara itu balu Allahyarham Jamilah meluahkan rasa terharu dan berterimakasih atas penghargaan yang diberikan. “Saya berharap apa yang ditinggalkan oleh suami akan diteruskan oleh generasi kini dan sekiranya Allahyarham masih ada sudah tentu penghargaan itu amat bermakna sekali,” katanya. |
| Sultan Pahang Dukacita Dengan Kenyataan Nurul Izzah Posted: 15 Nov 2012 06:50 AM PST KUANTAN, 15 Nov - Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah meluahkan rasa kecewa dan dukacitanya terhadap kenyataan seorang pemimpin pembangkang mengenai isu kebebasan beragama rakyat termasuk orang Melayu baru-baru ini. Menyifatkan kenyataan itu sebagai mengarut dan tidak masuk akal, baginda juga kesal dengan pihak terbabit yang terlalu lantang bercakap mengenai agama tanpa memperhalusi kesannya kepada masyarakat terutama umat Islam. “Sebagai ketua agama Islam dan pemerintah negeri Pahang saya berasa sedih, dukacita (dengan kenyataan itu). Kita tidak boleh terlampau lantang sangat sebut pasal agama ini. “Saya nasihatkan agar rakyat tidak mendengar cakap-cakap sebegitu dan perlu memikirkan perkara itu dengan sehalus-halusnya,” titah baginda selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri, di sini Khamis. Baginda bertitah sebagai seorang Islam, kenyataan berkaitan agama Islam tidak boleh dibuat sesuka hati tanpa merujuk kepada pihak yang lebih arif. “Tidak semestinya orang yang mahir tentang Islam boleh bercakap mengenai Islam, saya juga mahir dan boleh juga bercakap mengenai Islam tapi kita ada majlis agama Islam, ulama kita semua bijak bistari, sebab itu saya tak berani bercakap,” titah baginda. “Saya sayang agama saya. Kita kena sanjung agama kita setinggi-tingginya dan jaga dengan sepenuh hati. Dalam Perlembagaan turut menyebut bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ini,” titahnya. Pada 3 Nov lepas, portal berita Malaysiakini melaporkan Anggota ParlimenLembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai berkata rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu. “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama…bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata,” kata Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat. Beliau berkata demikian pada forum bertajuk ‘Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?’, di Subang Jaya pada 3 Nov. Dalam pada itu Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman menasihatkan umat Islam agar berhati-hati dengan pihak dan kenyataan sedemikian yang boleh membawa kepada penyelewengan dan merosakkkan akidah umat Islam. “Jangan ikut kehendak pemikiran yang boleh merosakkan akidah…ini salah satu usaha yang dilakukan oleh musuh Islam yang suka hendak menyeleweng akidah umat Islam dengan cara meragukan orang Islam dengan pemikiran yang menyimpang (dari ajaran Islam sebenar),” katanya. |
| Asas Perjuangan BN Dahulukan Kebajikan Rakyat – Rais Posted: 15 Nov 2012 06:46 AM PST JELEBU, 15 Nov – Asas perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah mendahulukan kebajikan rakyat dan membela nasib rakyat secara berterusan dan bukannya bermusim, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Beliau berkata kerajaan BN menzahirkan kasih sayang kepada rakyat dalam bentuk tindakan dan bantuan untuk meningkatkan taraf hidup mereka, tidak seperti parti tertentu yang menunjukkan kasih sayang melalui ‘perkataan’ sahaja. “Kebanyakan pihak menganggap berjuang itu bermusim tapi BN di bawah pimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) mempunyai visi yang jelas. “Sama ada pilihan raya atau tidak, perjuangan kita tetap sama, dan kemampuan kita (BN) untuk membantu masyarakat pada tahap maksimum selalu,” katanya semasa Program Kunjungan Kasih ke perkampungan Orang Asli, Kampung Ulu Lakai, di sini, Khamis. Rais yang juga anggota Parlimen Jelebu berkata perkampungan tradisi masyarakat Orang Asli di negara ini tidak pernah dipinggirkan kerajaan dengan pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Katanya, sentimen dan adat resam serta kepercayaan masyarakat Orang Asli juga sentiasa dihormati dan diberi perhatian sewajarnya. Pada majlis itu, Rais mengumumkan pemasangan percuma Pakej Astro Njoi iaitu akses percuma kepada lebih 18 saluran televisyen dan 19 saluran radio, kepada lebih 60 keluarga masyarakat Orang Asli di kampung tersebut yang akan dipasang mulai hujung tahun ini. “Kami akan bermuafakat dengan Astro di bawah skim khas Astro Njoi ini, kita akan sampaikan televisyen kepada penghuni di sini dalam konteks persediaan baru, dan akan diikuti oleh kawasan-kawasan lain,” katanya. |
| Elak Perpecahan, Cari Titik Persamaan Demi Perpaduan Ummah – Najib Posted: 15 Nov 2012 06:42 AM PST PUTRAJAYA, 15 Nov – Demi membina kekuatan dan perpaduan ummah, umat Islam perlu menyingkirkan sifat-sifat yang membawa perpecahan, sebaliknya mencari titik persamaan dan bukannya perbezaan serta berlaku adil dan ikhlas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata perpaduan memerlukan pengorbanan, keikhlasan dan semangatpenerimaan yang mendalam; mencari kebaikan bukan keburukan, kesempurnaan bukankecacatan; sentiasa meraikan, memuji, menasihati, menegur; dan jauh sekalimeminggir, memaki, menghina atau pun menfitnah. “Ia sejajar dengan sifat mulia yang diamalkan kaum Muhajirin dan Ansar.Sesungguhnya kejayaan terbesar Hijrah ialah perpaduan tulen antara kedua-dua kaum, perpaduan bukanlah sesuatu yang mudah tetapi tidak mustahil berlaku keranatelah dibuktikan di dalam peristiwa Hijrah itu sendiri. “Sifat mulia kaum Muhajirin ialah mereka menerima dan bersyukur dengan apa yang ada kerana mereka tidak membawa apa-apa sewaktu berhijrah,” katanya semasa berucap sempena sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan di sini, Khamis. Turut hadir bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa. |
| Kerajaan Malaysia Dukacita Dan Kesal Kes Rogol Warga Indonesia Posted: 15 Nov 2012 06:39 AM PST KUALA LUMPUR, 15 Nov – Kerajaan Malaysia amat dukacita dengan satu lagi kes perkosa membabitkan wanita Indonesia yang dilapor berlaku di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini. “Wanita berkenaan itu juga difahamkan telah diikat dan tidak diberi makan selama empat hari. “Kerajaan mengecam sekeras-kerasnya perbuatan keji ini yang juga merupakansesuatu yang tidak berperikemanusiaan,” kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Amandalam satu kenyataan, di sini Khamis. Menurut kenyataan itu, Kementerian Luar akan mengikuti perkembangan kes tersebut dengan Polis Diraja Malaysia serta memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan Indonesia. Mangsa dilapor bekerja sebagai pembantu rumah dan majikannya kini ditahan reman selama tujuh hari sejak 13 Nov lepas bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas tuduhan merogol. Media sebelum ini melaporkan tiga anggota polis ditahan reman selepas didakwa merogol seorang wanita Indonesia yang bekerja sebagai pembantu restoran di Pulau Pinang. |
| Malaysia Kutuk Serangan Israel Di Gaza, Gesa PBB Ambil Tindakan Posted: 15 Nov 2012 06:37 AM PST KUALA LUMPUR, 15 Nov - Malaysia mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) khususnya Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil tindakan tegas berhubung apa yang disifatkan sebagai tindakan ketenteraan tidak bertanggungjawab oleh Israel yang menyasarkan orang awam di Gaza. Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan oleh aktiviti ketenteraan dan serangan udara Israel di Gaza, yang telah membunuh seorang pemimpin Palestin dan meragut tujuh nyawa termasuk dua kanak-kanak. “Malaysia menggesa semua pihak yang terlibat untuk menghentikan sebarangtindakan provokatif, bertenang dan mengekang sebarang tindakan yang bolehmenyebabkan kerosakan yang lebih besar dan kehilangan nyawa, terutama di kalangan penduduk awam di Semenanjung Gaza,” katanya dalam kenyataan di sini, Khamis. Beliau berkata Malaysia juga menuntut Israel menghentikan serta merta tindakan ketenteraan ke atas rakyat Palestin. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin (AP) Awang Sufian Awang Piut meminta kerajaan Malaysia berbuat sesuatu kerana tindakan tidak berperikemanusiaan Israel telah membunuh sekurang-kurangnya seorang pemimpin Hamas dan tujuh nyawa termasuk dua kanak-kanak. “Kami berharap rakyat Malaysia mengambil perhatian yang lebih serius mengenai isu Gaza kerana melalui sumber-sumber kami di sana, terdapat kemungkinan apa yang berlaku pada tahun 2008/2009 akan berulang. “Mereka memerlukan doa dan bantuan rakyat Malaysia, ini sememangnya tanggungjawab kita,” katanya di sini. Menurutnya sumber pejabat Aman Palestin di Gaza melalui pengurus cawangan AP Gaza Ir. Omar Seyam menyatakan serangan masih berterusan di Gaza dan mereka berada dalam keadaan berjaga-jaga. “Laporan Omar mengatakan Gaza berada dalam keadaan genting dan berjaga-jaga sekarang untuk menerima sebarang kemungkinan,” katanya. Dalam pada itu, Viva Palestina Malaysia (VPM) menggesa pemberhentian segera serangan udara dan pengeboman serta menamatkan pengepungan Gaza. Peengerusinya Datuk Dr Musa Mohd Nordin berkata pengeboman secara besar-besaran sejak 24 jam lepas mengimbas kembali pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera Israel semasa Operasi ‘Cast Lead’ pada Disember 2008. “Pembunuhan beramai-ramai kini yang dikenali Operasi ‘Pillar of Defense’ merupakan satu lagi paparan menghina undang-udang antarabangsa oleh Israel dan alasan kekejaman diterima norma kewujudan bersama, kedua-duanya dalam masa keamanan dan peperangan,” katanya. Beliau turut menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah (EU) dan broker dunia lain supaya berindak pantas dan mengekang perbuatan kejam Israel atau tidak lama lagi akan menjadi tali barut Zionis seperti sesetengah pihak membenarkan ia berlaku dengan sewenang-wenangnya di Timur Tengah dan seterusnya. “Kami bersimpati dengan nasib malang rakyat biasa di Gaza, kehilangan nyawa, harta dan hak asasi manusia sehingga kepada kemanan, kebebasan dan keadilan,” tegasnya. |
| Isu Nurul Izzah – Pas Dijerat PKR Posted: 14 Nov 2012 09:51 PM PST KUALA LUMPUR 15 Nov – Pas dijeratkan oleh PKR sehingga tidak berani bersuara berhubung kenyataan kontroversi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bahawa orang Melayu di negara ini bebas untuk memilih agama yang ingin mereka anuti seperti kaum lain di negara ini. Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan Pas hilang keberanian untuk bercakap berhubung apa yang dinyatakan oleh Nurul Izzah kerana mereka kini lebih mengutamakan kepentingan politik dan sanggup mempertahankan kenyataan kontroversi itu sedangkan perkara itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termasuk pihak istana. "Pas dijeratkan oleh PKR, mereka kini terjerat dengan apa yang dikatakan oleh Nurul Izzah, mereka hilang keberanian untuk menegurnya, mereka lebih pentingkan politik daripada, sehinggga kini Pas masih tidak berani menyatakan pendiriannya mengenai perkara itu, mereka takut kehilangan undi. "Sebab itu Dewan Ulama Pas menganggap kenyataan Nurul Izzah itu sebagai isu kecil, mereka sanggup mengepikan agama untuk utamakan politik, mereka sanggup ketepikan perjuangan agama yang diperjuangkan untuk memastikan dapat terus bersama dalam pakatan pembangkang," katanya selepas menyertai Program Salam Sayang Wanita UMNO di Hospital Bersalin Kuala Lumpur sempena maal Hijrah. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dewan Ulama Pas menganggap usaha menggulingkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lebih besar berbanding isu kebebasan beragama di kalangan orang Melayu yang dibangkitkan Nurul Izzah. Shahrizat berkata, kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah adalah sesuatu yang amat merbahaya dan perkara sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini apatah lagi membabitkan seorang pemimpin Melayu yang bercakap mengenai agama dan bangsa. Menurutnya, mengapa Nurul Izzah tidak menyaman Malaysia Kini seperti mana yang dilakukan terhadap Utusan Malaysia dan Berita Harisan berbanding sedangkan portal berkenaan yang mengeluarkan laporan berhubung kenyataan kontroversinya itu. "Ini semua dilakukan adalah untuk kepentingan politik, sebab itu dia tak saman Malaysia Kini, cerita ini dimulakann oleh Malaysia Kini, bukannya Utusan dan Berita Harian," katanya.
|
| You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment