BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! KERAJAAN NEGERI SELANGOR MAKAN DUIT RAKYAT ??? APA CERITA NI ???

Posted: 19 Nov 2012 03:00 PM PST


Belum sampai sebulan dibaiki,Jambatan Gantung Kampung Baru Gurney condong semula.Penduduk,Ng Poh Heng berkata, jambatan yang berusia lebih 60 tahun itu baru saja dibaiki oleh pihak berkuasa Kerajaan Negeri pada akhir September lalu berikutan jambatan itu condong akibat hakisan tebing sungai. 

"Difahamkan,kerja baik pulih jambatan itu menelan kos hampir RM60,000 yang sepatutnya digunakan untuk membina jambatan baru.Tapi yang berlaku bukan pembinaan jambatan baru sebaliknya tiang jambatan yang condong hanya ditegakkan dan struktur lantainya diikat yang mengambil masa dua hari untuk disiapkan," katanya ketika ditemui semalam. 

Menurutnya,perasmian pembukaan semula jambatan itu setelah dibaik pulih disempurnakan oleh seorang Exco Kerajaan Negeri.Katanya,apa yang penduduk kesalkan kerja baik pulih jambatan itu tidak sempurna sehingga mengakibatkan ia condong semula. 

 "Kita juga pelik,mengapa RM60,000 yang disebutkan sebagai kos membina jambatan baru hanya digunakan untuk membaik pulih jambatan.Sepatutnya, kos besar ini mampu menghasilkan binaan yang lebih sempurna dan selamat digunakan untuk tempoh lebih lama," katanya. 

Poh Heng berkata,jambatan gantung itu mula condong pada awal Mei 2012 dan dibaik pulih pada September lalu sebelum kembali condong pada awal November ini.Sementara itu,Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali,Datuk Mohd Isa Abu Kasim berkata,kerja baik pulih jambatan itu dilihat satu pembaziran dan dilakukan secara tergesa-gesa serta tidak teliti. 

"Keadaan ini jelas satu pembaziran dan membahayakan penduduk kerana Exco yang melaksanakannya tidak memikirkan soal keselamatan tetapi hanya kepentingan politik.Jambatan yang dahulunya dibina kerajaan Barisan Nasional mampu bertahan lebih 60 tahun, tapi kerja Pakatan Rakyat tidak sampai 30 hari dah runtuh semula," katanya ketika melawat jambatan tersebut,baru-baru ini.

BAJET SELANGOR 2013 !!! DATUK MOHAMAD @SATIMDIMAN MEMBELASAH PAKATAN KAW-KAW !!!

Posted: 19 Nov 2012 11:32 AM PST


Ketua Pembangkang,Datuk Mohamad Satim Diman ketika ditemui selepas pembentangan Bajet Selangor 2013 hari ini menyifatkan bajet negeri 2013 merupakan satu cubaan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada mempersoalkan janji PKR,DAP dan Pas yang tidak dilaksanakan sejak pilihan raya umum lalu.Ini kerana katanya,berdasarkan bajet negeri 2013 itu kerajaan negeri memberikan tumpuan janji baru dengan melaksanakan projek mega yang seperti pembinaan jambatan ketiga di Klang,pengunaan Storm Water dan menaik taraf saliran dan membina rumah mampu milik pasang siap. 

"Bagi saya, bajet ini tidak ada istimewanya,Cuma nak mengambarkan bahawa kononnya rizab kewangan yang begitu tinggi.Saya fikir bahawa rizab yang begitu tinggi itu hasil penjualan harta-harta kerajaan tinggi.Sebab itu mempunyai rizab yang tinggi.Namun jika kita meneliti bajet negeri 2013,kerajaan negeri tidak menyalurkan kepada program pembangunan rakyat seperti penyelesaikan masalah petani, usahawan dan pelbagai lapisan masyarakat,yang kita nampak program yang besar sahaja.Sepatutnya kerajaan negeri dalam bajet Selangor 2012 memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan janji-janji yang dibuat kepada rakyat yang dibuat pada pilihan raya umum 2008, bukan buat janji atau program baru," ujarnya. 

Terdahulu, Kerajaan negeri di bawah Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor hari ini membentangkan bajet negeri 2013 berjumlah RM1.63 bilion.Pembentangan bajet tersebut dibuat oleh Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bertemakan 'Selangor peneraju Ekonomi Malaysia'.Dalam bajet tersebut,sebanyak RM996.98 juta iaitu 61 peratus diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus manakala RM633.01 juta lagi atau 39 peratus untuk perbelanjaan pembangunan.Abdul Khalid ketika berucap membentangkan bajet tersebut turut mengumumkan penggunaan rizab negeri sebanyak RM500 juta yang mana sebanyak RM300 juta akan digunakan untuk pembinaan jambatan ketiga di Klang yang dijangka akan dilaksanakan tahun depan.

HOT NEWS !!! LAGI KEZALIMAN DAP DI PULAU PINANG TERSEBAR !!! APA CERITA NI ???

Posted: 19 Nov 2012 07:30 AM PST


Kebetulan ke Penang saya dan sahabat sahabat Misi Selamatkan Negara singgah ke rumah makcik Mariam yang mana rumahnya telah dirobohkan oleh kerajaan DAP semalam petang.Kisahnya telah keluar di paper hari ini.Inilah nasib makcik Mariam dari Sungai Gelugor Pulau Pinang yang Terima bantuan jabatan kebajikan masyarakat sebanyak rm300 setiap bulan.Rumahnya telah dirobohkan tanpa sebarang notis.Apa nasib melayu Pulau Pinang ??? Kerajaan DAP zalim !!! Balik dari pasar membeli ikan sampai dirumah,rumah dah roboh,tak kesian ke dengan makcik Yam ni ??? kenapa zalim sangat kerajaan negeri Pulau Pinang ni ??? Cuba korang bayangkan perkara ini berlaku kepada ahli keluarga anda ??? Ibu Bapa anda ??? Renung renungkan - Afiq Kl Town

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEixKOHbP7dzqhRhZEPGWrAr443vJhILPz_65Kp-ivXOCx1DnwF_e6ajO-Vz8S56-d9saESbTu-KsNoHiqh4ZcpE9DeYn7xYTR8t4RE1ke1BuWu-Do3E479ry0_I63pW6hgrOBeDWpiRsbQ/s400/roboh.jpg

Ketua UMNO Bahagian Bagan,Datuk Abdul Latiff Mirasa menyifatkan pentadbiran regim DAP di Pulau Pinang sebagai kejam dan tidak berhati perut apabila tergamak meruntuhkan rumah seorang warga emas di Kampung Lengkok Sungai Gelugor.Menurut beliau, tindakan regim DAP itu adalah satu perbuatan yang begitu melampau dan tidak sepatutnya dilakukan oleh sebuah kerajaan yang konon-kononnya ingin prihatin dan ingin membela rakyat di negeri ini. 

"Saya cabar Lim Guan Eng,adakah dia sudah bersedia mahu meruntuhkan semua rumah yang mempunyai masalah undang-undang seperti itu? Saya yakin ada banyak lagi kes-kes seperti itu dan apakah Lim Guan Eng sudah bersedia untuk mengambil tindakan yang serupa terhadap rumah-rumah lain di dalam negeri ini? Biarpun pemilik rumah itu ada kesalahannya,tetapi masih ada jalan lain selain meruntuhkan rumahnya dengan cara yang begitu.Bagi saya,ini adalah satu tindakan yang amat kejam dan tidak berperi kemanusiaan yang dilakukan oleh regim DAP,selain daripada tindak-tanduk mereka yang selama ini bagaikan telunjuk menjolok mata.Ternyata hari ini, Lim Guan Eng memperlihatkan belang beliau di mana segala janji-janji DAP ternyata amat bercanggah dengan perbuatan mereka hari ini," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini. 

Menurut beliau lagi,sepanjang pentadbiran BN di Pulau Pinang sebelum ini, mereka juga berhadapan dengan kes-kes pelanggaran undang-undang seperti itu.Tapi dulu kita tidak bertindak membabi buta seperti itu.Masih ada banyak lagi jalan lain untuk menyelesaikan masalah tersebut, dan bukannya dengan mengambil tindakan seperti itu.? Apakah kerana pemilik rumah itu seorang warga emas yang tidak berdaya dan tidak mampu berbuat apa-apa, maka Guan Eng secara sombong dan angkuh merestui tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merobohkannya," soalnya tegas. 

Tambahnya lagi,apa yang dilakukan oleh regim DAP ini seolah-olah merupakan satu tindakan politik perkauman sempit yang kejam dan sengaja mahu menimbulkan kemarahan orang Melayu di Pulau Pinang . "Kalau pemilik-pemilik rumah yang ada kaitannya dengan regim mereka,pasti akan terlepas.Mereka,wakil-wakil DAP akan menutup mata sekiranya yang melakukan kesalahan itu adalah orang-orang ataupun kenalan mereka.Tetapi bagi orang miskin dan tidak kenal sesiapa yang berjawatan di dalam pentadbiran negeri,mereka akan diperlakukan dengan hina seperti mana yang berlaku terhadap warga emas pemilik rumah itu," ujarnya lagi. 

Bagi beliau, rakyat di negeri ini seharusnya membuka mata dan melihat bagaimana regim DAP memerintah apabila mereka diberi kuasa. Katanya, ternyata sepanjang tempoh pentadbiran regim DAP di Pulau Pinang, rasuah, kroni, menindas orang miskin dan putar belit janji menjadi kejayaan terbesar regim tersebut dalam pemerintahan mereka. - Media UMNO

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! PESERTA MUKTAMAR BANJIRI PEKAN GOLOK ??? APA CERITA NI ???

Posted: 19 Nov 2012 04:00 AM PST


Tiba-tiba pekan Golok ceria dan meriah kembali,tiba-tiba ianya "hidup" kembali,tiba-tiba,bapak ayam mula sibuk mengangkut ayam daging dari kampung masuk semula ke pekan cowboy yang memang terkenal dengan pelacuran dan tempat kumpulan LGBT berhimpun malam minggu.Pertunjukan pondan begitu popular di sini Kata bapak ayam,semuanya mungkin kerana ada "pesta" di Kota Bharu,pesta di sini merujuk kepada perhimpunan,tapi beliau sendiri pun tak pasti kenapa cuma ada ramai anak muda dari Malay (Malay=Malaysia) memenuhi hotel-hotel yang menyediakan pertunjukan tariang bogel dan tarian lucah dari pondan. 

Mi sendiri tidak terkejut,semua manusia sama,kalau iman kuat maka mereka akan jauhi kemurkaan Allah,kalau iman rapuh,kopiah dan tudung labuh hanya lakonan untuk cari makan menggunakan Islam sebagai label perjuangan.Parti yang menggunakan label Islam bukan jaminan kita tidak membuat dosa,hanya sekadar nama dan label serta logo,ianya tidak menjamin apa-apa pendinding untuk kita tidak langgar perintah Allah.Berapa ramai ahli parti yang kononnya berjuang untuk Islam tapi minum arak,main pelacur bahkan berzina sesama sendiri.


Ada kes yang melibatkan liwat anak murid dari tadika yang mereka usahakan sendiri, ada yang membunuh sesama mereka hanya kerana hasad dengki.Yang paling teruk,pasangan yang sudah bersuami isteri,yang kopiah tak lekang ketika di ceramah politik yang dijual kononnya ceramah agama,si pasangannya pula,isteri orang,bertudung labuh dan suaminya pula ada jawatan dalam parti,akhirnya lemas di hotel dalam negeri yang kononnya serambi Mekah.Kalau bapak ayam boleh juih bibir seolah-olah tahu siapa pelanggan mereka,siapa kita untuk mengatakan mereka yang ahli parti label Islam maksum? Bapak ayam siap buat jenaka, "demo tu mari sini,kopiah lipat masuk poket". Kebetulan pula di Kota Bharu ramai "orang luar" datang kerana ada dua event besar,satu Muktamar Pas ke 58 dan yang baru berlangsung semalam adalah perhimpunan dalam Stadium Sultan Mohamad IV,walaupun ianya lebih kurang orang yang sama tapi tidak mustahil ada di antara mereka yang "menyeberang" Sungai Golok selepas program. - MI

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! TEKS PENUH DOA YANG MELAMPAU OLEH PAS TERSEBAR !!!

Posted: 19 Nov 2012 12:30 AM PST


ISLAM terus menjadi mainan Pas.Parti itu semakin lama semakin tegar mempolitikkan agama demi matlamat mereka membantu DAP dan PKR ke Putrajaya.Semakin dikecam masyarakat,semakin galak Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pengikut-pengikutnya memanipulasikan agama.Kali ini,Pas meminta doa agar Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN sebagaimana Allah memusnahkan Firaun,Qarun,Namrud serta Abu Lahab selepas solat hajat,sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Bharu, malam kelmarin.Doa yang diketuai Nik Razi Nik Mat,iaitu adik kepada Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mendakwa UMNO dan BN telah bertindak zalim kepada agama Islam, rakyat serta negeri Kelantan meskipun Malaysia diiktiraf negara Islam paling maju dan komprehensif di bawah pentadbiran kerajaan sekarang.Berikut adalah teks doa tersebut :

Hasbunallah wa ni'mal wakil (diulang tujuh kali). Ya Allah...Mudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya (diulang empat kali)..kuburkanlah UMNO dan Barisan Nasional (BN) (diulang tiga kali) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini. Kezaliman UMNO dan BN 50 tahun lebih kepada agama Mu,hamba Mu dan kepada negeri kami ini.Ya Allah...Engkau mengetahui tentang hal kami. Kami berkumpul di tempat yang penuh berkat di mana engkau mengetahui tentang hal kami.Kami hamba-hamba Mu Ya Allah...Datang dari jauh dan dekat, berkumpul di tempat yang berkat, di malam yang berkat. Ya Allah...Ampunilah dosa kami,dosa kedua ibu bapa kami (diulang empat kali) melalui perhimpunan munajat kami Ya Allah. Kami hamba-hamba Mu Ya Allah. Sekiranya Kamu mengampuni dosa-dosa kami Ya Allah. Kamu Tuhan maha pengampun lagi maha kasih sayang.

Ya Allah...Kuatkanlah iman kami, murahkanlah rezeki kami, amankanlah rumah tangga, negeri dan negara kami, cemerlangkanlah anak-anak kami. Anak-anak kami adalah amanah daripada Mu Ya Allah. Berilah mereka berjaya di dunia dan akirat nanti, berilah mereka berjaya untuk menolong sunah Nabi Muhammad S.A.W. Ya Allah...hukumlah UMNO. Ya Allah... Hukumkanlah UMNO dan BN. Ko! BN, Ko! BN, BN Ko!, Ko! BN, BN Ko!, BN Ko!, BN Ko! dalam PRU-13 ini Ya Allah. Mudah-mudahan dalam perjalanan kami ke Putrjaya Ya Allah dengan begitu sekali mudah dengan pertolongan Mu Ya Allah. Kalaulah Kamu pernah tenggelamkan firaun di dalam laut. Kamu telah izinkan bumi Mu telan Qarun. Ya Allah...Kamu telah laknat Namrud dan begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudah untuk Kamu bagi menjahanamkan UMNO dan BN dalam PRU-13. Tidak larat kami nak lihat anak-anak kami dalam suasana yang tidak selamat di dalam dan luar rumah dengan ragut, rogol, bunuh, bakar, cincang manusia dan begitu juga dengan bermacam-macam jenayah dan begitu juga dengan bermacam-macam rasuah. Ya Allah...Habislah negara kami ini dijual oleh UMNO. Singapura dah habis Ya Allah, Pulau Batu Putih dan Tanjung Pagar. Ya Allah...Hancurkan UMNO tumbangkan BN Rasulullah wa'alaa saidina muhammad wa'alaa alihi wasabi hi wasalam walhamdullillah hirabil aalamin. Allahhuakbar (diulang tiga kali).

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! BELON GERGASI YANG MENYINDIR KEPIMPINAN PAS MENGAMATKAN MUKTAMAR PAS KE 58 !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 19 Nov 2012 02:59 AM PST


Muktamar PAS yang berlangsung di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) pada 14 November 2012 hingga 18 November 2012 bertambah hangat dengan kehadiran belon gergasi di persimpangan Jalan Simpang 4 Pauh atau dikenali juga sebagai Simpang 4 JPJ/Panji,Jalan Hospital Kota Bharu.Kawasan ini terletak di kawasan DUN Panchor di Parlimen Pangkalan Chepa.DUN Panchor adalah kawasan Exco Kanan PAS iaitu Datuk Nik Amar Nik Abdullah.Persimpangan ini juga terletak tidak jauh dari kediaman MB Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.Kewujudan belon gergasi ini mulai dikesan pada 15 November 2012 sehingga 17 November 2012.Selepas itu belon ini sudah tidak kelihatan dipercayai disabotaj atau dipotong kumpulan penyokong tegar PAS di kawasan tersebut yang merasakan kewujudan belon gergasi tersebut mampu mengugat kekuatan dan kepercayaan rakyat Kelantan kepada PAS.

