PISAU.NET

PISAU.NET


Ucapan Najib Fantastik - Tun M

Posted: 30 Nov 2012 12:30 PM PST




Pisau kata "Allah bersama  Umno"

Ucapan Dasar Presiden Berpaksikan Islah dan Al Haq : Reezal Merican

Posted: 30 Nov 2012 10:31 AM PST

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Reezal Naina Merican berpendapat bahawa ucapan dasar presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012 hari ini bertempat di Dewan Merdeka yang penuh bersejarah adalah berdasarkan pada dua paksi utama iaitu Islah dan Al Haq.



Menurut beliau, apa yang dimaksudkan sebagai Islah ialah apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengutarakan tawaran-tawaran yang dibuat oleh kerajaan BN dan UMNO dan segala apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN hari ini sebagai satu testimonial kepada rakyat.


"Islah juga bererti beliau telah melakukan tranformasi di mana, apa yang beliau katakan sebagai pemimpin kerajaan akan beliau laksanakannya, dan beliau sentiasa istiqamah dalam setiap kata-kata atau janji-janji beliau," ujarnya kepada UMNO Online ketika ditemui di Dewan Merdeka PWTC hari ini.


Tambah beliau lagi, yang keduanya ialah Presiden bercakap tentang perkara yang berdasarkan al Haq iaitu kebenaran tentang segala isu politik dan pembohongan yang dilakukan oleh Pakatan Pembangkang terhadap rakyat di negara ini.


"Bila Datuk Seri Najib menempelak dan membongkar kepincangan di pihak Pakatan Pembangkang, seumpamanya isu-isu janji yang tidak ditepati, beliau bercakap di atas dasar kebenaran. Kebenaran yang wajar difahami dan disedari oleh rakyat, supaya rakyat jangan terus tertipu. Sebab akhirnya yang akan melakukan pilihan adalah rakyat. Rakyat perlu dipandu dengan kebenaran sebelum mereka melakukan pilihan,"


"Jadi apa yang dikatakan oleh Presiden UMNO adalah satu hidangan bukan saja kepada ahli-ahli UMNO tetapi juga kepada rakyat. Apa yang dihidangkan oleh Datuk Seri Najib adalah satu kebenaran bahawa tidak mungkin Pakatan Rakyat berkemampuan untuk menjadi kerajaan yang mempunyai kredibiliti, pembela rakyat.


"Sedangkan perkara asas seperti siapa yang akan jadi Perdana Menteri tidak dapat diselesaikan, begitu juga dengan janji-janji kepada rakyat tidak mampu ditunaikan, apatah lagi untuk memerintah negara," jelasnya lagi.


Bagi Reezal, perhimpunan Agung UMNO kali ini bukanlah satu medan untuk mengatakan kepalsuan, untuk mengatakan pembohongan dan bukan juga satu medan untuk mendoakan kemusnahan orang lain, tetapi merupakan medan untuk bercakap tentang kebenaran.


"Dan dengan kebenaran, semoga UMNO akan terus dirahmati Allah. Bukan sekadar kita akan menjadi pilihan rakyat, tetapi yang lebih penting kita akan menjadi pilihan Allah, sepertimana Allah telah memilih UMNO untuk memerintah di bumi selama 55 tahun ini dan berbakti kepada rakyat, demi kerana Allah semata-mata," akhiri beliau. -MediaUMNO


Islam Itu Bukan PAS

Posted: 29 Nov 2012 11:31 PM PST




Pembahas Usul Ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2012, Datuk Alwi Che Ahmad yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Kelantan menyifatkan Islam itu bukanlah Pas. Dengan menggunakan analogi 'selipar jepun' beliau seterusnya menimbulkan persoalan apakah orang yang memakai selipar Jepun itu dianggap Jepun.



 "(Seniwati) Siput Sarawak bukan siput. Siput babi bukan babi tetapi siput. Mudah sahaja nak jawab Pas ini. Tak payah nak tunjuk hadis, al-Quran. Tetapi kalau nak rujuk juga boleh sebab dalam al-Quran ada menyatakan bahawa memang ada manusia seperti ini yang akan sentiasa mencari perkara-perkara yang boleh mereka buat fitnah sepertimana terkandung di dalam surah Al-Imran ayat 7.



 "Ayat ini menyatakan bahawa dalam al-Quran itu aku turunkan al-Quran dengan ayat-ayat yang jelas, 'muhkamat'…..jelas hukumnya tetapi ada juga ayat yang 'mutasyabihat' iaitu yang samar."……..akan ada manusia yang sentiasa bila ada dalam hati mereka ada kecenderungan jahat. "……..Apabila ada kencerungan untuk mereka akan buat apa "…..untuk membuat fitnah.


Kemudian mereka takwil sesuka hati mereka. Itu yang murtad, kafir dan macam-macam lagi…Al-Quran dah sebut "….yang tahu takwil-takwil ini hanya Allah," katanya.


 Alwi seterusnya mengambil analaogi penanaman padi, gandum dan jagung bagi membezakan antara BN dan pembangkang. "BN tidak macam parti-parti lain. BN adalah parti penyatuan. PKR ini dia campur semua sekali…. Melayu, Cina India dan sebagainya, Begitu juga DAP….. dan begitu juga Pas. Dalam BN…UMNO….Melayu, India…MIC dan PPP. MCA dan sebagainya….


 "Padi kena tanam di bendang padi. Gandum kena tanam bendang gandum. Jagung kena letak tempat jagung. Cuba ambil padi, jagung dan gandum itu ditanam dalam kawasan yang sama..ditanam dalam satu tempat.


Nak tuai nanti mestilah kaedah dan cara yang lain-lain. "Kita dalam BN tak… padi dalam bendang padi, gandum dalam bendang gandum dan jagung tempat jagung. Bilakah akan bertemu… bubur sebelah, roti sebelah dan nasi sebelah barulah boleh makan. Makan bubur boleh makan nasi.


 Tetapi kalau campur sekali boleh makan tak? Itulah konsep dalam BN. Tidak elokkah lagi pemimpin kita buat itu," ujarnya. -MediaUMNO

Bangsamoro Di Kecam Kerana Tak Rujuk Nik Aziz

Posted: 29 Nov 2012 05:00 PM PST

Tak bolehkah hal permasalahan umat Islam diluar negara ditentukan untung nasib mereka oleh parti ahli syurga PAS.


Cuba kita ambil contoh  ..selama ini yang paling champion buat demo tengah panas lepas Jumaat adalah khawarij PAS..pomg pang..pomg pang..sana laknat sini laknat....bakar bendera..bakar poster..Tapi hasilnya.. Mat Sabu ..sanggup turun ke Damsyik beri sokongan kepada kerajaan syiah membunuh Ahli Sunnah Waljamaah..


Dimata khawarij PAS..parti suci merekalah hero umat Islam sedunia..  tapi agak menghairankan..kenapa dan mengapa umat Islam diluar sana jika punyai masaalah pasti  akan cari pemimpin Umno ..Daripada bab bantuan senjata,kewangan,perubatan dan makanan ,membina masjid..surau..wakaf quran hinggalah kepada pakaian..malah jika berlaku konflik atau pun permasaalahan melibatkan wilayah ..pemimpin Umno juga dijadikan rujukan dan juga tempat memohon bantuan..


Apahal tak mintak bantuan pada Anwar..apahal tak minta bantuan pada Nik Aziz..Hadi atau Mat Sabu?

Badan koordinasi selaras bantuan ke selatan Filipina

Satu badan koordinasi akan diwujudkan untuk menyelaras bantuan dari Malaysia ke selatan Filipina, antaranya dalam aspek kemanusiaan, kewangan, pelaburan dan kebajikan.


Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata badan koordinasi itu juga akan membantu melaksanakan secepat mungkin program-program seperti pembangunan yang dirangka ekoran perjanjian damai antara Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan kerajaan Filipina yang ditandatangani bulan lepas.


"Masyarakat Bangsamoro mahu tindakan segera dilakukan secepat-cepatnya tiga bulan selepas perjanjian dibuat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan delegasi MILF yang diketuai pengerusinya Al-Haj Murad Ebrahim di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.


Ahmad Zahid berkata beliau juga telah berbincang dengan Menteri Pertahanan Filipina mengenai beberapa perkara yang dipersetujui oleh kedua pihak supaya kemajuan dan pembangunan dapat dilaksanakan di Mindanao.


"Ada kemungkinan seseorang akan dilantik untuk menjadi koordinator dalam aspek yang saya sebutkan tadi, tetapi biarlah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak umum secara rasmi," katanya. 

Pisau kata " Bangsamoro tak teringin nak masuk syurga PAS kah?"
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...