Hi tuanhamba, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Melaka dilancar | | Saya sangat gembira apabila mengumumkan mengenai perlancaran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang ketiga di Melaka baru-baru ini. Projek ini dilaksanakan dengan kos yang rendah kerana ia melibatkan pembangunan semula infrastruktur sedia ada kepada pusat. Dengan infrastruktur terbaru ini, beberapa kemudahan akan dipusatkan antaranya tempat penyediaan latihan berkemahiran tinggi dan tempat untuk membuat permohonan pinjaman daripada Agrobank, Tekun serta Amanah Ikhtiar selain perkhidmatan agensi kerajaan yang lain. Ia juga akan memberi kemudahan kepada para peniaga, nelayan serta petani untuk menghimpun serta menjual produk mereka. Dengan kejayaan ini, saya berharap lebih banyak lagi RTC dapat ditubuhkan di seluruh Malaysia di masa akan datang. | | | Meluangkan masa di Google Hangout sambil Suhaimi Sulaiman bertindak sebagai moderator. | Sebelum ini saya ada menulis satu artikel yang disiarkan di blog saya mengenai pengalaman baru saya berinteraksi dengan Rakyat menerusi kemudahan media sosial. Anda boleh membacanya di sini. | | | Perkembangan Terkini Penyerahan topi keledar kepada pengguna baru motosikal. | Pada 11 November lalu, saya menghadiri majlis penutup Konvoi Kembara 1Malaysia Bike Week (1MBW) di Istana Kehakiman, Putrajaya. Dalam kembara tersebut, seramai 438 motosikal berkuasa tinggi menyertai konvoi yang mengembara ke seluruh semenanjung sambil melakukan aktiviti kemasyarakatan di setiap persinggahan mereka. Ketika minat terhadap motosikal menjadi semakin popular di kalangan rakyat, saya harap lebih banyak penunggang tidak kira yang muda atau tua supaya sama-sama membawa imej baik dengan terus bersedia untuk berkhidmat kepada negara. | | | | Melancarkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Melaka. | Anda boleh menonton video ucapan saya semasa melancarkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Melaka di sini. Anda juga boleh menonton lain-lain video di rangkaian YouTube saya | | | Ikuti saya di Facebook dan Twitter serta lawati laman web saya, 1Malaysia.com.my. Saya akan terus menyalurkan segala maklumat terkini mengenai negara ini kepada anda dari semasa ke semasa. Diharapkan anda semua dapat meneruskan sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri agar kita dapat bersama-sama membawa negara ini ke peringkat yang lebih tinggi. Najib Razak | | |
| |
-------------------------------------------------------------------------------
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment