Gelombang Rakyat |
| AMANAT ANWAR PADA PAS - "BUNUH UMNO.. ISU PALESTIN PERKARA REMEH" Posted: 18 Nov 2012 05:43 AM PST Lihat sendiri ketaksuban dan sikap gelojoh PAS yang telah diracun oleh Puak2 Parasit yang berjaya mengawal semula Muktamar PAS ke 58 dengan menyekat suara2 sumbang dari Kumpulan Dewan Ulama' PAS dan Dewan Pemuda PAS Pusat. Kelihatan Anwar berjaya mencapai sasaran agar PAS terus fokus memusnahkan UMNO demi kuasa. Peranan Parasit2 ini yang dilihat cemerlang tidak menggusarkan Anwar untuk mengarahkan isu status bakal PM yang berbangkit pada Muktamar sebelum ini 'diselesaikan' puak2 Pro Erdogan PAS ini. Lebih menyedihkan, ketika umat Islam seluruh dunia menunaikan Solat Hajat memohon doa agar bumi Palestin diselamatkan akibat diserang Zionis pada Awal Muharram yang lalu, PAS menganjurkan Majlis yang sama akan tetapi mendoakan UMNO dimusnahkan sebagaimana Allah menghancurkan Pemimpin Fir'aun. Satu perumpamaan yang melampau dengan menyamakan kepimpinan Najib Tun Razak dengan Fir'aun. Adakah Najib pernah menggelar dirinya Tuhan? Adakah Najib pernah mengarahkan pihak polis membunuh anak2 lelaki yang baru dilahirkan di Negara ini? Adakah Najib pernah mendakwa Islam itu Agama Palsu? Kejayaan Parasit2 PAS mengawal semula keadaan Muktamar yang pada awalnya dilihat tegang dibuktikan dengan kenyataan melulu dan drastik dari Diktator PAS Nik Aziz yang mendakwa setiap Pemimpin yang berjuang atas platform UMNO telah Murtad kerana menolak Islam. Inilah kenyataan salahguna Agama demi kepentingan kuasa politik. Nik Aziz lupa bahawa beliau pernah membuat kenyataan menganggap Mahathir sebagai rakan dan sahabat seperjuangan malah mengagumi kepimpinan Mahathir dengan menggelar seorang Pemimpin Islam yang paling lantang dan berani menentang Yahudi. (TONTON VIDEO KENYATAAN NIK AZIZ MEMUJA MAHATHIR SEPERTI TERTERA DI ATAS) Bukankah Mahathir itu merupakan Pemimpin lahir dari parti UMNO? Fatwa Nik Aziz terhadap Pemimpin2 UMNO dilihat bertukar2 pula ya. Adakah Pemimpin Melayu dalam DAP itu tidak Murtad wahai Nik Aziz? Sudahlah. Doalah kamu. Kerana doa yang buruk akan berbalik kepada setiap empunya badan yang menadah tangan memintanya.. samada yang membacakan mahupun yang mengaminkannya. Allah Maha Berkuasa. LAGI ISU PANAS DI MUKTAMAR PAS KE 58 (KLIK pada tajuk di bawah untuk ketahui lebih lanjut) :- 1. SUMBER DALAMAN PAS - DEWAN ULAMA' BOCOR RAHSIA SULIT HADI AWANG 'BUNUH' ANWAR. |
| You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:
Post a Comment