BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! UMNO ADALAH PUNCA UTAMA RED WORRIOR MENANG !!! PAS ??? APA CERITA ???
- KANTOI !!! NIK AZIZ KEBAS TANAH DI KAWASAN PEMBALAKAN ???
- KISAH BENAR !!! SAH !!! TERBUKTI PAS BACUL DAN KELDAI TUNGGUNGAN DAP !!!
- KANTOI !!! AMERIKA DAH JANGKA PR AKAN KALAH PRU KE 13 ???
- KISAH BENAR !!! ISU GUNTING RAMBUT !!! PAS SUJUD KERANA DAP !!!
- HOT NEWS !!! MAK LAMPIR DAN RAFIZI LEMBU HIDUP MEWAH DI SELANGOR ???
HOT NEWS !!! UMNO ADALAH PUNCA UTAMA RED WORRIOR MENANG !!! PAS ??? APA CERITA ??? Posted: 30 Nov 2012 03:00 PM PST Baru-baru ini Kerajaan Pusat telah menyumbang sejumlah RM1 juta kepada pasukan bolasepak Kelantan,The Red Warrior (TRW) sebagai penghargaan di atas kejayaan pasukan itu menjuarai tiga kejohanan pada musim ini.Sumbangan kewangan itu adalah kesinambungan dari tajaan dan sokongan yang pernah Perdana Menteri Datuk Seri Najib lakukan sebelum ini untuk pasukan TRW.Badan Perhubungan UMNO Kelantan pula turut sama menyerahkan sumbangan RM200,000.00 kepada TRW,kesinambungan dari pelbagai bantuan yang pernah dihulurkan sebelum ini.Bagi KAFA yang menguruskan TRW sejak sekian lama,sumbangan tersebut amat besar maknanya memandangkan hasil jualan tiket tidak berupaya menampung keseluruhan kos pengurusan pasukan termasuklah untuk menyelesaikan pembayaran gaji pemain serta kakitangan.Berikutan itu Timbalan Ketua Bahagian Ketereh,Datuk Md Alwi Che Ahmad semasa membahaskan usul ucapan Presiden menyifatkan UMNO sebagai antara faktor utama yang membawa kepada kebangkitan TRW sehingga kini dikenali sebagai pasukan yang digeruni dan disegani. Kenyataan tersebut nyata mengundang rasa tidak puas hati penyokong PAS,bukan kepalang marahnya mereka apabila UMNO dikaitkan dengan kejayaan TRW.Pada mereka segala usaha keprihatinan UMNO serta Kerajaan Pusat kepada TRW termasuklah membantu dari segi wang ringgit hanyalah jasa yang sekadar lekat dicelah gigi sahaja.Hakikatnya,kebangkitan dan kejayaan besar TRW sejak lebih kurang 5 tahun tahun amat sukar sekali untuk dinafikan oleh PAS bahawa ia adalah jelmaan dari usaha dan kerja buat pemimpin UMNO. Semenjak pengurusan KAFA diambil alih oleh pemimpin UMNO,Tan Sri Annuar Musa selaku Presidennya,kebenaran yang dapat disaksikan semua nampak jelas peningkatan demi peningkatan agak terasa sehinggalah telah dua kali menjuarai piala Malaysia.Kejayaan-kejayaan ini tidak berlaku melalui retorik atau sekadar cukup dengan ceramah dipentas politik, sebaliknya disebabkan keberkesanan pengurusan yang dibantu dengan sumber kewangan yang kukuh.Tanpa pengurusan yang bijak dan sumber kewangan yang mantap, sukar sekali untuk sesebuah pasukan bangkit menuju kejayaan lebih-lebih lagi jika masalah tunggakan gaji yang sering berlaku 5 tahun sebelum ini berterusan berlaku.Sememangnya kebenaran agak sukar untuk diterima dan amat pahit untuk diakui,lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah terbiasa lena dalam keasyikan retorik tanpa kerja buat bermanfaat sepertimana menjadi amalan pemimpin Kerajaan PAS Kelantan dan penyokongnya. RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! NIK AZIZ KEBAS TANAH DI KAWASAN PEMBALAKAN ??? Posted: 30 Nov 2012 09:41 AM PST Menteri Besar Kelantan,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isteri,Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak didakwa memiliki tanah milik anak syarikat Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKNIK) di Ulu Kelantan. Anak syarikat yang dimaksudkan itu adalah Syarikat DAMAI (Darulnaim Agro Management Industries Sdn Bhd) di mana PKINK dipengerusikan oleh Nik Abdul Aziz sendiri.Selain itu,Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Ahli