Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT!! Keajaiban Misteri Telaga Air Zam-Zam!
- TUDIAA!! Pas Buat 10 Janji Palsu ketika Muktamar!!
- TUDIAA!!! Dr Maza Mengesahkan PAS Songlap Duit Tabung Mamali?
- PANASS!! Ustaz Azizan Pentadbiran Kedah Yang Serba Taktau!! #TukarKedah
- PANASS!! Zikir dan Doa Terbaru Pas Untuk PRU ke 13?!!
- PANASS!! Ustaz Azizan dan Phahrolrazi Bergaduh Sebab Amoi Seksi? #TukarKedah
| HOT!! Keajaiban Misteri Telaga Air Zam-Zam! Posted: 18 Nov 2012 07:17 AM PST Tahukah anda kenapa telaga zam zam x pernah kering?? ![]() Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali. Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir. Berapa Juta Liter Air Zam-Zam? Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusok dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang. Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing- masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter. Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter !!. Keanehan Air Zam-Zam Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum. Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam. Masya Allah. Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji. Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya. Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya. Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran "kolam" telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter). Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS. Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan. Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci. Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!. Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba. Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar. Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya. Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak: "Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga". Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman. Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar. Mengandungi Zat Anti Kuman Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat. Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium. Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan. Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. "Rasanya" selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun. Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi saw menjelaskan: "Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi". Nabi saw menambahkan: "Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail". (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas). Rasulullah (saw) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya. Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Mekah. 1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan. 2. Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya. 3. Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman. 4. Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman. Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan. Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.sumber | ||
| TUDIAA!! Pas Buat 10 Janji Palsu ketika Muktamar!! Posted: 18 Nov 2012 04:39 AM PST Mc terbaca tulisan GPB berkenaan 10 janji palsu PAS kepada rakyat Malaysia jika berjaya menawan Putrajaya. Sebelum Mc ulas tentang 10 janji palsu itu, mari kita fikir sejenak. Bagaimana PAS mahu menunaikan janji mereka jika mereka hanya bertanding 66 kerusi yang mana boleh menang 12 kerusi sahaja. Selepas 2008, kita dapat lihat PAS Kedah dan Perak hanya menjadi tunggangan dan dikawal oleh DAP. PAS Pulau Pinang seakan tidak wujud malahan PAS Selangor pula dibenamkan sehinggakan Exco Agama pun ditarik dan bukan disandang oleh PAS. Jadi bagaimana mereka mahu mengotakan janji mereka? Itupun ada hati nak berjanji? Janji mereka yang palsu adalah seperti berikut : Kerajaan beramanah, adil dan bersih
Masyarakat penyayang , aman dan bersatu
Ekonomi mampan, seimbang dan saksama
Pendidikan berkualiti, berdaya saing dan boleh capai
Perkhidmatan kesihatan cekap, berkualiti dan boleh capai
Kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat
Keluarga harmoni, bahagia dan bermoral
Belia, pekerja produktif, berdaya saing dan terbela
Kemudahan prasarana berkualiti, cekap dan bertaraf dunia
Alam sekitar segar, terpelihara dan lestari
Lihat sendiri semua janji-janji mereka palsu dan populis. Biarpun mereka menang semua kerusi, masih belum punyai kuasa untuk memerintah. Kalau bergabung sebagai PAKATAN, PAS hanya menjadi suara ketiga. Islam dapat dijaga ketika itu? McTheory: Nak jaga apa, Pas hanya layak jadi barua saja!! | ||
| TUDIAA!!! Dr Maza Mengesahkan PAS Songlap Duit Tabung Mamali? Posted: 18 Nov 2012 01:17 AM PST Senyum, tak perlu kata apa-apa. Senyum, tak perlu kata apa-apa! Nilaikan saja lahh.. Besar dosanya makan duit anak yatim oi... | ||
| PANASS!! Ustaz Azizan Pentadbiran Kedah Yang Serba Taktau!! #TukarKedah Posted: 17 Nov 2012 10:17 PM PST Pas Kedah dok canang kat muktamar Pas yang lepas. Depa jaga Kedah ni kira baik gila la. Ekonomi maju, sosial ok, balak hebat. Tapi pada hakikat yang sebenar. Apa yang depa tau buat hanya tebang balak saja. Lain semua lingkup. Tak percaya cuba dengar apa yang disampaikan oleh Ustaz Kamal kat video bawah ni. McTheory: Azizan macam besa la. Mana pernah tau apa pun.. | ||
| PANASS!! Zikir dan Doa Terbaru Pas Untuk PRU ke 13?!! Posted: 17 Nov 2012 07:16 PM PST Video kat bawah ni menunjukkan doa Pas untuk hancurkan UMNO/BN. Bolehkah seorang muslim doakan kehancuran dan kebencian terhadap umat Islam yang lain? Ajaran apa yang puak ni pakai ni? Dah serupa ajaran sesat dah Mc tengok. Malah ayat BN KO, BN KO, KO BN, tu dah macam zikir terbaru puak Pas. Mungkin satu hari, ada pulak yang suruh puak Pas baca zikir BN KO lepas sembahyang. Inilah contoh terbaik, umat Islam dalam parti Pas yang mendoakan kemusnahan umat Islam yang lain. Dari depa sibuk doa jatuhkan UMNO/BN. Lebih baik mereka berdoa untuk keselamatan dan keamanan nasib saudara seagama kita yang sedang berada di Palestine. Orang Islam yang baik takkan doakan kemusnahan, atau keburukkan terhadap orang Islam yang lain. Video ini menunjukkan bahawa Pas sememangnya bukan parti Islam yang sebenar. Islam yang Pas bawa berunsurkan dendam. Kemungkinan ia bersangkutan dengan syiah. Hanya orang syiah yang selalu mendoakan umat Islam lain ditimpa bencana. Sebab mereka menghalalkan darah orang Islam yang tidak mengikut syiah. Pas oii Pas.. apa nak jadi la dengan korang ni. McTheory: Semoga Allah ampunkan dosa dorang dan tunjukkan jalan yang benar.. aminn | ||
| PANASS!! Ustaz Azizan dan Phahrolrazi Bergaduh Sebab Amoi Seksi? #TukarKedah Posted: 17 Nov 2012 04:48 PM PST
Tengok video kat bawah dulu! Tak percaya benda ni ada kat Kedah? Video kat bawah ni adalah video DJ jemputan yang berpakaian seksi ya amat. House Bar ni, kat jalan Alor Mengkudu, sebelah Caltex. Pi la cari kalau tak percaya. P/s: Mc dan rakan TMK dah main isu ni dulu. Tapi sekali sekala, kena perangat balik. Kalau dak orang Kedah ni lupa! McTheory: Yeahh.. ini salah satu kejayaan Pas Kedah.. memang hebat!! |
| You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.







No comments:
Post a Comment