BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! DATUK DR HASAN ALI MEMBERI NASIHAT DAN MEMBELASAH PAS KAW-KAW !!! WAJIB BACA !!!
- KANTOI !!! KENYATAAN NURUL IZZAH DILIHAT SAMA DENGAN MATLAMAT GEORGE SOROS ???
- HOT NEWS !!! HADI AWANG ULANG PERKARA LAMA !!! APA CERITA NI ??? ADA BUKTI KER ??? JANGAN BERCAKAP DENGAN AIR LIUR !!!
- HOT NEWS !!! USTAZ FATHUL BARI MENGHENTAM PAS KAW-KAW !!!
- HOT NEWS !!! USTAZ FATHUL BARI MEMBELASAH NURUL IZZAH KAW-KAW !!!
- HOT NEWS !!! PKNS KANTOI LAGI !!! @NOHOMAR PERTIKAI RANCANGAN JUAL SAHAM WORLDWIDE RM150 JUTA KEPADA BUKAN BUMIPUTERA !!! APA CERITA NI ???
| HOT NEWS !!! DATUK DR HASAN ALI MEMBERI NASIHAT DAN MEMBELASAH PAS KAW-KAW !!! WAJIB BACA !!! Posted: 18 Nov 2012 03:00 PM PST Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan menjadi penentu kepada jatuh bangun bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini,kata Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali.Justeru,beliau berkata bagi memastikan agama Islam terus diagungkan,bangsa Melayu terus dimartabatkan dan institusi raja terus diperkasakan,rakyat perlu menolak daripada mengundi calon pakatan pembangkang pada pilihan raya akan datang. "Pilihan raya kali ini adalah pilihan raya yang menjadi penentu untuk bangsa Melayu,agama Islam di bumi Malaysia.Bayangkan tuan-tuan kalau pakatan pembangkang menang kita diberitahu bahawa mereka nak menjadikan Malaysia ini satu republik dan ini kemungkinan akan berlaku kalau saudara mengundi pakatan pembangkang,memenangkan mereka ???," katanya pada ceramah perdana di Kampung Suluk,Teluk Kumbar. Hasan yang merupakan bekas naib presiden PAS berkata negara memerlukan sokongan daripada rakyat untuk turut serta menggerakkan jentera dalam usaha menggagalkan hasrat pakatan pembangkang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.Beliau berkata kajian menunjukkan penganjuran ceramah seumpamanya yang berterusan dilihat mampu menyampaikan mesej kepada rakyat sekaligus memberikan impak kepada pola pengundian rakyat pada PRU-13 akan datang.Dalam perkembangan lain,Hasan mengkritik kepimpinan tertinggi PAS yang tidak membincangkan isu kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama,pada Muktamar Tahunan PAS ke-58. "...saya sedih dalam Muktamar PAS yang menghimpunkan pimpinan hampir 2,000 perwakilan...sebut tentang DAP, sebut tentang PKR, sebut tentang (nak tawan) Putrajaya tetapi tidak sebut mengenai kenyataan Nurul Izzah...Parti Islam SeMalaysia, apa nak jadi ni?," katanya. |
| KANTOI !!! KENYATAAN NURUL IZZAH DILIHAT SAMA DENGAN MATLAMAT GEORGE SOROS ??? Posted: 18 Nov 2012 11:00 AM PST Kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama pada sebuah forum di Subang Jaya baru-baru ini dilihat konsisten dengan matlamat George Soros.Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK),Mohammad Afandy Yusof berkata,pendapat yang disuarakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu selari dengan perjuangan Open Society Institute yang diasaskan oleh penyangak mata wang asing tersebut. "Perkara ini cukup berbahaya kepada negara dan rakyat terutamanya orang Melayu.Sehubungan itu,rakyat perlu tahu perkara ini dan penting untuk memahami mengapa beliau sanggup membuat kenyataan seperti itu seperti yang dilaporkan oleh portal berita propembangkang,Malaysiakini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Menurut Mohammad Afandy,kenyataan itu juga berkait rapat dengan dakwaan yang timbul sebelum ini iaitu Soros membiayai sepenuhnya perbelanjaan kegiatan politik pembangkang di negara ini. "Perbelanjaan pembangkang ditaja oleh Soros,jadi mereka terpaksa melakukan apa yang diminta olehnya.Jadi tidak hairanlah bahawa perjuangan Nurul Izzah juga sama sahaja dengan bapanya,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempromosikan pluralisme," katanya. Menurutnya, atas faktor itulah menyebabkan Anwar pernah memperlekehkan orang Islam dengan mengatakan bahawa mereka sebagai orang yang berjiwa tidak tenteram seperti yang disiarkan akhbar The Scots di United Kingdom pada tahun ini.Tegas beliau,disebabkan kenyataan itu telah mendatangkan kekeliruan di kalangan umat Islam di negara ini,Nurul Izzah perlu memohon maaf secara terbuka dan mengakui kesilapannya.Ditanya bagaimana beliau mendapat semua maklumat tersebut,Mohammad Afandy menjelaskan pihaknya hanya akan mendedahkan di mahkamah jika Nurul Izzah menyamannya kerana mengeluarkan kenyataan tersebut. - Utusan Malaysia |
| Posted: 18 Nov 2012 04:00 AM PST dahulu,orang UMNO digelar 'kafir' oleh Pas.Kini,malam Rabu lalu di Kota Bharu,Presidennya,Datuk Seri Abdul Hadi Awang melabelkan UMNO itu 'khurafat'."Kita tidak boleh kawal anak-anak kita,maka jihad menjadi Fardu Ain,selamatkan orang Melayu kita yang mengaku Islam,yang tenggelam dengan khurafat UMNO seolah-olah tidak ada kerajaan lain dalam dunia," ungkap Abdul Hadi ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas kali ke-52 di ibu negeri Kelantan itu.Malah,lebih mengejutkan lagi Abdul Hadi juga dilaporkan melabel pemimpin UMNO 'berlagak seperti Tuhan' kerana pemimpin UMNO dikatakan tidak mengaku salah.Semalam Presiden Pas itu menegaskan bahawa 'parti syaitan yang dikuasai syaitan di dalamnya' tidak mampu menegakkan kebajikan yang 'adil terhadap semua'.Tanpa menamakan 'parti syaitan' tersebut,Abdul Hadi berkata hanya kebajikan yang berkonsepkan adil untuk semua akan dapat menyatukan hati manusia majmuk dan mewujudkan perpaduan tulen.Melontarkan tohmahan kepada orang lain tapi ibarat meludah ke langit,terkena batang hidung sendiri. Hakikatnya,Pas perlu berfikiran besar.Jangan terlalu jumud dan kecil.Janganlah gunakan diri sendiri untuk mengukur alam yang luas ini.Rakyat dan khususnya umat Islam di Malaysia maklum Pas tidak pernah mengakui kesalahan sendiri.Paling terbaru daripada sikap membisu Pas dalam isu merungkai kenyataan Naib Presiden PKR,Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama yang langsung tidak 'dijentik' sekelumit pun oleh kepemimpinan Pas.Bukankah itu kesilapan,namun tidak pernah Pas akui.Dalam Islam,kenalah beri keutamaan yang betul dalam soal agama ini.Kalau kita asyik kejar yang sunat dan yang kecil,kita akan abaikan yang besar atau yang penting.Sekiranya berkaitan dengan orang UMNO,mereka akan 'ditelanjang habis-habisan' oleh Pas walaupun ia adalah fitnah.Perkara yang makruf pun mereka sanggup putar belit,contohnya memfitnah ibadat haji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.Pas pengecut bila berdepan dengan DAP.Itu puncanya parti itu menjadi liberal.Pas sanggup korbankan orangnya sendiri demi menjaga hati DAP.Dalam isu keceluparan Nurul Izzah,Pas lebih rela berdiam diri untuk menjaga hati sekutu-sekutunya. Pada 1969,Pas memecat Ahli Parlimennya, Hashim Gera kerana berjoget di Parlimen.Tetapi pada hari ini,apakah Pas berani mengambil tindakan yang sama jika ada ahlinya melakukan perbuatan serupa? Ketika itu Pas amat rigid dalam soal agama.Di depan Jawatankuasa Disiplin,Hashim memberitahu ulama Pas,joget adalah tarian bersih."Bila dia (perempuan joget) datang,saya lari.Bila saya datang,dia (perempuan joget) itu lari.Tidak berlaku sentuhan antara perempuan dan lelaki kerana saya datang dia lari,dia datang saya lari".Pas bagaimanapun menolak penjelasan Hashim itu dan dia tetap dipecat.Kini kefahaman pemimpin Pas terhadap makna joget sudah berubah.Kalau UMNO datang Pas lari,kalau DAP datang,Pas tidak lari.Pas sanggup bersentuhan dan berpeluk cium dengan DAP.Sebab itu ada kebenarannya apabila Timbalan Presiden UMNO,Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa,Pas tidak mungkin ganti UMNO,tetapi DAP mungkin ganti Pas.Pas semakin liberal dalam banyak hal mengenai hukum agama.Apabila seorang pemimpin kanannya didakwa atas tuduhan berkhalwat,Pas tuduh ia konspirasi UMNO.Dalam kes video seks melibatkan seorang pemimpin pembangkang, Abdul Hadi sekadar berkata: "Besi tidak boleh jadi saksi".Semua jawapan itu adalah jawapan nafsu akal.Sebab itu dalam kes gambar bogel melibatkan seorang anggota pakatan pembangkang di Selangor, Pas paling kuat membelanya. Hujah Pas mudah-mudah sahaja: Berdosa hukumnya apabila mengaibkan peribadi seseorang. Datuk Dr. Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden Pas,Nasharuddi Mat Isa ialah mangsa 'joget' terbaharu ini.Hasan Ali disisih kerana berbeza pandangan dalam soal rampasan arak dan isu memurtadkan orang Islam di sebuah gereja.Dalam isu melibatkan sensitiviti umat Islam di Malaysia,Pas bacul dan mendiamkan diri.Siasat pun tidak,komen pun tidak,beri amaran lagi tidak berani.Hakikatnya,sikap Pas sudah terbalik.Pas melanggar fatwa lama Haji Hadi, politik suku agama suku',iaitu agama dan politik tidak boleh bercampur aduk.Kenapa Pas tidak berani menyertai 'Himpunan Sejuta Umat' sebelum ini walaupun ia dianjurkan oleh pihak badan bukan kerajaan (NGO)? Himpunan itu bertujuan menyedarkan umat Islam tentang bahaya gejala murtad.Pas mahu menjaga hati DAP,walaupun tindak-tanduk DAP sering menyakitkan hati orang Islam. Pokoknya, Pas tidak akan dapat menggantikan UMNO kerana Pas didokong oleh ahli dan pemimpin yang taksub pada pemimpin,bukan perjuangan.Kalau kita lawan dengan air liur dan cakap sahaja seperti mana Abdul Hadi di Kota Bharu kelmarin,sampai sekarang umat Islam dan rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya di negara ini akan terpinggir.Kalau Pas memerintah negara ini selepas negara kita merdeka dulu,kita tidak akan dapat melihat bakti dan jasa yang telah dicurahkan oleh tokoh-tokoh pejuang wanita kita yang sama-sama berjuang dengan golongan lelaki untuk meletakkan martabat wanita Melayu setaraf dengan lelaki dalam perjuangan menegakkan maruah bangsa. Kini menyusul pula tentang Negara Berkebajikan Pas. Sejak bila pula negara Malaysia tidak mempraktikkan amalan kebajikan kepada rakyatnya. Negara berkebajikanlah, Buku Jinggalah.Sesiapa pun kalau 'membacanya',pasti mengerti semua yang terkandung di dalam dua agenda pembangkang itu sudah pun terangkum dalam pelan pembangunan negara sejak merdeka lagi. Berkehendakkan sekolah, klinik dan hospital, semuanya beribu-ribu terpampang di muka bumi Malaysia ini.Itu belum lagi soal yang lain-lain sehinggakan rakyat asing pun 'tercengang-cengang' sebaik sahaja tiba di tanah air ini termasuklah kira-kira dua juta pekerja mereka. Tambah manis lagi apabila aspek pembangunan negara ini digarap dengan pelan transformasi yang digerakkan Najib sejak menyandang jawatan Perdana Menteri. Manfaat pelan ini mula dan semakin menebar rezekinya dalam kalangan rakyat. Hakikatnya undi orang Melayu tidaklah banyak - sekitar 6.3 juta manakala bukan Melayu lebih 4 juta. Namun jika diambil perhatian, pengundi Melayu memang tersangatlah liat untuk keluar mengundi lebih-lebih lagi jika hujan lebat di sebelah pagi hari pengundian. Tambah pula lagi sikap kurang kesedaran peri pentingnya mengundi masih tebal, justeru umat Melayu jangan mimpilah untuk terus memegang tampuk kuasa memerintah negara ini. Dan dengan kepimpinan Pas, DAP dan PKR masih terus bermain teka-teki untuk membentuk gabungan yang mantap seperti Barisan Nasional (BN), maka sebab itulah kita ternampak bermacam-macam 'manifesto pilihan raya' dikeluarkan. Sekejap oleh Pas, sekejap lagi oleh PKR dan tidak lama lagi oleh DAP. Sehingga hari ini tidak ada pula bayang atau kelibat orang Pas, DAP mahupun PKR tiba di muka pintu pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Presint Diplomatik, Putrajaya untuk mengusul mahupun menyerahkan borang pendaftaran gabungan parti-parti sekutu itu. Kepada Abdul Hadi, jangan bercakap dengan air liur sahaja.Carilah bukti-bukti dan faktanya. Oleh Zulkifli Jalil RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! USTAZ FATHUL BARI MENGHENTAM PAS KAW-KAW !!! Posted: 18 Nov 2012 12:30 AM PST Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU),Fathul Bari Mat Jahaya mempersoalkan mengapa PAS perlu mendapatkan keizinan DAP untuk membentuk sebuah negara Islam dan melaksanakan hukum Islam umpamanya,hudud.Malah katanya,jika PAS ikhlas dengan perjuangannya,parti itu seharusnya tidak memilih sekutu yang jelas menyatakan penentangan mereka terhadap isu pelaksanaan hudud.Beliau juga mempersoalkan mengapa PAS tidak membuka ruang untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan parti Islam yang lain, iaitu Umno untuk memastikan Malaysia benar-benar berjaya menjadi sebuah negara Islam "Mengapa PAS perlu bersama-sama dengan orang yang menjadi penghalang dalam usaha memartabatkan agama. Mengapa PAS perlu meminta izin dahulu daripada DAP untuk membentuk sebuah negara Islam dan melaksanakan hukum Islam.Perpaduan dan kesatuan ini sepatutnya didahulukan sesama muslim dalam konsep jadi mengapa perpaduan sesama muslim ini kita ketepikan.Sedang kita mencari perpaduan dan kerjasama yang ada agenda dan benci kepada Islam dan menolak agama Islam". Fathul berkata,PAS seharusnya melupakan sengketa lama dan kembali melihat kelebihan yang ada jika kedua-dua parti itu bergabung. "Jalan terbaik bagi kedua-dua parti iaitu PAS dengan Umno sebenarnya adalah saling bermaafan bagi memastikan usaha mengangkat kedudukan martabat Islam dijadikan agenda utama," ujarnya. Presiden PAS,Datuk Abdul Hadi Awang semalam dalam ucapan dasar Muktamar PAS kali ke-58 berkata bahawa parti itu tidak memaksa jika ada perbezaan pendapat atau keputusan di antara komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) setelah berjaya menjadi pemimpin kelak.Terdahulu,Ketua Dewan Ulama PAS,Datuk Harun Taib berkata Pakatan Rakyat sudah mencapai kata sepakat dan hudud akan dilaksanakan mengikut perlembagaan negara. "Kalau kita majoriti dalam Parlimen,kita kemukakan undang-undang berkaitan dan kita dapat sokongan Parlimen dan diluluskan,maka dengan sendiri (hudud) menjadi undang-undang negara.Bila jadi undang-undang negara, semua kena taat, patuh.Kalau tidak setuju,contohnya ada undang-undang jalan raya,orang pun tidak setuju,kerajaan laksana juga," katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas,Khamis lalu. Bagaimanapun,Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP,Dr Tan Seng Giaw bingkas memberi reaksi dan berkata beliau tidak tahu bagaimana boleh timbul isu hukum hudud dipersetujui Pakatan Rakyat.Beliau kemudiannya menegaskan,DAP hanya menerima Islam sebagai agama rasmi.Pengerusi DAP, Karpal Singh pula hari ini menyifatkan kenyataan Harun itu sebagai nakal dan jauh terpesong. Mengulas situasi itu, Fathul berkata, PAS akan lebih dipandang mulia