BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! PAS TANDATANGANI PERJANJIAN SULIT DENGAN DAP DAN PKR !!! NAK TAHU ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 15 Nov 2012 03:00 PM PST


Seorang bekas ahli seumur hidup PAS,Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena sebagai CN Al-Afghani mendedahkan PAS telah menandatangani satu perjanjian sulit dengan DAP dan PKR untuk menggugurkan perjuangan hudud dan Negara Islam.Menurutnya,perjanjian sulit itu ditandatangani pada 18 Disember 2009 di antara Presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang,Penasihat DAP,Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Kita ini ditipu oleh pimpinan.Kalau baca dalam buku saya ini,ada saya sebut,persefahaman pada 18 Disember 2009 telah disebut dan ditandatangani oleh tiga orang pemimpin.PAS oleh Tuan Guru Haji Hadi, PKR oleh penasihat dia dan DAP oleh Lim Kit Siang.Apa yang ditandatangani,di antara kandungannya,apabila PR berkuasa di Putrajaya,pemerintahan ini tidak akan menyentuh tentang hudud dan Negara Islam,".  

KEPADA PUAK PAS !!! 

INI LAH YANG SEBENARNYA BERLAKU !!! 

NAK CERITA LAGI PASAL HUDUD ???

LIHAT VIDEO DI BAWAH 


RENUNG-RENUNGKAN

HOT VIDEO !!! KEBEBASAN BERAGAMA !!! ISU NURUL IZZAH PERKARA KECIL ??? NAMPAK SANGAT PAS RETORIK !!! APA CERITA NI ???

Posted: 15 Nov 2012 10:47 AM PST


Pas menyifatkan isu kontroversi yang dicetuskan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama dalam kalangan rakyat,termasuk orang Melayu sebagai 'satu perkara kecil'.Ketua Dewan Ulama Pas,Datuk Harun Taib berkata,disebabkan 'perkara kecil' itulah,Pas tidak bercadang membawa isu tersebut untuk diperbincangkan pada Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu yang sedang berlangsung sekarang.Beliau memberitahu,pada muktamar kali ini,hanya isu besar yang menjurus kepada tumbangnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan diberi keutamaan untuk dibincangkan.

"Sepanjang muktamar Pas kali ini,kita tidak akan bincangkan isu tersebut.Itu isu kecil sahaja,tak perlu kita bincang.Malah dalam muktamar sebegini,isu seperti itu kita tak perlu bincang.Sebaliknya,kita akan bincang perkara atau agenda yang lebih besar yang boleh menumbangkan UMNO atau BN," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Harun diminta mengulas kemungkinan Muktamar Tahunan Pas ke-58 yang berlangsung bermula hari ini hingga 18 November ini di Kota Bharu dijangka turut membincangkan isu kontroversi melibatkan Nurul Izzah. Ditanya perkara 'lebih besar' yang akan dibincangkan pada muktamar itu sehingga boleh menyebabkan UMNO dan BN tumbang,Harun bagaimanapun hanya menyebut: "Sabarlah,kita tunggulah esok." Mengenai desas desus bahawa Dewan Ulama Pas kemungkinan tidak akan terlibat dalam muktamar Pas kali ini,beliau dengan tegas menafikan dakwaan tersebut.Sebaliknya,jelas Harun,sesi yang melibatkan Dewan Ulama Pas pada muktamar tersebut akan dilangsungkan esok dan sebarang dakwaan kononnya dewan ulama tidak turut serta adalah tidak benar sama sekali. "Siapa kata Dewan Ulama Pas tak terlibat dalam muktamar ini,semua pihak dalam Pas akan terlibat termasuk Dewan Pemuda,Dewan Muslimat dan sebagainya," ujarnya. - Utusan Malaysia


ISU KEBEBASAN AGAMA ADALAH PERKARA KECIL ???

ISU MENUMBANGKAN UMNO DAN BN PERKARA BESAR ???

MANA LEBIH PENTING DAN DI DAHULUKAN ???

AGAMA ATAU NEGARA ???

KATA PARTI ISLAM SEMALAYSIA !!!

KATA NAK MEMPERJUANGKAN ISLAM ??? 

MANA PERJUANGAN PAS YANG ASAL ???

MALAS NAK KOMEN PANJANG-PANJANG !!!

ADA OTAK FIKIRLAH !!!

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! PORTAL PR GELAR PENEROKA FELDA BODOH MACAM LEMBU ??? APA CERITA NI ???

Posted: 15 Nov 2012 11:01 AM PST


Rupanya kejayaan Himpunan Generasi Baharu Felda yang selesai dilangsungkan di UiTM Shah Alam akhir minggu lalu,tidak hanya mengundang perasaan megah generasi kedua Felda tapi ia juga menyebabkan ada pihak yang tidak senang duduk kehadiran besar di acara tersebut.Dianggarkan kira-kira 12,000 orang generasi muda dan anak peneroka Felda dari seluruh negara termasuk Sabah hadir ke majlis tersebut yang turut melibatkan pengumuman rasmi pembahagian durian runtuh fasa ketiga oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib.Durian runtuh bernilai RM563 juta bagi fasa ketiga itu adalah imbuhan dari hasil kejayaan penyenaraian FGVH di Bursa Saham yang mana setiap keluarga peneroka bakal mendapat RM5000.00 untuk dibahagi samarata antara anak-anak peneroka.Mungkin menyedari kejayaan acara itu bakal memberi impak besar kepada peningkatan ketara sokongan rakyat khususnya warga Felda kepada Barisan Nasional (BN), maka portal suarapakatanrakyat.com telah mmenghina peneroka Felda sebagai bodoh seperti lembu.

Penulis portal itu yang cenderung mendewakan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin paling suci berkata demikian setelah menerima bulat-bulat dakwaan AJK PAS Pusat yang menuduh pemberian wang durian runtuh RM5,000.00 telah menyebabkan ramai anak peneroka bergaduh adik beradik berebutkan pembahagian wang tersebut.Sedangkan sekalipun jika dakwaan oleh Pengerusi ANAK,NGO proksi kepada PAS itu adalah benar,namun penulis portal itu tidak sepatutnya menyamakan peneroka Felda mahupun generasi mudanya dengan kebodohan seekor lembu.Apa hak penulis pro PR merendah-rendahkan taraf pemikiran generasi baharu Felda ??? Adakah menjadi kesalahan untuk generasi baharu peneroka felda menerima imbuhan durian runtuh itu, sedangkan mereka berhak menerimanya berikutan sokongan mereka kepada usaha penyenaraian FGVH di BSKL.Portal suarapakatanrakyat.com jelas sekali tidak mengambil iktibar disebalik keterlanjurannya sebelum ini yang menulis artikel mempertikaikan tarian tradisi Sumanzau yang tampak jelas menghina orang Sabah.Bila rakyat Sabah bangkit menyuarakan kemarahan,pandai pula si penulis berdolak dalik mencipta alasan untuk menegakkan benang basah sehinggalah bila keadaan semakin tak terkawal, barulah portal itu menarik balik artikel penghinaan selepas mendapat nasihat pemimpin-pemimpin PR. 

Sekarang penulis suarapakatanrakyat.com mengulangi perangai sama,kali ini menghina warga Felda yang disamatarafkan dengan lembu pula.Sama saja perangai dan sikapnya seperti Naib Presiden PKR,Nurul Izzah yang tidak pernah terdetik di fikiran untuk mengambil pengajaran dari kelemahan dan kesilapan sebelumnya.Tahun lalu Nurul Izzah telah mempromosikan Bangkung Christmas Bazzar yang menyediakan minuman keras dan nyanyian keagamaan Kriastian,tahun ini pula diulangi lagi kesilapannya dengan mencetuskan kontroversi berkaitan akidah orang Melayu Islam pula.Dek kerana kuasa,penghinaan terhadap kelompok lain dihalalkan dan akidah agama digadai dijual sesuka hati, ia satu gambaran jelas betapa terdesaknya PR dalam usaha mereka untuk merampas kuasa demi memuaskan nafsu puak mereka. Bila sudah beginilah pembawaan sikap penyokong dan pemimpin PR,usahlah berangan-angan untuk memerintah negara ini.Rakyat Malaysia tidak kerugian pun menolak kehadiran PR yang ternyata hanya banyak mencetuskan kontroversi dan kecelaruan berbanding manfaat untuk rakyat. 

RENUNG-RENUNGKAN 

KANTOI !!! KHALID SAMAD MENGANJING KURAPKAN AHLI PAS ??? APA CERITA NI ???

Posted: 15 Nov 2012 11:02 AM PST


PAS tidak lagi mampu menutup masalah dalaman parti itu yang semakin hari semakin kronik.Masalah parti itu bukannya masalah biasa seperti pertelagahan atau pertentangan pendapat antara pemimpin,tetapi ia adalah jauh lebih serius kerana ia melibatkan prinsip dan pendirian yang membawa kepada jati diri dan hala tuju parti.Masalah PAS bermula apabila parti tersebut bekerjasama dengan DAP dan menjadi semakin parah apabila kumpulan Anwarinas mula menguasai.Dari situ,roh Islam PAS yang sedia celaru menjadi haru-biru apabila jin liberal dan kafir harbi mengambil-alih parti.Hari ini,PAS adalah umpama jasad tanpa roh kerana telah dirasuk sepenuhnya oleh Anwar dan juga DAP.Hakikat ini semakin terserlah apabila Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor,Khalid Samad secara terang-terangan 'menganjing-kurapkan' ahli-ahli PAS hanya kerana mereka mengkritik parti dalam wacana "Mengembalikan PAS ke Landasan Asal".Menurut Khalid,PAS tidak pernah tersasar dari landasan sebagaimana kritikan dan kebimbangan sebahagian besar ahli-ahlinya.Khalid kemudiannya menuduh ahli-ahli yang terlibat itu sebagai golongan tidak berpuas hati atau kecewa serta merupakan bekas ahli PAS,sekali gus menolak 11 resolusi yang dicapai dalam wacana tersebut sebagai tidak mewakili akar umbi.Nampaknya,kenyataan Khalid tersebut langsung tidak membantu PAS dalam memulihkan keyakinan di kalangan akar umbi,tetapi menyebabkan parti tersebut terperosok lebih jauh ke dalam konflik rohaniahnya yang sedia parah. 

Norman Toha,iaitu bekas Setiausaha PAS Selangor yang merupakan antara yang hadir ke wacana tersebut menjelaskan bahawa majoriti peserta wacana adalah ahli dan penyokong PAS dari serata negeri di Malaysia.Mereka hadir kerana ingin mempertahankan perjuangan asal parti untuk menegakkan Islam dan melaksanakan hudud.Mereka hadir untuk meluahkan kekecewaan dan pandangan akar umbi terhadap pemimpin PAS berkenaan kerjasama dengan DAP dan PKR yang jelas merugikan PAS.Mereka juga bimbang dengan kelemahan PAS dalam menghadapi tekanan liberalisme dan pluraslisme yang dibawa kedua parti sekutunya.Segala pandangan akar umbi ini juga ditolak mentah-mentah dengan penuh penghinaan oleh Khalid Samad.Kononnya,tiada masalah di dalam PAS,kononnya PAS masih memperjuangkan Islam,kononnya PAS adalah parti dominan dalam PR.Namun,akar umbi PAS tahu siapa Khalid Samad iaitu antara dalang menutup masalah murtad yang meruncing di Selangor.Khalid Samad sentiasa ke hadapan untuk menyelamatkan dan mengukuhkan hubungan PAS dan DAP apabila tercetus pertelingkahan. 

Kata orang,jin yang bernama Khalid Samad ini,satu kakinya di dalam PAS,satu kaki di dalam DAP tetapi kepalanya kekal berada bersama Anwar.Yang dijaga Khalid adalah DAP kerana parti itulah yang bakal memberi kerusi terbanyak kepada PR.Yang disanjung Khalid adalah Anwar Ibrahim kerana beliaulah Perdana Menteri yang bakal mengubah struktur sosial dan agama di Malaysia dan memberikannya jawatan. Tetapi, yang diperanjing-kurapkan adalah pemimpin dan ahli PAS yang mampu menggagalkan cita-citanya. Kita simpati melihat ahli-ahli PAS dan pemimpin PAS yang diperlakukan sebegitu hina tetapi, kita tidak dapat menyalahkan Khalid jika menghina mereka. Mana tidaknya,jika sudah tahu yang jalan yang dibawa itu adalah salah, kenapa masih terus menjadi penumpang ??? Kenapa masih terus tersorong-sorong pipi kepada PKR ??? Kenapa masih melangut mengharapkan belaian kasih DAP ??? Kenapa masih terus merayu,merengek mengharapkan pemimpin-pemimpin PAS yang dirasuk itu pulih kembali ??? Jika pemimpin-pemimpin yang kononnya alim ulama bertaraf wali juga begitu mudah dirasuk sehingga lupa diri dan tersilap jalan, maka apakah hukumnya jika ahli yang sedar membiarkan diri terus dipimpin oleh mereka ??? Bukankah tahap kesetiaan juga harus ada hadnya ??? Jika setia membuta tuli sehingga sanggup ke lubang tahi, maka salahkah jika Khalid Samad menganggap akar umbi PAS semuanya bagai anjing-kurap sahaja ??? Khalid Samad berani berbuat demikian kerana beliau tahu, apa pun yang dikatakannya dan ke mana pun PAS dibawa oleh sekutunya,penyokong-penyokong dan ahli PAS akan tetap setia.Hatta,walaupun jika mereka dipimpin ke neraka,ahli PAS akan sanggup bertegang leher dengan sesiapa sahaja yang mempersoalkannya,sambil menegaskan bahawa itulah sebenarnya syurga. 

RENUNG-RENUNGKAN 

GREEN PROTEST !!! BERJALAN 300 KM UNTUK MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!! APA CERITA NI ???

Posted: 15 Nov 2012 11:02 AM PST


Kumpulan menentang Lynas yang memakai penyamaran sebagai aktivis alam sekitar dengan nama Himpunan Hijau,masih tidak berputus asa walaupun mahkamah telah menolak permohonan injunksi oleh pihak mereka kerana gagal membuktikan yang operasi kilang tersebut adalah merbahaya.Keputusan mahkamah tersebut telah disambut dengan kesyukuran dan linangan air mata oleh para pekerja Lynas yang majoritinya beragama Islam dan merupakan penduduk sekitar Gebeng.Bertitik tolak dari itu,Himpunan Hijau yang majoritinya atau hampir seratus peratus adalah dari kaum Cina yang bukannya penduduk Gebeng,enggan mengalah dan terus berdegil untuk meneruskan penentangan.Justeru,berbekalkan air liur dan cerita-cerita berkenaan mangsa bahaya radioaktif dalam kes-kes berasingan di tempat dan negara lain,Himpunan Hijau telah memulakan perjalanan sejauh 300 km selama 14-hari yang bermula semalam,dari Kuantan ke Kuala Lumpur bagi meneruskan usaha menentang operasi kilang Lynas.Mereka dijangka tiba di Dataran Merdeka pada 25 November sebelum meneruskan perjalanan ke Parlimen.Harapan mereka adalah untuk mengumpul lebih banyak sokongan dengan masuk ke kampung-kampung dan pekan-pekan di sepanjang perjalanan,untuk berkempen.

Apa yang pasti, kempen Himpunan Hijau adalah kempen yang berdasarkan auta semata-mata kerana mereka tidak punya sebarang fakta atau angka untuk membuktikan bahawa kilang Lynas adalah merbahaya.Apa yang mereka ada hanyalah cerita berkenaan nuklear,kesannya dan kisah-kisah mangsa yang terlibat dalam tragedi seumpamanya.Namun,itu semua bukan fakta mengenai Lynas kerana Lynas bukanlah kilang nuklear dan tidak menghasilkan sisa radioaktif yang merbahaya.Kilang Lynas adalah kilang kimia biasa di mana walaupun terdapat sisa yang mampu membahayakan tetapi ianya adalah di paras yang jauh lebih rendah dari tahap yang diluluskan,serta sangat terkawal.Tahap keselamatan kilang ini telah diakui dan diluluskan oleh badan-badan antarabangsa yang bertanggungjawab terhadap isu-isu radioaktif, atom dan nuklear.Kilang Lynas telah diiktiraf sebagai antara kilang nadir bumi tercanggih di masa ini.Dengan kewujudannya di Gebeng,Malaysia bakal menjadi pesaing utama kepada pengeluar utama dunia iaitu negara China.Sekali gus,mampu melonjakkan ekonomi Malaysia secara drastik memandangkan nadir bumi adalah bahan asas yang penting dalam pembuatan dan penghasilan barangan berteknologi tinggi dan canggih.Dengan kepesatan pembangunan teknologi terkini,tiada siapa yang dapat menjangkakan sejauh mana impak yang bakal dibawa oleh Lynas kepada Malaysia dari segi ekonomi dan juga pembangunan teknologi. 

Melihat di luar konteks pembuatan dan pulangan pendapatan,tidak mustahil kewujudan kilang ini juga bakal menjadi pemangkin kepada kelahiran pakar teknologi dan inovasi dari negara ini.Mengambil-kira semua fakta ini, maka tidak hairanlah Lynas menjadi kontroversi.Potensi hebat Lynas menjadikan ia sasaran berbagai pihak yang berkepentingan dalam berbagai bidang dan industri dan dari berbagai negara. Inilah yang menyedihkan kita iaitu apabila sebahagian dari rakyat negara ini sendiri yang sanggup menjadi dalang untuk menggagalkan sesuatu yang baik untuk negara.Lebih sedih lagi apabila ada yang mudah diperdaya dengan cerita kosong serta enggan mengambil-kira fakta yang sah.Himpunan Hijau sanggup berjalan 300km hanya untuk menipu seramai yang boleh bagi mencapai matlamat yang sebenarnya merugikan negara dan rakyat.Dari tindakan ini juga mereka cuba menimbulkan keraguan terhadap kerajaan serta menunjukkan sikap memperkecilkan keputusan mahkamah.

Antara aktivis kumpulan ini,iaitu Wong Tack,cuba meyakinkan kita kononnya perjalanan ini bukanlah sesuatu yang dirancang, tetapi telah mendapat sokongan secara spontan.Entah siapa yang begitu bodoh akan mempercayainya sedangkan kita tahu bagaimana kumpulan ini beroperasi selama ini.Kita tahu mereka pernah mengadakan demonstrasi dan program di beberapa tempat dengan bahan-bahan kempen,t-shirt dan logistik yang tersusun.Selain itu,walaupun ramai kaum Cina yang menjadi penentang kerajaan,mereka selalunya enggan berdemonstrasi bersama-sama dengan puak penentang kerajaan yang lain dalam 'memperjuangkan' isu-isu yang kononnya isu rakyat.Malah,dalam isu BERSIH juga,tidak ramai kaum Cina yang sanggup turun berpanas dan menahan pedih mata bersama-sama juak-juak PAS dan PKR.Jika adapun,mereka hanya turun sebentar sahaja,sebagai syarat agar 'nampak muka', kata orang.Tetapi,entah kenapa dalam isu Lynas,kaum ini cukup tegar sehingga sanggup berjalan begitu jauh sekali selama berhari-hari.Tidak mungkin kerana mereka benar-benar prihatin terhadap keselamatan dan kesihatan atau nyawa rakyat Gebeng kerana sejak bila pula puak kiasu ini prihatin terhadap sesiapa yang tiada kena mengena dengan mereka ??? Justeru,apakah sebabnya,atau lebih tepat,apakah agaknya imbuhan atau ganjarannya yang membuatkan mereka sanggup melakukannya ??? tepuk dada tanya iman !!!

RENUNG-RENUNGKAN

AMARAN !!! PM @NAJIBRAZAK PERLU GENTAR DENGAN BILLBOARD PAKATAN !!! VIDEO AIB PEMIMPIN TERSEBAR !!!

Posted: 15 Nov 2012 12:05 AM PST


APA AGAKNYA YANG BERMAIN DI FIKIRAN DATUK SERI NAJIB BILA MENGETAHUI BILLBOARD PAKATAN A.K.A PKR LAGI HEBAT DARI UMNO DAN BARISAN NASIONAL ???


KHAS UNTUK WANITA 

 

UNTUK KELUARGA  



UNTUK ANAK-ANAK 

HEBAT TAK BILLBOARD PAKATAN HARAM A.K.A PKR INI ???

KREDIT TO DIMENSI THE FOUNDER OF OMEGAY 

SATU VIDEO MENGAIBKAN PEMIMPIN TERSEBAR !!!

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN  

ISU MURTAD !!! PAS MENJADI SYAITAN BISU BELA NURUL IZZAH ??? APA CERITA NI ???

Posted: 14 Nov 2012 09:00 PM PST


Akhirnya Pas menyerahkan kepada rakyat untuk membuat penilaian terhadap isu kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berhubung pandangan bahawa orang Melayu juga perlu diberi memilih agama yang mereka anuti.Parti yang kononnya mendabik dada di corong-corong mikrofon sebagai pejuang Islam sejati di seluruh kampung,desa,lurah dan lembah rupa-rupanya hanyalah tin kosong yang bunyi saja bising tapi tidak ada isi.Ujian sesebuah parti politik ialah kemampuannya bangun mempertahankan prinsipnya apabila diserang pihak lawan atau ketika prinsip yang didakwa menjadi pegangannya terancam oleh idea yang bercanggah.Tetapi dalam kedua-dua senario ini berhubung apa yang disebutkan oleh anak Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim itu yang dengan mudah mengeluarkan 'fatwa' bahawa kebebasan beragama juga merangkumi orang Melayu yang rata-ratanya adalah beragama Islam, nyata pendirian Pas amat dikesali sekali.Ketua Dewan Ulamak Pas Harun Taib berkata rakyat boleh menilai kenyataan tersebut kerana hanya Nurul Izzah sahaja yang tahu 'ketepatan' pandangan yyang beliau luahkan.

Komen dari seorang yang memakai 'ustaz' dari Pas ini menunjukkan parti itu lepas tangan dengan membiarkan Islam dipermain-mainkan oleh seorang wanita 31 tahun yang juga seorang ahli politik pembangkang dan anak kepada Ketua Pembangkang.Pas telah meletakkan pertimbangan politik jauh mengatasi imej dan maruah Islam dan merelakan agama menjadi korban asalkan politik mereka tidak terjejas.Pas gentar memberi pendirian rasminya sebagai sekutu PKR bukan kerana takutkan Allah tetapi takutkan seorang manusia yang bernama Anwar. Disebabkan Mursyidul Am,Nik Aziz berpeluk cium dengan Anwar maka dengan sendirinya apabila timbul kontroversi seperti yang dikecohkan oleh Nurul Izzah,Pas akan jadi kecut kerana mahu jaga hati sekutu politiknya.Kalau isu kenyataan Nurul Izzah tidak mampu ditangani dengan adil dan saksama atas prinsip Islam,bagaimana pula jika yang menyerang agama adalah orang bukan Islam pula.Sebenarnya perkara ini sudahpun lama berlaku apabila Pas bersekongkol dengan parti cauvinis Cina,Dap dan parti menggalakkan fahaman pluralisme dan liberalisme,PKR.Memang benarlah pandangan rakyat bahawa Pas sudah menjadi seperti lembu yang dicucuk hidung kepada Dap dan PKR kerana setiap kemahuan kedua-dua parti itu tidak berani dibantahnya waimah yang berkaitan dengan isu Islam sekali pun. 

Pas kononnya mahu mendengar penjelasan dari Nurul Izzah mengenai kenyataan beliau tetapi sehingga tidak ada usaha untuk mengadakan pertemuan yang dicadangkan. Perlu apa penjelasan selanjutnya dari Nurul apabila Pas sendiri boleh membaca malah mendengar dan melihat sendiri kenyataan penuh Nurul Izzah yang dimuatkan turunkan dalam portal berita Meloyakini dan youtube ??? Ini hanyalah permainan politik pas yang ingin melengah-lengahkan supaya ia dapat melepaskan diri daripada tanggungjawab membela Islam. Jika begini sikap parti itu, elok sekalilah jangan menggunakan istilah Islam pada namanya kerana ia akan lebih menghina agama.Apa yang disebut oleh Nurul Izzah pada 3 November lalu di gereja Full Gospel Tabernacle di Subang Jaya tidak akan berlalu begitu sahaja.Umat Melayu-Islam di negara ini yang terhiris hati dan perasaan mereka kerana pengkhianatan yang dilakukan oleh Nurul Izzah tidak akan membiarkan perkara itu dilupakan begitu sahaja.Sudah tentu akan ada implikasi dalam ruang lingkup politik,sosial dan agama hasil daripada kenyataan biadap itu.Orang Melayu di Lembah Pantai sudah tentu tidak lagi akan mempercayai Nurul Izzah sebagai wakil rakyat berbangsa Melayu yang mampu menjaga kebajikan pengundi di kawasan itu terutamanya pengundi Melayu.Tetapi implikasi yang lebih besar ialah kepada pemikiran generasi muda yang telah dirosakkan oleh Nurul Izzah. Beliau telah membuka satu pemikiran kepada anak-anak Melayu yang kurang pendidikan agama dan lemah iman di mana mereka oleh memilih jalan keluar daripada Islam jika mereka mahu atas prinsip kebebasan beragama.Siapa sebenarnya yang akan meraih keuntungan jika berlaku kemurtadan di kalangan anak-anak Melayu sebegini yang mudah dipergunakan oleh pihak tertentu terutamanya gereja Kristian ??? Pada forum anjuran pihak gereja itu,Nurul Izzah menerima tepukan gemuruh daripada para hadirin yang teruja dengan kenyataan beliau itu yang menghina Islam termasuk seorang ahli parlimen Pas, tetapi hakikatnya tepukan itu adalah bala yang bakal menimpa bukan sahaja beliau tetapi Pas,PKR dan juga Dap.

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! @NOHOMAR MENCABAR KHALID GAGAP NAFIKAN DAKWAAN LULUSKAN PENGAMBILAN TANAH !!! ADA BERANI ???

Posted: 14 Nov 2012 06:00 PM PST


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar mencabar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya menafikan dakwaan bahawa beliau telah membuat keputusan pengambilalihan tanah milik Yayasan Selangor di Klang lebih awal sebelum dipersetujui mesyuarat exco Kerajaan Negeri.Noh mendakwa pihaknya mempunyai bukti dan kronologi surat yang dihantar oleh Abdul Khalid pada Mac tahun lepas meminta Pengurus Besar Yayasan Selangor Ilham Marzuki supaya menguruskan proses pengambilalihan tanah itu kerana telah dibincangkan di peringkat lembaga pengarah. 
"Mesyuarat exco memutuskan mengenai perkara itu pada Mei tahun lepas iaitu hanya beberapa bulan selepas Abdul Khalid memutuskan perkara itu.Ini bermakna Abdul Khadid telah membuat keputusan lebih awal sebelum mesyuarat exco," katanya pada sidang akhbar semalam.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Idustri Asas Tani turut mendakwa Abdul Khalid langsung tidak mempertimbangkan rayuan pengurusan Yayasan Selangor yang tidak bersetuju dengan keputusan Menteri Besar Selangor itu. Sebelum ini,Abdul Khalid memberitahu sidang akhbar bahawa tanah itu bukan lagi di bawah kuasa Yayasan Selangor kerana ia telah diserah kepada sebuah syarikat persendirian pada 2002 oleh kerajaan negeri BN.Beliau menafikan dakwaan kononnya tanah itu akan dibangunkan sebagai Pusat Kebudayaan Cina dan buat masa ini lot tanah itu masih kosong.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...