Parlimen Pengkalan Chepa), isteri dan anak serta aktivis-aktivis PAS Kelantan yang lain juga turut didakwa memiliki tanah tersebut. Pendedahan itu dibuat oleh YB Datuk Haji Md Alwi Che Ahmad, ADUN Ketereh dalam Perhimpunan Agung UMNO Malaysia 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC) semalam. "Lot no 51, kawasan Relai, nilai pada tahun 2000 adalah RM40,000, pemiliknya ialah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Kawasan Lojing 1,Lot no 29..pemiliknya Tuan Sabariah Tuan Ishak..Datin..isteri dia," katanya. UNTUK SELANJUTNYA RENUNG-RENUNGKAN |
KISAH BENAR !!! SAH !!! TERBUKTI PAS BACUL DAN KELDAI TUNGGUNGAN DAP !!! Posted: 30 Nov 2012 04:00 AM PST Saat awal isu salun gunting rambut di Kelantan sampai ke pengetahuan umum pada mulanya ia dianggap sebagai isu remeh temeh dan hanya sekadar dipandang sebelah mata sahaja oleh pimpinan PAS Kelantan dan Pusat.Pada mereka tidak ada silap atau pelik apabila pemilik salun E-Life Hair Salon,Ong Lee Ting terpaksa menerima saman untuk kali ke 11 berikutan kesalahan pendandan rambut wanita memotong rambut pelanggan lelaki bukan Islam.Mereka yakin Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) bertindak betul ketika menyaman pengusaha salun di KB Mall itu selaras dengan peruntukan Seksyen 107 (2) Akta Majlis Undang-Undang Tempatan.Namun tak sangka rupanya keyakinan pemimpin PAS mudah benar runtuh menyembah bumi hanya dek kerana wujudnya ketakutan yang amat sangat dengan bantahan dari Pengerusi DAP,Karpal Singh.Dalam kenyataan reaksinya berhubung isu itu,Karpal mengakui terkejut dengan tindakan Kerajaan PAS Kelantan memperluaskan penguatkuasaan peraturan itu terhadap masyarakat bukan Islam,sesuatu yang dianggapnya bercanggah dengan hak kebebasan dan perlembagaan. Dengan nada yang keras dan sinis Pengerusi DAP itu menempelak PAS kerana gagal menepati pengisytiharan yang dibuatnya selama ini bahawa sebarang perlaksanaan undang-undang Islam sama sekali tidak akan meliputi orang bukan Islam.Serentak dengan itu Karpal mendesak pemimpin PAS Pusat segera tampil memperbetulkan keadaan bagi mengelakkan isu tersebut dari menggugat keyakinan penyokongnya pakatan pembangkang menjelang PRU 13.Hanya berselang masa sehari dua sahaja, tak semena-mena Presiden PAS,Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin PAS Kelantan bagaikan terpana dari lamunan,terus sahaja menyatakan persetujuan untuk mengkaji semula peraturan tersebut.Semudah ABC,cukup sekali dua pemimpin veteran DAP itu bersuara,pasti pemimpin PAS segera mematuhinya.Nampak jelas demi kepentingan DAP,bukan satu masalah besar untuk PAS sekali lagi tunduk bacul kepada DAP saling tak tumpah seperti keldai tunggangan yang setia pada tuannya.Sebelum ini PAS sudah berkali-kali melakukan perkara yang sama termasuklah terpaksa menggadai prinsip menegakkan negara Islam dan hudud PAS semata-mata demi memenuhi kehendak DAP. Ini realiti yang terpapar di depan mata ramai sejak pasca PRU 2008 hingga kini,PAS bukan hanya sekadar bacul tapi terbukti serasi sebagai keldai kepada DAP.Satu kenyataan yang pahit sehinggakan dikalangan penyokong dan ahli PAS sendiri kelihatan rimas dan kemalu-maluan dibuatnya. RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! AMERIKA DAH JANGKA PR AKAN KALAH PRU KE 13 ??? Posted: 30 Nov 2012 12:30 AM PST Rakyat Malaysia tidak perlu bimbang akan keadaan negara selepas PRU-13 setelah Datuk Seri Najib menerima ucapan tahniah yang awal daripada Presiden Barrack Obama dalam Sidang Kemuncak ASEAN yang diadakan di Phnom Penh seminggu lalu.Dalam sidang tersebut,Presiden Obama menyatakan bahawa beliau yakin bahawa Barisan Nasional pasti akan meraih kemenangan bagi PRU-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.Amerika Syarikat telah banyak memantau keadaan politik di Malaysia kerana 'anak kesayangan' mereka,Anwar Ibrahim sedang berusaha untuk mengambil alih kerajaan Malaysia.PR telah menggunakan pelbagai strategi untuk menutup segala kejayaan yang dicapai oleh Malaysia dibawah kerajaan BN.Antaranya termasuk mereka-reka cerita bahawa Perdana Menteri pernah terlibat dalam rasuah dan juga kes bunuh.Anwar juga telah membawa penyokong di jalanan untuk mengutuk tragedi Dataran Tahrir,dengan harapan bahawa ia mampu menjatuhkan imej kerajaan.Anwar sememangnya suka akan demonstrasi jalanan kerana ini mampu menunjukkan kononnya rakyat tidak lagi berpihak kepada kerajaan. Jadi,anda dapat lihat bahawa penyokong-penyokong Anwar akan membawa semuanya di jalanan untuk mempertahankan ketua mereka - untuk pilihan raya bersih, untuk membantah tuduhan sodomi,untuk alam sekitar dan banyak lagi.Namun, apa yang jelas disini,bagi kesemua demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh Anwar dan NGO-NGOnya,mereka hanya mampu mengumpulkan paling tinggi 20,000 penyokong,jauh dari kadar penyokong yang mampu memberi sebarang impak terhadap perkara yang mereka perjuangkan.Pihak kerajaan telah membuktikan bahawa terdapat beberapa warga Singapura turut terlibat dalam beberapa siri demonstrasi mereka, ini memberi makna bahawa tidak ramai rakyat Malaysia menyokong perjuangan Anwar hinggakan mereka terpaksa menjemput pihak luar untuk menambahkan jumlah peserta demonstrasi mereka.Walau bagaimanapun, dalam Pilihan Raya Umum 2008,Anwar mampu meyakinkan rakyat bahawa mereka sebenarnya 'dirompak' dan 'ditipu' oleh kerajaan BN.Dari situ,walaupun BN masih mampu mengekalkan kuasa, BN telah kehilangan 2/3 majoriti di Parlimen dan empat negeri telah ditawan oleh PR. Perkara ini bagaimanapun,tidak memberikan PR sebarang manfaat kerana perkara ini menunjukkan bahawa tuntutan mereka untuk mendapatkan pilihanraya yang bersih seperti sesuatu yang direka-reka. Selepas empat tahun, kini rakyat mulai sedar siapa Anwar sebenarnya.Dengan pakatan yang sering dilanda masalah akibat daripada percanggahan pendapat seperti Negara Islam,Negara Sekular,Liberal dan banyak lagi,semuanya bercampur aduk hinggakan Anwar sendiri tidak mempunyai seberang penyelesaian dan tidak mahu untuk mengakui akan perkara tersebut. Dengan pelan transformasi yang diinspirasikan oleh Dato' Seri Najib,ini membuatkan PR berada dalam keadaan yang tergugat untuk menghadapi PRU-13.Itu adalah antara perkara-perkara yang dipantau oleh Amerika Syarikat.Apa yang berlaku di Malaysia bukanlah rahsia dan pihak Amerika dapat melihat apa yang berlaku di negara ini. Ini jelas menunjukkan bahawa Anwar tidak mungkin mampu untuk menawan Putrajaya.Laporan yang diterima daripada sumber-sumber dalaman telah mengesahkan bahawa Rumah Putih telah menerima segala informasi tersebut sebagai sesuatu yang sah.Laporan tersebut menyatakan bahawa BN akan menang besar,sekurang-kurangnya lebih besar daripada PRU-12 dan kerajaan akan menjadi lebih kukuh untuk memacu Malaysia lebih ke hadapan. RENUNG-RENUNGKAN |
