Gelombang Rakyat |
- DAP 'PANAS PUNGGUNG'.. HASAN ALI TUBUH SALURAN TV & RADIO ISLAM IMR..!!
- NAJIB : "SAYA SEDIA SERAH JAWATAN PM PADA ANWAR..!!"
- KDN KENALPASTI ADA 'PENYELUDUPAN' PENGGANAS DI MALAYSIA..!!?
- ISU KONDO.. MP HULU SELANGOR MAHU SAMAN RONNIE LIU..!!
DAP 'PANAS PUNGGUNG'.. HASAN ALI TUBUH SALURAN TV & RADIO ISLAM IMR..!! Posted: 31 Oct 2012 08:49 AM PDT PAS sepatutnya malu dengan perjuangan Islam yang dibawa sehingga hari ini jelas tidak mampu direalisasi walaupun telah mentadbir 4 buah Negeri pada masa kini. Ianya ekoran kepimpinan dicemari dengan Parasit2 yang tidak berkehendakkan matlamat Islam sebagai rujukan utama dakwah terhadap masyarakat. Akhirnya mantan Pemimpin PAS yang dibuang secara tidak bermaruah bernama Hasan Ali berjaya merealisasi dakwah sebenar dengan menubuhkan saluran IMR Network. Saluran yang memaparkan elemen2 Islam ini dirasmikan petang tadi dengan menyediakan pakej IMR.TV DAN IMR.FM. Datuk Dr Hasan Ali yang turut bertindak selaku Pengarah IMR Network menjelaskan IMR TV dan IMR FM boleh diakses dengan melayari imrnetwork.my untuk mengikuti program menarik, hangat dan berbeza daripada stesen televisyen sedia ada. Jelas beliau pengisian program IMR TV dan IMR radio FM mengagungkan Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan mendaulatkan institusi Raja Melayu dalam rangka membina negara bangsa. "Program bual bicara kita 'hard talk' umpamanya akan mengupas isu-isu berkaitan ummah secara berterus-terang," katanya kepada pemberita pada pelancaran IMR Network di Alam Avenue, Seksyen 16 di sini. Menurut Hasan saluran tv dan radio web itu juga mempersembahkan program muzik dan sukan menepati kehendak kesemua lapisan masyarakat. PAS kemarukkan kuasa Kerajaan Pusat. Belum tentu mampu menubuhkan saluran sebegini. Kerana ianya sebagaimana didakwa DAP, melanggar hak asasi manusia menuntut kebebasan beragama di Negara ini. |
NAJIB : "SAYA SEDIA SERAH JAWATAN PM PADA ANWAR..!!" Posted: 31 Oct 2012 06:24 AM PDT PM Najib Tun Razak laksana Pahlawan Rakyat setelah disambut dengan penuh meriah dari kalangan yang didakwa Anwar kononnya benci akan kepimpinan Presiden UMNO itu. Ternyata Pantai Merdeka Sungai Petani menjadi bukti 3 golongan ini iaitu Petani, Peladang dan Nelayan amat menghormati kepimpinan Najib. Ribuan menyambut dengan laungan 1Malaysia. Musykil pula apabila Anwar mendakwa 3 golongan ini tekad menentang Kerajaan BN. Bukan sahaja menyokong, akan tetapi sokongan ini dibuktikan di sebuah Negeri yang diterajui Pakatan (Kedah). Anwar memang 'bijak' menimbulkan persepsi. Dalam ucapannya, Najib dengan penuh rasa rendah diri menyebut dirinya tidak menghadapi masalah jika benar ditakdirkan Anwar memimpin Kerajaan. Akan tetapi beliau meletakkan syarat agar budaya 'khianat' dibuang sama sekali dalam kepimpinan Ketua Pembangkang yang dilihat amat 'gemar' mengamalkannya. "Saya tak marah kalau mereka nak jawatan saya. Saya tak marah mereka nak kejar jawatan lain, tapi jangan mengkhianati negara kira.Jangan musnahkan segalanya semata-mata nak mengejar undi di peringkat negeri mahupun Persekutuan. "Saya percaya orang Kedah sudah bersedia untuk melakukan perubahan sekali lagi. Kita sudah sedar bahawa apa yang kita hasratkan itu pergantungannya adalah pada kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya. Najib membuktikan bentuk pengkhianatan Anwar yang dengan mempersoalkan janji2 luar biasa yang kononnya bakal dilaksanakan Anwar atas tiket 'kebajikan' walhal ianya dilihat bakal membunuh Ekonomi sebuah Negara Dunia Ketiga seperi Malaysia ini. "Kalau ekonomi kita merudum, golongan penternak, nelayan dan petani tidak akan mendapat subsidi, tidak akan mendapat insentif dari kerajaan sebab hasinya juga akan merudum. "Saya katakan perkara ini sebab saya sebagai Menteri Kewangan saya amat faham. Mengendalikan urusan kerajaan bukanlah sesuatu yang mudah dalam bentuk kita boleh ikut suka hati kita menyedapkan telinga pengundi semata-mata." Kebajikan adalah hak bagi golongan yang memerlukan. Berilah kepada golongan ini. Bagi yang berkemampuan, Kerajaan membuka peluang. Berusahalah untuk merebut peluang tersebut. Kerana Usaha itu tangga Kejayaan. Jangan biarkan diri mengamalkan sifat meminta2. Walhal kudrat masih kental, Akal masih panjang. Tanpa usaha, diri tidak maju, keluarga tidak maju, Negara juga tidak akan maju. Yang akan berakhir sifat malas yang bakal memakan diri. |
KDN KENALPASTI ADA 'PENYELUDUPAN' PENGGANAS DI MALAYSIA..!!? Posted: 31 Oct 2012 05:09 AM PDT Penahanan 2 warganegara Malaysia di Lubnan baru2 ini telah menggemparkan masyarakat di Negara ini kerana ianya ada perkaitan dengan penglibatan Kumpulan Pengganas Al Qaeda. Ianya sedikit sebanyak menimbulkan persoalan masyarakat di seluruh dunia mengenai status keselamatan Malaysia pada masa kini. Adakah Malaysia merupakan salah sebuah Negara yang menjadi pangkalan rekrut Pengganas Al Qaeda? |
ISU KONDO.. MP HULU SELANGOR MAHU SAMAN RONNIE LIU..!! Posted: 31 Oct 2012 01:21 AM PDT SAMAN... Itu saja cara menebus maruah terhadap tuduhan2 dan persepsi2 palsu yang dimainkan Pembangkang. Dan ianya bakal dilakukan Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan ke atas Exco Selangor, Ronnie Liu jika tuduhan isu projek kondominium di Batu Caves yang dikaitkan dengan pembabitan Pemimpin MIC itu tidak ditarik balik. "Saya pun ada tahap kesabaran saya. Kalau saya tidak dengar apa-apa permohonan maaf daripada beliau, saya akan mulakan tindakan perundangan," katanya kepada salah seorang wartawan Sinar Harian Online. Malah Kamalanathan dengan tegas mendakwa Ronnie Liu sebagai individu yang menipu kerana melakukan fitnah ke atas dirinya. "Bagus, mudah kerja saya (kalau dia kata tak sebut nama). Apa nak dibuktikan lagi. Dia fitnah saya, dia menipu," tegas Kamalanathan. "Awak tanya dia betul atau tidak YB pada satu sidang media pada 23 Oktober 2012 ada menyebut nama saya, kalau dia tetap kata tidak ada, mudah kerja saya," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment