PEMIKIR POLITIK JERANTUT

PEMIKIR POLITIK JERANTUT


HOT! MALU, SUSPEK MENGINTAI GADIS DALAM TANDAS! BAGANG!

Posted: 18 Nov 2012 10:37 PM PST


Kes mengintai yang semakin menjadi-jadi di kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, berakhir dengan tertangkapnya seorang lelaki yang sedang melakukan aktiviti tidak bermoral itu, di Blok G, awal pagi semalam.

Dalam kejadian itu, suspek warga Myanmar dicekup selepas gerak-gerinya mengintai beberapa rumah di kawasan berkenaan disedari anggota Biro Keselamatan Persatuan Penduduk yang mengadakan rondaan rutin.

Anggota Biro Keselamatan Mohd Yusof Awang Kechik, 40, berkata, suspek berusia 19 tahun itu membuka tingkap bilik sebuah rumah menyebabkan penghuninya seorang wanita yang ketika itu berkemban menjerit.

"Suami wanita itu yang sedang tidur terkejut dengan jeritan berkenaan, berlari keluar. Ketika itu, suspek telah pun kami tangkap," katanya.



Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati suspek yang kurang fasih berbahasa Melayu bekerja di sebuah kuari di Batu 9 Cheras dan baru masuk ke negara ini melalui tiket pelarian dua bulan lalu.

"Malah dia turut memberikan alasan ditinggalkan rakannya di situ. Bagaimanapun kami percayai dia terlibat dalam banyak kes mengintai yang berlaku sejak beberapa bulan kebelakangan ini.



"Suspek mengintai melalui tingkap menggunakan telefon bimbit untuk merakamkan mangsa khususnya wanita yang berada dalam tandas," katanya.

Suami mangsa Asnawi Budin, 27, berkata, dia tidak menyangka rumahnya menjadi sasaran suspek.

"Sebelum ini, ada dengar cerita ada orang diintai dalam tandas dan tidak sangka kali ini rumah saya jadi sasaran.

"Nasib baik saya ada di rumah ketika itu, jika tidak entah apa yang akan berlaku," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Damansara Damai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan penangkapan dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut...sinar

PANAS! PAS BUNUH BANGSA SENDIRI!!

Posted: 18 Nov 2012 07:23 PM PST

   Beginilah keadaan sikap pas jika kita perhalusi sehingga sanggup membunuh bangsa sendiri.
   Pas seharusnya sedar didalam perjuangan parti bahawasanya umno tidak langsung mendokan kehancuran pas, sebaliknya tergamak pas mengajak rakyat (orang melayu) bermusuh dan membenci sesama bangsa sendiri.

  Sikap dan ketabsuban pas seharusnya di sedari oleh rakyat. Pas bukan memilih untuk menyelamatkan bangsa sebaliknya ingin menjadikan bangsa sendiri semakin lemah sehingga mempermudahkan bangsa lain untuk memijak bangsa Melayu!.


Doa 'KO BN' Pas
Doa 'KO BN' Pas
KUALA LUMPUR - Tindakan Pas mengadakan solat hajat dan doa supaya Umno dihancurkan boleh menyebabkan perpecahan lebih dahsyat antara umat Islam di negara ini, kata Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor ini berkata, tindakan Pas itu lahir daripada pemikiran sempit dan dikhuatiri akan dicontohi anggota parti yang taksub dan mengamalkannya di tempat masing-masing.

"Kita boleh membuat jangkaan bahawa sesuatu yang jauh lebih buruk akan berlaku di kalangan anggota dan penyokong dua parti terbesar yang mewakili Melayu/Islam seandainya kebodohan ini terus dilindungi dan dipertahankan," kata beliau yang juga Presiden Jalur Tiga dalam kenyataan di sini, hari ini.  

Beliau mengulas tindakan Pas yang mengadakan solat hajat dan berdoa - 'KO BN' supaya Umno dan BN hancur di Stadium Sultan Muhammad IV Jumaat malam lepas yang dipimpin adik kepada Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat sempena perhimpunan anjuran parti pambangkang itu.

Hasan turut bimbang akhlak yang ditunjukkan pemimpin Pas yang bergelar ulama itu dicontohi generasi muda Muslim dan generasi akan datang dan membawa kesan buruk berganda kepada umat Islam di negara ini.

PAS patut sedar kemenangan mereka pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008 didokong bukan sahaja oleh anggota mereka, tetapi atas sebab-sebab tertentu, oleh penyokong dan anggota Umno, katanya. - Bernama
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...