tun faisal dot com |
- [Video] Fathul Bari - Pas halalkan arak, judi?
- #Kantoi Azhar Idrus sokong Yahudi?
- @TeresaKok perlu letak jawatan sebab gagal di Seputeh dan Selangor #GilaJawatan #MPmalas #ExcoMalas
- [Video] Fathul Bari - Nik Aziz murtad, elok segera bertaubat?
- Azhar Sulaiman kata dia tak murtad tapi Nik Aziz yang murtad?
[Video] Fathul Bari - Pas halalkan arak, judi? Posted: 21 Nov 2012 08:00 PM PST Ini pengakuan Dr Siti Mariah pada 10hb September 2012 @DrSitiMariah - Pas tidak pernah janji untuk tutup kilang arak Shah Alam #PenipuRakyatAlhamdulillah, hari ini ada seorang lagi pemimpin Pas yang telah membuktikan bahawa perjuangan membangunkan negara Islam 'ala' Pas hanyalah retorik dan janji palsu semata-mata. Untuk sekian lama, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah dan penceramah Pas mempertikaikan kewujudan kilang arak di Shah Alam dan menyalahkan BN kerana tidak mengambil tindakan untuk menutupnya, hari ini, kita dapat tahu itu hanya retorik dan Pas tidak pernah berjanji untuk berbuat apa-apa sebaliknya akan terus menghalalkan kewujudannya. Ini adalah perbualan twitter saya dengan Dr Siti Mariah, Ahli Parlimen Kota Raja. tunfaisal Tun Faisal DrSitiMariah Dr Siti Mariah tunfaisal Tun Faisal tunfaisal Tun Faisal Ini pengakuan Khalid Samad pula pada 20hb Julai 2011 Arak - Khalid nafi Pas pernah janji tutup kilang arak, Dr Dzul dan Dr Siti Mariah tidak berani jawab![]() Untuk budak-budak Pas yang masih duduk dalam khayalan, hari ini saya hendak tunjukkan perangai sebenar pemimpin mereka yang kononnya berjanggut, bertudung labuh, alim dan wara'; sedangkan hakikatnya mereka hanya penipu yang melacurkan Islam untuk mendapatkan kuasa. Petang semalam, saya telah bertanyakan soalan yang cukup mudah melalui twitter kepada Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan penyibuk yang mencelah untuk menyelamatkan dua orang rakannya yang tersepit, Dr Siti Mariah, Ahli Parlimen Kota Raja, iaitu - "Ada atau tidak Pas berjanji untuk menutup kilang arak di Shah Alam semasa kempen 2008 dan sebelumnya?" Walaupun masing-masing belajar tinggi hasil kemurahan hati kerajaan BN, ada title`Doktor', namun soalan yang mudah itu tidak mampu untuk dijawab, malah mereka berpusing-pusing untuk menipu jawapan. Hanya Khalid Samad yang berani, itupun separuh berani menyatakan yang batil dengan menyatakan - `Ada ke janji tu?" Bagi sesiapa yang pernah menghadiri tazkirah, usrah, mukhayyam, ceramah dan membaca harakah, kita semua tahu, sejak tahun 70-an lagi Pas berjanji dan berazam untuk menutup kilang arak di Shah Alam. Sebab itu Dr Dzulkefly dan Dr Siti Mariah tidak berani sama sekali menjawab soalan yang mudah itu! Jadi budak-budak Pas, sedarlah - mereka ni hanya melacurkan agama demi kepentingan duniawi dan kuasa sedangkan mereka tidak melaksanakan apa yang mereka perkatakan. Firman Allah swt dalam surah Al-Saff (2-3) - "Ya ayyuha allazeena amanuu lima taquuluuna ma la taf'aluun. Kabura maqtan 'inda Allaha an taquuluu ma la taf'aluun."Akhirnya Allah swt telah menjatuhkan kehinaan kepada mereka disebabkan niat dan cara mereka yang salah sehingga mereka hanya layak menjadi boneka di Perak, kuda di Selangor, hampas di Pulau Pinang. PAS hanya Parti Abdi Sosialis yang akan tunduk kepada dua parti sosialis DAP dan PKR dalam setiap tindakan mereka. | |||||||
#Kantoi Azhar Idrus sokong Yahudi? Posted: 21 Nov 2012 04:00 PM PST Sedap makan McD ni sebenarnya........ ![]() Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. Azhar Idrus bogelkan diri sendiri Pada mulanya UAI nie kantoi makan kat Mc D tapi tak mengaku dan mempertahankan hujah beliau menyatakan tidak makan kt restoran tue...Tapi akhirnya kantoi jugak!!!! Kononya nak bodohkan pengikutnya tapi ada info yang mematahkan hujah jahanam beliau.Menipu kononnya berada di Johor tapi lokasi yang sebenar adalah Mahkota Parade Melaka... Anda lihat lokasi Mc Donalds di hadapan Poh Kong dan Famosa Time. Ada persamaan? ![]() | |||||||
@TeresaKok perlu letak jawatan sebab gagal di Seputeh dan Selangor #GilaJawatan #MPmalas #ExcoMalas Posted: 21 Nov 2012 04:00 AM PST Bab jawatan nak banyak. Tapi kerja hancus. Sibuk nak ambil tanah YSS sajalah nampaknya. http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wqc5hg SHAH ALAM: Bekas pengerusi DAP Cawangan Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat mendakwa exco Selangor, Teresa Kok sebagai seorang pemimpin yang lemah dan gagal melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat serta sering menggunakan kuasanya untuk kepentingan diri dan kroni. Justeru, Ahli Parlimen Seputeh itu digesa meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi DAP Selangor. Tuan Tat juga mendakwa ahli DAP kini semakin muak dengan parti terbabit kerana pemimpinnya sombong dan tidak mendengar suara akar umbi. "Teresa Kok saja pegang terlalu banyak jawatan. Masalah banjir dan sampah tiada kesudahan, sebaliknya beliau lebih fokus kepada kuasa. "Apa guna rakyat memilihnya sebagai pemimpin jika secara terang-terang gagal melaksanakan tanggungjawab kepada mereka," katanya. Tuan Tat yang keluar parti itu pada 16 Ogos lalu berkata, penolakan kebanyakan ahli terhadap DAP Selangor terbukti ketika mesyuarat agung tahunan parti itu awal bulan ini apabila hanya 311 sahaja yang hadir daripada 1,153 ahlinya. | |||||||
[Video] Fathul Bari - Nik Aziz murtad, elok segera bertaubat? Posted: 21 Nov 2012 12:22 AM PST Nik Aziz perlu bertaubat sebab cuba kafirkan dan murtadkan UMNO?
| |||||||
Azhar Sulaiman kata dia tak murtad tapi Nik Aziz yang murtad? Posted: 20 Nov 2012 10:00 PM PST pada 21-11-2012 10:11SHAH ALAM: "Kenyataan saya keluarkan dalam laman sosial Facebook, adalah respons daripada tajuk utama yang dipaparkan dalam sebuah akhbar semalam (kelmarin) iaitu 'Nik Aziz dakwa Umno murtad'." Begitulah penjelasan yang diberikan oleh aktor terkenal, Azhar Sulaiman, berhubung kenyataan mengenai dirinya kerana menjadi ahli Umno. Azhar berkata, beliau hanya mengutarakan persoalan kepada individu cerdik agama, iaitu adakah beliau juga dikategorikan sebagai murtad kerana menjadi ahli Umno. "Jika orang baca betul-betul, mereka tahu saya mengutarakan pertanyaan. Ini kerana bila Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan Umno murtad, jadi bagaimana dengan saya? "Itu hanya kenyataan dari saya, terpulanglah bagaimana interpretasi dan penilaian pihak lain mengenai kenyataan saya itu," katanya lapor Sinar Harian. Azhar berkata, dia bukan sengaja mahu menimbulkan kontroversi, apatah lagi cuba menjadi ahli politik. Sebaliknya, beliau berkata sebagai rakyat Malaysia, dia cuma mengambil tahu mengenai perkembangan semasa. Mengenai laporan polis oleh beberapa individu di Perak, Azhar berkata, dia tiada masalah dalam perkara itu. "Apa yang boleh saya kata, jika orang benar-benar faham dengan kenyataan saya, mereka akan faham apa yang cuba saya sampaikan," katanya. |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment