tun faisal dot com

tun faisal dot com


Hasan Ali - Pas berdoa tidak ikut cara Nabi saw, tetapi cara Syaitan?

Posted: 18 Nov 2012 08:30 PM PST




ULASAN YB DATO' DR HASAN BIN MOHAMED ALI MENGENAI DOA SELEPAS SOLAT HAJAT MUKTAMAR PAS DI STADIUM SULTAN MOHAMAD KE IV

Saya terkejut bila melihat dan mendengar sendiri doa yang dibacakan melalui kaca tv malam semalam. Ada lima perkara yang menyebabkan saya tersentak. Pertama, inti apa yang dipohon melalui doa tersebut, kedua, bahasa yang digunakan, ketiga, nada suara yang dilafazkan, keempat, orang yang terlibat membaca doa itu sendiri dan kelima, ribuan makmum yang mengaminkan doa tersebut.

1.     Mengenai apa yang dipohon. Setakat yang saya faham mengenai doa, apa yang dipohon melalui doa hendaklah sesuatu yang baik untuk diri, anggota keluarga, jiran tetangga, masyarakat dan umat keseluruhannya. Islam melarang umatnya memohon sesuatu keburukan dan kecelakaan bagi seseorang atau sesuatu golongan. Doa ulama PAS itu sama sekali tidak mencerminkan perkara ini.

2.     Bahasa yang digunakan. Dalam doa bahasa yang digunakan hendaklah bahasa yang baik-baik. Ini disebabkan yang berdoa memohon kepada Allah SWT sebagai kuasa yang menjadikan semua makhluk termasuk manusia. Sebagai hamba Allah yang begitu kerdil, bahasa yang diucapkan tatakala menghadap Allah seharusnya menggunakan bahasa yang penuh dengan kesopanan, ketertiban dan kehambaan diri. Perkara ini juga tidak tergambar dalam doa yang dibacakan sebaliknya mengulang-ngulang beberapa kali perkataan-perkataan "hukumlah UMNO", "KO BN", "BN KO" dan seterusnya.

3.     Nada suara yang dilafazkan. Nada suara terutama bila melafazkan kehancuran dan kemusnahan UMNO/BN dibuat dengan nada yang paling tinggi memenuhi ruang angkasa stadium. Perkara ini jelas bertentangan dengan adab berdoa dalamana mereka yang berdoa hendaklah memilih kata-kata yang sopan, halus dan nada suara yang penuh syahdu.

4.     Orang yang terlibat membaca doa itu sendiri. Setakat yang saya kenali, orang yang membaca doa adalah seorang ulama yang mempunyai ilmu dan pengalaman yang luas mendidik dan mertarbiah masyarakat Islam sejak puluhan tahun yang lalu. Tidakkah adab berdoa yang pernah diajarkannya kepada jemaah masjid, surau dan madrasah di seluruh negara buat sekalian lamanya dilupakan begitu sahaja.

5.     Ribuan makmum yang mengaminkan doa tersebut. Doa yang dibaca diaminkan oleh ribuan pimpinan PAS yang sebahagian besarnya dari aliran agama. Tidakkah terdetik di hati mereka dikala mengaminkan doa tersebut bahawa adab sopan doa yang dibacakan bertentangan dengan tatasusila berdoa yang diturunkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Saya sangat khuatir kalau ahli-ahli PAS yang jumlahnya mencecah 1 juta orang yang sebahagiannya ada yang begitu taksub kepada pemimpin akan menerima pakai percontohan berdoa itu dan terus mengamalkannya di tempat masing-masing. Tidakkah tindakan orang yang berdoa itu akan memungkinkan timbulnya jurang dan perpecahan yang lebih dahsyat diantara sesama muslim khususnya di kalangan ahli dan penyokong PAS dan UMNO.

Bagaimana pula kalau ulama-ulama UMNO mendoakan supaya sesuatu yang buruk berlaku kepada PAS? Apakah yang akan berlaku kepada masyarakat Melayu-Islam di negara ini akibat daripada kebodohan kita itu? Kita boleh membuat jangkaan bahawa sesuatu yang jauh lebih buruk akan berlaku di kalangan anggota dan penyokong dua parti terbesar yang mewakili Melayu/Islam seandainya kebodohan ini terus dilindung dan dipertahankan.

Pimpinan PAS lebih mengetahui bahawa dalam PRU-12 pada tahun 2008, kemenangan PAS didokong bukan sahaja oleh ahli dan penyokong PAS tetapi pada ketika itu atas sebab-sebab tertentu, ahli dan penyokong UMNO pun ada yang mengundi PAS. Sokongan penyokong UMNO itu  menyebabkan PAS menang dengan agak bergaya. Apakah ulama yang berdoa dan makmum yang mengaminkan doa tersebut tidak memerlukan lagi sokongan kumpulan ini untuk membolehkan mereka ke Putrajaya? Seperti yang dipaparkan dalam media matlamat ke Putrajaya begitu ghairah diperbahaskan dalam Muktamar kali ini. Tidakkah doa yang dibaca itu akan menutup ruang sokongan pengundi dari kalangan mana pun termasuk ahli dan penyokong UMNO? Saya tidak dapat membayangkan betapa sempitnya pemikiran mereka yang terlibat hingga sanggup melafazkan doa memohon dihancur musnahkan parti yang seagama dan sebangsa dengan mereka.

Akhirnya saya bimbang piawaian akhlak yang ditunjukkan oleh mereka yang bergelar ulama yang mewarisi para Nabi dicontohi oleh generasi muda Muslim dan generasi pengganti Muslim yang akan datang. Atas kealpaan dan hilang kecermatan mereka yang terlibat akan mengakibatkan kesan buruk berganda di kalangan Umat Islam di negara ini..

Saya doakan Allah terus memelihara kita dengan kasih sayang dan keredhaanNya. Moga pembaca doa dan makmum yang mengaminkannya ditunjukkan jalan yang benar dan sentiasa berada dalam pengampunan Allah SWT.
  

Pejabat Operasi Jati
153B, 2nd Floor, Jalan Aminuddin Baki,
Taman Tun Dr Ismail,
18 Oktober 2012

[Video] Fathul Bari: Doa Pas buktikan Pas bukan Ahlus Sunnah

Posted: 18 Nov 2012 06:30 PM PST


Kalau bukan Ahli Sunnah wal Jamaah, Pas ni ikut siapa? Syiah? Muktazilah? 
Sosialisme? Pluralisme? LGBT?

[Video] Nik Aziz murtad sebab sembah Tuhan yang mencarut?

Posted: 18 Nov 2012 04:04 PM PST




Nota: Meminjam kata-kata Nik Aziz, bila dia sembah Tuhan yang Maha Keji dan Maha Mencarut, ini ikut agama apa? Dalam agama Islam, Allah itu Ilah dan Rabb yang Maha Suci. Jadi Nik Aziz sembah Tuhan yang mencarut ni ikut agama apa? Hadi Awang pula kata UMNO khurafat sebab sokong nasionalisme. Mungkin Hadi tidak faham bahawa perjuangan UMNO adalah perjuangan untuk memartabat agama, bangsa dan negara. Bukan macam Pas yang tolak hudud bila bersubahat bersama-sama dengan PR membuang hudud dari agenda PR dan meletakkan sosialisme dan pluralisme di atas Islam, apabila menyokong usaha memurtadkan umat Islam dan menyama ratakan Islam dengan semua agama. Siapa yang khurafat sebenarnya?



Nik Aziz Dakwa UMNO Parti Murtad! Alahai ...


Photo: Video Nik Aziz Hujahkan UMNO Murtad http://bitly.com/TL0HX1 Fuhh Dahsyat makin naik minyak orang tua ini!


Terdesak bebenor Mursyidul Am PAS apabila mengelarkan UMNO Parti Murtad!!! Nampak gayanya kalau semua bersetuju dengan pendapat si tua nyanyuk ini, maka terpaksalah CTS dan jutaan ahli UMNO yang lain mengucap kembali dua kalimah shahadah, ye tak? Saya juga tidak setuju dengan justifikasi yg digunakan menghalalkan doa jahanam untuk UMNO atas alasan UMNO murtad dan tolak Islam. Kenyataan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS amat merbahaya kerana boleh menjerumus ahli tegarnya kembali mengumandangkan kafir-mengkafir sesama Islam. 

Persoalannya benarkah UMNO tolak Islam dengan pelbagai program dilaksanakan utk memperkasakan Islam selama ini? Kalau ada yg belum terlaksana seperti Hudud, jangan mudah menghukum murtad atau kafir. Malah prinsip Syarak dalam konteks perlaksanaan Islam jelas: ما لا يدرك كله لا يدرك كله  yang bermaksud, "kalau tidak mampu laksanakan semua perkara, jangan tinggal semua perkara".

Tindakan Mursyidul Am PAS ini kelihatan amat terdesak untuk mempertahankan tindakan sembahyang hajat dan doa bala ke atas UMNO yang dilakukan oleh adiknya sendiri semalam. Mungkin Nik Aziz terlupa sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, Akan muncul dalam umat ini suatu kaum yang melampaui batas kewajaran dalam berthaharah dan berdoa. (Hadith Riwayat Ahmad dan Abu Dawud).

Beliau sepatutnya mengkaji Perlembagaan UMNO sebelum bercakap sebegitu atau masuk dulu UMNO (opps! lupa ... beliau pernah masuk UMNO). Malah dalam perlembagaan UMNO Fasal 3.3 jelas menegaskan bahawa antara asas perjuangan UMNO ialah "Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, Agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama". Bila sebut sahaja perkataan "Islam" maka rujukannya adalah Al-Quran & Al-Sunnah dan bukannya bukan ideologi DAP ataupun bapa pluralisme Agama, Anwar Ibrahim!







-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...