Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Apabila Orang PKR Robohkan Papan Tanda Muka Anwar!!

Posted: 30 Nov 2012 08:09 AM PST

Ada story best yang Mc ambil blog Keris7Lok, cerita orang PKR robohkan papan tandanya sendiri. Kononnya nak tuduh UMNO, akhirnya ada pula orang PKR sendiri yang mengaku. ha ha ha.. kelakar dohh..

Macam sudah tiada modal lagi. Apa sahaja yang berlaku semuanya mereka tuduh UMNO. Pagi tadi Anwar Ibrahim melalui akaun twitternya menuduh Samseng yang diupah melakukan perbuatan tersebut.

Tetapi lain pula jadinya apabila Mc menerima emel dari orang PKR sendiri petang tadi:


Rupa-rupanya mereka yang merobohkan papan tanda adalah orang PKR sendiri yang marahkan Anwar? Wah ini sudah jadi lain macam. Petanda bahawa PKR sedang ditolak semakin hebat.

Adakah kerana ini DAP mengambil langkah bertanding lebih banyak kerusi berbanding PKR dan PAS? Rupanya DAP lebih bijak berpolitik dengan persediaan rapi kerana mereka tahu PAS tak boleh pakai dan Anwar sedang ditolak.

Nampaknya Pakatan akan berpecah?

McTheory:
Kadang-kadang kelakar dengan cerita bodoh PKR ni..

PANASS!! Wakil Kedah Tok Man Aziz Kata Pas Tak Reti Buat Kerja!! #PAU2012

Posted: 30 Nov 2012 01:16 AM PST


Umno Kedah akan membongkar lebih banyak kelemahan kerajaan negeri itu yang diterajui pakatan pembangkang bagi menyedarkan rakyat bahawa parti pembangkang gagal dalam melaksanakan tugas dan membuktikan hanya Barisan Nasional (BN) yang terbaik untuk mereka.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerlun Datuk Othman Aziz, yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, berkata kerajaan negeri itu yang ditunjangi Pas tidak mampu menyelesaikan pelbagai masalah rakyat.

Apa yang mereka buat hanyalah aktif memacak bendera dan berceramah mencaci dan mengajak rakyat membenci Umno dan BN, selain menyerang kepimpinan negara dan kerajaan sehingga mereka terlupa merekalah sepatutnya mengambil tugas membangunkan negeri, katanya.

" Ketika Kedah di bawah BN, apa yang dibuat semuanya tidak betul di mata mereka, tetapi apabila mereka membentuk kerajaan, mereka meneruskan usaha-usaha yang dibuat. Bagaimanapun kerana gaya pengurusan Pas dan pakatan pembangkang yang lemah, mereka berhadapan dengan bermacam-macam masalah," katanya semasa membahaskan usul ucapan dasar Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno 2012 semalam.

Katanya selepas lebih empat tahun pakatan pembangkang berkuasa di Kedah, pelbagai persoalan timbul, antaranya tindakan kerajaan Kedah yang rakus menebang ribuan hektar hutan balak kononnya untuk menjadikannya ladang rakyat dan dusun tanpa mengambil kira kesan alam sekitar serta bekalan air domestik dan bekalan air untuk petani Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada).

Othman turut membangkit isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin), milik kerajaan negeri, yang kini menghadapi masalah aliran tunai kerana membiayai gaji staf yang tinggi dan penurunan mendadak bilangan pelajar disebabkan kenaikan yuran yang tinggi.

Katanya kerajaan negeri juga gagal dan rugi berjuta ringgit kerana dengan membabi buta melabur di Papua New Guinea dalam projek balak, dan selain itu campur tangan politik dalam perkhidmatan tadbir negeri Kedah (KCS) telah menjadikan pentadbiran negeri kucar kacir dan tidak lancar.

"Bukankah cerita rebutan kuasa menjadi menteri besar Kedah dalam kalangan kepimpinan PAS Kedah menjadi topik lebih penting daripada perancangan memajukan negeri dan rakyat? Bukankah MB Kedah kini meragui kesetiaan dan kewibawaan Exconya sendiri?.

" Pelabur asing juga sudah lari ke negeri lain kerana ketidakupayaan kerajaan negeri mengurus infrastruktur asas di kawasan perindustrian. Bukankah pusat hiburan dan rumah urut bertambah di Kedah?" soal beliau.

Beliau berkata yang terbaharu ketika persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, rakyat Kedah diperdaya bahawa Kedah akan mendapat hasil RM20 juta jualan air kepada Pulau Pinang walhal menurut anggota Exco terlibat, mesyuarat antara kedua-dua negeri baru hendak bermula.

"Banyak lagi persoalan akan dibongkarkan bila tiba masanya. Kepada rakyat, kalau pada 2008 marah kepada BN, mungkin kami buat silap. Seperti juga presiden, kami minta maaf. Kami berjanji akan menjadikan Kedah lebih cemerlang dan seperti negara-negeri maju di negara ini. Kita (Umno dan BN) mampu tadbir jauh lebih baik daripada pakatan pembangkang," katanya. - Bernama

EKSKLUSIF!! Wakil Kelab UMNO Luar Negara Wujud Suasana Sebak Di Perhimpunan Agung UMNO!! #PAU2012

Posted: 29 Nov 2012 10:36 PM PST


Wakil daripada Kelab UMNO Luar Negara Arif Yasir bin Zulkafli yang merupakan ahli Kelab UMNO Tokyo sedang membahaskan usul ucapan dasar Presiden. Arif Yasir ini berasal daripada Pokok Sena,Kedah dan sedang menuntut di salah sebuah universiti di Jepun.

Penyampaian yang secara bersahaja,berjaya menarik perhatian para perwakilan serta kerap kali diusik dengan seloroh daripada Pengerusi Tetap Dato Badruddin Amiruddin. Kewujudan Kelab UMNO Luar Negara yang majoritinya dianggotai oleh penuntut-penuntut universiti luar negara membuktikan UMNO sentiasa mendapat sokongan daripada golongan muda profesional.

Video diatas antara sedutan beliau me'lagu'kan lagu Warisan untuk semua perwakilan. Suasana sebak mengharungi diketika detik-detik ini.

Beliau diantara bakal pemimpin muda yang berbakat hebat!


PANASS!! Abby Albody, Hina Perhimpunan Agung UMNO!!

Posted: 29 Nov 2012 07:19 PM PST


Apa masalah dengan Abby? Orang tak kacau dia pun, tapi dia suka menganggu orang lain. Kalau benar dia ni belajar dan mendalami Islam. Islam tak mengajar kita menyakiti hati dan perasaan orang lain, bahkan kalau sakiti secara tidak sengaja pun ia tetap dianggap berdosa.

Tapi Abby pula, sering kali menyakitkan hati umat Islam yang tidak sama ideologi dengannya. Apakah itu ajaran Islam.

Kalau nak bagi nasihat pun, boleh diberikan cara baik. Berdakwah secara halus dengan memupuk sifat hormat menghormati. Tetapi Abby ni tidak, lagi orang sakit hati, lagi la dia rasa gembira.

Sudah la baru bertudung, baru belajar ilmu agama, boleh naik pentas Pas, dah rasa diri macam ulamak besar.

Orang macam ni kita nak kata dia pejuang Islam sebenar?

McTheory:
Buat mengabihkan beras saja.

PANASS!! Tun M Bersuara Di Perhimpunan Agung UMNO! #PAU2012

Posted: 29 Nov 2012 04:37 PM PST


Nampak Tun M juga bersemangat dengan Perhimpunan Agung UMNO yang terakhir sebelum PRU. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Perhimpunan Umno 2012 sebagai lebih kuat dan bersemangat, tanda semua perwakilan serta Umno secara keseluruhannya telah siap sedia untuk 'berperang' menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Saya kagum dengan semua perwakilan yang hadir pada perhimpunan kali ini apabila kesemuanya nampak lebih bersemangat, lebih-lebih lagi ketika presiden parti berucap.

"Saya nampak semangat pada perhimpunan kali ini lebih kuat... bahkan lebih kuat daripada perhimpunan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Tun M yang kelihatan segak dengan berbaju Melayu jingga, menyifatkan ucapan perasmian Najib pada tahun ini sebagai satu ucapan yang hebat.

"Beliau (Najib) telah menjawab segala tohmahan, tuduhan dan fitnah yang selama ini dilontarkan oleh parti-parti pembangkang terhadap Umno," katanya.

Maksudnya DS Najib berjaya memimpin UMNO kejalan yang harus UMNO tujui. Supaya UMNO terus kuat dan relevan untuk menjaga Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Pendapat Tun M ini akan meningkatkan moral ahli UMNO seluruh negara untuk menyokong penuh kepimpinan DS Najib.

McTheory:
Semasa Ucapan Dasar Presiden, ramai yang sebak dengan ucapan beliau..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...