Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


HADI AWANG - "SAYA AKAN BERTANDING DI PARLIMEN PEKAN."

Posted: 02 Nov 2012 05:18 AM PDT




Jenaka politik Pakatan Pembangkang agak memalukan. Masing2 kemaruk mempamerkan diri seolah2 Hero kepada rakyat. 

Tatkala Anwar menggilababi mempromosi diri selaku bakal PM, kini Presiden PAS Hadi Awang dilihat mengambil langkah berbeza dalam menonjolkan diri setelah mendakwa berkemungkinan akan berdepan dengan Perdana Menteri Najib Tun Razak di Parlimen Pekan pada PRU13 kelak.

Hadi Awang yang membuat kenyataan tersebut pada Majlis Pelancaran Dana PRU13 Dewan Muslimat Pas Negeri Terengganu hari ini mendakwa keputusan bakal dicapai setelah diperbincangkan menerusi Mesyuarat Majlis Syura PAS.

"Parti akan membuat keputusan termasuk jika parti menyuruh saya bertanding di Parlimen Pekan," katanya.

Mungkin sasaran PAS Najib gentar akan pengumuman ini. Akan tetapi realitinya pihak yang rasa tercabar adalah Anwar Ibrahim. Beliau mahu dilihat sebagai individu yang paling hebat menentang Najib.

Namun, Anwar mungkin rasa 'tidak selesa' dengan 'promosi politik' yang dilakukan Hadi Awang kerana ianya seolah2 menidakkan persetujuan Anwar selaku bakal PM. Nyata Hadi Awang sedang memperkasa jentera untuk melonjakkan dirinya selaku Pemimpin No. 1 Negara.

Apa yang pasti, pengikhtirafan tersebut ditolak mentah2 DAP malah Anwar sendiri bakal memperkukuh jentera Parasit2 PAS agar menidakkan kehendak dan hasrat tersirat Hadi Awang itu.

Hadi Awang tidak menghadapi masalah untuk menonjolkan diri. Kerana beliau diperakui dihormati dengan sifat sederhana dalam politik. Tetapi tidak perlulah sehingga menyatakan hasrat untuk menjadi calon dari Parlimen Pekan. Kerana ianya bakal membunuh terus kerjaya politik beliau.

Pengundi Pekan tetap mengasihi Najib sebagai pemimpin berjasa.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...