UMNO Online - “Abu Kassim Dilantik Anggotai Lembaga Gabenor IACA” plus 9 more

UMNO Online - “Abu Kassim Dilantik Anggotai Lembaga Gabenor IACA” plus 9 more

Link to UMNO Online

Abu Kassim Dilantik Anggotai Lembaga Gabenor IACA

Posted: 30 Nov 2012 06:53 AM PST

KUALA LUMPUR, 30 Nov -  Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abu Kassim Mohamed dilantik sebagai Anggota Lembaga Gabenor Akademi Pencegahan Rasuah Antarabangsa (IACA) bagi penggal selama enam tahun.

Pelantikan itu sempena Perhimpunan Pertama Pihak-Pihak IACA di Bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Vienna, Austria pada Jumaat.

Menurut satu kenyataan SPRM, pelantikan itu dianggap satu daripada penghormatan tertinggi dalam inisiatif bidang pencegahan rasuah.

“Ia adalah satu penghormatan untuk mendapat perakuan daripada pakar dalam bidang pencegahan rasuah, terutama Suruhanjaya IACA,” kata Abu Kassim, yang juga anggota jawatankuasa eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA).

Kenyataan itu juga memetik beliau sebagai berkata pelantikan tersebut akan memudahkan lagi pertukaran pengetahuan eksklusif serta kesalingan kepakaran antara Akademi Pencegahan Rasuah (MACA) dan IACA.

Sebelas calon dari pelbagai negara bertanding untuk pelantikan itu termasuk Naib Presiden Bulgaria, Margarita Popova, Penasihat Presiden Persekutuan Rusia, Sergey N.Dubik dan Pengerusi Suruhanjaya Hak Sivil dan Anti Rasuah Korea Dr Young Ran Kimm.

Kenyataan itu menyebut IACA turut melancarkan program ijazah akademik bagi siswazah dan Ijazah Sarjana dalam Pengajian Pencegahan Rasuah pada perhimpunan tersebut.

Hikmah Di Sebalik Doa, Imej Pas Semakin Tercalar

Posted: 30 Nov 2012 06:35 AM PST

KUALA LUMPUR, 30 Nov - Bagi umat Islam, doa adalah senjata ampuh selepas segala ikhtiar dan usaha dilakukan bagi memohon dimakbulkan segala hajat.

Umat Islam yang berada di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini dan anggota UMNO yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2012 berkesempatan mengadakan solat hajat dan berdoa memohon umat Islam dan seluruh rakyat di negara ini hidup dalam suasana aman, sejahtera dan bersatu padu.

Antara lain doa itu berbunyi: “Kami mohon satukanlah hati-hati kami ya Allah… seluruh muslimin dan muslimat Ya Allah… di utara, selatan, timur dan barat Ya Allah. Kau tautkanlah ukhuwah dan ikatan sesama Islam Ya Allah.

“Peliharalah negara kami Ya Allah… peliharalah pimpinan-pimpinan kami YaAllah, peliharalah rakyat negara kami Ya Allah, peliharalah raja-raja kami Ya Allah.”

Doa itu dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil KhirBaharom selepas solat hajat tersebut.

Berbeza sekali dengan solat hajat dan doa Pas yang memohon kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada majlis solat hajat di Stadium Muhammad IV sempenaMuktamar Tahunan Pas ke-58 baru-baru ini, yang mengejutkan banyak pihak.

Perbuatan itu dilihat mencalar imej parti berkenaan sebagai sebuah parti Islam di negara ini memandangkan Islam sendiri meminta umat mendoakan hanya perkara baik, sebagaimana sabda Nabi Muhamad SAW : “Mohonlah kebaikan daripadaAllah kerana sesungguhnya Allah suka diminta kebaikan dan sebaik-baik ibadahadalah menunggu kelapangan (terlepas daripada kesusahan).” (Hadis riwayatal-Tirmidzi).

Seperti yang sering diungkapkan, setiap kejadian itu ada hikmahnya. Bagi Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Idris Jusoh, doa Pas itu akan menjadi antara penyebab Pas kehilangan sokongan serta kerusi pada pilihan raya umum ke-13.

“Kita lihat banyak isu yang melanda Pas gagal diselesaikan dan diperjelas dengan baik seperti isu Nurul Izzah (Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat) berhubung kenyatannya tentang kebebasan beragama, malah parti itu mempunyai masalah dengan DAP terutama berhubung dalam isu pelaksanaan hukum hudud,” katanya.

Yakin akan berlaku peralihan sokongan pengundi Pas kepada UMNO, terutamanyapengundi atas pagar, Idris berkata Pas kini tiada hala tuju dan tidak mempunyai keupayaan untuk menjadi parti tonggak dalam pakatan pembangkang kerana dilihatlebih banyak mengikut telunjuk DAP dan PKR.

“Ini jauh bezanya dengan Umno yang merupakan tonggak dalam Barisan Nasional dan dasar perjuangan UMNO sendiri tidak berubah sifat wasatiyah sejak daridahulu hingga kini,” katanya.

Idris berkata Pas tidak konsisten dalam memperjuangkan Islam serta banyak mengalah kepada DAP, dan dalam hal siapa akan menjadi perdana menteri, anggota Pas sendiri tiada persefahaman.

“Pakatan pembangkang dengan lantang mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi Muktamar Pas baru-baru ini mahukan presiden mereka Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi PM dan dalam masa sama Mat Sabu (Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu) pula menyatakan menyokong Anwar menjadi PM. Jadi jelas menunjukkan kesepakatan dalam pakatan pembangkang tidak ada,” katanya.

Bagi seorang penganalisis politik, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata UMNO harus bekerja kuat untuk menarik 30 hingga 40 peratus pengundi atas pagar untuk mempertahankan Putrajaya.

Beliau berkata UMNO dan Pas telah memperoleh 30-30 peratus sokongan dalam kalangan pengundi Melayu dan adalah sukar untuk meraih sokongan penyokong tegar Pas.

Maka itu, adalah penting bagi kedua-dua parti meraih sokongan pengundi ataspagar bagi memastikan kemenangan dalam PRU13.

Bagi penyokong Pas yang tegar, kata beliau mereka akan kekal menyokong Pas tetapi pendekatan liberal parti itu yang mewujudkan kerjasama dengan DAP danPKR adalah strategi Pas untuk menawan Putrajaya.

“Kini, UMNO dan Pas perlu merangka pelbagai strategi yang berkesan untuk mendapatkan sokongan pengundi atas pagar yang dikatakan pengundi muda dan berpandangan sederhana serta golongan yang mahukan hubungan harmoni dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum,” katanya.

Najib Welcomes Landmark UN Decision On Palestine

Posted: 30 Nov 2012 06:15 AM PST

KUALA LUMPUR, Nov 30 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has welcomed the landmark decision by the United Nations (UN) to recognize Palestine as a non-member observer state.

He said that the move provided Palestinians with the opportunity to join international treaties and agencies.

“This landmark decision should not detract from the ultimate goal of ensuring that the Palestinian people have a land of their own.

“Malaysiacalls on all parties to redouble their efforts towards a two-state solution, so that there is a durable and just peace in the region,” he said in a statement today.

The UN General Assembly on Thursday voted overwhelmingly to recognizePalestineas a state, which has been a long-sought victory for the Palestinians.

The resolution upgrading the Palestinians’ status to a non-member observer state at the UN was approved by a vote of 138 to nine, with 41 abstentions, in the 193-member world body.

Najib expressed hope that all members of the UN would respect the vote.

Malaysia has long been a staunch supporter of the Palestinian cause, and had voiced concern over the recent deadly Israeli military attacks onGazato President Barack Obama of theUnited States, a close ally ofIsrael.

Opening the annual Umno general Assembly 2012 yesterday, Najib indicated Malaysia’s intention to open the first foreign embassy in a future independent Palestine.

Amy Search Teruja Hadiri Perhimpunan Agung UMNO 2012

Posted: 30 Nov 2012 04:22 AM PST

KUALA LUMPUR 30 Nov – Perhimpunan Agung UMNO 2012 menjadi sejarah kepada lagenda rock tanah air, Suhaimi Abd Rahman yang dikenali sebagai Amy Search apabila beliau buat pertama kalinya menghadiri perhimpunan agung berkenaan.

Beliau yang menyertai UMNO pada bulan Mei yang lalu menjadi perhatian umum dan perwakilan yang berada di PWTC petang padi.

Ketika ditemui, Amy menyifatkan perhimpunan agung UMNO tersebut adalah sesuatu yang cukup menarik apatah lagi ianya dapat melihat secara langsung perbahasan oleh wakil-wakil UMNO negeri yang berucap.

"Sebelum ini saya hanya melihat Perhimpunan Agung UMNO menerusi televisyen mahu pun akhbar-akhbar yang menyiarkan laporan perjalanan perhimpunan parti UMNO itu.

"Hari ini saya dapat melihatnya dengan lebih dekat  perhimpunan yang cukup besar ini dan saya cukup gembira dan teruja. Perasaan itu tidak dapat dinafikan.. Memang teruja…" katanya kepada UMNO-Online.

Pada bulan Mei yang lalu, Amy bersama Mus May (Mustapha Din) dan Ibnor Riza menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh.

Menurutnya beliau bertindak sedemikian kerana menyedari hanya UMNO sahaja mampu memberi harapan bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi kepada semua rakyat di negara ini.

Ditanya harapan beliau, Amy yang kelihatan ceria mahukan sesuatu yang terbaik untuk seluruh rakyat negara.

"Saya dalam industri muzik 30 tahun. Harapkan sesutau yang baik untuk rakyat negara ini secara menyeluruh," ujarnya.

Ketika ditanya mengenai tindakan sesetangah artis yang menyertai parti pembangkang, beliau menyifatkan itu adalah hak masing-masing.

"Masing-masing punya pemikian dan pandangan. Jadi saya masuk UMNO pun tak cakap pasal orang. Saya masuk UMNO inginkan kebaikan…ingin lihat institusi yang betul-betul teguh," katanya. -MediaUMNO 

BN Confident Of Wresting Four States, Retaining Perak

Posted: 30 Nov 2012 04:20 AM PST

KUALA LUMPUR, Nov 30 – The Barisan Nasional (BN) is confident of wresting Kedah, Kelantan, Penang and Selangor from the opposition while its stranglehold on Perak just keep getting stronger in the run up to the 13th general election.

Kedah UMNO liaison committee deputy chairman Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir said after four years at the helm, Pas and its partners had failed to use the opportunity to develop the state, instead it was saddled with problems, particularly logging and the transfer of water to Penang of late.

“With the looming general election, apparently they are asking for another chance to be of service to the people as time is running out for them. They should not be given another chance,” he said on the sidelines of the UMNO General Assembly 2012 here today.

Mukhriz, who is deputy international trade and industry minister, said the people had given the opposition an opportunity to rule the state, and the people should not be tested again in the 13th general election.

In Kelantan, the wind of change is blowing towards the BN, judging from the people’s mood, said state UMNO liaison committee chairman Datuk Seri Mustapa Mohamed.

He said the people had realised that Pas had failed to overcome a number of problems, including providing water supply and eradicating poverty, despite being 22 years in power.

Mustapa, who is also international trade and industry ministry, said Kelantan UMNO was working diligently to ensure that there was no internal bickering in the party while election machinery was well-oiled.

For the Penang UMNO liaison committee, it will carry out micro-management activities, namely extending government aid in batches throughout the state for the next two months, said its chairman, Datuk Zainal Abidin Osman.

“We had made a thorough preparation to take back Penang from the opposition. Our operation room is already functioning and we are now focusing on micro-management,” he added.

Meanwhile, Selangor UMNO liaison committee chairman Datuk Seri Noh Omar said the party was confident that it had restored the people confidence in the BN in the face of the next general election.

He said the Selangor BN felt that it needed a separate manifesto to woo voters, who were mostly in urban areas.

On the other hand, Perak Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir said the BN was confident of retaining the state in the next general election for it had successfully unleashed its strategies for the past three years after taking over from the opposition.

“God willing, tactically and asset-wise, we are ready for the crunch as entrusted upon us. We are confident of defending our position,” he added.

GLC Perlu Laksana Sepenuhnya Agenda Pembangunan Bumiputera – Idris

Posted: 30 Nov 2012 04:14 AM PST

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Kerajaan perlu memastikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melaksanakan sepenuhnya agenda pembangunan Bumiputera.

GLC juga perlu diminta mempercepatkan proses penjualan anak-anak syarikatnya yang tidak kritikal kepada usahawan Bumiputera yang berdaya maju dan berkeupayaan.

Perkara itu disentuh wakil Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh ketika membentangkan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di sini hari ini.

“Mereka tidak harus sekadar melakukan aktiviti bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat,” tegas Idris yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut.

Ia antara sembilan ketetapan yang digariskan dalam usul itu dalam menyokong penuh usaha kerajaan melaksanakan Program Transformasi Ekonomi secara inklusif.

Idris yang juga Pengerusi Mara turut mencadangkan supaya kerajaan memperkukuh agenda pembangunan Bumiputera dengan penubuhan pusat setempat sebagai pemudah cara dan pemberi khidmat nasihat dalam bidang pembiayaan, pemasaran serta pengurusan syarikat.

Menurutnya, penubuhan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) telah memberi kesan positif dalam membangunkan ekonomi Bumiputera serta menggalakkan penglibatan mereka dalam bidang ekonomi baharu.

Jelas beliau, usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang bagaimana kerajaan meletakkan ekonomi negara di atas landasan yang betul dan mengurusnya dengan baik sehingga membolehkan rakyat menikmati hidup selesa.

“Lebih 100,000 rakyat Malaysia menunaikan umrah setiap tahun, aktiviti melancong, memiliki kereta merupakan perkara biasa. Mereka juga dapat menghantar anak belajar ke luar Negara.

“Ibadah korban dapat dibuat hingga ke luar negara, bantuan kemanusiaan juga dapat disalurkan kepada masyarakat yang memerlukan. Ini semua kerana berkat usaha UMNO dan Barisan Nasional,” katanya.

Selain itu, kata Idris, Skim Pembiayaan Mikro untuk usahawan kecil perlu diperkasa melalui penambahan peruntukan untuk Amanah Ikhtiar Malaysia dan  Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun).

“Skim ini banyak membantu usahawan kecil di luar bandar dan kadar bayaran balik pinjaman juga dilihat menggalakkan,” katanya.

Idris turut berkata pengiktirafan kerajaan terhadap Wakaf Korporat akan mengangkat sektor sukarelawan korporat untuk menjadi instrumen baharu dalam menjana ekonomi negara.

Menyentuh sektor perumahan, Idris berkata usaha kerajaan untuk memastikan harga rumah terkawal selain meringankan beban hidup rakyat melalui pelbagai program perlu disokong semua pihak.

Lagu “Warisan” Sentuh Emosi Perwakilan UMNO

Posted: 30 Nov 2012 04:10 AM PST

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Bait-bait sebuah lagu lama yang menuntut kesedaran mengenai kesan persengketaan yang boleh membawa kehancuran negara, menyentuh emosi perwakilan UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Lagu 'Warisan' ciptaan Dr Nordin Kardi itu dinyanyikan Pengerusi Kelab UMNO Tokyo, Ariff Yasir Zulkafli sewaktu membahaskan ucapan dasar presiden UMNO, dengan hasrat meningkatkan perpaduan anggota parti menjelang pilihan raya umum ke-13.

Namun tanpa diduganya, semua perwakilan dan pimpinan tertinggi UMNO termasuk Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak, turut bangun menyanyikan lagu itu bersama-sama.

Lirik yang penuh makna itu turut membuatkan sesetengah perwakilan menitiskan air mata.

NGO Islam Serah Memo Kepada AS, Tuntut Israel Patuhi Gencata Senjata

Posted: 30 Nov 2012 04:03 AM PST

KUALA LUMPUR, 30 Nov –  Sebanyak 30 Pertubuhan bukan kerajaan(NGO) Kuala Lumpur menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat di sini bagi menuntut Israel berpegang kepada arahan gencatan senjata di Semenanjung Gaza, Palestin.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat, Syed Sheikh Al-Attasmenyerahkan memorandum itu kepada wakil kedutaan pada 2 petang di Kedutaan Amerika Syarikat, di sini.

Sebelum itu, kira-kira 100 anggota NGO berhimpun dan berarak dari Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak, dengan membawa sepanduk antaranya bertulis ‘Awas Muslimin Jerat Zionis Sentiasa Menanti Bersatulah Ummah Elakkan Berpecah’.

Syed Sheikh berkata antara isu yang dinyatakan dalam memorandum itu ialahmengenai bagaimana Zionis Israel mematuhi arahan yang ditetapkan supaya melakukan gencatan senjata terhadap Gaza.

“Sebelum ini, telah banyak arahan gencatan senjata dikeluarkan kepada Israel tetapi mereka tidak mengenal erti kemanusiaan, tetap terus membedil Gaza, jadi kita tidak mempercayai mereka (Israel),” katanya selepas menyerahkan memorandum itu.

Beliau juga berpendapat pemberian status ‘negara pemerhati bukan anggota’kepada Palestin oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)juga hanya sebagai retorik kerana kuasa PBB dipegang oleh Amerika Syarikat.

Perhimpunan Agung PBB pada Khamis meluluskan pengiktirafan ‘de facto’ negara berdaulat ke atas Palestin selepas Presiden Palestin Mahmoud Abbasmenggesa badan dunia itu mengeluarkan ‘sijil kelahiran’ negaranya yang lama tertangguh.

Sebanyak 138 negara undi menyokong; sembilan negara menentang, termasukAmerika Syarikat dan Israel; 41 berkecuali. Tiga negara tidak mengambil bahagiandalam pengundian itu.

Serangan Israel ke atas wilayah Gaza baru-baru ini mengakibatkan lebih 100 penduduk Gaza terbunuh termasuk kanak-kanak, wanita dan warga tua serta mencederakan ratusan yang lain.

UMNO Bukanlah Parti Yang Mengamalkan Politik ‘Taqiyah’

Posted: 30 Nov 2012 03:58 AM PST

KUALA LUMPUR 30 Nov – Konsep permuafakatan Barisan Nasional (BN) dalam membela rakyat negara ini sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi malah aspek keihlasan yang menjadi tunjang kepada gabungan berkenaan membolehkan ianya terus mendapat kepercayaan rakyat.

Pengerusi Sekretariat Perhubungan NGO, Datuk Sufian Awang berkata penekanan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib dalam ucapan dasarnya semalam yang turut menyentuh soal berkenaan menjelaskan segala-galanya kepada umum.

"Apa yang diperkatakan oleh Presiden bahawa UMNO bukanlah parti yang mengamalkan taqiyah atau tipu muslihat dalam kerjasamanya dengan parti-parti komponen Barisan Nasional ada asasnya dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

"Lihat kepada tiga parti pembangkang, PKR, DAP dan Pas… Dari segi ideologi dan pegangan mereka sendiri pun dah tidak sehaluan…masing-masing ada ideologi sendiri… bagaimanakah mereka yang  tidak sehaluan ini untuk mentadbir negara," katanya kepada UMNO-Online.

Katanya berbanding BN, komitmen dan asasnya cukup jelas dan ditambah pula dengan berpaksikan kepada keikhlasan, parti itu jauh lebih ke depan berbanding parti pembangkang.

"Berbeza dengan BN pada hari ini, komitmen yang diberikan dan hala tuju yang dibentuk oleh BN dalam bentuk muafakat sebenarnya satu hala tuju yang jelas khususnya untuk membina dan juga rangka perkara-perkara serta pembangunan yang mendahulukan rakyat.

"Sebagaimana yang diungkapkan oleh Presiden sewaktu menyampaikan ucapan dasar, satu persatu Datuk Seri Najib memberi bukti yang jelas di mana apa juga bentuk yang dijanjikan pentadbiran pembangkang baik di Kedah, Selangor dan mana-mana jua hanyalah janji kosong dan tidak akan ditunaikan. Berbeza dengan BN setiap apa yang dilafazkan dikotakan.

"Saya berpendapat tibalah masa kepada semua rakyat untuk betul-betul memilih kerajaan dan ini bukanlah ujikaji dan eksperimen yang dibuat kerana ini saat yang paling penting sekali sama ada untuk meneruskan pembangunan negara atau menghancurkan negara sekiranya pilihan kita kali ini tidak tepat," katanya. -MediaUMNO

Pelajar Luar Negara Ada Tanggungjawab Besar Beri Penjelasan Tentang UMNO

Posted: 30 Nov 2012 03:53 AM PST

KUALA LUMPUR, 30 Nov. – Golongan muda khususnya para pelajar yang berada di luar negara mempunyai tanggungjawab besar dalam memberi penjelasan berkaitan UMNO dan dasar-dasarnya kepada masyarakat khususnya di negara tempat mereka mengikuti pengajian.

Timbalan Presiden parti yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyatakan bahawa para pemimpin pelajar yang mempunyai hubungan langsung dengan UMNO sebagaimana Kelab UMNO Luar Negara (KULN) perlu berperanan langsung dan memberi penjelasan dengan sempurna.

"Pemimpin-pemimpin KULN ada amanah untuk membetulkan apa saja tohmahan pembangkang yang dilemparkan kepada parti dan kerajaan sebagaimana dakwaan mereka kononnya UMNO tidak adil, UMNO meminggirkan golongan muda dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam perjumpaan dengan KULN di PWTC sempena berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2012.

Ujarnya, pembangkang seringkali memanipulasikan isu-isu berkaitan dengan hak keistimewaan orang Melayu, hak Raja-raja Melayu serta keadilan sosial sehinggakan ada segelintir rakyat Malaysia yang berada di luar negara turut terpengaruh.

"Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan parti yang telah menjadi tunjang kerajaan dan banyak menyemai budi kepada masyarakat dan negara.

"Ahli-ahli UMNO mesti mempunyai jalinan akrab dengan semua pihak biarpun mereka bukan ahli UMNO dan mesti yakin dengan apa yang dilakukan apatah lagi dalam mempertahankan parti yang dilabel negatif oleh pihak pembangkang," katanya.

Turut serta dalam pertemuan tersebut ialah isteri beliau, Puan Sri Noraini Abdul Rahman serta Pengerusi Biro KULN, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Sebanyak 67 perwakilan daripada 72 KULN dan tujuh Badan Perhubungan UMNO Luar Negara turut hadir sebagai perwakilan dalam perhimpunan Agung 2012.

Sebelum ini, para perwakilan tersebut turut berkursus bersama wakil-wakil pelajar dalam dan luar negara selain turut serta dalam Forum Antarabangsa. - MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...