KISAH BENAR !!! ISU GUNTING RAMBUT !!! PAS SUJUD KERANA DAP !!! Posted: 29 Nov 2012 10:00 PM PST Hari ini Pas yang pernah dan masih mengatakan bahawa ia adalah parti Islam yang terhebat dan paling ikhlas memperjuangkan agama yang di bawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW,kini berada di persimpangan jalan.Ketika Pas masih di usia muda dan baru ditubuhkan mungkin dakwaan tersebut ada kebenarannya,maklumlah semangat masih berkobar-kobar,jiwa masih bersih daripada nodaan syaitan.Kini setelah enam dekad wujud di persada politik kebangsaan,identiti Pas sebagai parti Melayu yang dikatakan bertunjangkan kepada perjuangan untuk menegakkan Negara Islam sudah mula dipertikaikan.Malah ada juga yang sudah mengatakan parti itu sekarang saling tak tumpah seperti parti-parti lain yang mengamalkan prinsip Machiavellian dalam pendekatan politiknya iaitu matlamat menghalalkan cara.Dilema Pas kini sungguh menekan kepimpinan parti itu pada masa kini,bak kata peribahasa Melayu 'ditelan mati mak,diluah mati bapak'. Bagaikan memilih antara dua kekasih yang sama-sama disayangi dan dicintai, Pas benar-benar berada di dalam keadaan yang tersepit. Di satu persimpangan masih ada naluri untuk menegakkan Islam sebagai agama yang syumul di mana di dalamnya politik atau siyasah memainkan peranan yang penting dalam mengendali dan mengurus sistem yang melingkungi kehidupan manusia sebagai hamba Allah SWT.Pada pandangan yang lain Pas berbelah bagi sama ada untuk terus agresif mempertahankan prinsip Islamnya atau tunduk kepada pragmatisme politik semasa. Realitinya, Pas kini dilihat telah tunduk kepada nafsunya untuk terus hidup sebagai sebuah parti politik partisan daripada meniti perjuangan yang menjadi asbabul wujud atau sebab-sebab keberadaannya. Buktinya jelas apabila parti itu menggugurkan prinsip untuk menegakkan Negara Islam yang selamanya sememangnya sinomin dengan perjuangan parti itu. Sebut sahaja Pas orang akan terus terfikirkan konsep Negara Islam yang ingin dipasak di dalam jiwa pengikut dan penyokongnya.Berbeza pula dengan parti terbesar Melayu,UMNO yang sejak ditubuhkan pada 11 Mei 1946 sehingga kini tetap tidak berganjak daripada Fasal 3 Perlembagaannya yang mengatakan bahawa ia akan berjuang memartabatkan bangsa Melayu serta mempertahankan kemuliaaan Islam sebagai agama persekutuan. Perubahan zaman dan masa memperlihatkan kaedah dan pendekatan UMNO menghidupkan prinsip tersebut agak sedikit berbeza namun untuk mempelekeh atau terfikir menggugurkannya sebagai salah satu tonggak utama parti adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku. Tetapi Pas dengan mudah dan tanpa ragu-ragu mengkhianati prinsip perjuangan Negara Islam demi menjaga hati Dap, sebuah parti cauvinis dan rasis Cina yang terang-terang menunjukkan sikap anti-Islam dan anti-Melayu. Kini Pas hanya berpuas hati untuk menerima pakai dan menyarung Negara Berkebajikan sebagai pakaian baru parti itu yang lebih segak dan tidak jengkel di mata sekutu politiknya di dalam Pakatan Rakyat, Dap dan PKR. Dalam usaha Pas untuk menangkis segala tohmahan dan telahan parti lawan bahawa ia telah mengorbankan semangat Islam, parti itu telah cuba memperkenalkan beberapa langkah Islamik bagi menyakinkan anggota bahawa ia tidak menyeleweng daripada landasan perjuangan dan tetap relevan sebagai sebuah organisasi politik Muslim. Di Kelantan, sebuah negeri yang telah ditadbir parti tiu sejak 22 tahun yang lalu, kerajaan negeri tetap bertegas mahu melaksanakan perundangan Islam kepada orang bukan Islam. Contoh terbaru,Majlis Perbandaran Kota Bharu telah memperkenalkan peraturan baru melarang pendandan rambut perempuan untuk memotong rambut pelanggan lelaki bukan Islam. Ini menyebabkan Dap melenting dengan kemarahan yang meluap-luap kerana menuduh kerajaan negeri Pas Kelantan cuba memaksa perundangan Islam ke atas rakyat bukan Islam.Pas mengemukan alasan yang pelagai demi mempertahankan tindakannya itu tetapi Pengerusi Kebangsaan Dap, Karpal Singh membayangkan saman yang telah dikeluarkan pihak MPKB kepada premis yang melanggar peraturan itu boleh dicabar di mahkamah.Lalu Presisen Pas,Abdul Hadi Awang terpaksa turun padang untuk meredakan ketegangan partinya dengan Dap sebelum ia