Oleh kerana terlalu takut puak fanatik PAS terpaksa memotong belon tersebut.Banner gergasi juga dipasang di belon tersebut.Berdasarkan kepada maklumat daripada orang kampung di sekitar tempat berkenaan belon ini dinaikkan sebagai manifestasi penolakan rakyat terhadap kepimpinan Nik Amar dan Nik Aziz yang kini dilihat telah lari jauh dari perjuangan asal PAS sehingga mengabaikan akidah umat Islam di negara ini.Muktamar PAS kali ini gamat sekali dengan tindakan adik TGNA yang mendoakan agar ALLAH menghancurkan UMNO/BN ketika menjadi imam semasa sembahyang hajat sempena Hari Kebangkitan Rakyat pada 16 November 2012.Selain daripada doa muktamar kali ini juga gamat dengan desakan dari Dewan Ulama yang mendesak supaya Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang diangkat menjadi PM jika PR memerintah.

Suasana bertambah gamat lagi dengan kewujudan belon gergasi ini yang dinaikkan di kawasan kubu kuat PAS.Untuk mengelak daripada mendapat perhatian rakyat Kelantan penyokong PAS terpaksa mengambil tindakan drastik dengan memotong belon berkenaan.Jika kewujudan belon gergasi ini dijadikan kayu pengukur ia jelas menunjukkan bahawa kepimpinan Nik Aziz dan Nik Amar ditolak oleh rakyat tempatan.Mungkin semua pihak berasa pelik kenapa belon ini dinaikkan di kawasan Nik Amar.Nik Amar berkemungkinan akan mengantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan jika Nik Aziz bersara atau berlaku kematian.Untuk menolak Nik Amar sebagai MB Kelantan belon ini dinaikkan sebagai tanda protes.Sebelum ini kepimpinan PAS Kelantan mendapat sanjungan tinggi di negeri lain tetapi kini jelas PAS sendiri ditolak oleh rakyat Kelantan sendiri.Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat diambil sebelum ia dipotong. Kalau di perhatikan dengan sebaiknya memang PAS takut terhadap kata-kata yang terdapat di banner tersebut.


Belon mula-mula dikesan dinaikkan pada 15 Nov. 2012 berserta banner yang tertulis "Melayu Bersatu,Islam Selamat".


Banner pada belon yang dinaikkan pada 16 Nov. 2012 yang tertera " Melayu Bersatu,Islam Selamat,"Kesepakatan Ukhwah Melayu,Islam Terbela dan " Perpecahan Punca Islam Terancam".

 

Banner yang dinaikkan pada hari terakhir iaitu pada 17 Nov. 2012 yang menjadi ketakutan kepada PAS iaitu tertera " Politik Melebihi Islam? Selamatkan Akidah".

Bagi saya tulisan yang ada di banner-banner ini tidaklah sesuautu yang teruk atau jahat.Rakyat menyeru supaya kepimpinan PAS menyatupadukan umat Melayu demi kepentingan Islam dan menyeru supaya jangan berpecah belah serta mengingatkan PAS supaya tidak melampaui batas dalam berpolitik sehingga mengabaikan akidah serta agama rakyat.Tidak ada salahnya pada belon dan banner tersebut.Ia tidak perlu ditakuti oleh PAS jika PAS berjuang di jalan yang benar dan mengikuti syariah Islam.Tidak seperti PAS yang berdoa dan menyeru supaya orang UMNO/BN dimusnahkan oleh ALLAH.Ia berbeza dengan seruan orang kampung yang menyuruh PAS dan orang Melayu/Islam bersatu padu.Nampaknya pemikiran orang kampung lebih bijak daripada pemimpin PAS yang jumud.Dengan belon pun PAS takut macam mana nak berdepan dengan UMNO/BN di PRU 13.ALLAH kurniakan akal dan fikiran untuk menilai mana yang baik dan buruk.kepada pembaca PAS yang baca,anda fikir sendiri.

RENUNG-RENUNGKAN 

ISU DOA HANCURKAN UMNO DAN BN !!! USTAZ FATHUL BARI MEMBELASAH PAS KAW-KAW !!!

Posted: 18 Nov 2012 06:00 PM PST


SAYA MALAS NAK BAGI ULASAN PANJANG-PANJANG !!!

HANYA SATU SOALAN SAYA NAK TANYA !!!

ADAKAH UMNO DOA PAS HANCUR ???

ADAKAH UMNO DOA PAS DILENYAPKAN DARI MALAYSIA ???

JOM LIHAT VIDEO DI BAWAH

  

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...