BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


SAH !!! PAKATAN HARAM TERDESAK !!! BLOGGER LANCAUKAN HUDUD ??? APA CERITA NI ???

Posted: 01 Nov 2012 11:51 AM PDT


nampaknya pakatan haram terdesak sangat.apa cerita ni ??? isu hudud dipermainkan ??? para blogger PR nampaknya terpaksa mencipta isu paling dangkal semata-mata untuk memastikan pembangkang terus hidup.Setelah terkantoi mencipta isu besar seperti scorpene,PR beralih mencipta isu bodoh dengan memutarbelit rakaman video ucapan PM di hadapan perwakilan MCA.Blogger Milosuam yang nampaknya mengambil kredit dari video ini telah mengedit bagi menunjukkan seolah-olah Datuk Seri Najib berkata "Hudud Lancau".Bahagian ini telah diulang-ulang dengan sengaja dengan niat konon untuk memperdengarkan ungkapan tersebut dengan lebih jelas.Namun, terlalu amat ketara yang Datuk Seri Najib menyebut sebuah nama kampung di Sarawak iaitu Hulu Lacau.Sesiapa saja boleh mendapatkan video penuh untuk mengesahkan apa yang diucapkan oleh Datuk Seri Najib.kalau nak video sebenar !!!


UNTUK SELANJUTNYA 

Lagipun,Datuk Seri Najib bukannya sebodoh Nik Aziz untuk mengucapkan sesuatu yang akan memakan diri.Lebih dari itu,Datuk Seri Najib juga orang Islam yang beriman,apa ke jadahnya beliau menghina hukum hudud sebegitu.Lainlah kalau Karpal Singh yang berkata demikian kerana DAP memang konsisten dan tegas menolak hudud dan Negara Islam.Justeru,siapakah yang melancaukan hudud sebenarnya ??? Siapakah yang sanggup dan tergamak melancaukan hukum Islam dalam usaha untuk memanipulasi sebuah ucapan yang jujur ??? Puak-puak PAS pantas mengutuk Datuk Seri Najib apabila video ini disebar tetapi setelah kebenaran berada di depan mata, apa pula komen PAS ??? Yang pasti,yang melancaukan hudud bukan Datuk Seri Najib,tetapi blogger PR sendiri iaitu Milosuam.Apakah PAS hanya akan membutakan mata dan memekakkan telinga apabila Milosuam melancaukan hudud ??? Atau hanya akan buat tak tahu seolah-olah melancaukan hudud adalah tidak salah kerana ia dilakukan oleh puak mereka ??? Jelas,bagi PAS mengkritik atau menghina hudud hanyalah salah jika dilakukan oleh orang-orang UMNO dan BN tetapi tidak apa jika dilakukan oleh DAP atau blogger PR.

RENUNG-RENUNGKAN 

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR BAGAIMANA PAS DI CERAI OLEH UMNO DAN BN PADA 1977 TERBONGKAR !!!

Posted: 01 Nov 2012 08:30 AM PDT


DALAM apa-apa pertikaian pun,akhirnya kita akan merujuk kembali kepada sejarah.Tidak kiralah apa isu pun,yang penting faktanya.Menyelusuri fakta-fakta sejarah itulah,satu rumusan perlu difikirkan apakah benar kerajaan Barisan Nasional (BN) telah 'menganaktirikan' Pas suatu ketika dulu.Atau adakah Pas sebenarnya yang 'angkat kaki' dari kerajaan BN pada 1977 ekoran 'sifat tikam belakang'nya terhadap BN.Di sini saya utarakan dahulu sedutan Perdana Menteri,Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977 sempena Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Dewan Tuanku Abdul Rahman,Kuala Lumpur."Dalam pilihan raya tahun 1974,UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada Pas.UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan Pas demi kepentingan dan faedah rakyat.Pucuk pimpinan Pas juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.

Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya Pas meninggalkan atau dikeluarkan daripada BN.Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya.UMNO mempunyai maruahnya sendiri.Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan Pas mengkaji semula kedudukan Pas dalam BN.Perkara ini dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung Pas selama tiga tahun berturut-turut setelah Pas menyertai gabungan besar ini. Penubuhan ranting-ranting Pas dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan Pas yang meragukan.Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan BN.Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.Ada dalam kalangan rakyat yang menginsafi fakta sebenar Pas dikeluarkan dari BN.Fakta ini merupakan kebenaran yang tidak seharusnya disenyapkan demi merungkai rasa benci dan menyampah pengikut dan penyokong Pas yang melulu terhadap BN khususnya UMNO.Antara punca sebenar krisis Kelantan pada 1977 adalah daripada Pas sendiri. Malah di dalam portal Pas Pusat itu menyatakan ia bermula apabila timbulnya rasa tidak puas hati Pas terhadap Menteri Besar Kelantan ketika itu,Datuk Muhammad Nasir. Rakyat waktu itu tertanya-tanya mengapa pada tahun itu, pimpinan Pas melucutkan jawatan Muhammad sebagai Menteri Besar tanpa merujuk kepada Kerajaan Pusat terlebih dahulu.

Yang diselindungkan Pas ketika itu ialah:

* Ada di antara pemimpin Pas Kelantan memfitnah dan menuduh Muhammad Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN.Hakikatnya pada ketika itu UMNO-BN tidak pernah campurtangan dalam mencorak pemerintahan Pas (ketika itu).Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan Pas Kelantan masih di tangan kuasa majoriti Dewan Undangan Negeri.

* Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam Pas untuk menjatuhkan Presiden Pas (ketika itu), Datuk Dr. Mohd Asri Muda. Ia dilakukan hanya kerana beliau adalah tokoh Pas yang bertanggungjawab membawa Pas menyertai BN pada 1973.

* Asas yang digunakan oleh sebahagian pemimpin Pas Kelantan (ketika itu) untuk menolak Mohd Asri dan Muhammad hanya kerana selepas PRU 1973,Pas mempunyai kuasa majoriti dengan 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara Pas dan UMNO.

* Dalam tempoh 1973-1978, Mohd. Asri selaku Presiden Pas dan Muhammad dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli-ahli Pas yang tidak berpuashati dengan perpaduan Pas-UMNO.

* Krisis Kepimpinan Pas Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar negeri itu, Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh pucuk pemimpin Pas Kelantan itu sendiri.

* Mohd. Asri pula mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin Pas Kelantan selepas PRU 1978,dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung Pas,desakan yang datang dari beberapa pimpinan PAS antaranya Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan peletakan jawatan sebagai Yang Dipertua Agung Pas pada 23 Oktober 1982.

* Krisis Kepimpinan Pas Kelantan pada 1977 itu membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978. Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yang dibuat oleh Pas Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dengan alasan yang diberi oleh Pas Kelantan itu dengan mendakwa perkara itu merupakan soal rumah-tangga Pas.

 * Tumbangnya Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam Pas menyebabkan berlakunya rusuhan yang dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan itu mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

* Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein dalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977,selaku Perdana Menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan di Kelantan mungkin akan merebak ke negeri-negeri lain dan mengekang rusuhan seperti peristiwa 13 Mei berulang.

* Pada November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

* Rang undang-undang Darurat Kelantan dirangka bersama menteri-menteri Pas yang ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan ia diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dari kalangan menteri Pas sendiri.

* Setelah Kelantan di bawah Darurat, Mohd. Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat yang dari awal begitu lantang menentang gabungan Pas-BN.

* Hasil dari desakan itu,Hassan Adli Arshad selaku Timbalan Yang DiPertua Agung Pas dijadikan 'kambing hitam Pas' apabila beliau dipecat oleh Mohd Asri yang kononnya beliau menjadi ketua menteri-menteri Pas yang menyokong rang undang-undang Darurat.

* Malah beberapa pimpinan Pas yang menentang gabungan Pas-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan Pas-UMNO, menentang setiap arahan dan pelaksanaan kemajuan yang dilakukan BN di Kelantan.

* Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin Pas ini, menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yang mengabungkan Pas-UMNO.

* Rentetan dari itu juga menyebabkan 'Krisis dalaman Pas' kepada perpecahan Pas pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

* Keluarnya Pas dari gabungan BN-UMNO, menyaksikan satu Pilihan Raya Kecil diadakan di Kelantan diadakan pada Mac 1978.

* Pada PRK Mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekung yang selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas di antaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan Pas cuba menggadaikan Kelantan.

 Itulah antara puncanya Tun Hussein pada 1977 mengungkapkan luahan hatinya yang berkait secara langsung dengan tindakan biadab Pas tersebut. Pas 'diceraikan' selepas tidak lagi memegang aspirasi kerjasama apabila berada dalam kerajaan BN

Oleh Zulkifli Jalil 

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PERJANJIAN SULIT TERSEBAR !!! SIAPAKAH PM SELEPAS ANWAR IBRAHIM DI SINGKIR ???

Posted: 01 Nov 2012 05:00 AM PDT


Telah tersebar perjanjian sulit secara lisan antara PAS-DAP bahawa jika PR berjaya memerintah maka PAS dan DAP akan memastikan hayat Anwar sebagai Perdana Menteri tidak lama.Malah,lebih singkat dari dua tahun iaitu jangkamasa yang dicongak sebelum ini.Sumber terbaru memberitahu bahawa mengikut perkiraan,PAS dan DAP hanya akan memberi masa selama dua bulan kepada Anwar untuk duduk di atas takhta Putrajaya sebelum disumbat kembali ke dalam penjara.Perjanjian ini dibuat kerana DAP dan PAS cukup maklum akan siapa Anwar sebenarnya dan mereka juga tidak sanggup untuk berketuakan seorang yang sebegitu kotor sekali.Lebih dari itu,dengan tersingkirnya Anwar,sekurang-kurangnya kuasa yang diperolehi tidak perlu dibahagi tiga,tetapi hanya dua iaitu antara PAS dan DAP.PRU 2008 menyaksikan DAP memenangi 28 kerusi dan PAS 23 kerusi,sekali gus menandakan yang kuasa DAP adalah melebihi PAS. 

Dalam PRU-13,DAP nekad bertanding lebih banyak kerusi iaitu pertambahan 43 kerusi menjadi 90.Tetapi ini dinafikan oleh DAP yang menyatakan bahawa parti tersebut hanya akan bertanding 60 kerusi berbanding PAS 66.Penafian DAP diragui memandangkan kesungguhan mereka untuk meletakkan calon Melayu dalam PRU nanti,sekali gus menjejaskan peluang PAS.Mengenali sikap kiasu dan perkauman DAP,mereka tidak akan sekali-kali membiarkan parti mereka berada di bawah penguasaan parti lain, terutama PAS,yang mewakili Melayu.Melihat dari senario ini,PAS tidak mungkin mampu mengatasi DAP dari segala segi iaitu dari segi jumlah kerusi,kekuatan diri untuk menentang keputusan dan kehendak DAP serta dari segi kebolehan untuk mentadbir.Oleh itu,DAP akan dengan mudah mengenepikan PAS dan melantik pemimpin mereka sebagai Perdana Menteri.Kita tidak melihat bagaimana Hadi Awang mampu mengatasi kelicikan Kit Siang,sedangkan kelicikan kumpulan Anwarinas di dalam PAS juga tidak mampu diatasinya. Hadi Awang adalah lebih sebagai simbol sahaja dan bukan Presiden dalam ertikata sebenar. 

Malah beliau juga sering melepaskan tanggungjawab mempengerusikan mesyuarat kepada orang lain dan sekadar memberi kata aluan pembukaan dan penutup sahaja.Jika Hadi Awang adalah simbol,Nik Aziz pula hanyalah maskot bagi mempromosikan imej 'Ulama'.Maskot ini terus digunakan sebagai 'logo' walaupun sudah terlalu uzur dan segala segi.Jelas,kewujudan Nik Aziz di dalam PAS bukanlah untuk memimpin tetapi untuk dipimpin tangan bila berjalan.Ke mana arah kakinya berjalan pula bergantung kepada siapa yang memimpin tangannya.Dengan hakikat yang amat menyedihkan ini,bagaimana PAS mampu mengatasi DAP dan memastikan jawatan utama menjadi milik mereka ??? Apatah lagi dengan Timbalan Presiden,Mat Sabu yang sudah terkenal sebagai barua DAP yang paling setia ??? Justeru,senario yang pasti berlaku sekiranya PR mengambil alih tampuk pemerintahan ialah Anwar akan menjadi Perdana Menteri selama dua bulan sebelum jawatan itu dirampas oleh DAP,manakala PAS menjadi Timbalan yang bersifat boneka atau tiada jawatan penting langsug.Maka DAP pun akan meneruskan agenda mereka untuk menghapuskan hak istimewa Melayu,institusi Raja-raja,Askar Melayu DiRaja serta menjadikan negara ini sebagai sekular akan dilaksanakan seberapa segera. 

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! NIK AZIZ ENGGAN BERUNDUR SEBAB NAK JADI PERDANA MENTERI ???

Posted: 01 Nov 2012 01:30 AM PDT


Menteri Besar Kelantan,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah pun mengesahkan keinginannya untuk terus menerajui kepimpinan PAS disamping tetap bersedia untuk bertanding lagi dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13).Kata Nik Aziz,soal kesihatannya bukanlah satu isu besar kerana yang penting ialah memiliki kekuatan minda dan ketajaman fikiran untuk terus berjuang.Entahlah setakat mana tajamnya pemikiran Nik Aziz kerana sejak 22 tahun memerintah Kelantan,hakikatnya beliau hanya lebih banyak berceramah politik siang dan malam berbanding kerja buat untuk kebajikan rakyat jelata. Malah dalam banyak mesyuarat Exco Negeri yang penah dipengerusikannya,beliau lebih banyak mengangguk dan sesuka hati tandatangan itu ini tanpa mendalami dan memahami sesatu perkara berbanding menyumbang buah fikiran yang bernas yang bermanfaat untuk kebaikan rakyat. 

Pendek kata,hadirnya Nik Aziz dalam Kerajaan PAS Kelantan hanya sekadar sebagai simbol keramat hidup untuk kepentingan politik PAS disamping memanaskan kerusi MB sahaja sambil makan gaji buta.Dalam pada itu, keeengganan Nik Aziz untuk berundur dari dunia politik yang sudah mendarah daging dalam dirinya sejak lebih 4 dekad lalu itu juga sebenarnya tersirat satu matlamat lain. Ada ura-ura mengatakan,wujud perancangan dari pihak tertentu dalam PAS untuk meletakkan Nik Aziz bertanding di peringkat Parlimen sebagai persediaan kononnya untuk menjadi Perdana Menteri gantian selepas Ketua Umum PKR.Misal kata PR berjaya mengambil alih pemerintahan di peringkat pusat,Anwar Ibrahim di katakan cuma akan menjadi PM untuk selama dua bulan sahaja,selepas itu pemimpin PR yang lain akan memaksa Anwar supaya meletakkan jawatan dengan ancaman pendedahan skandal peribadinya.Bagi sesetengah pemimpin PAS,mereka melihat Nik Aziz sebagai calon yang serasi untuk menyatukan kelompok pemimpin dalam PR walaupun sebenarnya dari segi hal urus tadbir,beliau sebenarnya agak naif. Selain Nik Aziz, calon lain yang dikatakan berada dalam posisi berhak untuk menyandang jawatan PM ialah Presiden PAS,Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agong DAP,Lim Guan Eng.Mungkin ura-ura tersebut hanyalah sekadar gossip-gossip pilihanraya buat penyedap halwa telinga,namun bila dilihat pada nafsu duniawi Nik Aziz yang masih kemaruk untuk bergayut pada kuasa,tak mustahil memang benar orang tua haprak itu pun sebenarnya memang berhajat untuk menjadi Perdana Menteri.

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! ALLAH SWT BERKATI KEPIMPINAN BN !!! MINYAK MUNCUL DI PAHANG !!!

Posted: 31 Oct 2012 10:00 PM PDT


Penemuan rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam,kira-kira 160km dari luar pantai negeri Pahang pastinya merupakan satu rezeki yang nikmatnya akan dirasai oleh seluruh penduduk negeri itu.Dalam satu kenyataan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,beliau secara rasmi mengesahkan penemuan medan minyak tersebut yang dijangkakan memulakan pengeluarannya pada suku ketiga tahun 2014.Berdasarkan kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersial,dianggarkan pengeluaran minyak dari lokasi Blok PM 307 itu akan mencapai jumlah pengeluaran sekitar 17,500 hingga 20,000 tong sehari bermula.Memandangkan medan minyak baru ini berada di Pelantar Benua dan jaraknya melebihi 3 batu nautika dari pantai negeri Pahang,maka ia berada dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan sepenuhnya.Dengan kata lain,negeri Pahang tidak layak untuk menerima pembayaran royalti ataupun lebih tepat lagi "bayaran tunai" 5% disebabkan medan minyak yang ditemui itu tidak berada dalam lingkungan 3 batu nautika.Bagaimanapun,Kerajaan Pusat masih boleh mengunakan budi bicaranya menyalurkan dan menyumbang sejumlah Wang Ehsan kepada negeri Pahang atas faktor keprihatinannya demi kebajikan rakyat negeri tersebut. 

Berikutan itu,atas faktor keprihatinan itu maka negeri Pahang bakal beroleh Wang Ehsan daripada Kerajaan Pusat yang dianggarkan berjumlah sekitar RM100 juta setahun.Limpahan rezeki dan nikmat kurniaan Allah S.W.T ini tentulah amat bermakna bagi rakyat negeri Pahang.Tanpa perlu mendesak,menyaman atau mengugut,mereka juga berpeluang menikmati hasil kekayaan dari dasar laut itu.Selain Pahang,negeri Kelantan juga pernah menerima Wang Ehsan berjumlah RM20 juta selepas disahkan wujud aktiviti pengeluaran gas di luar pantai Kelantan.Sebelum ini,Kerajaan PAS Kelantan pernah mendabik dada penemuan bijih emas dan besi di Kelantan adalah simbol keberkatan kepada pemerintahan PAS di negeri itu.Maka tidak salah untuk kita nyatakan penemuan minyak di luar pantai Pahang adalah tanda betapa kepimpinan Kerajaan BN telah mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.Bezanya,di Kelantan aktiviti cari gali emas dan besi lebih banyak menguntungkan penyangak dan perompak harta benda rakyat melalui perlombongan haram yang dilindungi para gengster upahan pro PAS.Namun di Pahang pula,limpah kurnia rezeki dari Allah S.W.T ini Insya Allah bakal dimanfaatkan untuk kebaikan rakyat jelata.

RENUNG-RENUNGKAN

JUAL ASET PKNS !!! SULTAN SELANGOR DAH MURKA ???

Posted: 31 Oct 2012 07:00 PM PDT


AL-KISAH baginda Sultan Selangor yang memerintah negeri makmur dan kaya Selangor Darul Ehsan dikatakan teramatlah mengambil berat mengenai nasib PKNS.PKNS ialah sebuah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor yang dipertanggungjawabkan membina rumah-rumah mampu milik khususnya untuk orang miskin bandar, terutamanya orang Melayu.Itulah asas penubuhannya sejak puluhan tahun lalu. Orang Melayu yang berhijrah ke bandar dan tinggal di pinggir KL ditawarkan menghuni rumah-rumah murah PKNS.Ada yang tinggal di flat-flat, ada di rumah-rumah teres.Ruang niaga juga dibina bagi memberi peluang orang-orang Melayu berniaga kecil-kecilan.Dengan membangunnya Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor,rumah-rumah PKNS didirikan di merata seksyen.Ia memberi kemudahan kepada orang Melayu tinggal.Orang-orang Melayu tidak mampu tinggal di banglo-banglo mahal di Petaling Jaya atau Bukit Damansara atau Subang Jaya maka terbinalah rumah-rumah PKNS di kawasan Datuk Keramat di Kelana Jaya, di Ampang,Shah Alam serta di seluruh negeri Selangor Darul Ehsan.Almarhum Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor,Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,ayahanda baginda Sultan sekarang amat gembira dengan perkembangan itu. MAsjid biru yang diberi nama almarhum dibina dan dikelilingi tasik indah.Bagunan SUK yang juga diberi atas nama almarhum didirikan di atas bukit.Shah Alam bagaikan bandar raya atas kayangan.Almarhum kemudian mangkat dengan amannya(Al-Fatihah) Kini anakanda almarhum mengambil alih takhta bersemayam.

Istana Bukit Kayangan dan Istana Mestika menjadi saksi bertapa majunya bandar raya Shah Alam, satu-satunya bandar raya paling tersusun dan terancang orang Melayu yang dibangunkan PNKS. Tiada mana-mana bandar raya seumpamanya di Malaysia yang begitu berjaya seperti Shah Alam,selain Putrajaya. Selama 50 tahun tiada masalah yang timbul dalam pentadbiran kerajaan Selangor juga PKNS. Tiada juga terdengar kekecohan pada Yayasan Selangor (YS).Tanah dan aset-aset PKNS dan YS sangat banyak di merata lembah kelang dan cukup strategik. Sebahagian besar tanah itu dibeli oleh entiti-entiti tersebut mahupun dikurniakan oleh Sultan Selangor.Nilai hartanah kedua-dua entiti ini cukup mahal. Ia termasuklah mercu bangunan Yayasan Selangor di tengah-tengah kawasan Bukit Bintang.Kononnya bangunan itu dulu cuba disunting DAP untuk dijadikan ibu pejabat parti.Namun cubaan itu dikatakan gagal. Semangat Menteri-Menteri Besar Selangor terdahulu yang diterajui oleh pimpinan UMNO tetap utuh untuk mempertahankan entiti-entiti ini.Nasib Melayu bandar jangan sama sekali diperjudikan. Para pemimpin dahulu sangat menitikberatkan soal geopolitik orang Melayu dan ketompokan kawasan pilihan raya orang Melayu.Ia bagi memastikan 'survival' politik Melayu terus kekal di kawasan-kawasan pinggir Kuala Lumpur.Shah Alam kini yang menjadi kubu geopolitik paling kukuh oleh Melayu telah berubah. Sejak Selangor diperintah secara face to face oleh DAP,banyak perubahan telah berlaku. MB nya sekarang ialah Melayu tetapi kuasangan dipegang oleh tangan-tangan DAP.Pas dan para pemimpinnya pula hanya menang berceramah dan bersorak.

Para pemimpin DAP telah berada dalam lembaga pengarah entiti-entiti Selangor itu. Mereka ada dalam lembaga pengarah PKNS, dalam SACC(pusat Konvensyen Shah Alam yang dibina di zaman Dr. Khir Toyo) dan dalam entiti yang lain.Mereka sudah tahu kekuatan dan kelemahan entiti-entiti itu.Baru-baru ini al-kisah dimaklumkan bahawa KBDYMM baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah memanggil Pengurus Besar PKNS,Othman Omar,yang popular sebagai OO,untuk menghadapnya.Baginda amat mengambil berat soal PKNS sebagaimana almarhum ayahanda baginda telah bertanya mengenai perkembangan perbadanan itu dan kepentingan orang Melayu.Al-kisah baginda menasihatkan supaya PKNS dipelihara dan dikekalkan falsafah penubuhannya.Kuota Bumiputera harus dipertahankan.Itu ingatan Tuanku Sultan.OO pun dengan penuh yakin berkata semuanya baik-baik belaka Tuanku.Semuanya OK Tuanku! Nak dijadikan cerita,tiba-tiba meletup berita dalam akhbar,yang menurut puak-puak Pas akhbar-akhbar itu hanya menjual fitnah,bahawa lima aset PKNS akan dijual.Ia termasuklah Kompleks PKNS di Shah Alam yang menjadi ikon bandar raya itu.Kompleks PKNS adalah umpama Kompleks Pekan Rabu Alor Star.Para pelawat ke bandar raya itu pasti akan wajib singgah di situ.Kononnya Kompleks itu dijual dengan harga RM85 juta. Aset-aset lain yang kononnya akan dijual ialah Menara PKNS Petaling Jaya dengan harga RM90 juta; Shah Alam Mall (RM97 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan wisma Yakin (7 juta).Pacal yang hina pastinya akan beranggapan Tuanku Sultan sudah tentu akan murka mendengar kisah ini.Apa sudah jadi,OO kata semuanya OK.

kini KO pula? Jika dijual apa akan jadi kepada PKNS? Apa akan jadi kepada peniaga Melayu di kompleks-kompleks itu? Sudah tentu pembeli baru aset-aset itu akan menaikkan sewanya? siapa yang akan membelinya? Jika dijual,walaupun kepada anak syarikat PKNS sendiri,adakah falsafah asal PKNS akan dicairkan dan kepentingan orang Melayu tidak dikisahkan lagi? Adakah kelemahan sudah diketahui dan ini caranya untuk melunturkannya? Benarkan sebuah syarikat ditubuhkan untuk membeli aset-aset itu. benarkan ia dijual kepada Private Real Estate Company (PREC) Al-kisahnya pihak-pihak yang mahu membeli aset itu telah meminta diserahkan geran-geran supaya transaksi boleh diteruskan dan ditukar nama.Tapi di dalam PKNS bukan semuanya seperti 'puak-puak itu'.Ada pihak dalam PKNS yang masih bersemangat waja.Mereka melambat-lambatkan transaksi itu.Pemberian geran-geran itu untuk transfer dilengah-lengahkan. Mereka amat bimbang dengan penjualan ini. Mereka amat bimbang apa akan jadi akhirnya kepada PKNS? Hati mereka ialah sewaja para pemimpin terdahulu. Sewaja semangt roh Tuanku Sultan dan Almarhum Tuanku Sultan.Sewaja MB-MB terdahulu,termasuk semangat waja pengasas PKNS yang juga bekas MB selangor,Allahyarham Tan Sri Harun Idris.

Satu sumber dalaman PKNS,yang bersemangat dan berhati waja membuat pendedahan yang lebih dasyat kepada Utusan Malaysia hujung minggu lalu.Kerajaan Selangor naungan DAP dikatakan bukan mahu jual lima sahaja aset PKNS,tetapi kesemuanya.Menurut sumber itu,sejak September lalu,PKNS telah menyerahkan pengurusan Kompleks PKNS Shah Alam kepada PREc dan di dalam perancangan meraka,kesemua aset komersialnya akan diberikan kepada anak syarikatnya itu,Menurut sumber itu,alasan yang sering diberikan mengapa PKNS merancang untuk menyerahkan kesemua aset komersialnya kepada PREC adalah kerana kononnya pekerjanya selama ini tidak kompetitif hingga gagal memberi keuntungan berganda kepada syarikat.Hairan,jika dikatakan tidak untung tahun lalu PKNS membayar lima bulan bonus kepada kakitangannya.Saya berharap PKNS jangan terlalu ghairah mengejar keuntungan sehingga mengorbankan falsafah asalnya.Persoalannya : Adakah wang penjualan itu yang dicairkan,kemudiannya akan disalurkan ke tabung-tabung politik? Pilihanraya sudah dekat. wang kena pakai banyak.Itu hanyalah pendapat umum yang dikutip oleh pacal yang hina ini.Akhir kata,Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun.Sembah Patik Harap Diampun Pacal yang hina ini mohon berundur diri.

Oleh Zaini Hassan Utusan Malaysia

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! AKAUN SELANGOR DAN PULAU PINANG MENGELIRUKAN !!! APA CERITA NI ???

Posted: 31 Oct 2012 03:59 PM PDT


Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) meminta Ketua Audit Negara untuk menyemak semula beberapa kemasukan dalam akaun hasil bagi kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang menimbulkan kekeliruan.Ahli Parlimen Ledang,Hamim Samuri berkata,kajian oleh BNBBC terhadap Laporan Audit Mengenai Pengurusan Kewangan di Peringkat Negeri-Negeri mendapati ada keadaan yang mana wang daripada akaun amanah negeri (hasil bukan cukai) dimasukkan ke dalam akaun hasil.Di samping itu,menurut beliau,wujud juga keadaan yang mana wang yang disalurkan daripada kerajaan Pusat tidak dibelanjakan oleh kerajaan negeri

"Saya ingin membuat pembetulan sekiranya ada orang berkata Menteri Besar Selangor paling cemerlang dari segi pengurusan kewangan kerana negeri paling cemerlang adalah Sarawak.Saya hendak tegaskan disini,dari segi kedudukan kewangan yang disatukan, negeri yang terbaik adalah Sarawak dengan RM18.4 billion,diikuti Sabah dengan RM2.6 billion dan kemudian baru Selangor RM1.9 billion serta Pulau Pinang RM1.1 bilion" katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini. 

Mengulas perkara sama,Ahli Parlimen Kota Belut,Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata,setiap kerajaan negeri mempunyai tiga jenis hasil cukai, akaun amanah negeri serta penerimaan hasil dari Kerajaan Pusat. 

 "Akaun amanah hanya boleh digunakan untuk tujuan khusus tetapi sebelum audit dibuat,beberapa kerajaan negeri ini telah memindahkan wang dari akaun amanah ke dalam akaun hasil dan mengangapnya sebagai hasil pendapatan kerajaan negeri.Mereka buat silap mata,ambil dari poket kanan dan masukkan ke dalam poket kiri.Ini juga apa dikatakan sebagai 'Creative Accounting' dan kita minta Ketua Audit Negara untuk menyiasat semula beberapa entri (hasil) yang perlu dilihat di Selangor dan Pulau Pinang," katanya. 

Membangkitkan perkara yang sama,Ahli Parlimen Hulu Selangor,P.Kamalanathan berkata,beliau memberi contoh kegagalan kerajaan negeri Selangor menggunakan sepenuhnya peruntukan yang disalurkan Kerajaan Pusat menerusi Kumpulan wang Amanah Penyelengaraan Jalan Raya Negeri dan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris). 

"Laporan Ketua Audit Negara 2011 menunjukkan kerajaan negeri Selangor hanya membelanjakan sebanyak 58 peratus peruntukan dan masih ada baki RM319 juta yang masih belum digunakan untuk membaiki dan menyelenggarakan jalan-jalan di negeri Selangor. "Malangnya, kita dimaklumkan wang sebanyak RM5.15 juta daripada peruntukkan Marris ini dikeluarkan kerajaan negeri Selangor dengan diberikan kepada Syarikat Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. (PIYSB) untuk membiayai pinjaman membina Universiti Selangor (Unisel) dan ini adalah salah guna duit penyelenggaraan jalan," katanya. - Utusan Malaysia

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...