UMNO Online - “1MOCC Sejajar Dengan Prinsip Rakyat Didahulukan – Najib” plus 9 more | |
- 1MOCC Sejajar Dengan Prinsip Rakyat Didahulukan – Najib
- AES Perlu Tunggu Sekurang-kurang 10,000 Nyawa Melayang…!
- Adakah DAP Beri Keuntungan Kepada Islam?
- Darjat Nurul Izzah Lebih Tinggi Dari Dewan Ulama Pas
- 800 Landowners To Benefit From Kota Belud Ricebowl EPP
- Malaysians Told To Put Off Visits To Syria
- Orang Melayu Mesti Sekat Pihak Perguna Nama Islam Sebagai Bahan Politik
- Projek RTB Di Kemaman Beri Manfaat Kepada 50,000 Penduduk
- Perayaan Deepavali Diharap Dapat Menerangi Kegelapan Yang Menghalang Perpaduan Kaum
- Perhimpunan Agung UMNO 2012 Azimat Untuk Puteri Berdepan PRU 13
1MOCC Sejajar Dengan Prinsip Rakyat Didahulukan – Najib Posted: 12 Nov 2012 04:22 AM PST PUTRAJAYA, 12 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC), sebuah pusat penyelesaian setempat untuk rakyat mengemukakan pertanyaan, aduan atau cadangan mengenai perkhidmatan awam. Beliau berkata pusat yang beroperasi 24/7 termasuk pada cuti umum itu sejajar dengan prinsip rakyat didahulukan dan percaya ia dapat meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat. “Saya yakin dan percaya 1MOCC ini benar-benar dapat meletakkan perkhidmatan awam dan kerajaan sebagai satu yang dibanggakan oleh rakyat. “Saya amat berharap 1MOCC ini disokong dan didokong sepenuhnya oleh semua jabatan dan agensi kerajaan atas semangat kita sebagai satu entiti…,” katanya pada majlis pelancaran 1MOCC di sini hari ini. Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G. Palanivel dan Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohamad Zabidi Zainal. 1MOCC merupakan satu projek ‘National Flagship’ di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang membolehkan orang awam mengemukan pertanyaan, aduan atau cadangan kepada pelbagai agensi kerajaan menggunakan nombor rujukan tunggal 03 8000 8000. Selain itu, pengguna boleh memilih untuk menggunakan faks di talian 03 8000 8001, melayari laman web di www.malaysia.gov.my, e-mel 80008000@1mocc.gov.my dan laman-laman sosial iaitu facebook.com/myGovernment dan twitter.com/myGovPortal. Perdana menteri berkata inisiaitf itu akan lebih memudahkan rakyat kerana hanya satu nombor yang perlu diingat selain membolehkan kerajaan mencapai objektif dengan kos minima. “Dengan cara ini, kita ada satu perkhidmatan yang revolusionari, tiada tolok bandingan di mana-mana negara. Kita sudah mencapai sesuatu yang di luar jangkaan yang mungkin tidak terfikir oleh kita dan hari ini ia menjadi satu kenyataan,” katanya. Pada masa sama, perdana menteri meminta penjawat awam untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan berkesan secara kolektif bagi memenuhi jangkaan dan aspirasi rakyat. Beliau berkata penjawat awam tidak boleh melakukan perkara-perkara lazim sebaliknya mesti menggunakan keupayaan untuk berfikir secara kreatif dan inovatif bagi mencetus idea yang lebih unggul. “Kalau kita tidak membuat perubahan dan penambahbaikan yang begitu ketara, maka kita akan ketinggalan dari sudut persaingan global sebab yang membezakan sama ada negara itu berjaya atau tidak ialah keupayaan untuk berdaya saing,” katanya. Najib yang berbangga dengan pencapaian Malaysia sebagai negara ke-12 dalam kalangan 185 negara ekonomi dunia dalam penarafan pelaksanaan perniagaan 2012 oleh Bank Negara, berharap Malaysia akan berada di kedudukan 10 teratas dalam masa terdekat. |
AES Perlu Tunggu Sekurang-kurang 10,000 Nyawa Melayang…! Posted: 12 Nov 2012 04:15 AM PST Ramai yang komplen perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan membebankan pengguna jalanraya dengan saman yang bertimbun serta hanya menguntungkan pihak swasta yang terlibat dengan kontrak AES sahaja. Betul atau tidak bukan lagi persoalan, kerana bila melibatkan wang ringgit ramai yang agak sensitif sekalipun sebahagian besar daripada kita sejak mengetahui kewujudan kamera di AES di sesuatu lokasi seringkali kita memperlahankan kenderaan mengikut halaju yang ditetapkan. Boleh jadi keprihatinan kita memperlahankan kenderaan berdasarkan halaju itu berlaku secara spontan, mungkin kerana takut wang ringgit melayang atau barangkali juga kerana bimbang ditimpa kecelakaan. Mana-mana satu di atas tetap betul, kerana naluri manusia agak risau jika kehilangan wang ringgit dan dari sudut lain pula ramai yang belum bersedia untuk menghuni liang lahad. Atau barangkali sudah ramai pengguna jalanraya bersepakat untuk memufliskan syarikat swasta yang terlibat dengan kontrak AES, maka dengan demikian masing-masing memandu ikut peraturan halaju, boleh jadi juga begitu. Saban hari satu hakikat yang pasti banyak nyawa yang tidak berdosa menjadi korban di atas jalanraya. Ia boleh berlaku secara tidak sengaja atau sebaliknya, tiap kali berlakunya kemalangan maut, nyawa yang melayang tidak lagi dapat ditukar ganti. Andai berlaku kejadian tidak diingini misal kata sewaktu pulang dari bekerja, anak isteri di rumah sabar menanti namun kelibat si suami atau ayah belum kelihatan. Bila datang kenderaan polis membawa berita kematian si arwah, bayangkan betapa terkejut ahli keluarga di rumah. Malang tak berbau, itu hakikat. Kemalangan maut atau kecederaan akibat perlanggaran di atas jalanraya boleh berlaku bila-bila masa, sama ada kita telah berhati-hati dalam pemanduan atau sebaliknya. Namun setidak-tidaknya dengan adanya AES, kita dapat mengurangkan sang pemandu pelesit di atas jalanraya dan mengajar mereka untuk menghargai nyawa orang lain, sekaligus mengurangkan kadar kematian atau kecederaan akibat faktor kelajuan dan kecuaian. Atau jika persoalan nyawa dan kebahagiaan kaum keluarga mahu diabaikan atas sebab apa sekalipun, mungkinkah kita perlu menunggu kadar kematian akibat kemalangan jalanraya meningkat kepada 10,000 kematian setahun barulah kita semua bersetuju untuk menyokong perlaksanaan AES. Pada masa sekarang secara purata lebih kurang 6,000 nyawa melayang setiap tahun, untuk mencukupkan angka 10,000 hanya berbaki lagi kira-kira 4,000 nyawa lagi yang perlu dimatikan. Perlukah kita menunggu angka 10k itu genap atau meningkat kepada 20 ribu orang maut setiap tahun, barulah terdetik sekelumit kesedaran dalam hati kita untuk membantu kerajaan menurunkan angka kematian di atas jalanraya sekarang? Tepuk kepala tanya akal. Jika wang ringgit jadi perkiraannya, maka memandulah dengan kelajuan yang telah ditetapkan dengan demikian anda tidak perlu pening kepala membayar saman. Seandainya persoalan nyawa dan kasih sayang keluarga diutamakan, teruskan pemanduan berhemah demi orang yang tersayang. Pak Lang Sg Acheh |
Adakah DAP Beri Keuntungan Kepada Islam? Posted: 12 Nov 2012 04:09 AM PST Sebagai seorang pendakwah, setiap tindakan atau keputusan yang kita buat mestilah memberikan keuntungan kepada Islam dan dalam masa yang sama melemah musuh Islam. Keuntungan itu bukan bererti dinilai dari segi kewangan maupun kedudukan tetapi dilihat dari aspek peningkatan kefahaman dan penghayatan Islam di kalangan masyarakat. Jika masyarakat menjadi semakin keliru dan penghayatan semakin lemah maka adalah salah jika kita teruskan tindakan atau keputusan kita. Untuk itu sesuatu tindakan atau keputusan yang dibuat mestilah disandarkan kepada hujah syarak yang jelas serta mengambil waqei semasa yang berlaku ketika itu. Apabila si ghulam mengambil keputusan untuk mengorbankan dirinya dengan dipanah dileher, beliau telah mengambil kira bahawa itu adalah jalan terbaik untuk memahamkan masyarakat tentang Islam dan kekuasaan Allah. Walaupun dari segi zahirnya beliau tidak mencapai "kemenangan" kerana syahid dibunuh si Raja namun tindakannya itu telah menyebabkan seluruh masyarakat telah memeluk Islam. Dengan kalimah bismillah yang disebut Raja membuktikan bahawa kekuasaan dan kebesaran hanya ada pada Allah bukan pada Raja. Siapa DAP dan apa perjuangan mereka? Untuk menilai samada DAP boleh memberi menafaat kepada orang islam atau tidak, kita harus melihat asas perjuangan mereka dan ideologi yang dibawa. Terdapat banyak faktor tentang DAP yang harus menjadi pertimbangan kita semua antaranya :-
Semua fakta-fakta di atas termaktub dalam perlembagaan, ucapan mahupun tindakan mereka. Ia bukan satu omongan yang sengaja diada-adakan demi untuk memecahkan Pakatan Rakyat. Tetapi realiti yang tidak disedari oleh pejuang Islam. Keghairahan untuk menang dalam pilihanraya dan kebencian yang amat sangat dengan UMNO menyebabkan semakin ramai umat Islam hari ini bukan saja telah menyertai DAP malah mempertahankannya sekali. Ada cendekiawan Islam yang terus mensucikan DAP dan mengatakan ia adalah satu yang syarei dan bertepatan dengan konsep tahaluf. Ada yang mendakwa DAP kini sudah mula memahami Islam namun sehingga hari ini masih tidak ada lagi pimpinan DAP maupun penyokong tegarnya masuk Islam. Beberapa kali LGE, LKS dan KP secara terbuka menolak Islam. Mampukah PAS menangani mereka? Ini satu persoalan yang sehingga kini masih belum meyakinkan kita semua. Sebenarnya ramai yang mengharapkan PAS akan melakukan perubahan dan menggantikan UMNO. Malah itulah penyelesaian yang terbaik. Tetapi dengan senario yang ada sekarang PAS seolah-olah sudah talak tiga dengan UMNO. Ada juga yang mengharapkan PAS dominan dalam PR, tetapi ini juga tidak berlaku. Ini bermakna peranan PAS dalam proses pengislahan negara dilihat semakin pudar. Adakah DAP memberi sumbangan kepada Islam? Masyarakat menjadi keliru apabila TGHH dan THNA membuat kenyataan bahawa tahaluf dgn DAP boleh memberikan keuntungan kepada PAS dan menyebabkan PAS menang dalam pilihanraya dan memerintah 2 negeri. Persoalannya; 1. Adakah kemenangan pilihanraya dan mendapat kuasa menjadi asas pertimbangan ? 2. ataupun melihat dari segi maslahat umum masyarakat Islam supaya mereka lebih yakin dengan nilai perjuangan? 3. Adakah tahaluf dgn DAP menyebabkan masyarakat semakin jelas atau semakin keliru dgn Islam? 4. Kalau dilihat dari segi asas perjuangan DAP seperti di atas, bolehkah kita mempertaruhkan nasib kita kepada mereka yang mustahil akan mempertahankan Islam? Kalau begitu apakah sumbangan yang DAP boleh beri seperti yang diharapkan oleh PAS? Secara peribadi saya tidak nampak bagaimana DAP boleh memberi sumbangan kepada Islam. Jangan kita mempertaruhkan nasib bangsa dan agama kepada orang yang jelas memusuhi Islam. Jangan kita memberi saham dalam meruntuhkan Islam hanya semata-mata kerana kebencian kita kepada sesuatu pihak. Bagi saya penyelesaian hanya ada satu; PAS harus kembali berunding dgn UMNO. Lupakanlah sengketa lama, mari kita buka lembaran baru!!! Fikirkanlah sedalam-dalamnya. anwaraidc.com |
Darjat Nurul Izzah Lebih Tinggi Dari Dewan Ulama Pas Posted: 12 Nov 2012 04:00 AM PST Selama ini, Pas sering menganggap bahawa Islam adalah hak ekslusif parti mereka. Kononnya, hanya Ulama mereka yang layak bercakap mengenai Islam dan hukum hakam. Kata-kata Tok Guru mereka mengatasi keputusan dan pandangan para mufti mahupun Majlis Fatwa. Malah, seorang yang jahil juga, jika menjadi ahli Pas akan secara automatik dianggap alim. Yang berzina, meliwat, berkhalwat, menipu, rasuah dan apa saja maksiat di dunia ini tidak menjadi soal sekiranya yang terlibat itu adalah ahli atau sekutu Pas. Menentang Islam juga tidak salah, sekiranya bekerjasama dengan Pas untuk menjatuhkan UMNO. Memperjuangkan hak untuk murtad juga boleh dijulang menjadi pejuang Islam, sekiranya tindakan individu tersebut mampu membantu politik Pas dan menjatuhkan UMNO. Ertinya, sekiranya anda menjadi ahli Pas atau berbaik-baik dengan Pas atau memusuhi UMNO, maka anda boleh melakukan apa saja kejahatan atau maksiat di dunia ini dan akan tetap dipandang mulia atau jauh lebih Islam dari UMNO. Malah orang kafir yang menyokong atau bekerjasama dengan Pas juga adalah lebih Islam dari UMNO. Berdasarkan hakikat ini, maka kita merasa amat terkejut apabila dengan tidak semena-mena, Dewan Ulama Pas enggan mengambil pusing akan isu terbaru yang melibatkan agama, hukum Islam dan juga akidah umat Islam. Malah, Dewan Ulama Pas menyerahkan kepada orang ramai untuk memutuskan sendiri akan perkara ini. Mungkin kerana yang mengeluarkan kenyataan yang kontroversi itu adalah Nurul Izzah, maka Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tiba-tiba kelu, tidak mampu mengeluarkan pendapat, pandangan mahupun hukuman dalam isu kebebasan memilih agama bagi Umat Islam. Menurut beliau, Nurul Izzah mempunyai pengetahuan yang tinggi dan tahu apa yang terbaik untuk semua pihak. Secara tidak langsung, Harun Taib meletakkan Nurul Izzah lebih tinggi dari Ulama dalam memperkatakan isu berkenaan agama sehinggakan beliau sebagai Ketua Dewan Ulama sendiri tidak layak untuk mengulas kenyataan Izzah. Kata-kata Nurul Izzah adalah terang dan jelas, lengkap dengan rakaman video dan transkrip. Kata beliau, "Bila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam agama…bagaimana saya boleh berkata, maaf ini hanya termaktub kepada bukan Melayu, sedangkan ia bersifat sama rata." Maksudnya juga mudah untuk ditafsirkan iaitu Melayu atau Umat Islam juga berhak untuk menukar agama. Benar, agama Islam adalah berakar tunjang dari hati atau roh dan tidak boleh diterjemahkan di atas kertas kad pengenalan mahupun tudung dan serban. Namun, bagi Nurul Izzah untuk menyatakan bahawa Umat Islam berhak menukar agama adalah merupakan satu kesalahan secara spiritual, syariat Islam dan perlembagaan negara.
"Untukku agamaku dan untuk mu agamamu." Jelas, Islam tidak memaksa, tetapi Islam meletakkan kesempadanan yang tegas terhadap murtad. Murtad atau keluar Islam atau menukar agama adalah satu kesalahan besar dalam Islam. Murtad tidak boleh dimaafkan, dengan kata lain Umat Islam tiada hak untuk murtad. Umat Islam murtad bukan kerana beliau berhak tetapi kerana jahil atau sesat. Namun, Izzah melihat 'murtad' sebagai hak asasi, sama seperti puak penyokong IFC dan penganut fahaman liberal dan pengamal pluralisme. Sedangkan, Islam mengatasi semua agama ciptaan manusia. Oleh itu, 'hak asasi' untuk murtad adalah tidak relevan sama sekali bagi mereka yang benar-benar memahami Islam. Memandangkan Izzah bukan Ulama, maka tidak hairanlah jika beliau melihat Islam dari sudut mata kasar. Tetapi, apabila Ulama Pas sendiri angkat tangan mengaku kalah dengan Izzah, serta membiarkan orang ramai yang membuat keputusan sendiri, maka tidak salah jika kita menyatakan bahawa Ulama Pas bersetuju dengan Nurul Izzah iaitu Umat Islam berhak menukar agama. Dalam kata lain, Ulama Pas juga melihat Islam dari mata kasar sepertimana Izzah, dan bukan memahaminya secara rohaniah. Dan ini juga tidak mengejutkan kerana telah terbukti bahawa Ketua Dewan Ulama Pas sendiri meletakkan dirinya lebih rendah dari Nurul Izzah dalam soal agama. Justeru, wajarkah jika penyokong Pas terus menyokong parti itu atas alasan agama? Sedangkan Nurul Izzah seorang yang tidak pernah mendalami agama juga diletakkan lebih tinggi dari Dewan Ulama? Mr Beruang Biru |
800 Landowners To Benefit From Kota Belud Ricebowl EPP Posted: 12 Nov 2012 03:33 AM PST KOTA KINABALU, Nov 12 – A total of 800 landowners in Kota Belud will benefit from th rice bowl Entry Point Project (EPP) in the district, said Deputy Chief Minister Datuk Yahya Hussin. Yahya, who is also Sabah Agriculture and Food Industry Minister, said an implementation agreement will be signed by the Kota Belud Farmers Association on Nov 14 in conjunction with the launch of the state-level 2012 Farmers, Breeders and Fishermen’s Day by Chief Minister Datuk Seri Musa Aman. “The EPP project will enhance the economic standing of the farmers who have agreed to let their land be used for rice cultivation,” he told reporters when inspecting preparations for the five-day event at the Rural Development Cooperative (KPD) marketing complex near here today. Yahya said 5,000 hectares of land will be developed in phases in the EPP project, involving an allocation of RM238 million. |
Malaysians Told To Put Off Visits To Syria Posted: 12 Nov 2012 03:30 AM PST KUALA LUMPUR, Nov 12 – Malaysians are advised to postpone or avoid visiting Syria following the worsening security situation there. Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman said his ministry was worried about the security situation in Syria, which was getting worse, and would continue to monitor the situation there. “By taking into acount the current situation and Travel Advisory dated July 21, 2012, the ministry once again urges all citizens to postpone or avoid visiting Syria at the present moment,” he said in a statement. He said the Malaysian Embassy in Damascus closed in July, still remained closed. At least 70 people were killed in a Syrian army air raid on the town of Harem, located in the Idlib Region, in the north of the country, on Nov 1. |
Orang Melayu Mesti Sekat Pihak Perguna Nama Islam Sebagai Bahan Politik Posted: 12 Nov 2012 03:20 AM PST KUALA LUMPUR, 12 Nov. – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas golongan pembangkang yang lebih bertumpu kepada soal politik termasuklah menjadikan agama sebagai isu sehingga boleh mengelirukan masyarakat keseluruhannya. Katanya, sewajarnya bangsa Melayu menyekat mana-mana pihak yang menjadikan agama sebagai bahan politik termasuklah menggunakan nama Islam dalam parti bagi menarik golongan terbabit menyertai mereka. "UMNO sebagai parti yang menyokong perjuangan kebangsaan Melayu tidak pernah menggunakan walau sepotong ayat Quran pun dalam urusan politik kerana apa yang penting adalah asas dan tujuan parti tersebut ditubuhkan selain usaha-usaha untuk terus memelihara akidah umat Islam," katanya kepada UMNO-Online. Dalam hal ini beliau merujuk kepada Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO iaitu menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama. "Pas yang bertopengkan agama adalah parti serpihan dari UMNO iaitu di dalamnya terdiri dari kalangan orang-orang kecewa, menggunakan agama Islam demi untuk kepentingan peribadi, kedudukan dan pangkat sedangkan dalam masa yang sama mereka gagal mempertahankan akidah umat Islam yang ada di sekeliling mereka," katanya. Dalam hal tersebut beliau turut merujuk kepada pelbagai insiden yang berlaku dalam pakatan pembangkang sendiri sehinggakan dikalangan mereka ada yang mempertikaikan berkaitan Islam sebagai agama rasmi, menyokong kebebasan beragama meliputi semua kaum termasuk Melayu, tiada tindakan dalam kenyataan menyokong keselamatan negara Israel dan pelbagai isu lain. "Ada dikalangan mereka sanggup mengadakan perhimpunan jalanan dan mengadakan demonstrasi apabila ada negara asing membuat lakaran berkaitan Nabi Muhammad SAW tetapi malangnya apabila pemimpin mereka yang bergelar Mursyidul Am menyamakan Nabi Muhammad SAW dengan Mamat budak kampung tak ada pula yang bangkit untuk membantah atau cuba membetulkan kenyataan terbabit." Tegasnya yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), pakatan pembangkang yang terbentuk daripada golongan kecewa lantaran diketepikan dari UMNO dan BN ekoran kepentingan peribadi tidak akan dapat mencapai apa yang diimpikan sekiranya terus berlaku songsang dan tidak jujur dalam perjuangan. Dalam masa yang sama beliau turut mengulas berkaitan laporan kononnya beliau sakit dan akan meletak jawatan lantaran tidak mempunyai keyakinan untuk BN menang dalam pilihan raya nanti. "Ini semua tidak benar dan ia dilakukan oleh pihak tertentu yang suka menyerang peribadi pihak lawan lantaran gentar dan takut dengan realiti sebenar malah saya tekankan bahawa BN akan beroleh kemenangan lebih dua pertiga dalam PRU akan datang. Saya yakin," tegasnya lagi. - MediaUMNO |
Projek RTB Di Kemaman Beri Manfaat Kepada 50,000 Penduduk Posted: 12 Nov 2012 03:17 AM PST KEMAMAN, 12 Nov - Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di kawasan Parlimen Kemaman yang menelan kos antara RM400 dan RM500 juta akan member manfaat kepada 50,000 penduduk yang tinggal di sekitar kawasan itu. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata projek itu turut memberi impak besar kepada ekonomi, hartanah, sosial, infrastruktur dan perhubungan di sekitar bandar Chukai. “Terdapat empat komponen dalam RTB itu yang bertujuan mengatasi masalah banjir termasuk mewujudkan kolam takungan banjir serta melencongkan laluan banjir supaya ia tidak melanda kawasan perumahan. “Selain itu, projek RTB ini juga turut mewujudkan laluan pengangkutan air di Sungai Chukai dengan mewujudkan laluan sungai yang baru sepanjang dua kilometre untuk menjimatkan jarak perjalanan melalui sungai,” katanya selepas melawat tapak projek RTB dengan menyusuri Sungai Chukai, di sini hari ini. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman berkata keupayaan saliran dalam bandar juga dipertingkat dengan pelaksanaan secara berperingkat mengikut zon iaitu Zon A (Teluk Kalong-Bukit Kuang), Zon B (Mak Chili), Zon C (pusat bandar, Bukit Mentok, Tempurong dan Binjai) serta Zon D (Jalan Mak Lagam, Fikri dan Berenjut). Ahmad berkata laluan pengangkutan air di Sungai Chukai turut menjana pembangunan ekopelancongan kerana kerajaan negeri bercadang mewujudkan program ‘river cruise’ dari jeti di Bukit Kuang ke Zoo di Bukit Takal dan Sungai Yak Yah di Ibok untuk melihat kelip-kelip pada waktu malam. “Selain dapat mengurangkan banjir, kedalaman sungai itu juga kini sesuai untuk kegunaan tongkang atau kapal-kapal besar mengangkut pelbagai barangan bagi keperluan industri di Teluk Kalong. “Projek tebatan banjir fasa pertama itu kini sudah siap 87 peratus dan dijangka siap menjelang Februari tahun depan,” katanya. |
Perayaan Deepavali Diharap Dapat Menerangi Kegelapan Yang Menghalang Perpaduan Kaum Posted: 12 Nov 2012 03:04 AM PST
Beliau berkata langkah itu bagi rakyat menikmati kehidupan yang harmoni atas dasar toleransi yang sememangnya amat penting dalam negara pelbagai kaum seperti Malaysia. Katanya sempena sambutan yang diraikan bukan sahaja oleh penduduk berketurunan India malah rakyat berbilang kaum di negara ini, beliau mengajak rakyat untuk sama-sama bersatu hati mengorak langkah membina negara Malaysia yang aman sentosa dan membangun dengan cemerlang. “Sambutan perayaan Deepavali yang merupakan cuti umum di negara ini dan juga jatuh semasa cuti sekolah tentulah peluang terbaik untuk kita semua saling kunjung mengunjungi dan menghargai sumbangan masyarakat India yang turut memainkan peranan dalam membangunkan Malaysia negara tercinta,” katanya dalam perutusan Deepavali, pada Isnin. Beliau berkata perayaan Deepavali (Pesta Cahaya) juga adalah simbol meraikan kebaikan menumpaskan kejahatan dan cahaya menumpaskan kegelapan. “Semoga sambutan perayaan Deepavali pada tahun ini memberikan cahaya kepada kaum India di negara ini untuk menikmati kehidupan yang lebih baik dan kesejahteraan berpanjangan. “Kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu, saya mengucapkan Selamat Hari Deepavali,” katanya. |
Perhimpunan Agung UMNO 2012 Azimat Untuk Puteri Berdepan PRU 13 Posted: 12 Nov 2012 02:53 AM PST KUALA LUMPUR 12 Nov – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirleen berkata Perhimpunan Agung UMNO 2012 cukup penting dan harus dijadikan azimat bukan sahaja untuk berdepan pilihan raya umum akan datang malah untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang. Menurut beliau pihaknya ingin melihat bukan setakat survival parti tetapi juga turut merangkumi kekuatan pergerakan itu khususnya untuk menghadapi cabaran yang bakal ditempuh kelak. "Kita lihat perhimpunan kali ini sangat penting bukan sahaja untuk menjadi azimat kita sebelum hadapi pilihan raya umum, tetapi perhimpunan kali ini juga melihat kepada semangat serta usaha berterusan Puteri untuk berdepan cabaran yang bakal kita hadapi pada masa akan datang. "Puteri ingin lihat bukan setakat survival tetapi juga kekuatan kami bagi hadapi cabaran yang bakal kita saksikan. Kita lihat pilihan raya umum kali ini sebagai pilihan raya umum yang sangat penting. "Dan usaha Puteri tidak harus hanya terhad kepada amanah yang telah diberikan oleh pucuk pimpinan tetapi kita harus keluar dari pemikiran biasa apabila kita berdepan dengan pembangkang. Kita harus anjakan pemikiran serta tenaga kita ke arah yang lebih beri kesan kepada parti dan pentadbiran negara," katanya. Rosnah seterusnya menambah pergerakan itu juga turut melihat kepada usaha untuk memperkasakan Puteri dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti. "Puteri melihat pendekatan khusus kami kepada usaha untuk memperkasakan Puteri dalam soal mengahapi pilihan raya. Dan saya kira ini juga pendekatan sayap-sayap yang lain. Bincang siap-siaga serta pada mas ayang sama tidak boleh mengecualikan perbincangan isu-isu dalam senario politik negara. "Begitu juga peranan yang boleh dimainkan Puteri khusus untuk bantu parti dan tidak lihat kepada soal hadapi pilihan raya tetapi juga soal yang berkait rapat dengan survival kedudukan parti dalam politik negara," katanya. -MediaUMNO |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment