Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Apabila Lady Gaga, Britney Spears dan Rihana Pakai Tudung!!

Posted: 12 Nov 2012 07:17 AM PST



Kelakar dan menarik, pun ada gambar ni. Bukan senang nak tengok ketiga-tiga artis ni pakai tudung. Walaupun tahu ini superimpose, tapi boleh la setakat nak layan mata sebelum tidur ye tak?

Ini post terakhir untuk hari ni. Kita sambung esok pagi.. ada cerita MKK Pas cuba cabul isteri orang depan masjid... panass wehh..

TUDIAA!! Akhirnya Pas Kedah Tunaikan Manifesto, Parking Berbayar!! #TukarKedah

Posted: 12 Nov 2012 04:37 AM PST


Masih ingatkah lagi dengan janji janji manis Pas Kedah sebelum memerintah ??. Isu parking berbayar bukanlah perkara baru dibincangkan, malah sebelum ini Pas Kedah telah berjanji mahu memansuhkan kawasan parkir berbayar di bandar Alor Star dan di Kedah..

Tetapi sejak Pas mengambil alih, makin bertambah pula kawasan kawasan parkir berbayar yang sebelum ini percuma..Sebagai contoh kawasan parkir di bandar Alor Star, Shahab Perdana dan kawasan kawasan baru di Sungai Petani..

MBAS dan PBT Sungai Petani pula telah mewajibkan setiap kenderaan memiliki kupon parkir bagi mengelakkan penguna di saman.. kisah parking dimain oleh blog Medan Tempur



Kali ini tapak parkir di Taman Tasik Darulaman menjadi kawasan baru bagi regim Kerajaan Pas Kedah.. Tempat awam yang menjadi tumpuan penduduk di Kubang Pasu untuk beriadah kini bertukar menjadi lubuk wang terbaru Kerajaan. difahamkan kerja kerja pemasangan penghadang automatik sedang giat dijalankan..

Inikah yang harus dibayar oleh rakyat selepas termakan dengan janji janji manifesto Pas Kedah ??

Berjanji memang mudah, tetapi bila sampai masa nak tunaikan macam macam alasan diberikan..

Masa berkempen semua nak bagi percuma, tapi bila dah tadbir, itu ini kena bayar..


McTheory:
Biasaaa.. janji maniss muuu..

TUDIAA!! Apabila Mata Nurul Izzah Lebam Di Tumbuk!!

Posted: 12 Nov 2012 01:18 AM PST


 Isu ini pada saya sangat fundamental dan menyentuh hati umat Islam di Malaysia terutamanya malah Islam secara amnya. Ditinjau dari segi tasawwur dan epistemologi Islam, isu ini sangat serius kerana melibatkan perkara asas Islam itu sendiri. Oleh itu ia mesti dijelaskan secara ilmiah tetapi mudah difahami oleh semua umat Islam dan juga rakyat Malaysia keseluruhannya.

Pertamanya, kita sedia maklum latar belakang setting isu ini timbul, yakni dalam suatu forum, di sebuah gereja dan dianjurkan oleh pihak gereja.

Keduanya, berlaku cubaan untuk menjawab balik oleh Ahli Parlimen itu dengan menyalahkan pihak-pihak tertentu, menyalahkan Utusan Malaysia contonya kononnya disalahtafsir atau disalah petik.

Ketiganya, ramai dikalangan kita termasuk saya sendiri, mula mendapat tahu itu tersebut dalam portal media internet.

Keempat, kini seluruh rakyat Malaysia boleh lihat kenyataan asal Nurul Izzah dalam bentuk verbatim - amat terang dan jelas maksud setiap perkataan yang diucapkan.

Di dalam Fiqh Islami, terdapat satu kaedah penting yang diterimapakai oleh pakar-pakar dan sarjana Islam, bermaksud (nahkum bizawahir wallah yatawwala bi alsaraair) yakni, kita meletakkan hukum dengan perkara yang zahir; perkara tidak zahir (yakni tidak nampak) kita serah kepada Allah SWT.

Dalam konteks Nurul Izzah secara zahirnya dan berdasarkan pengamatan yang kita semua dapat lihat dan dengar, beliau menyebut dengan jelas kebebasan kepada orang Melayu memilih agama atas prinsip kebebasan manusia untuk membuat pilihan.

Ayat "tiada paksaan dalam agama" hanya terpakai kepada bukan Islam,. Tafsiran ini disepakati oleh seluruh Mufassirin (Ahli Tafsir) Islam tanpa khilaf. Tafsiran ini bermaksud selagi mana seseorang itu bukan Islam, kita sebagai Muslim, tidak ada hak sedikit pun untuk memaksa dia memeluk Islam.

Namun, apabila orang bukan Islam itu sudah menjadi seorang Muslim maka ayat ke-36 daripada surah al-Ahzah yang bermaksud "Tiada boleh bagi orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila telah ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya tentang satu urusan mereka tidak berhak untuk memilih..."

Saya menyarankan supaya Nurul Izzah menarik balik kenyataan itu. Dalam Islam, apabila kita melakukan kesalahan dan pabila sedar kita tersilap, kita boleh membetulkannya, bertaubat diatas kesalahan kita dan Allah SWT pasti menerima pengampunan kita.

Nurul Izzah telah mentafsirkan ayat tidak kena pada tempatnya dan tafsiran yang dibuat itu adalah tafsiran yang salah.

Istidlal (pendalilan) yang digunakan oleh Nurul Izzah kepada ayat "Tiada paksaan dalam agama" itu untuk digunapakai kepada orang Melayu mempunyai beberapa implikasi serius. Pertama, ia bercanggah dengan prinsip asas "akidah dan syariah Islam". Kedua, ia bercanggah dengan pemahaman dan tafsiran peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan itu bagi saya bukan sahaja mengiyakan gerakan fahaman pluralisme agama juga termasuk dalam katogeri mengiyakan fahaman liberalisme iaitu "meliberalkan' fahaman agama Islam dan 'mempluralkan' fahaman agama Islam.

Bagi saya ini isu besar kerana ia melibatkan akidah dan salah tafsir terhadap Islam. Menjadi hebat lagi isu ini kerana semua orang boleh akses di dalam YouTube, tiap-tiap malam orang tengok berita di dalam media dan kini menjadi perdebatan, ini bukan satu isu yang remeh.

Ia berlaku kerana dibangkitkan oleh orang yang bukan ahli dalam bidang Islam tetapi membuat tafsiran yang silap terhadap Islam.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW telah memberi amaran yang bermaksud "Apabila diletakkan amanah itu kepada orang yang bukan ahlinya, kamu tunggulah saat kehancurannya". Mentafsir Islam daripada seorang yang bukan ahlinya dan tafsiran itu pula salah melibatkan akidah, ini cukup bahaya.

Sebagai komponen Pakatan Rakyat, PAS khasnya, kepimpinan PAS yang terdiri daripada ulama harus memandang serius kenyataan ini

 
NASHARUDIN MAT ISA
Bekas Timbalan Presiden Pas


P/s: Hanya Ustaz Nasha saja yang berani tegur Nurul Izzah, orang Pas yang lain mana? Takdak teloq?

McTheory:
Biar melayu murtad, janji Pas jangan kalah dalam PRU, betul?

PANASS!! Masa Sudah Suntuk! Langat 2 Perlu Dilaksanakan Segera! #IsuAirSgor

Posted: 11 Nov 2012 10:24 PM PST


Rasanya sekarang ni, Kerajaan Negeri Selangor sedang bermain dengan nasib rakyat Selangor pada masa akan datang. Semakin lama mereka menangguhkan projek Langat 2, semakin berisiko nasib rakyat Selangor kelak.

Sudahlah perlaksanaan projek ini mereka lewatkan hampir 2 tahun, itu pun dah cukup lama! Kini mereka sengaja tangguhkan lagi, semata-mata mahu menjalankan kajian keatas loji yang dibuka semula dengan teknologi membran. Memang betul-betul mengarut.

Permainan mencari alasan menangguh ni mungkin akan berpanjangan hinggalah ke PRU ke 13 kelak. Sikap lepas tangan Kerajaan Negeri Selangor dalam perkara ini amatlah membimbangkan. Mc rasa mereka tahu teknologi membran tak mampu menandingi Langat 2, malah Khalid sendiri akui kalau mereka buat teknologi membran sekalipun, Langat 2 tetap diperlukan nanti.

Kerana Langat 2 dan teknologi membran adalah perkara yang berbeza. Langat 2 ialah loji simpanan air yang besar, air yang disalurkan dari Pahang. Satu sumber tambahan air yang baru. Teknologi membran pula, satu kaedah proses air mentah menggunakan sumber sedia ada.

Dua fungsi yang sama cuma berbeza proses!

Jadi dimanakah yang dikatakan teknologi membran ini mampu mengatasi masalah air di Selangor? Mungkin mereka kata mereka mahu menapis air yang selama ini tidak mampu ditapis oleh loji konvensional. Jika mengikut akal, apakah jumlah air yang mereka mahu tapis tu setanding dengan Langat 2 yang membekalkan air terawat sebanyak 1,130 juta liter sehari?

Nak letak membran di sebelah setiap 34 loji untuk tambah keluaran air terawat, sumber air yang sama juga akan ditarik. Kalau air dah keluar banyak, sempatkah sungai dan empangan nak tambah air untuk diproses?

Bila tiba musim kemarau, apa akan jadi? Sungai dan empangan akan kering, mampukah teknologi membran atasi masalah air jika sungai dan empangan kering? Nak tapis apa jika air pun dah takde? Nak panggil bomoh hujan? Pembenihan? Atau ada cara bodoh lain yang mampu Khalid fikirkan lagi!

Mc dapat rasakan Khalid Gagap dah mula risau dengan perkembangan ini. Beliau tahu Selangor akan hadapi masalah air kelak. Namun disebabkan ego bodoh dan campur adukkan perjuangan parti dalam Kerajaan Negeri, mungkin itu yang menyekat beliau dari melaksanakan Langat2.

Si Xavier pulak kata kos untuk buka semula loji yang ditutup semula hanyalah RM1.5 juta. Ikut sedap mulut cakap, mana kajiannya? RM1.5 juta tu untuk apa, kos nak buka semula loji? Kos penyelenggaraan dah ambilkira, nak tukar alat-alat ganti membrane dah masuk? Kenalah tunjuk dulu baru boleh cakap lebih murah.

Selepas Xavier, si Eli Wong ratu bogel PKR pula datang dengan kajian percemaran sungainya. Katanya, sungai utama kat Selangor ni dah kurang tercemar lagi. Mungkin dia nak kaitkan percemaran air sungai dengan membran. Maklumlah, jika sungai kurang tercemar, kos penapis membran ni lagi la murah, kononnyalah. Tapi tahap cemarnya masih tinggi dari 2!


Tapi perlu ingat, sungai di Selangor ni penggunaannya dah optimum. Memang semua sungai di Selangor kini tercemar tetapi masih airnya ditarik untuk diproses untuk penuhi permintaan yang kian meningkat.

Bila tahap sungai turun, air dari empangan dikeluarkan untuk top-up. Ya lah Negara kita dirahmati dengan hujan yang banyak. Kenapa walaupun musim hujan ada empangan yang parasnya masih rendah?Satu petanda yang penggunaan air makin meningkat?

Rakyat Selangor kena sedar perkara ini. Selangor perlukan tambahan air yang besar untuk tampung masalah kekurangan air pada kemudian hari. Masalah ini bukannya boleh dipandang ringan dan diambil mudah. Semua cadangan yang Kerajaan Negeri Selangor kemukakan sekarang, umpama alasan penangguhan sahaja.

Kerajaan Pusat tidak boleh teruskan Langat 2 tanpa persetujuan Kerajaan Negeri, jadi untuk menekan Kerajaan Negeri supaya bersetuju secepat mungkin dengan projek Langat 2 ni, hanya tekanan dari rakyat Selangor saja. Rakyat Selangor kena bangkit untuk sedarkan Khalid, Xavier, Eli dan exco negeri lain, bahawa rakyat Selangor mahukan Langat 2 untuk masa depan mereka kelak.

Cepat! Semakin lama ditangguh, semakin berisiko hidup rakyat Selangor. Sumber air mungkin boleh bertahan atau mencari sumber lain dalam masa 2 tahun. Namun mampukah rakyat Selangor hidup dalam kekurangan air dan dicatu selama 3 tahun berturut-turut?

"INI ADALAH PENYELESAIAN JANGKA PENDEK YANG DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN NEGERI PAKATAN HARAM, IANYA BAKAL MENJANA BEBAN JANGKA PANJANG UNTUK RAKYAT NEGERI SELANGOR KELAK!"

Jika tidak mahu, sila bangkit dan nyatakan pendirian anda terhadap Kerajaan Negeri Selangor sekarang!!


McTheory:
Rakyat Selangor sendiri perlu ajar MB dan Exconya!!

PANASS!! Pas Bukan Lagi Pejuang Parti Islam Sebenar - MB Kedah Azizan Razak!

Posted: 11 Nov 2012 07:36 PM PST


Ada desakan supaya pemimpin PAS sekarang kembali ke tujuan asal, dikatakan datang daripada suara minoriti dan pihak yang tiada 'locus standi', kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Pesuruhjaya PAS Kedah itu berkata kebanyakan pihak yang terbabit dalam wacana 'Kembalikan PAS Ke Landasan Asal' pada Sabtu lepas banyak yang telah dipecat dan merupakan bekas anggota parti itu.

"Itu pandangan minoriti yang tiada locus standi... majoriti sokong apa yang dibuat kepimpinan parti, kita pun tak nampak apa yang tak baik.

"Lagipun hampir semua pemimpin dalam PAS masih lagi di kalangan ulamak, tidak ada masalah siapa pun jadi pemimpin, asalkan mereka memperjuangkan Islam," katanya lagi.

Beliau mengulas laporan berhubung wacana 'Kembalikan PAS Ke Landasan Asal' yang meluluskan 11 resolusi mendesak kepimpinan parti itu mengembalikan semula dasar perjuangan asalnya.

Resolusi itu menyentuh corak segelintir pemimpin PAS yang didakwa tidak mencerminkan Islam, selain menggesa parti bekerjasama dengan Umno, bukannya DAP, demi kepentingan agama.

Mengulas kerjasama dengan DAP, Azizan berkata politik masa kini memerlukan strategi dan hubungan dua hala.

"Dulu bila politik tertutup (sebelum bekerjasama dengan DAP), mereka kata PAS tak faham masyarakat majmuk, dan sekarang bila terbuka, mereka kata terbabas pula, tapi itu hak mereka la nak kata apa pun," katanya.

Biasala kepimpinan Pas sekarang lebih utamakan Islam liberal, sebab itu banyak memecat ahli yang benar-benar perjuangkan Islam.

Kiranya didalam Pas sekarang yang tinggal hanyalah pejuang Islam liberal, pluralisme dan juga syiah. Ahlul sunnah wal jamaah semakin pupus dalam Pas. Kalau ada pun tinggal yang bengong-bengong saja kot.

Bagus la, atas sebab demikian, Pas tak berani bersuara pun bila Nurul Izzah mengalakkan umat Islam murtad. Sebab Pas pun sokong apa yang Nurul Izzah katakan tu.


McTheory:
Syabas Pas.. dah nampak pendirian sebenar parti Pas sekarang!

PANASS!! Orang UMNO Pilihan Anne Ngasri Untuk Bertunang?

Posted: 11 Nov 2012 05:14 PM PST


 Selepas drama percintaan yang tidak kesampaian dengan Aliff Aziz, nampaknya kekosongan hati aktress ini sudah pun terisi selepas sah bergelar tunangan orang.

Hari ini Anne Ngasri sah bergelar tunangan kepada seorang ahli politik berstatus duda yang identiti'nya masih di"rahsiakan. Namun, ianya telah di bongkar oleh blog kulaan Niring. Jejakan pilihanya ialah Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia, Mohd. Sumali Reduan.

"Bagaimanapun, majlis pertunangan ini diadakan membabitkan ahli keluarga kami sahaja, cukuplah orang tahu, saya sudah bergelar tunangan orang," ujar Anne Ngasri.

"Kalau tiada aral, Disember 2012 ini menjadi pilihan kami untuk nikah," tambah beliau yang bertunang di kediaman keluarga Anne Ngasri di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

"Dia bukan suami orang dan paling penting keluarga merestui hubungan ini," ujar beliau lagi. Tahniah buat Anne Ngasri juga pasangan, semoga berbahagia hendaknya.


McTheory:
Moga bahagia dan kekal hingga ke jinjang pelamn
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...