jika parti itu menghentikan kerjasamanya dengan DAP. "Biarlah PAS kekal dengan perjuangannya yang mulia daripada bersama-sama dengan DAP dalam Pakatan," tegasnya.Fathul juga mengulas dakwaan Harun yang melabel ulama Umno 'jahat' dan 'fulus' ketika menyampaikan ucapannya pada muktamar yang dihadiri lebih 1000 perwakilan. "Harun Taib sebagai ketua pemimpin Dewan Ulama sepatutnya menunjukkan sikap yang baik tanpa mengeluarkan kenyataan seperti itu.Bila dia (Harun Taib) kata ulama Umno jahat itu merupakan kenyataan rambang yang mungkin beliau bercakap dalam keadaan beremosi," jelasnya. - Antara Pos |
| HOT NEWS !!! USTAZ FATHUL BARI MEMBELASAH NURUL IZZAH KAW-KAW !!! Posted: 17 Nov 2012 09:00 PM PST Meskipun PAS berusaha untuk mendiamkan diri dalam isu kenyataan Nurul Izzah di gereja, seorang lagi ulama muda, Ustaz Fathul Bari tampil menggesa Naib Presiden PKR itu bertaubat. "Isu hak bangsa satu isu, isu mendaulatkan Islam satu isu yang lain, jangan dicampuradukkan. "Hak bangsa adalah satu hak,kita kena pertahankan hak Melayu. Itu adalah perjanjian yang termaterai dulu lagi dan kita hidup aman kerana perjanjian tersebut. "Dan kemudian, Melayu diikat dengan Islam. Tidak ada di negara Arab di dunia ini yang meletakkan bangsa mereka dengan agama Islam, melainkan Melayu, tetapi mengapa tiba-tiba kita nak membuka ruang (untuk robohkan)," katanya dalam rakaman ceramah di Terengganu yang diterbitkan abuaqif studio, 15 Nov. Menurutnya, dalam isu ini sepatutnya Nurul Izzah menarik balik kenyataan yang pernah dibuat di gereja tersebut dan bukannya terus mempertahankannya dengan teknik memutar belit. "Cuba perhati baik-baik..apabila kenyataan Nurul Izzah menyebut secara terang.Saya minta dia tarik balik, senang. Bila dia tarik balik, dia kata tersalah cakap, itu merupakan satu kemuliaan untuknya. "Tapi masalahnya tak mengaku salah. Putar. Yang ni yang problem,"katanya lagi. Katanya lagi pendirian Nurul Izzah di gereja itu bercanggah dengan pendirian PAS yang berhasrat untuk melaksanakan hudud di negara ini. SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH RENUNG-RENUNGKAN |
| Posted: 17 Nov 2012 06:00 PM PST Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar mempersoalkan rancangan Worldwide Holdings Berhad,anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS),untuk menjual syer bernilai RM150 juta kepada sebuah syarikat bukan bumiputera.Beliau berkata dakwaannya itu berdasarkan maklumat terbaru diperolehinya mengenai perbincangan untuk menjual syer itu antara dua syarikat berkenaan. Noh berkata syarikat yang ditubuhkan pada 21 Mac lepas itu sebelum ini mempunyai dua pengarah bukan bumiputera yang juga merupakan pemegang saham tetapi berdasarkan carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),dua individu itu telah meletak jawatan sebagai pengarah pada 22 Mei lepas tetapi mereka masih kekal sebagai pemegang saham. "Pada tarikh sama (22 Mei) dua pengarah baru dilantik yang terdiri daripada pengurusan tertinggi PKNS tetapi yang peliknya dua pemegang saham masih orang yang sama (pengarah yang meletak jawatan sebelum ini).Apa muslihat berbuat demikian adakah sengaja dirancang," katanya dalam sidang media selepas menutup program penerangan isu-isu semasa anjuran Umno Tanjong Karang.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menuntut penjelasan daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku pengerusi PKNS sama ada syer itu akan dijual atau sebaliknya. KEPADA MB SELANGOR !!! JANGAN LUPA JAWAB SEMUA INI !!! RENUNG-RENUNGKAN |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.






No comments:
Post a Comment