meledak menjadi konflik yang lebih parah antara kedua musuh tradisi itu.Abdul Hadi cuba menurunkan suhu pergeserannya dengan Dap apabila beliau mengatakan bukanlah tujuan parti itu untuk melaksanakan perundangan moral Islam ke atas orang bukan Islam. Sekali lagi Pas menunjukkan sikap lembiknya melindungi ketinggian syariah Islam pabila berdepan dengan amarah Dap.Jika sekadar peraturan kecil sebuah pihak berkuasa tempatan di sebuah negeri pun tidak boleh dipertahankan agak geli hati apabila perwakilan Pas boleh berpekik di muktamarnya baru-baru ini untuk melantik Abdul Hadi sebagai Perdana Menteri jika pihak pembangkang memenangi PRU ke 13 nanti. Pas kini terhimpit di antara dunia fantasi serta angan Mat Jenin pemimpin-pemimpinnya dan dunia realiti yang memperlihatkan parti itu tidak lebih daripada keldai tunggangan dan belasahan Dap dan PKR. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! MAK LAMPIR DAN RAFIZI LEMBU HIDUP MEWAH DI SELANGOR ??? Posted: 29 Nov 2012 06:00 PM PST Selama ini Zuraida dan Rafizi mempotretkan diri mereka sebagai orang yang penuh intergriti dan menyerang Nazri Aziz kerana anaknya menggunakan kenderaan milik Michael Chia.Jadi bagaimana pula dengan Zuraida yang menggunakan kenderaan yang disediakan oleh sebuah syarikat ??? Harus diingat,kenderaan itu bukan digunakan oleh anak Zuraida,tetapi oleh Zuraida sendiri.Untuk tujuan apa syarikat berkenaan menyediakan kenderaan mewah yang berharga ratusan ribu untuk kegunaan Zuraida ? Sudah tentu ada udang di sebalik batu !!! Mungkin ada yang berkata Zuraida tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk meluluskan projek.Jika itu telahan anda ternyata silap.Zuraida seorang wakil rakyat di sebuah negeri yang diperintah PKR.Walaupun beliau tiada kuasa tetapi beliau mempunyai kuasa melobi atau menjadi broker yang membawa projek syarikat-syarikat tertentu untuk diluluskan.Kebetulan beberapa hari lepas kami menemui sekumpulan wanita PKR.Dalam pertemuan itu mereka menceritakan kepada kami tentang sikap buruk Zuraida yang melobi projek di sana sini atas nama wanita PKR. Kononnya komisyen yang akan beliau dapat akan digunakan untuk menggerakkan wanita PKR. Bukan sahaja di Selangor malah hingga ke Pulau Pinang. Kebanyakkan projek-projek yang Zuraida bawa akan diluluskan kerana menggunakan nama wanita PKR.Zaman kemewahan Zuraida ketika Rafizi berada di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Prosedur di Selangor menetapkan setiap projek yang hendak dikemukakan kepada kerajaan negeri perlu dihantar kepada Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor untuk dinilai dan dicadang supaya diluluskan. Di sana Rafizi yang banyak memainkan peranan untuk melobi Anwar bagi meluluskan sesuatu projek. Masalah 'terlebih makan' telah membuatkan Rafizi bermasalah dengan Pejabat MB Selangor terutamanya dengan Faekah Hussin, yang akhirnya menyaksikan Rafizi telah meletak jawatan. Setiap komisyen yang Zuraida dapat hasil dari kecekapan beliau melobi projek atas nama wanita PKR tidak disalurkan kepada wanita dengan sepatutnya. Lebih kepada untuk kepentingan beliau.Apabila wanita PKR minta peruntukkan untuk melaksanakan sesuatu program,beliau akan menjawab tiada peruntukkan dan meminta mereka berusaha sendiri.Menurut seorang wanita PKR apa yang terjadi kepada Zuraida sekarang adalah bala hasil dari beliau memakan wang yang sepatutnya menjadi milik parti. Menurut mereka lagi sebab itu sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun pemimpin wanita PKR yang tampil mempertahankan beliau apabila kemampuan luar biasanya terdedah. ANDA NAK LAGI ??? UNTUK SELANJUTNYA RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment